Tuesday, March 19, 2013

PROJEK TRANSFORMASI TUKAR


Project Transformasi TUKAR & ATOM

On May 14, 2012, in Statements & Commentaries
A)Project Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)
Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) adalah satu usaha komprehensif Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah Negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sasarannya adalah untuk meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang RM23,700 pada 2009 kepada lebih RM48,000 pada 2020 dengan mewujudkan 3.3 juta perkerjaan. Program ini akan menfokuskan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara atau National Key Economic Areas (NKEA).
Salah satu daripada 12 NKEA yang akan dilaksanakan ialah Pemborongan dan Peruncitan. Di bawah NKEA Pemborongan dan Peruncitan, sebanyak 13 Entry Points Projects (EPPs) telah dikenalpasti yang akan menyumbang sebanyak RM83.4 billion Grosss National Income (GNI) dan mewujudkan lebih 370,000 pekerjaan baru sepanjang 10 tahun akan datang.
Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR adalah merupakan EPPs yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif melalui:
  • Membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis ‘mom and pop’;
  • Meningkatkan tahap kompetitif peruncit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan;
-   tingkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan;
-   selarikan kualiti proses perniagaan secara menyeluruh;
-   promosikan rantaian penawaran yang berkos efektif dan efisien;
-   galakkan jualan produk berkualiti melalui pelbagai langkah; dan
  • Menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST).
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
  • Perniagaan 100% milik tempatan (milik tunggal / perkongsian / Sdn Bhd).
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah untuk mengusahakan kedai runcit.
  • Pemilik kedai runcit berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi umur 60 tahun semasa pembayaran bulan terakhir pinjaman.
  • Kedai runcit telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun.
  • Keluasan kedai runcit tidak melebihi dua pintu kedai atau 2,500 kaki persegi.
PEMBIAYAAN PINJAMAN PROJEK TUKAR:
Pembiaya: Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI)
Skop Pembiayaan:
  • Pengubahsuaian / menaik taraf premis perniagaan;
  • Pembelian mesin atau peralatan; dan
  • Modal kerja untuk pembelian stok.
Jumlah Pinjaman: RM30,000 hingga RM80,000
Tempoh Pinjaman: Sehingga 15 tahun
Caj Perkhidmatan: 3% setahun
EMPAT STRATEGI UTAMA PELAKSANAAN TUKAR:
  • Memodenkan premis peruncit tradisional sedia ada;
  • Menaiktaraf premis peruncit tradisional sedia ada;
  • Menggalakkan penyertaan koperasi dalam bidang peruncitan; dan
  • Mewujudkan pusat pengedaran setempat.
BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PROJEK TUKAR:
Hubungi
Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI)
11th Floor, Wisma MCA,
163, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Tel: +6 03 2161 6499
Fax: +6 03 2161 2840
Website: http://kojadi.my
atau
Pihak Konsultant yang terlibat:
Persekutuan Persatuan2 Peniaga2 Barang2 Runcit Malaysia (1978)
No.20-2, Jalan 1/92B,
Pudu Ulu, Off Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Tel: +6 03 9205 5966
Fax: +6 03 9205 5977

No comments:

Post a Comment