Tuesday, May 5, 2015

RUMAH BARU UNTUK GENERASI BARU FELDA



Syukur Alhamdulilah, Terima kasih kepada kerajaan kerana begitu bermurah hati untuk membina lebih kurang 20 ribu unit rumah untuk memastikan setiap anak peneroka felda mampu memiliki rumah di bawah projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF).

Nampaknya usaha jahat pembangkang memburuk-burukan usaha kerajaan ternyata gagal. Mereka hanya memalukan diri sendiri sahaja. 

Datuk Ehsanudin Harun Narrashid yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda menyelar pembangkang kerana menghasut peneroka-peneroka Felda." Niat mereka meracuni pemikiran rakyat hanyalah untuk meraih undi, tidak ada satu pun usaha mereka membantu peneroka-peneroka felda". Tegas Datuk Ehsanudin.

Mereka (PAS) hanya tahu mengkritik kerajaan dan menghasut rakyat, sedangkan tidak ada satu pun kaedah penyelesaian yang ditunjukkan oleh mereka.  Sepatut mereka membuat perbandingan projek PGBF ini dengan perumahan yang dibina oleh pemahu-pemaju perumahan barulah adil. kata Datuk Ehsanudin.



Projek yang menelan belanja lebih kurang RM1.5 bilion itu telah dirancang sejak  dua tahun yang lalu dengan harga telah dibuat penyelarasan semula iaitu ditetapkan pada kadar RM90 ribu seunit bagi tempoh pembinaan selama lima tahun.

Bagi tempoh april ini sehingga akhir tahun, dijangkakan sebanyak 2,150 unit ruah dijangka siap. Dalam masa yang sama 22 kawasan rancangan Felda telah dikenalpasti dan sebanyak 8570 unit rumah  dalam proses tender serta pembinaan.

Dengan pengumuman Perdana Menteri harga baru RM90 ribu seunit bagi pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan Felda diharap dapat memberi manfaat kepada semua warga Felda khususnya generasi baru. 

Bagi untuk tidak membebankan warga Felda, kerajaan menyediakan kaedah skim sewa beli. Mereka yang menduduki rumah tersebut selama lima tahun akan dikenakan sewaan dengan kadar yang munasabah. Antara mereka yang bertuah ialah generasi baru di Rompin kerana kerajaan membina rumah PBFG paling tinggi berbanding kawasan rancangan lain iaitu sebanyak 1,504 unit akan dibina di tanah rancangan Felda Selancar 4 dan 5, Keratong dan Selendang. 








No comments:

Post a Comment