Sunday, July 14, 2013

OPS LALANG

Pada tahun berlakunya Ops Lalang, kerajaan telah dilemahkan oleh satu siri perpecahan politik di kalangan pemimpin UMNO. Sebelum itu Tun Musa meletak jawatan sebagai TPM. Tindakkan itu membawa kepada perebutan kuasa diatara team A dan team B yang memecahbelahkan UMNO. Kes mahkamah yang di bawa oleh 11 penyokong team B melemahkan lagi kerajaan. Selain itu , prestasi ekonomi juga tidak begitu baik dan kadar penggangguran meningkat.

Dalam suasana ini jugalah pelampau bahasa , budaya dan pendidikan cina mula membangkitkan pelbagai rasa tidak puashati. Kadangkala dibuat secara provokatif. Kumpulan pendidikan cina mula membantah perlantikkan Guru Cina yang tidak berkelulusan sekolah aliran cina daripada memegang jawatan kanan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) . Tidak lama kemudian , isu itu diambil alih pula oleh bukan sahaja DAP , malah MCA dan Gerakan. Antara yang mengecam hebat perlantikan itu ialah Tim. Presiden MCA , Tan Sri Lee Kim Sai . Satu pertemuan hangat diadakan di sebuah tokong di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh pejuang pendidikan cina , beberapa buah Badan Bukan Kerajaan Cina serta pemimpin kanan DAP, MCA dan Gerakan.

Isu lain yang di bangkitkan termasuklah cadangan untuk membangunkan kawasan perkuburan Bukit China di Melaka dan kegagalan beberapa buah koperasi Pengambilan Deposit atau Deposit Taking Cooperative (DTC) tajaan MCA. Ramai orang cina berpendapat bahawa kerajaan perlu campur tangan bagi menyelamatkan koperasi -koperasi berkenaan.DAP turut menganjurkan tunjuk perasaan mengenai isu perubahan mata pelajaran pilihan Pengajian Cina dan India yang diperkenalkan oleh universiti Malaya . Sebuah memorandum yang menentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang mengistiharkan budaya Melayu sebagai teras Kebudayaan masyarakt majmuk Malaysia sejak 70an juga telah dikemukakan . Dengan perkataan lain , retorik perkauman dalam arena awam semakin merebak dan hangat.

Tidak hairanlah ramai melayu , terutama yang menganggotai UMNO menjadi sangat marah . Pelajar universiti berbangsa Melayu telah bertindak balas dengan mengadakan tunjuk perasaan haram . Satu perarakan orang Melayu yang melintasi Kampung Baru di mana pergaduhan paling dahsyat berlalu sewaktu pergaduhan kaum 13 mei 1969, telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu dan menambah ketakutan orang bukan Melayu. PAS dan UMNO pula menuduh pihak gereja mempengaruhi ramai orang Melayu supaya menukar agama mereka kepada kristian . UMNO membuat persediaan menganjurkan perhimpuana raksaksa yang membabitkan 500,000 orang pada 1 november 1987 bagi membuktikan sokongan kuat kepada kerajaan . Disebabkan bimbang ia akan memburukan lagi keadaan maka kerajaan mengambil keputusan melarang perhimpunan itu. Keadaan menjadi semakin tegang apabila seorang anggota tentera Melayu, Prebet Adam Jaafar atas sebab-sebab yang tidak diketahui sehingga kini , mengamuk dan melepaskan tembakan mengunakan M-16 dikawasan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 18 oktober 1987 . Kejadian itu menyebabkan seorang Melayu Che Soh Mahmud 54 tahun terbunuh .

No comments:

Post a Comment