Sunday, September 6, 2015

"BERSIH 4.0" BUKAN TANDA CINA TOLAK MCA



Perhimpunan haram Demo BERSIH 4.0 bukanlah satu  perhimpunan kaum Cina walaupun mejoriti yang datang ke demo tersebut adalah kaum cina. Perhimpunan  haram itu juga bukanlah ukuran sebenar sokongan masyarakat cina kepada MCA telah merosot. Pendapat yang sebegini merupakan satu pendapat yang dangkal dan tidak berdasarkan fakta yang tepat. 

Demo BERSIH 1, 2 dan 3.0  melihatkan  mejoriti  bangsa melayu mendominasi perhimpunan tersebut, namun MCA tetap gagal mendapat kemenangan dalam dua pilihanraya yang lepas. Sedangkan penyertaan kaum cina dalam demo tersebut adalah amat sedikit. Oleh itu jumlah kaum dalam demo BERSIH 4.0 tidak boleh dijadikan indikator faktor penolakan kaum cina kepada MCA. Jadi ianya merupakan satu tuduhan yang ternyata seklali dangkal. 

Bahkan jika dilihat penglibatan kaum Melayu dalam BERSIH 1, 2.0 dan 3.0 adalah lebih tinggi berbanding kaum cina dan india, namun begitu UMNO tetap berjaya mendapat tempat dihati orang Melayu pada pilihanraya  ke13 berbanding pilihanraya ke 12. UMNO pada PRU ke 12 hanya memenangi 79 kerusi parlimen sahaja tetapi meningkat kepada 88 kerusi walaupun ketika itu BERSIH 1.0, 2.0  dan 3.0 dilihat penguasaan bangsa Melayu. 

Oleh itu kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah amat tepat bahawa pembabitan kaum cina yang ramai dalam perhimpunan haram tersebut tidak boleh dijadikan ukuran sebenar sokongan kepada MCA.
Ketika BERSIH diadakan sebelum ini, kita dapati ia disertai ramai orang Melayu  tetapi kaum cian kekal tidak mengundi MCA dalam dua pilihan raya umum lalu, Adakah ia kerana BERSIH? sudah tentu tidak, " Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Penulis melihat sebenarnya perhimpunan ini adalah lebih kepada satu platform DAP yang mengunakan NGO BERSIH untuk melihat sokongan rakyat terhadap agenda mereka. 25 ribu orang yang menyertai perhimpunan tersebut bukanlah mewakili suara rakyat. Mereka semua sebenarnya mewakili suara segelintir penyokong dan aktivis politik DAP, PKR dan serpihan PAS iaitu GHB. 


Jika kita bertanya kepada siapa pun, rata-rata akan mengakui pemimpin DAP lah yang mengerakkan  BERSIH 4.0 walaupun mereka cuba menafikannya. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng , Mat Sabu, Khalid Samad, Azmin Ali dan wan Azizah antara pemimpin pembangkang yang terlibat secara langsung dalam demo haram BERSIH 4.0 ini. Maka bolehlah dikatakan bahawa ini adalah agenda kotor mereka ingin mengugat kestabilan negara melalui perhimpunan haram BERSIH. Sedangkan mejoriti masyarakat menyanjung keamanan dan kesejahteraan negara. Adalah tidak wajar sama sekali menyamakan agenda jahat mereka dengan melibatkan mana-mana kaum.  

Apa yang lebih penting, RAKYAT perlu sentiasa disedarkan akan agenda mereka yang ingin melihat ketidakstabilan kerajaan dalam menguruskan hal ehwal negara. Itulah tujuan utama BERSIH dan pembangkang dalam agenda terhadap perhimpunan haram ini. 



                   






No comments:

Post a Comment