Friday, January 30, 2015

Program Mesra Sihat, Masyarakat Sejahtera DUN Johor Lama.


Program Mesra Sihat, Masyarakat Sejahtera merupakan program pendedahan masyarakat terhadap aspek kesihatan dan kepentingan mencegah penyakit awal dengan melakukan pemeriksaan awal . Program ini dianjurkan oleh JKKK Kampung FELDA Pasak dengan kerjasama Yayasan Mesra, Pusat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dan KEMAS. FGVH merupakan penaja utama program ini. 


Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Hj. Mohd Harun Narrashid, Ahli Parlimen Kota Tinggi merangkap Pengerusi Yayasan Mesra. Pelbagai acara telah berlangsung seperti Pemeriksaan Kesihataan, Pemeriksaan Gigi, Senamrobik, Pertandingan Mewarna, Ceramah Pemakanan Sihat dan Keselamatan dan pameran agensi kerajaan

No comments:

Post a Comment