Friday, January 30, 2015

KUAT KUASA KEMUDAHAN OKU DALAM PENGANGKUTAN AWAM

SPAD Mesti Menguatkuasakan Kemudahan OKU dalam Pengangkutan Awam Darat.(Hapuskan Halangan)

oleh : rmf


Sistem pengangkutan awam di dalam negara ini semakin hari  semakin menunjukkan perkembangan yang cukup membangga kan.  Semua perkhidmatan yang tersedia memberikan kemudahan yang baik untuk pengguna,

Bas bertukar ganti, teksi bertali arus- Semuanya memberikan satu perkhidmatan cemerlang disamping menjadi duta kecil kepada pelancong negara luar. Keramahan  pengendali amat di hargai untuk meningkatkan lagi nama Malaysia sebagai p[usat perlancongan.

Disebalik kesempurnaan tersebut ada juga terdapat rakyat Malaysia yang sengaja atau tidak mahu memahami  setiap peraturan yang disediakan oleh kerajaan untuk memberikan keselesaan emua pihak.

Pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi seseorang untuk menerokai sesebuah Bandar. Sistem pengangkutan awam adalah perkhidmatan pengangkutan penumpang bersama yang sedia untuk digunakan oleh masyarakat umum, di antaranya teksi, bas, LRT, keretapi, feri dan kapal terbang.

Pengangkutan awam tidak dapat dielakkan bagi kemajuan sesebuah Negara. Ia penting kepada semua orang terutamanya bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Pengangkutan awam juga merupakan satu aspek yang penting bagi industri pelancongan di sesebuah negara sedang membangun seperti Malaysia. Pelancong bergantung kepada pengangkutan awam untuk menjelajahi sekitar Malaysia.

Satu faktor yang penting berkaitan pengangkutan awam bagi pengguna ialah kebolehaksesan, iaitu sistem pengangkutan awam yang boleh diguna dan diakses oleh semua orang, termasuk OKU, wanita mengandung, warga emas, orang berjalan dengan troli atau kereta bayi.

Di Malaysia, kebolehaksesan menjadi halangan utama bagi golongan OKU untuk menyertai aktiviti sosial dan ekonomi seharian, seperti bekerja, membeli-belah, bersenaman atau berekreasi. Kekurangan ini menjejas kualiti hidup golongan OKU.

Kebolehaksesan sistem pengangkutan awam tidak terhad pada bas sahaja, tetapi perlu mempertimbangkan infrastruktur yang sedia ada. Infrastruktur yang berkaitan adalah seperti pejalan kaki, stesen bas dan hub pengangkutan.

Sebagai contoh, walaupun bas menyediakan kemudahan bagi pengguna OKU yang berkerusi roda, tetapi pengguna kerusi roda masih tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas itu, kerana mereka tidak dapat keluar dari rumah akibat keadaan persekitaran yang tidak mesra OKU.

Oleh yang demikian SPAD seharusnya  memainkan peranan penting  dan peraturan tegas bagi memastikan  kemudahan OKU dapat disediakan dengan  selesa di setiap Pengangkutan awam didalam negara ini.

Sebagai contoh , di KTMB seharusnya meyediakan kemudahan  OKU bermula dari setesen sehingan destinasi  dan disampaing tempat duduk OKU yang tidak dijual kepada pernumpang lain. Pengalaman saya yang betolak dari Batu Gajah ke KL Sentral telah memperlihatkan bagaikaman ETS  yang menjual  tempat duduk OKU kepada penumpang lain, disampaing ruang kaki  digunakan untuk meletakkan barangan.

SPAD  dengan kuasa yang ada untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam hendaklah melakukan pemantauan dan  mengenakan satu peraturan tegas agar golongan OKU mempunyai layanan yang sewajarnya bila berada di dalam pengangkutan awam.

Penguatkuasaan melalui akta yang baru iaitu mewajibkan penmyediaan tempat khas ini seharusnya diperketatkan agar  perkhidmatan pengangkutan awam  dapat seiring dengan kemajuan pembangunan ekonomi negara.

Ketika ini kita masih lagi mendengar bagaimana golongan ini di manipulasikan oleh syarikat syarikat  bas express, teksi, Keretapi  dan lain lain pengangkutan yang disediakan. Dimasa akan datang SPAD  semestinya membuat satu kajian dasar yang kukuh untuk memperkasakan pengangkutan awam  sebagai satu sistem, yang terbaik untuk semua golongan. Seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang mesra  pengguna dalam apa juga aspek perkhidmatan.


https://rmf7.wordpress.com/2015/01/28/spad-mesti-menguatkuasakan-kemudahan-oku-dalam-pengangkutan-awam-darat-hapuskan-halangan/

No comments:

Post a Comment