Monday, January 5, 2015

YAYASAN PEMBANGUNAN PONDOK MALAYSIA




 Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) adalah sebuah NGO berdaftar yang  bertujuan menjaga, memelihara dan memperkasa sistem pengajian pondok di negara ini. Menyedari dan menghargai kewujudan pondok sejak ratusan tahun dan peranan serta sumbangannya terhadap perkembangan pendidikan agama, yayasan ini mengiktiraf jasa bakti para ulama, tok guru dan tok mudir yang melahirkan generasi al-Quran dan modal insan berilmu.


Idea penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dicetuskan oleh YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak. Justeru itu Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim mengambil inisiatif menubuhkan yayasan ini dan didaftarkan sebagai sebuah badan  kerajaan  pada 1 Ogos 2012 .Dato’ Sri Mohd Najib sebagai Penaung YPPM, manakala Dato’ Dr Mashitah selaku Pengerusi Eksekutif YPPM. Namun begitu, YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Bin  Haji Mohd Yassin telah diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk menjaganya.

Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Penaung YPPM
Tujuan utama penubuhan YPPM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran.
Dato' Dr. Mashitah Binti Ibrahim
Pengerusi Eksekutif YPPM
Yayasan akan membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk memaju, membangun dan mengembangkan institusi pengajian pondok bagi memastikan kelangsungannya. Imej sistem pengajian pondok yang mundur dan terpinggir mesti diperbaiki, manakala persepsi pelajar pondok sebagai pelajar kelas kedua, golongan taksub atau pelampau mesti dikikis sama sekali.
Misi YPPM adalah memartabat dan memastikan institusi pondok di negara ini lebih berdaya maju dan dapat mempertahankan kelangsungannya. YPPM akan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kejayaan institusi pondok melaksanakan tanggungjawab melahirkan warga yang berilmu dan berwasatiyah.
Pada dasarnya, YPP1M bersifat terbuka dan sesuai dengan matlamat penubuhannya, kegiatan yayasan meliputi aspek keagamaan, pendidikan, sosial dan kebajikan. Ia tidak berfungsi seperti persatuan, justeru itu ia tidak mempunyai ahli.

http://yppm.org.my/

No comments:

Post a Comment