Tuesday, August 4, 2015

KEMASKINI DAN PEMBETULAN KENYATAAN MEDIA PENTING: STRUKTUR TAMBANG BRT BAGI LEMBAH KLANG DAN PENJELASAN BRT SUNWAY




Salam Kepada Tuan Pengarang/ Wartawan,
Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan ini memohon jasa baik tuan/puan di dalam membuat pembetulan disebabkan kekhilafan yang terdapat di dalam kenyataan media pertama yang dikeluarkan oleh kami semalam, 31 Julai, 2015 berkaitan KABINET MELULUSKAN STRUKTUR TAMBANG BRT BAGI LEMBAH KLANG.’ Kenyataan tersebut telah dilaporkan di dalam Bernama: Kabinet Lulus Struktur Tambang Bas Rapid Transit Bagi Lembah Klang – SPAD http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1157152
Kami telah menghubungi Bernama bagi memperbetulkan kesilapan tersebut.
Dengan itu, kami memohon jasa baik dan bantuan tuan/puan di dalam membuat pembetulan di dalam media elektronik, atas talian dan cetak berdasarkan kenyataan media kedua yang telah dikeluarkan semalam (disertakan bersama di dalam emel ini).

Pembetulan adalah di dalam perenggan kedua kenyataan media yang disertakan:
“ Kabinet telah meluluskan struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer, bermula dengan RM0.815 setiap kilometer bagi 6km pertama, RM0.513 setiap kilometer untuk perjalanan 6 hingga 12km, RM0.421 setiap kilometer untuk perjalanan 12 hingga 18km, RM0.282 untuk setiap kilometer bagi perjalanan 18 hingga 24 km dan RM0.212 setiap kilometer bagi perjalanan melebihi 24km.


Bagi menjelaskan dengan lebih baik lagi kadar tambang yang dikenakan, kami memohon tuan/puan merujuk kepada kenyataan media daripada pihak Prasarana yang disertakan di dalam emel ini berkaitan perkhidmatan BRT-Sunway Line.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan berharap tuan/puan dapat membantu kami di dalam membuat pembetulan di dalam media massa tuan/puan.

Terima kasih kami ucapkan.


Yang ikhlas,

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

No comments:

Post a Comment