Adalah sesuatu yang amat memalukan orang Melayu terutama parti PPBM apabila seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang gah namanya seantero dunia terpaksa tunduk kepada DAP semata-mata untuk bertanding di dalam pilihanraya menentang UMNO / Barisan Nasional. Inilah satu sejarah yang paling memalukan negara.
Dahulu inilah orangnya yang menentang habis-habisan DAP. Segala apa yang dilakukan DAP baginya hanyalah untuk menjahanamkan bangsa Melayu dan Umat Islam. Malangnya hari ini insan tersebut terpaksa menagih simpati dari pada DAP untuk menggunakan lambangnya bagi bertanding dalam pilihanraya ke 14 nanti.
Apakah tidak ada parti lain dalam pakatan ? Bukankah ada PKR dan PAN ? Kenapa tidak mahu menggunakan kedua-dua lambang pasti tersebut ?
Sudah tentulah kerana kedua-dua parti tersebut ada sejarah dan kisah masing-masing. Mungkin Tun M tidak mahu dilihat tunduk kepada seteru ketatnya dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Takkan nak jilat balik ludah sendiri....ye tak ye jugak !
Apa pun inilah manusia yang sanggup berbuat apa sahaja demi untuk sebuah kerusi Perdana Menteri yang sudah dilepaskannya seketika dulu.
Tun Mahathir tidak boleh menyalahkan sesiapa diatas kemelut dalaman parti PPBM. Kita tidak tahu samaada AGM mereka wujud atau tidak !
Tun M sebelum ini menyalahkan ROS sebagai punca masalah yang timbul didalam partinya. Namun siapa yang sepatutnya di persalahkan ? Bukankah parti ini diuruskan oleh Mukriz Boboy dan Muhyiddin Yassin....carilah mereka dan tanyalah kenapa mereka gagal.
Menuduh ROS sebagai memilih kasih hanyalah satu sandiwara untuk mengalihkan kesalahan ini kepada ROS. Lihatlah sendiri dari mana punca masalah ini timbul.
Tuduhan mereka kononnya UMNO juga melanggar perlembagaan tidak boleh diterima sama sekali. ROS telah menjawab berkenaan penangguhan pemilihan UMNO.
Dakwaan itu sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai khususnya ahli-ahli Umno dan para penyokongnya selain usaha pihak tertentu untuk memburukkan parti,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Tengku Adnan turut memaklumkan bahawa Pemilihan Umno yang diputuskan ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.
“Ini selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) . Ini adalah merujuk kepada Seksyen 13 A (4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat.
No comments:
Post a Comment