Friday, July 29, 2016

JANGAN TERPERANGKAP DENGAN AGENDA MUSUH


Imperalis Barat tidak pernah senang hati dengan kejayaan kita mengamalkan demokrasi. Ada sahaja usaha mereka untuk melihat berlakunya pertukaran kerajaan yang kerap supaya timbul kekecohan dan huru hara dalam negara. Dengan itu pelancong dan pelabur akan takut dan pembangunann terbantut. Apabila perubahan kerajaan tidak berlaku seperti mana yang mereka harapkan maka kita dituduh tidak demokratik, diktaktor dan kuku besi.
Sewajarnya mereka melihat dahulu kepada diri mereka sendiri sebelum menuduh. 

Bukankah mereka baru sahaja membunuh ratusan ribu nyawa di Iraq atas sebab kononnya Iraq menyimpan senjata pemusnah besar-besaran. Sehingga kini senjata yang dimaksudkan itu tidak ada dan tidak pernah wujud. Itukah yang mereka maksudkan dengan demokratik? Sebelum menuduh mereka perlu melihat pada diri sendiri.

Malangnya ada sebahgian daripada rakyat kita percaya dengan segala tohmahan dan fitmah mereka. Sehinggakan ada yang sanggup bersekongkol dengan mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Pelbagai cara dan kaedah mereka menghasut rakyat ke jalan raya namun semua usaha mereka gagal kerana majoriti rakyat masih cintakan kedamaian dan keamanan.

Yang pasti mereka tidak akan pernah berputus asa untuk meneruskan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan. Proksi dana gen-agen mereka di negara ini sentiasa berusaha menghasut rakyat agar menumbangkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.

Inilah keadaan yang kita akan hadapi kini dan di masa akan datang. Syukurlah sehingga hari ini kita masih lagi berjaya mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan negara kita. Ini kerana kita berhati-hati dan mampu mengelak daripada terjatuh dalam jerat yang dipasang oleh mereka.

‪#‎NegaraBerdaulat‬


No comments:

Post a Comment