Monday, December 2, 2013

KURANG AJAR PUNYA SINGAPURA...!!!

KEBIADAPAN SINGAPURA PIMPINAN PAP (ayah kandung DAP & saudara sejiwa dengan Israel) .



....di Singapura saya mengalami satu bentuk protokol yang aneh. Sebagai ketua kerajaan, saya cuma disambut oleh seorang pegawai protokol di pintu masuk pejabat Perdana Menteri dan dikehendaki menunggu di sebuah bilik menanti yang terletak bersebelahan sehinggalah Perdana Menteri bersedia untuk berjumpa saya. 


Saya dibiarkan menunggu selama kira-kira 15 minit dan ini membuat saya berasa amat marah diperlakukan begitu. Ini bukanlah cara menyambut pelawat asing yang sama pangkat. Saya tidak tahu sama ada ini peraturan biasa mereka bagi semua ketua kerajaan, tetapi saya fikir kalau cara protokol begini cukup baik buat Singapura maka ia juga sepatutnya cukup baik bagi Malaysia apabila menyambut kunjungan Perdana Menteri Singapura nanti. Jadi ,apabila Lee Kuan Yew dan kemudian penganti-pengantinya datang ke Kuala Lumpur , SAYA PUN IKUT CARA MEREKA SAMBUT MEREKA. 
Biasanya saya sambut ketua-ketua kerajaan yang lain di muka pintu pejabat saya dan mengadakan upacara sambutan rasmi di Bangunan Parlimen, lengkap dengan perbarisan kehormat tentera. 


Tun Dr. Mahathir Mohamad.