AKHLAK MUHAMMAD S.A.W
- Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan.
- Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya.
- Sangat elok dan sempurna wajahnya.
- Baginda memilik perasaan yang halus.
- Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
- Suka makan beramai ramai daripada berseorangan.
- Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan.
- Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.
- Tidak pernah mengumpat.. mencerca atau menghina orang lain.
- Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
- Baginda memakai serban di atas kopiahnya.
- Suka membalas hadiah.
- Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.
- Baginda sangat berlemah lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
- Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
- Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
- Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
- Apabila melepasi kumpulan kanak kanak.. baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka.
- Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama lama.
- Sangat menghormati orang orang tua dan mengasihani orang orang muda dan kanak kanak.
- Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.
- Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat.
- Baginda suka bercakap lambat lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.
- Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
- Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut.
- Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.
- Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.
- Amat kasih terhadap umatnya.
- Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya.
- Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah.
- Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan.
- Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.
- Suka menziarahi orang sakit.
- Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya.
- Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap.
- Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.
- Bersikap tegas ..pemaaf dan pengasih dalam perjuangan.
Ingat lah cintailah Rasulullah saw kerana baginda sangat cinta pada kita.. yang tidak pernah berjumpa dengan baginda tetapi megamalkan sunnahnya...
No comments:
Post a Comment