Saturday, April 20, 2013

PAS TERDESAK , TUDUH BEKAS CALON UMNO KHIANATI BN

Bekas calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Datin Khazuni Othman hari ini menafikan dakwaan Pas bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menyokong Pas pada PRU13 ini.

Bekas Ketua Puteri Umno Kota Baharu itu menegaskan tindakan seorang pemimpin Pas yang mengumumkan beliau akan menyertai Pas semasa berucap sebelum perarakan calon bagi penamaan calon kerusi Parlimen Kota Baharu hari ini, adalah fitnah.

"Saya dengan ini meminta pemimpin Pas itu memohon maaf kepada saya berhubung fitnah itu," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada PRU12, Khazuni kalah kepada calon Pas, Rohani Ibrahim di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjong Mas.

Khazuni yang kini tidak lagi aktif berpolitik dan menumpukan kepada perniagaan berkata, tuduhan pemimpin Pas itu adalah bersifat fitnah dan akan menjelaskan perkara sebenar kepada Badan Perhubungan Umno Kelantan.

"Jiwa saya adalah jiwa Umno dan darah yang mengalir di badan saya ini juga adalah darah Umno. Saya tidak akan sekali-kali keluar daripada Umno dan menyertai Pas," katanya. 

No comments:

Post a Comment