Friday, February 22, 2013

Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT


Assalamualaikum..


Amalan Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT serta mendapatkan kemanisan di dalam ibadat.

Pertama sekali kita kena fahami tujuan kita hidup di atas muka bumi iaitu ada dua tujuan :
  1. Sebagai hamba Allah SWT
  2. Sebagai khalifah di atas muka bumi
Sebagai seorang hamba sudah tentulah Allah jadikan kita tiada tujuan lain selain untuk beribadat kepada-NYA. sepertimana Firman-NYA :

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Kuâ€� (Surah az-Zariyat ayat-56).

Dalil ini jelas menujukkan bahawa tujuan kita dijadikan adalah untuk menjadi hamba-NYA. Beribadat itu bukanlah hanya tertakluk kepada solat, puasa dan sebagainya sahaja ianya sangat luas dalam tidur pun boleh jadi ibadat jika saudaraku semua mengetahuinya.

Dan tujuan yang kedua ialah sebagai khalifah di muka bumi ini iaitu untuk memberi kebaikan kepada orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: â€�Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”. Tuhan berfirman: â€�Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahuiâ€�(Al-Baqarah:30)

Saudaraku mari kita cuba mengamalkan amalan di bawah ini agar kita lebih dekat kepada Allah SWT. Lakukan sedikit demi sedikit secara istiqomah selama 40 hari berturut-turut. Angka 40 dipilih kerana ulama terdahulu mengamalkan secara 40 hari dan ternyata berkesan menjadi tabiat yang terus dilakukan hingga ke akhir hayat.

Selain itu sains juga telah membuktikan jika kita melakukan amalan selama 40 hari berturut-turut maka ianya menjadi sebati dalam diri. Cuba saudara baca satu ayat yang panjang selama 40 kali. Sudah tentu saudara dapat menghafal ayat tersebut, berbanding dengan jika saudara baca hanya 2 atau 3 kali sukar untuk kita mengingatinya.

Pertama sekali syarat yang perlu untuk kita mengamalkan amalan ini ialah ada 4 syarat iaitu :
  1. Ikhlas kerana Allah SWT
  2. Jauhkan dari sifat riak, ujub dan takbur
  3. Niat untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata dan bukan untuk mendapat ganjaran pahala atau syurga atau juga untuk mendapatkan karomah dan sebagainya.
  4. Utamakan amalan yang wajib terlebih dahulu baru lakukan amalan di bawah.
  5. Lakukan secara istiqomah selama 40 hari jika tertinggal sehari ulang dari kiraan pertama semula.
Saudara boleh pilih mana-mana amalan sunat atau boleh mengamalkannya sekaligus.
  1. Masuk dan duduk di dalam majlis ilmu 1 kali seminggu, jika boleh 3 x seminggu.
  2. Membaca ayat suci al-Quran setiap hari sekurang-kuranya 10 ayat sehari. (Dalam pada itu berusaha mencari guru untuk membetulkan tajwid dan memperbaikki bacaan).
  3. Bangun solat malam (tahajjud) sekurangnya 1 kali seminggu, jika boleh 3 x seminggu.
  4. Puasa sunat sekurangnya 3 hari dalam sebulan terutama pada hari putih iaitu 13hb, 14hb, 15hb (bulan Islam) kecuali pada 13hb zulhijjah (hari tasyrik).
  5. Menjaga solat berjamaah di masjid sekurang-kurangnya 1 waktu atau lebih dalam sehari.
  6. Sentiasa berusaha memahami makna ayat-ayat al-Quran (mengamalkannya serta menyebarkannya).
  7. Bersedekah dalam sebulan sekurangnya 3 kali bergantung kepada kemampuan.
  8. Perlu cari sekurangnya sekali dalam sebulan untuk menolong orang lain yang memerlukan pertolongan.
  9. Beristigfar 3x setiap kali lepas solat fardhu atau sunat.
  10. Bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil sekurangnya (33x) dalam sehari.
Saudaraku amalkanlah dahulu perkara di atas dan tambahan selepas itu adalah amalan di bawah :
  1. Mencegah perbuatan mungkar dan maksiat (Insyallah jika saudara amal di atas, niatkan dalam hati untuk melakukan amalan ini, dengan rahmat Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalannya.)
  2. Niatlah untuk mengenal Allah dengan lebih baik dari sekarang. (insyallah dengan rahmat Allah akan bukakan jalannya)
  3. Niat untuk menjadi ahli khidmat masyarakat. Insyallah dengan rahmat Allah, maka Allah akan bukakan jalan untuk saudara menjadi ahli khidmat masyarakat ikhlas kerana-NYA.
  4. Niat untuk menjadi hamba-NYA. (Insyallah dengan rahmat-NYA akan terzahirlah rasa kehinaan dalam diri kita, walaupun kita adalah sebaik kejadian namun dihadapan-NYA kita terlalu hina sepertimana ahli Sufi merasakan bahawa manusia ini lebih hina dari sampah, mungkin saudara berasa pelik dan tidak bersetuju, insyallah jika Allah izinkan kita sama-sama berdoa untuk mencapainya).
Hasilnya saudara akan mendapati :
  1. Sifat iri hati kepada orang lain akan hilang sedikit demi sedikit
  2. Sifat marah akan menurun
  3. Sifat dendam akan padam
  4. Sifat benci kepada orang akan padam
  5. Sifat bersangka buruk pada orang lain akan menurun
  6. Sifat mengata, mengeji, mengumpat akan hilang sedikit demi sedikit
  7. Sifat sombong, ego dan takbur akan padam
  8. Sifat bakhil akan terhapus
  9. Sifat berbohong atau tidak menepati janji akan hilang
  10. Sifat mementingkan diri sendiri akan terhapus
Apa yang saudara akan dapati ialah :
  1. Sentiasa mengingati Allah, terasa Allah sentiasa memberi pertunjuk dan terasa Allah sentiasa melihat
  2. Hari-hari berkeinginan melakukan kebajikan
  3. Suka menolong orang
  4. Tidak selesa bersama orang yang bersembang kosong dan kumpulan yang menceritakan keburukan orang lain.
  5. Rasa kasih sayang kepada orang lain sama seperti mengasihi diri sendiri
  6. Dahagakan ilmu-ilmu agama
  7. Doa mudah dimakburkan
  8. Kefahaman ilmu agama terbuka sedikit demi sedikit
Maka saat itu Allah titipkan rasa kemanisan beribadah sedikit demi sedikit dalam hati kita. Saat itu kita rasakan segala kemusykilan agama dalam fikiran kita Allah terus bukakan dengan pelbagai cara.

Waktu itu kita pasti merasakan Allah Maha Besar, apa tidaknya dalam hati kita terdetik saja Allah terus bukakan ilmu-NYA Yang Maha Luas itu.

Saat itu kita benar-benar meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui walaupun kita hanya terdetik di dalam hati. Sama-samalah kita berusaha untuk mengecapinya.

Sekian, semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Ayuh amalkannya…