Saturday, March 26, 2016

PM KOMEN PERTANDINGAN AKHIR PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU





Semalam di perasmian Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri, saya berasa bangga melihat orang asing berpidato dan berucap dengan begitu petah sekali dalam Bahasa Melayu.




Bahasa Melayu lama dahulu pernah menjadi lingua franca atau bahasa pengantar diguna pakai semua untuk urusan perdagangan dan banyak lagi.

Insya-Allah, kerajaan akan terus berusaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di Malaysia tetapi juga mengembangkannya di persada antarabangsa, moga satu hari nanti boleh kembali menjadi bahasa pengantar seantero dunia.