Wednesday, January 30, 2013

SuperHero ku...


SuperHero ku..

Guru : Baiklah murid-murid, hari ini cikgu mahu kamu melukis superhero pujaan kamu dan bentangkan kepada kawan-kawan kamu yang lain kenapa kamu memilih superhero itu dalam masa 10 minit dari sekarang.

10 minit kemudian.....

Guru : Ok. Saya mahu Mamat mula dulu, diikuti oleh Shafik, Haiqal, Hisyam dan Zaid. Silakan Mamat ke hadapan.

Mamat : Saya pilih Spiderman sebagai superhero saya sebab dia hebat,cikgu. Dia boleh melompat tinggi, dan boleh mengeluarkan sarang labah-labah dari tangan dia, cikgu. Spiderman ni suka tolong orang susah dan mampu ke satu bangunan ke satu bangunan yang lain dengan cepat sebab sarang labah2 dia boleh panjang,cikgu.

Shafik : Saya pilih Batman sebagai superhero saya, cikgu. Saya pilih dia sebab dia segak, smart dalam kostum dia. Dia juga ada kereta dan motor yang super duper hebat dan laju. Saya suka Batman sebab dia lebih kerap muncul pada waktu malam dan berlainan sekali dengan superhero lain. Dia juga ada senjata-senjata canggih.

Haiqal : Saya memilih Superman, cikgu. Semua orang tahu dia sangat-sangat hebat. Kebal tidak boleh ditembak dengan peluru. Dia boleh terbang ke sana sini dengan laju untuk menyelamatkan nyawa orang. Saya pilih dia juga sebab dia kuat boleh angkat benda-benda berat.

Hisyam : Hulk merupakan superhero saya, cikgu. Saya menarik melihat dia berubah menjadi kuat apabila dia marah. Kekuatan dia akan muncul kalau dia marah dan menjadi besar serta kuat. Dia pun kuat boleh angkat macam-macam.

Guru : Kamu pula Zaid? Kenapa tidak melukis? Tidak tahu mana-mana superhero yang ada kah?

Zaid : SuperHero saya ialah ayah saya. Mak saya cerita, ayah saya hebat. Bersenjatakan cangkul dan parang bemandi peluh mencari rezeki membesarkan kami, tidak ada senjata macam Batman. Mak bagitahu, siang dan malam ayah bekerja untuk menyara kami sekeluarga tidak seperti Spiderman sekali sekala je. Ayah yang menjaga keselematan kami sekeluarga dari apa-apa bahaya tanpa ada kuasa seperti Superman. Ayah mendidik kami tanpa pernah marah macam Hulk, dia begitu mengasihi kami sangat2. Semua itu mak cerita pada saya. Dan superhero saya telah pergi selama- selamanya semasa saya kecil..... jadinya saya tidak ingat rupa Superhero yang banyak berjasa pada saya secara REALITI.

No comments:

Post a Comment