Monday, October 21, 2013

PARTI ATAU KALIMAH ALLAH DIUTAMAKAN ?

Mana Lagi Penting Kepada Haron Din – Parti atau Kalimah Allah???Tindakan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu bahawasanya kalimah Allah S.W.T tidak boleh digunakan oleh agama bukan Islam jelas menunjukkan sudah tiba masanya parti Islam, PAS keluar dari Pakatan Rakyat. 


Ini berikutan keputusan parti PAS yang terus menegakkan kebenaran kalimah Allah hanya untuk agama Islam tidak dipersetujui oleh parti PKR dan DAP. Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian beliau menyatakan pandangan dari PAS adalah tidak diterima dalam konteks perjuangan PR demi membolehkan kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai oleh penganut agama Kristian. “Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pernah dikeluarkan kenyataan tahun lalu.


 Kita mohon kebijaksanaan, ketenangan pihak semua rakyat. “Jadi ini adalah keadaan yang sangat susah untuk kami menafikan penggunaan kalimah Allah ini oleh bukan Islam,” kata Anwar ketika mengadakan sidang media menyatakan mahu menegakkan hak masyarakat bukan Islam baru-baru ini. Anwar Ibrahim juga menyatakan menyokong sepenuhnya usaha Gereja Katolik Malaysia yang mahu mengemukakan rayuan sekali lagi kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.


 Berbeza dengan pendirian dari Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang mempertahankan kalimah Allah S.W.T hanyalah ekslusif untuk agama Islam sahaja. Justeru, sekali gus membenarkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawasanya agama lain tidak boleh meneruskan niat dan kemahuan mereka mahu menggunakan nama Tuhan umat Islam dalam kitab Bible mereka. Haron Din menegaskan, semua pihak harus memahami erti kalimah Allah S.W.T yang merujuk kepada Tuhan Yang Esa (Tunggal) dan bukanlah punyai bilangan yang banyak seperti kepercayaan penganut Kristian. Kehendak Haron Din yang mahu semua umat Islam bangkit dan mempertahankan kalimah suci itu ternyata tidak disambut baik oleh Anwar dan juga parti PKR. 


Jelas, fungsi dan perjuangan PAS sudah tidak diterima pakai lagi dalam parti gabungan PKR dan DAP di bawah nama Pakatan Rakyat. Seharusnya parti PAS perlu sedar sekarang ini, matlamat PAS yang sentiasa mahu menegakkan agama Islam dan membina sebuah negara berlandaskan Islam sudah tidak relevan di mata pemimpin mereka, Anwar Ibrahim. Namun Pas juga sudah berpecah. Orang yang pernah mengkafirkan UMNO kerana tidak melaksanakan hudud hari ini menyokong Kristian menggunakan kalimah Allah. Beberapa pemimpin kanan Pas juga menyokong permintaan Kristian ini. Jadi haron Din tunggu apa lagi? Apakah parti lebih penting daripada agama Islam?

No comments:

Post a Comment