Sunday, June 14, 2015

WANITA MCA PANTAS BERI BANTUAN TERHADAP MANGSA GEMPA



Sebagai sebuah parti yang mendengar denyut nadi rakyat, MCA terpanggil untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sabah. 


Sebaik sahaja mengetahui berlakunya bencana gempa bumi di Sabah, wanita MCA dibawah pimpinan Ketua Pergerakan Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie telah mengerakkan jentera misi bantuan ke negeri di bawah bayu tersebut.


Sebelum ini pun, apabila berlaku banjir besar di negeri Pantai Timur Malaysia, wanita MCA pantas  turun bertungkus lumus membantu mangsa. Oleh itu pengalaman mereka dalam membantu mangsa bencana alam tidak perlu dipertikaikan lagi.



Bagi membantu mangsa gempa bumi, pergerakan wanita MCA telah menjual berus gigi dengan harga RM10 untuk mengumpul dana.Sekurang-kurangnya hasil kutipan ini dapatlah membantu mengurangkan beban mangsa.


Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun juga telah menghubungi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan telah memaklumkan berkenaan bantuan yang telah MCA sampaikan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah. 


Datin Chew Mei Fun juga telah mengumumkan peruntukkan khas MCA Crisis Relief Squad  berjumlah RM30,000 telah disumbangkan  kepada SJKC Pai Wen dan RM20,000 kepada rumah agama  Hwa Shan Sheng Zu Gong.


Sehingga kini pegawai JKR dan pegawai dari pejabt pelajaran memdapati 4 bilik darjah dari 12 bilik darjah masih boleh digunakan. 


Tahniah dan syabas kepada  wanita MCA dan MCA Crisis Relief Squad kerana bertindak pantas dalam memberi bantuan dan pertolongan setiap kali berlaku bencana alam. 





No comments:

Post a Comment