Thursday, February 21, 2013

JUI MENG DI PERMAINKAN DAP


Jui Meng kecewa tindakan Karpal

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dikatakan sangat kecewa dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana secara terbuka menyokong Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau.
Jui Meng dilaporkan kecewa dengan tindakan Karpal menyokong Cheng Hau berhubung isu membabitkan pengagihan kerusi pakatan pembangkang di Johor untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 antara DAP dengan PKR.
Menurut portal propembangkang Malaysiakini yang memetik akhbar China Press, kekecewaan itu bertambah kerana Karpal menggesa kepimpinan PKR Pusat memulakan siasatan terhadapnya.
Jui Meng yang keluar daripada MCA untuk menyertai PKR pada Julai 2009 turut sedih kerana Karpal mempersoalkan keahliannya dalam MCA.
"Saya telah berkata ketika saya bersama MCA bahawa sekiranya UMNO tidak berubah, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN). Akhirnya, saya keluar MCA untuk menjaga kepercayaan politik saya dan juga untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dilucutkan anugerah Datuk kepada saya.