Friday, November 30, 2012

KENAPA TIDAK MAHU BERFIKIR ...???



Sudah beberapa kali dunia berdepan dengan peristiwa bencana alam yang dahsyat, termasuk apa yang berlaku di Amerika dan 9 daerah dilanda puting beliung. Butakah mata kita semua ini...??? 

Tidak timbulkah sedikit rasa keinsafan didalam hati kita??? Kita makhluk yang diberi akal oleh tuhan untuk berfikir, jadi lu fikir la sendiri....

Manusia selalu lupa sejarah termasuk mereka yang membaca Al-Quran setiap hari mcm burung kakak tua. Jual ayat-ayat Quran dalam ceramah untuk dapat upah. Bagaimana dan siapakah yang akan selamatkan mereka ??? manusia yang bernama intelek ada akal fikiran, ada ilmu mantik yang terbuka pemikirannya, tidak dipengaruhi oleh emosi dan fanatik sepatutnya mempunyai kearifan mengenai cerita Nabi Noh a.s membina bahtera.

Dari semua bencana alam yang berlaku, apakah kita tidak terfikir adanya campur tangan Tuhan??? pernahkah kita bertanya Tuhan itu siapa??? Sedangkan awal2 agama mengenal Tuhan. Bila lagi kita mahu mengambil iktibar . mahu belajar dengan manusia yang Tuhan turunkan sebagai Nabi dan Rasul???

Pernahkah kita mengikuti jalan yang boleh menolong tugas Tuhan supaya kita akan selamat??? Tanggungjawab siapa kalau bukan para ulama yang perlu menjadi contoh yang mulia agar manusia boleh menerima Islam sebagai addin cara hidup yang paling sempurna.
Mereka mendapat banyak keuntungan dari Islam, bila lagi mahu berkongsi ILMU ...???

No comments:

Post a Comment