Sunday, May 3, 2015

MEREKA SANGUP JUAL NEGARA DEMI KESENANGAN DUNIA

Andai DAP dan Pakatan munafiknya menawarkan bantuan kewangan kepada rakyat, pelajaran percuma, makanan percuma dan segala jenis kemudahan yang hebat-hebat jika rakyat memilih mereka sebagai kerajaan, Saya yakin ramai orang Melayu Islam akan menguburkan kerajaan sekarang dan memilih DAP kerana mereka lebih mementingkan kehidupan yang selesa dan senang.

Dan saya langsung tidak hairan jika ada yang sanggup menjual iman dan akidah demi mandapat kesenangan ini. Cuma yang saya sedikit hairan, kenapa "Pakatan mereka" belum berbuat demikian ? Adakah abang besar mereka belum merestui lagi ?

Kebanyakkan Orang Melayu (bukan semua) kini mempunyai ketahanan mental yang rendah, mereka sanggup menjatuhkan satu-satunya kerajaan Melayu Islam yang ada demi kesenangan mereka yang sementara. Mereka tidak melihat bahaya besar yang bakal mereka dan generasi mereka hadapi.

Anda mungkin mencebik dan mencaci saya dan berkata saya berbohong dan berhalunisasi. Saya buktikan kepada kalian kebenarannya kini :
1- ada pemimpin-pemimpin Islam PAS kini secara terang-terangan membela SIS yang dahulunya mereka katakan haram.
2- pemimpin-pemimpin Islam PAS ini juga tidak sepatah haram menentang LGBT, pluralsime dan liberalime.
3- (kononnya) mereka mendesak dilaksanakan hukum Islam sepenuhnya di Malaysia, tetapi setelah mereka kuat dan boleh berkuasa mereka bukan saja melengah-lengah menguatkuasa bahkan undang-undang Islam yang sedia ada pun hendak dilenyapkan. Contohnya kes Datuk Hassan Ali dengan serbuannya ke Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama. Dan lain-lain lagi kes.

Hari ini mereka mereka yang bermati-matian menyokong kerajaan kini mula mempersoalkan kewajaran kerajaan sekarang dipilih. Dan mereka tidak teragak-agak untuk menumbangkan kerajaan yang mereka sayangi dulu.

Apakah anda "lihat" apa yang saya "lihat" ....???
Mohammad Firdaus Hasnel

No comments:

Post a Comment