28 Jamadilakhir 1439H
Juma'at 3.30p.m.
Sekadar Ulasan Ringkas Berkenaan Penolakan Usul RM430 Juta Parlimen Switzerland.
Saya akan tumpukan kepada beberapa perkara penting dan sedikit ulasan ringkas berkenaan isu ini.
2. Usul ini dibawa oleh Ahli Parlimen Carlos Sommaruga dari Parti Sosialis Demokrat (SDP of Switzerland).
SDP merupakan anggota International Socialist yang juga dianggotai oleh Democratic Action Party (DAP), Malaysia dan parti yang memerintah Israel kini.
2. Usul ini terlalu umum dan tiada kenyataan KHUSUS (specific) bahawa dana tersebut merupakan duit 1MDB sebaliknya dikaitkan dengan 1MDB.
Di samping bersifat UMUM, Ignazio Chassis, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar, Switzerland menganggap usul tersebut berusaha meraih campurtangan pihak Persekutuan (Switzerland) tanpa sebarang prosiding jenayah.
Sekiranya terdapat prosiding jenayah, maka ia akan dicabar dalam proses mahkamah (perbicaraan) dan mereka percaya ia bakal menemui KEGAGALAN.
Selama ini pihak-pihak yang berkonspirasi dan berkepentingan telah GAGAL memberikan bukti-bukti yang boleh diperakui dan dipertanggungjawabkan bagi memulakan suatu prosiding jenayah yang membabitkan 1MDB, selama bertahun-tahun.
Dalam ertikata mudah, ada usaha-usaha tertentu dari Malaysia yang telah mempengaruhi atau melobi Ahli-ahli Parlimen SDP agar membentangkan usul di Parlimen Switzerland dan mendorong campurtangan kerajaan Switzerland ke atas perkara ini.
Ia sekaligus suatu cubaan mencetuskan campurtangan asing (kerajaan via kerajaan).
Situasi yang sama juga melibatkan Laporan DOJ USA (langkah awal untuk mendorong campurtangan kerajaan USA ke atas Malaysia.)
3. Sekiranya usul ini berjaya dan mana-mana kerajaan dan/atau entiti yang dinamakan secara KHUSUS (spesifik) enggan menerima duit tersebut, maka pihak berkenaan boleh menyalurkannya kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan dan/atau rakyat negara berkenaan yang menuntut.
Ini merupakan MOTIF sebenar yang ingin dicapai dan dikongsi bersama oleh beberapa orang Ahli Parlimen SDP Switzerland dan Pakatan Harapan.
4. RINGKASNYA, mana-mana proksi, penama dan kroni Mahathir samada secara individu atau berkumpulan, berpotensi menerima dana tersebut sekiranya usul ini berjaya diluluskan Parlimen Switzerland.
5. Ia sebenarnya mendedahkan suatu kitaran penggubahan wang haram yang baru (melalui manipulasi proses perundangan negara luar) dan/atau pengaliran masuk duit dari luar negara bagi MEMBIAYAI AKTIVITI Pakatan Harapan menjelang PRU 14.
5. Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan SEBAHAGIAN dari kepentingan Mahathir yang berjumlah RM1.194 trillion terdapat di sini.
6. Tambahan pula, pro reformasi dan Anwar Ibrahim pernah pada suatu ketika dahulu mendedahkan pelbagai simpanan peribadi di bank-bank Switzerland samada atas nama peribadi dan/atau penama yang dikaitkan dengan Mahathir.
7. Permintaan 72 Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang Malaysia kepada Setiausaha Antarabangsa SDP, Peter Hug agar Ahli-ahli Parlimen Switzerland menyokong usul tersebut menunjukkan mereka mempunyai kepentingan tertentu terhadap dana tersebut kerana semua pihak sudah sedia maklum bahawa 1MDB dan kerajaan Malaysia akan menafikan bahawa duit tersebut milik mereka.
8. Ia secara tidak langsung telah MENGGAGALKAN hasrat mereka membawa memiliki duit tersebut bagi membiayai kempen pilihanraya Pakatan Harapan.
AKHIRNYA, saya merakamkan setinggi tahniah dan syabas kepada 158 Ahli Parlimen Switzerland yang menolak usul tersebut.
Masih ramai di kalangan mereka yang memiliki integriti yang tinggi berbanding 72 Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang terlalu terdesak melacurkan kepentingan nasional demi nafsu politik mereka.
Hasil tulisan;
ZAMZURI MOHAMED TAHIR
15 Mac 2018
Juma'at 3.30p.m.
No comments:
Post a Comment