Monday, March 6, 2017

MASUK RUMAH ORANG JANGAN JADI KURANG AJAR !!!



TPM Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta kerajaan Korea Utara agar belajar menghormati negara lain serta mengambil kira kepentingan warga antarabangsa dalam penyelesaian isu kematian Kim Jong-nam. 

Korea Utara tidak boleh melihat kes kematian Kim Jong-nam sebagai isu dalaman negara berkenaan semata-mata kerana ia turut membabitkan warga antarabangsa dan hubungan pelbagai negara. 

Oleh itu langkah kerajaan mengusir keluar Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol yang berterusan bertindak membuat tuduhan tidak berasas terhadap negara, disifatkan sebagai keputusan yang amat tepat.

Semalam, Malaysia membuat keputusan mengusir keluar Kang Chol dan mengisytiharkan beliau sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dihargai.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan juga menegaskan, keputusan itu merupakan sebahagian proses kerajaan untuk menilai semula hubungan dengan negara berkenaan sebagai satu tindakan tegas terhadap apa jua penghinaan mahupun usaha bagi memburukkan nama negara.

Kata beliau, tindakan pengusiran itu dibuat selepas Kang Chol mahupun pegawai kanan daripada kedutaan itu gagal menghadirkan diri ke kementerian bagi memberikan penjelasan dan permohonan maaf secara bertulis bagi dakwaan-dakwaan yang dilontarkan ke atas Malaysia.











No comments:

Post a Comment