Monday, May 13, 2013

HATI YANG "BLACKOUT



"Bagaimana hati kita akan bersinar apabila sesuatu di alam mayapada melekat sedemikian rupa dalam mata hati?"

Maksudnya ialah apabila seseorang hamba Allah telah menjauhkan dirinya dari makhluk, tetapi hatinya masih terikat kepada hartanya, kekayaannya, kedudukannya dan lain-lain, Maka pasti tujuan supaya hati bersih dengan sempurna menghadap Allah tidak akan berhasil.

Alam dunia telah mempaut hatinya, hatinya BLACKOUT dan sulit untuk menerima sesuatu selain dunia. Ibarat sekeping kaca yang dilekati debu yang tebal, sukar untuk cahaya menebusinya atau sekeping cermin yang dihinggapi debu tebal, sukar untuk kita melihat wajah kita yang terpapar di cermin tersebut.