Friday, June 5, 2015

IMAM MUDA FELDA 2015

Dalam usaha meningkatkan ekonomi penoroka-peneroka, FELDA tidak pernah lupa tanggungjawab sosial dan agama kepada masyarakat terutama kepada generasi baru FELDA. 

Hal ini diusahakan oleh Hal Ehwal Pembangunan Islam FELDA iaitu dengan mengambil inisiatif mengadakan Kursus Imam Muda FELDA yang bertempat di Latihan Islam Malaysia (ILIM). 

Kursus ini bertujuan melahirkan imam pelapis dikalangan para belia dikalangan warga peneroka FELDA. Kursus ini telah disertai oleh 33 peserta dari 10 wilayah FELDA.

Selain dari mendedahkan para peserta tentang peranan dan kaedah yang betul sebagai pemimpin dan imam, kursus ini juga dapat membentuk golongan belia yang berakhlak mulia, insan berkualiti dan role model kepada rakan sebaya mereka. 


Menurut Pegawai Unit Pendidikan Islam dan Masjid, Shafie Muda, dalam mempersiapkan dan memperkukuhkan syiar Islam di kalangan generasi baru FELDA bagi menghadapi cabaran arus era globalisasi yang semakin mencabar, pihaknya akan terus memastikan pembangunan modal insan diberi lebih perhatian dan diperkemaskan dari masa ke semasa.

Mereka bukan saja dibentuk untuk menjadi imam, tetapi juga dibekalkan dengan ilmu untuk menjadi pemimpin dimasa akan datang. 

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kursus ialah mengadakan bacaan Al-Quran, membetulkan sebutan bacaan, teknik menyampaikan khutbah, teknik berdakwah dan pelbagai lagi.

Semoga ilmu yang mereka perolehi disini dapat membantu mereka semua menjadi pemimpin yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair.

Penolong Pengarah Kanan ILIM, Tajul Urus Ismail mewakili Pengarah ILIM di majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta-peserta. 

No comments:

Post a Comment