Friday, March 8, 2013

PENGGANAS DI BUNUH


32 lagi pengganas dibunuh

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia dalam keadaan bersiap sedia menaiki kereta perisai bagi mengesan pengganas Sulu dalam Op Daulat di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, semalam.
LAHAD DATU 7 Mac - Seorang pemimpin kumpulan pengganas Sulu berpangkat jeneral adalah antara 32 yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan negara dalam dua serangan di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo sehingga kini.
Jumlah itu menjadikan angka kematian kumpulan pengganas sejak Op Daulat dilancarkan sejak kelmarin kini meningkat kepada 52 orang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam serangan pertama petang semalam, pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas di Kampung Tanduo.
Menurut beliau, dalam serangan hendap kedua di Kampung Tanjung Batu pukul 11.30 pagi ini, sebanyak 31 lagi penjenayah termasuk seorang dipercayai berpangkat jeneral ditembak mati.