Thursday, March 9, 2017

APABILA SINGA BERDEHEM, DUBUK BERLALU KESIPUAN.....



Tidak dapat bersabar dengan sikap "adiknya", China mula menegur sikap bongkak negara rakan baik dna juga jirannya. China yang bimbang  de­ngan ketegangan semakin memuncak di semenanjung Korea, mengesa Korea Utara menggantung  semua aktiviti nuklear dan peluru berpandunya dan pada masa yang sama meminta latihan perang yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan dihentikan segera.


China mahu kedua-dua pihak  mencari jalan penyelesaian di meja rundingan demi mengelakkan sebarang per­tembungan kuasa yang hanya akan memburukkan keadaan.

Senjata nuklear bukan jaminan keselamatan yang terbaik dan menggunakan kuasa tentera juga bukan jalan keluar yang terbaik.

Banyak lagi jalan lain bagi menggekalkan keamanan termasuklah  rundingan dan perbincangan antara kedua-dua pihak. 





No comments:

Post a Comment