Thursday, June 18, 2015

NUFAM TIDAK WAJAR BERTINDAK KETERLALUAN



Apa sebenarnya niat Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mengugut MAB bahawa mereka akan mengadakan mogok besar-besaran jika tidak menarik balik surat penamatan khidmat 6000 kakitangan MAS dalam tempoh masa 48 jam, sedangkan sebahagian besar daripada hampir 6,000 kakitangan MAS terlibat menyambut baik pakej pemberhentian kerja yang ditawarkan. 



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penamatan perkhidmatan kakitangan MAS menerusi pelan pemulihan syarikat penerbangan nasional itu merupakan satu proses yang mengikut lunas undang-undang, bahkan sebahagian besar kakitangan MAS yang terlibat dalam penamatan perkhidmatan menyambut baik pakej tersebut. 

Sebagai pemegang saham terbesar dalam MAS, Khazanah Nasional Berhad telah mengumumkan 12 langkah untuk menyusun semula pentadbiran MAS antaranya ialah menamatkan 6,000 kakitangan disemua peringkat. Manakala 14,000 lagi ditawarkan meneruskan perkhidmatan di entiti baru Malaysian Airlines Berhad (MAB).

Sepatutnya NUFAM mencari jalan tengah dan berbincang dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dan juga Kementerian Sumber Manusia berhubung isu berbangkit, bukannya cuma mencari publisiti murahan dengan membuat mogok besar-besaran untuk mendapat perhatian dan simpati.


Saya juga mendapat maklumat bahawa NUFAM tidak lagi diiktiraf oleh MAS mewakili kakitangannya bahkan presiden kesatuan itu telah dipecat pada 2013 dan tidak lagi menjadi kakitangan MAS, olej itu mereka tidak ada locus standi untuk berbincang mewakili kakitangan MAS, katanya ketika ditemubual selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Bahagian Tangga Batu.

Bukan hanya NUFAM sahaja yang mendakwa mewakili kakitangan MAS, ada tujuh lagi kesatuan sekerja yang mewakili kakitangan MAS termasuk Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU).

Program penstrukturan semula operasi  MAB bakal melonjak semula keupayaan syarikat tersebut dalam usaha MAS melakukan  proses transformasi untuk masa akan datang.

Semoga kakitangan MAS dapat terus memberi sokongan dan komitmen  dan bertugas dengan penuh dedikasi dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.





No comments:

Post a Comment