Friday, October 27, 2017

DAP PEMUSNAH vs BN PEMBELA RAKYAT



Apabila kita bina sesuatu, ianya bukan dibina untuk runtuh. Begitu juga apabila kita memilih kerajaan. Ianya untuk membantu kita bukan menyusahkan kita. Tetapi tidak kepada kerajaan DAP Pulau Pinang, mereka membawa kesengsaraan kepada rakyat yang memilih mereka sebagai kerajaan. Rakyat Pulau Pinang hari ini merasa kecewa dan tertipu, tapi apa yang boleh dibuat lagi memang itu yang mereka pilih dahulu. 

Sejak DAP berkuasa di Penang, berapa banyak sudah premis perniagaan rakyat yang telah mereka robohkan, berapa banyak kampung rakyat yang telah mereka musnahkan.  Sepanjang pemerintahan 2 penggal DAP Di Pulau Pinang, antara sedar dan tidak, sebanyak 24 buah kampung di Pulau Mutiara itu dirampas dan penduduk asalnya di usir.

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang ini bagaikan perlakuan  pengganas Yahudi  keatas penduduk Palestin di Timur Barat. Pengusiran terancang yang mereka lakukan hari ini seolah-olah membiarkan rakyat terusir dari tanah mereka atas alasan menempatkan pusat membeli belah dan pembinaan rumah mewah. Mereka hanya mementingkan projek-projek merah, langsung mereka tidak memikirkan masalah rakyat bawahan.

Oleh itu kerajaan DAP lebih sesuai disebut kerajaan pemusnah atau kerajaan anti rakyat. Yang peliknya ada premis-premis perniagaan seperi kilang haram tidak pula mereka roboh atau tutup, bahkan kerajaan DAP Pulau Pinang terus mempertahankan kewujudannya. Rupa-rupanya apabila disiasat.

Ini jelas dalam kenyataan Ketua Menterinya Lim Guan Eng bahawa kerajaan pimpinannya  tetap bertegas dengan dasar untuk tidak merobohkan kilang haram pembakaran habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti dan masih menunggu kata putus daripada SPRM.


Thursday, October 26, 2017

BAJET PEMBANGKANG MERAPU



Sudah menjadi amalan pembangkang Pakatan Harapan setiap kali dekat hari pembentang bajet oleh kerajaan mereka pun menyibuk nak buat bajet mereka sendiri. Jika kita teliti bajet yang mereka cipta kita akan dapat lihat seolah-olah bajet ini ditulis oleh seorang yang baru bangun dari tidur atau mimpi indah. Atau lebih tepat lagi kata orang Utara - Bajet Merapu. 

Bajet yang kerajaan buat berdasar realiti keadaan yang kita hadapi sekarang. Kerajaan mengambil masa yang lama dengan kajian-kajian yang terpinci diambil kira perubahan keadaan semasa serta mengambil pendapat rakyat berkenaan keperluan dan kehendak mereka. 

Bajet pembangkang berdasarkan apa ?  Atas asas apa mereka mencipta bajet ? Adakah mereka tahu apa keperluan rakyat ? 

Apa jenis bajet jika segalanya hendak percuma, sistem cukai GST nak dikembali kepda SST dan  menaikkan kadar upah minumum. Kononnnya pendapatan kerajaan dapat diselamatkan RM20 bilion dengan andaian rasuah dapat dihapuskan. 

Entah dari mana mereka dapat angka tu, mereka tahukah berapa ramai perasuah-perasuah dalam negara. Atau mereka yang menghabiskan duit memberi rasuah. Bajet tidak masuk akal pembangkang ini hanya akan memalukan negara jika mereka yang mentadbir negara. 

Pembangkang ingat dengan membuat cerita-cerita yang sedap di telinga rakyat mereka akan dipilih dalam PRU akan datang ? Mereka hanya bermimpi di sang hari. Rakyat bukan mahu dengar cerita dongeng, rakyat mahukan kerajaan yang prihatin dengan keadaan hidup mereka dengan realiti keadaan semasa, jangan anggap rakyat seperti budka-budak yang boleh di beri gula-gula. 

Bajet kerajaan Barisan Nasional adalah Bajet untuk membantu rakyat bukan seperti bajet kayangan pembangkang.

Di bawah adalah kenyataan Rasmi Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkenaan Bajet Pembangkang.

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA
26 OKT 2017


Di kulit buku 'BELANJAWAN ALTERNATIVE' dengan ketebalan 88 muka surat yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan (PH), terpampang gambar 'skyline' KL dan bangunan ikonik lain bagi melambangkan kejayaan negara.

Sedar atau tidak, ini merupakan satu pengakuan dan pengesahan PH terhadap jujukan kejayaan yang dilakar oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia sejak merdeka.

Ketidak telitian PH makin ketara apabila   kandungan buku belanjawan tersebut diperincikan.

Rata-rata pembaca berpendapat bahawa kandungan BAJET ALTERNATIF merupakan belanjawan untuk memancing undi semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab dalam melaksanakannya.

Belanjawan tersebut jelas mengambarkan kehambaran PH.

Mereka seolah-olah sudah  ketahui bahawa mustahil bagi mereka untuk memenangi hati rakyat dan jauh sekali berkesempatan untuk menunaikan janji belanjawan mereka, jadi mereka mengambil pendekatan "janjikan sahaja bulan dan bintang".

Kenapa mereka berpendirian sedemikian?

Semuanya merupakan ekoran kegagalan dalam mendapat sambutan untuk perhimpunan Kleptokrasi di Kuala Lumpur dan juga Konvensyen PAN di Alor Setar baru-baru ini.

Kegagalan kayu pengukur ini semestinya meletakkan PH dlm situasi terdesak.

Ini diburukkan lagi dengan pergolakan dan perberantakan parti-parti dalaman PH (intra dan inter) itu sendiri.

Faktor-faktor inilah yang menyebabkan rakyat, terutama para cerdik pandai dan anak muda hilang keyakinan terhadap kewibaan PH sebagai alternatif yang lebih baik daripada BN.

Malah kucar kacir dalaman inilah yang membuatkan PH dilihat sebagai kelompok yang putus harapan untuk menyusuli agenda peribadi dengan percubaan mengkudakan satu sama lain tetapi terikat dengan tali hayat ehsan DAP di bawah 'pembangkang yang diketuai oleh DAP'.

Apa yang jelas, belanjawan PH ini  kononnya cuba menonjolkan  satu formula mustajab  bagaimana negara yg sedang berkembang seperti yang diiktirafkan oleh Bank Dunia sebagai "...the Malaysian economy is progressing from a position of strength", kepada negara "...progressing from a position of no hope (PH/PUTUS HARAPAN".

Mana mungkin Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang berdaya saing jikalau terpaksa menanggung pembelajaran percuma untuk semua peringkat umur yang melibatkan kos tambahan melebihi RM60 bilion setahun.

Apatah lagi jika GST dihapuskan dan kembali kepada  SST seperti era Mahathir yang menyebabkan rakyat kehilangan RM25 bilion, dan menaikkan upah minimum yang akan menambahkan bebanan sebanyak RM43 bilion.

Perbelanjaan untuk 3 perkara tersebut akan mengakibatkan rakyat menanggung kos sebanyak kira-kira RM130 bilion atau RM1.3 trilion dalam jangka  masa 10 tahun.

Langkah ini bukan sahaja akan membuatkan negara bankrap tetapi memaksa negara untuk berhutang dan sudah semestinya ekonomi negara akan  hancur.

PH cuba mengabui mata rakyat kononnya perbelanjaan ini  boleh ditampung daripada penghapusan rasuah yang akan menjimatkan mereka sebanyak RM20 bilion!

Apakah asasnya angka ini?

Sementelah pula ia dijanjikan oleh pimpinan yang pernah tercalit dan juga yang sedang bergelumang dengan masalah rasuah di mahkamah.

Bolehkah rakyat mempercayai janji yang ditabur oleh pemimpin yang mentadbir negeri kecil yang dilanda banjir besar akibat runtuhan bukit berpunca daripada rasuah atau pemimpin yang bertelagah sesama sendiri menuduh satu sama lain terlibat dengan  rasuah (termasuk rasuah seks) atau pemimpin yang mengaku bahawa mereka ialah penyangak, perompak kekayaan negara melalui amalan KKN (korupsi, kolusi dan nepotisme) serta kleptokrat terbesar?

Dalam kata lain, bajet PH bukanlah belanjawan yang sebenar tetapi lebih merupakan janji pilihan raya untuk memancing undi kerana PRU sudah semakin dekat.

Disebabkan atas tujuan inilah, bajet alternatif PH  dibentangkan sebelum bajet kerajaan diwartakan.

In syaAllah, rakyat akan menerima bajet sebenar pada hari Jumaat ini.

Bajet pilihan rakyat saban tahun di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sudah tentu bajet ini bukan bajet pancingan pilihanraya.

Bajet ini merupakan  kesinambungan dan membawa transformasi ekonomi dan sosial rakyat, bajet yg mapan dan bertanggungjawab memacu pertumbuhan KDNK negara menjadi antara yang terbaik di dunia, bajet yg mengawal defisit belanjawan tetapi pada masa yang sama rakyat di segenap lapisan terus terbela dan disantuni secara berkesan.

Dalam kata lain, bajet ini merupakan belanjawan harapan rakyat dan belanjawan yang menjadikan PH satu gagasan yang putus harapan (hopeless) dan tidak lagi diharapkan.


- Tan Sri Annuar Musa (TSAM),
KETUA PENERANGAN
UMNO MALAYSIA dan
AHLI PARLIMEN KETEREH
26.10.17











Wednesday, October 25, 2017

KUALITI PENGANGKUTAN AWAM DARAT UBAH CARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA



Kerajaaan tetap konsisten menjadikan Transformasi pengangkutan awam darat sebagai keutamaan bagi memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Dalam rancangan Tranformasi Negara (TN%)) kerajaan telah menetapkan sasaran untuk menjadi 20 negara teratas pada tahun 2050. Inilah yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak  dalam ucapannya di Somposium Pengangkutan Awam Darat 2017.

Dalam majlis yang sama juga Perdana Menteri juga berkata Malaysia hari ini  juga mampu mengeksport kepakaran tenaga berkemahiran tinggi ke luar negara bagi membantu membina projek-projek mega infrastruktur di negara-negara lain. Semua ini faedah daripada projek-projek yang dibina untuk rakyat. 

Najib juga berkata High Speed Rail (HSR) dan East Coast Rail Link (ECRL) akan menjadi tulang belakang kepada sistem kereta api yang mana sektor ini akan menciptakan 100 ribu peluang pekerjaan di bidang kejuruteraan teknikal dan bidang berkemahiran tinggi yang lain. 


Kerajaan juga menurut beliau akan terus memperluaskan rangkaian rel di bandar daripada 279km kepada 369km dan ianya akan terus berkembang hingga 505km  apabila siapnya LRT3, MRT2 dan MRT3 Circle Line. 

Kejayaan MRT Line 1, telah mengubah pengangkutan awam darat sebagai pengerak utama dalam mengurangkan kesesakan  lalu lintas dan pengurangan pelepasan karbon dalam pengangkutan di negara ini. Negara perlu membawa teknologi baharu seperti ini dalam ekosistem pengangkutan awam darat, bukan sahaja untuk menjadikan ia lebih senang dan selesa kepada pelanggan tetapi juga dapat memenuhi komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan karbon kepada 40 peratus menjelang 2020.


Tuesday, October 24, 2017

KERAJAAN DAP PULAU PINANG DEGIL , TAMAK HALOBA




Tamak haloba, degil dan ego ...itulah yang sesuai digambarkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang berikutan berlakunya kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang mengakibatkan 11 nyawa melayang. 

Degil dan keras kepala - kerana sebelum itu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menolak permohonan pemaju untuk membina projek kediaman  dikawasan tersebut kerana lokasi tersebut amat berdekatan dengan Tapak kuari. 

Sedar akan kesalahan mereka, dua exco negeri iaitu Chow Kon Yeow dan Dato Maimunah Mohd Shariff,  Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), tiba-tiba cuba menyalahkan pula Jabatan Alam Sekitar (JAS) bahaAS telah meluluskan dua projek yang hampir dengan kuari tersebut sebelum ini.


Memang betul JAS meluluskan dua projek tersebut, tetapi projek - projek terebut hanya berketinggian 3 dan 5 tingkat sahaja dan itu pun terletak di tanah rata dan tidak bercerun. 

Sedangkan tapak projek yang mereka laksanakan kali ini terletak betul-betul di sebelah Teik Granite Quarry. Sudah lama kuari tu beroperasi - sejak tahun 1960 an lagi. Sebab itulah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menolak permohonan pemaju untuk membina projek kediaman di kawasan berkenaan. 

Dalam tragedi sabtu lepas, kejadian tanah runtuh itu dilapor berlaku lebih kurang pada jam 9:00  pagi  ketika sekumpulan pekerja binaan sedang menjalankan kerja di bahagian bawah tanah bangunan yang sedang dibina itu. 

Tragedi ini telah mengorbankan 11 nyawa manusia, dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dengan senang lenang menyatakan ianya hanyalah kemalangan di tempat kerja. Senang sungguh Ketua Menteri selesaikan masalah. 

Sudah lama penduduk di sekitar itu membantah projek berkenaan, namun kerajaan DAP Pulau Pinang buat pekak sahaja. ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang amat tidak disukai oleh Lim Guan Eng pun turut sama membantah projek ini. Menurutnya sejak tiga tahun lepas lgi dia suda membuat bantahan menerusi pelbagai saluran termasuk di persidangan Dewan Undangan Negeri dan menulis kepada kerajaan negeri tetapi kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng tetap degil meluluskan projek berkenaan dan kini hasilnya mengorbankan 11 nyawa manusia. 

Menurut Teh Yee Cheu lagi, bukan projek itu saja- ada lagi  tiga projek perumahan di lereng bukit sedang dijalankan   termasuk10  projek perumahan di lereng bukit di kawasan berkenaan yang dalam proses diluluskan oleh kerajaan negeri, semua projek ini berisiko berhadapan dengan tanah runtuh. 

Sikap tamak pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang telah menyebabkan nyawa manusia terkorban, entah apa lagi selepas ini keroskaan yang mereka akan buat ? Rakyat perlu bertegas sebelum Pulau Pinang di rosakkan oleh pemimpin-pemimpin yang korup dan tidak amanah seperti pemimpin DAP. 




Monday, October 23, 2017

MALAM "GALA DINNER & INDUSTRY AWARDS" SPAD



Seperti biasa setiap tahun Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD) mengadakan Simposium Pengangkutan Awam Darat bagi memberi Anugerah dan penghormatan kepada mereka yang berjuang dalam perkhidmatan pengangkutan awam darat. 

Tahun ini Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017 bertemakan "Reimagining Transportation: Mobiliti Mampan" merupakan kali ke enam diadakan.  Banyak acara telah diadakan semalam antaranya Majlis Makan Malam,  Anugerah Industri, dan persembahan istimewa dari  artis vokal terbaik negara, Dayang Nurfaizah. ak lupa juga pengacara majlisnya yang juga seorang artis terkenal mempunyai nama besar di dalam negara iaitu Adibah Noor. 

Majlis makan malam semalam dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah dan para tetamu kehormat yang lain. 

Dalam ucapan perasmiannya, Hajah Nancy menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak amat komited dan bersungguh-sungguh dalam memacu transformasi pengangkutan awam darat untuk kemudahan rakyat. Ujarnya lagi sejak awal  penubuhannya lagi iaitu pada tahun 2010, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah melancarkan pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk sistem pengangkutan awam  darat yang mampan.

Dalam majlis yang sama juga SPAD telah memberi anugerah kepada individu dan syarikat yang telah menunjukkan prestasi yang hebat serta tidak lupa juga kepada  pemandu-pemandu teksi yang menunjukkan contoh yang baik. 


Bagi  Kategori Pemandu Teksi Terbaik: Terdapat lima orang penerima anugerah ini, mereka adalah:

1-  Encik Ismail Md Rose - Salah seorang penumpang encik Ismail telah tertinggal laptop dan bagnya didalam teksinya. Selepas menyedarinya encik Ismail telah bergegas semula ke KLIA untk memulangkan semula kepada penumpang tersebut. 

2- Encik Chong Them Kwai - Semasa temsya Sukan SEA sedang berlangsung, salah seorang pemain futsal lelaki pasukan Thailand telah tertinggal tripodnya di dalam teksi. Dia kemudiannya telah memulangkan kembali tripod tersebut ke hotel tempat penginapan pemain tersebut. Beliau telah menunjukan contoh yang terbaik dan telah mengharumkan nama negara. 

3- Encik Zamrod bin Adam - Namanya meniti di bibir pengiat media sosial kerana kejujurannya memulangkan semula bag tangan milik Ketua Pegawai Eksekutif Penang Women's Development Corporation, Ong Bee Leng yang tertinggal di dalam teksinya. Sikap jujurnya sangat dihargai oleh CEO tersebut sehingganya kisahnya viral di media sosial.

4- Encik Megat Iskandar bin Megat Rusli - Seorang penumpang teksi encik Megat telah tertinggal handphone iPhone nya didalam teksi. Setelah menngetahuinya encik Megat telah memulangkan semula kepada pemiliknya di Ampang Residence quest. 

5- Encik Mohamad Harisham bin Jusoh - Beliau juga mempunyai pengalaman yang sama seperti encik Megat apabila pelanggannya yang berbangsa Arab tertinggal iphone nya dalam teksi. Beliau dengan pantas mencari pelanggannya dan memulangkannya semula. 


Bagi Kategori Pencapaian Terbaik Bagi Kakitangan Pengangkutan Rail penerima anugerahnya ialah ;

1- Suryati Binti Sukiman (Ampang Line) - Pada 22 May 2017, seorang pengguna telah pengsan di Stesen Hang Tuah. Jika tidak disebabkan oleh Suryati yang pantas memberi bantuan kecemasan, pelanggan berkenaan berkemungkinan besar berhadapan dengan pelbagai komplikasi yang disebabkan oleh kegagalan jantung.

2- Saravanan A/L Subramaniam (KL Monorail) - Pada 17 Mac 2016, semasa En Saravanan sedang mengikuti satu program di MRT Bangkok, beliau telah mengesan ada sesuatu yang tidak kena terhadap pergerakan tren berkenaan. Merasakan perkara berkenaan serius, beliau telah membuat aduan kepada pusat kawalan dan atas aduannya ini, perkhidmatan berkenaan dihentikan untuk siasatan.

Hasilnya, pihak penyiasat mendapati roda tren berkenaan mengalami masalah dan jika tidak kerana keprihatinan dan kecekapan beliau mengesan masalah berkenaan, ianya mungkin akan menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini terutamanya sekali membabitkan kehilangan nyawa.

 3- Mohd Nordin Bin Kimi (KTMB) - Beliau cukup aktif bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dengan membangunkan konsep pelancongan kebangsaan. Beliau juga bertanggungjawab dalam pemulihan program pelancongan Homestay by Rail and Rail.




































Saturday, October 21, 2017

MP GELANG PATAH SIBUK NAK JADI PERDANA MENTERI



BERAPA KALI LAGI WARGA GELANG PATAH MAHU DITIPU OLEH KIT SIANG ?

Sejak Zaid cadangkan dia jadi PM, Lim Kit Siang bukan main syok lagi, macam dah Yakin sangat dah yang dia bakal jadi PM Malaysia. Kesana sini penyokong-penyokongnya memangggilnya dengan panggilan Perdana Menteri dalam pembikinan. Seronok sangat Lim Kit Siang ni sampai dia lupa kepada rakyat yang diwakilinya di Gelang Patah. 

Admin rasa admin patut memberi nasihat yang khas buat pengundi di Gelang Patah, tak usahlah payah-payah susahkan diri mencari ahli parlimen Gelang Patah, dia tengah sibuk bercinta dengan geng-geng parti cap bunga PPBM dan tengah berangan nak jadi Perdana Menteri. Jadi oleh kerana kesibukkannya yang diluar batas kemanusiaan menyebabkan dia tidak sempat untuk melihat dan memberi khidmat kepada penduduk Gelang Patah. 

Lihat sendiri di Media Sosial, betapa galaknya Lim Kit Siang, Ahli parlimen Gelang Patah menyibukkan dirinya dengan aktiviti diluar kawasan Gelang Patah. Jadi kita cukup hairan kenapa dahulu dia bertanding di Gelang Patah ? 

Apa lagi yang dia buat kalau bukan pergi menghasut rakyat membenci kerajaan dan memilih DAP sebagai parti yang akan menerajui negara pada pilihanraya akan datang. Itulah kerjanya hari-hari, menghasut rakyat. Sedangkan tiada satu usaha pun yang dia buat di kawasannya sendiri. Saya yakin Gelang Patah ini akan diserahkan kepada calon DAP yang lain, dan Kit Siang akan melarikan diri ke tempat lain. 

Persoalannya mahukan rakyat di Gelang Patah ditipu sekali lagi oleh DAP ? Cukup-cukuplah rakyat di Gelang Patah ditipu oleh DAP. Pemimpin DAP hanya rakuskan kuasa. Gila nak jadi Perdana Menteri, sedangkan dalam parti sendiri pun bergolak. 

Rakyat di Gelang Patah sewajarnya melihat gerak kerja yang dibuat oleh Barisan Nasional. Lihat apa yang telah Barisan Nasional bantu rakyat. Walaupun Gelang Patah ini diwakili oleh DAP, namun parti komponen Barisan Nasional MCA sentiasa mendampingi rakyat. Sentiasa ada dikawasan untuk memberi khidmat kepada rakyat.  

MCA dan UMNO sentiasa ada bekerjasama memberi bantuan kepada rakyat di Gelang Patah. Kerjasama ini menunjukkan bahawa dalam Barisan Nasional budaya tolong menolong dan permuafakatan sentiasa menjadi teras agenda dalam Barisan Nasional. 

Penduduk di Gelang Patah perlu memberi isyarat yang jelas dengan menghukum pembangkang dan DAP kerana telah menipu mereka selama ini. Kita sebagai rakyat hendak hidup bersatu padu dan sejahtera bersama-sama semua kaum, bukan dengan benci membenci.Demi kebaikan rakyat, DAP perlu dilenyapkan dari Gelang Patah. 

HIDUP RAKYAT ! TOLAK DAP !





Friday, October 20, 2017

TRANFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT DILANDASAN YANG BETUL




Sejak diangkat menjadi Perdana Menteri  (ke-6) pada 3 April 2009 sehingga kini, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya meningkatkan taraf pegangkutan awam hingga mencapai taraf dunia. Amat jelas sekali Transformasi Pengangkutan Awam Daratyang diilhamkan oleh Perdana Menteri telah berjaya berada dilandasan yang tepat dan mencapai sasarannya.

Bagi memastikan kelangsungan pencapaian ini berterusan dan menyeluruh, tranformasi ini perlu diteruskan diseluruh negara secara lebih komprehensif. Semua ini memerlukan kesungguhan kerajaan dan iltizam rakyat bagi mengarap impian bagi mencapai cita-cita menjadi negara maju. 

Kesungguhan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi melihat sistem pengangkutan awam berubah semakin menjadi menjadi kenyataan. Tranformasi pengangkutan awam darat telah berjaya membawa perubahan segala kemudahan dan infrastruktur kearah yang lebih maju dan moden. Rata-rata rakyat menyambut baik dengan semua perubahan yang dibawa oleh kerajaan melalui agensinya SPAD. 

Banyak rangkaian perkhidmatan awam antaranya seperti Teksi, Bas, Perkhidmatan Rel seperti MRT, LRT dan Monorel telah menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Inilah  azam Perdana Memteri yang mahukan hasil dari usaha dari segenap sudut dinikmati oleh rakyat. 

Sebab itulah segala serangan dan tohmahan pembangkang yang memandang kecil usaha ini tidak memberi kesan, bahkan rakyat secara keseluruhannya menunjukkan sokongan yang jelas kepada usaha tranformasi pengangkutan awam darat oleh kerajaan. 


Selain mengadakan pameran kemajuan pengangkutan awam darat, Simposium yang berbetuk acara tahunan ini juga akan mengadakan ruang bicara mengenai peranan pengangkutan awam dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi yang sekali gus akan meningkatkan kualiti hidup rayat.

Bagi orang ramai khususnya penguna pengangkutan awam yang berkunjung ke simposium ini akan berpeluang untuk melihat pameran yang dijalankan yang membuka peluang kepada kepada pengunjung untuk mencuba pelbagai aktiviti interaksi yang disediakan.

Simposium yang bakal mengumpulkan sebegitu ramai pakar sama ada didalam membuat dasar pengangkutan awam mahupun pembangunan bandar bagi membincangkan selain mengetengahkan idea bagi memastikan industri pengangkutan awam ini terus maju di masa hadapan.

Orang ramai adalah dijemput untuk bersama memeriahkan Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2017, dan merasai sendiri akan perkembangan dan kemajuan yang telah di capai oleh SPAD sahingga hari ini.


Semoga impian kerajaan yang mahu menjadikan pengangkutan awam adalah pilihan utama rakyat negara ini untuk bergerak menjalankan aktiviti harian mereka akan menjadi kenyataan.


Wednesday, October 18, 2017

TIADA SIAPA DAPAT MENGALAHKAN TUN MAHATHIR KECUALI...

Siapa yang tidak kenal Tun Mahathir ketika dia berkuasa dahulu. Tidak ada siapa yang berani melawannya. Musuh sama ada dari luar UMNO atau dalam UMNO sekalipun kalah apabila berhadapan dengan Tun Dr. Mahathir. Kekuatan Tun Mahathir dahulu terletak diatas kekuatan ahli UMNO yang menyokong penuh pemerintahannya. Sehinggakan Anwar yang dikatakan bakal menumbangkan dengan menggunakan kuasa rakyat pun gagal akhirnya. 

Dengan kekuatan yang pernah dia miliki dahulu, dengan kehebatan armada Mahathir yang pernah menjatuhkan Pak Lah dari kerusi Perdana Menteri dahulu, kini sekali lagi ingin digunakannya untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohd Najib dari kerusi Perdana Menteri. 

Kononnya dahulu tak nak bersekutu dengan DAP, kerana perjuangannya ialah untuk menyingkirkan Najib dari kerusi Presiden UMNO dan pengerusi BN.. Namun setelah segala usaha berakhir dengan kegagalan maka Atok Tun Mahathir memulakan langkah seterusnya dengan keluar dari UMNO dan mengajak ahli UMNO yang menyokongnya keluar dari UMNO.

Apabila mengajak ahli keluar dari UMNO bermakna Tun tentu sudah siap sedia untuk bertempur secara bersemuka dengan UMNO dengan mencipta parti baru. Hakikatnya parti baru tentulah lemah dan masih belum kuat untuk berdiri dengan kekuatan sendiri. Matlamat Tun hanya untuk melemahkan UMNO dan menumbangkan terus Barisan Nasional. Maka lahirlah parti cap bunga PARTI BERSATU atau PPBM. 

Sedar akan kekuatan BN yang ampuh dengan dibarisi 14 parti komponen maka tidak mungkin parti bunga yang baru lahir ini dapat menandingi kekuatan Barisan Nasional. Oleh itu tidak  dapat tidak parti baru ini terpaksa bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain bagi berhadapan dengan Barisan Nasional pada PRU ke 14 nanti. 

Perikatan baru mereka ini dinamakan sebagai Pakatan Harapan, pakatan rakyat yang dulunya sudah berkubur apabila PAS menarik diri dari pakatan tersebut. Pakatan Harapan ini namanya sahaja diketuai oleh Anwar dan Mahathir, tetapi sebenarnya kekuatan dibelakang kedua-dua mereka adalah DAP. 

DAP tidak berjaya menumbangkan UMNO, tetapi berjaya menjadikan bekas pemimpin tertinggi UMNO kaldai tunggangan mereka. 

Apa lagi maruah yang tinggal ditubuh Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim ? Semuanya telah tergadai ditangan DAP aka Lim Kit Siang. 


Monday, October 16, 2017

PLASTIK PUN MEREKA CAJ, ADA HATI NAK HAPUS GST ???



Satu perkara yang rakyat kena tahu tentang pembangkang "Mereka Penipu". Kalau ada yang masih ingat lagi kenyataan mereka selepas menang di Selangor, "MANIFESTO BUKAN JANJI".  Selepas menang mereka buat-buat lupa yang mereka sudah berjanji dan mempersoalkan pula janji-janji Barisan Nasional. Hakkikatnya 80 peratus janji-janji BN telah ditunaikan.

Kali ini mereka nak hapukan GST pula, boleh percaya ke ? Kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, kenyataan pembangkang ini tidak masuk dek akal langsung, jangan ambil serius kata-kata mereka ini. Pendek kata, cakap orang tak ada akal lah. 

Di Pulau Pinang sendiri cukai katil diperkenalkan, jadi tak payahlah nak sembang cukai nak hapuskan cukai GST. Pembangkang ni bab duit tak payah nak kelentonglah. Selagi mereka boleh kikis duit rakyat, selama itulah mereka akan berusaha kikis.

Di perhimpunan kleptocracy yang dibuat baru-baru ini, pakatan punya sembang mahu menghapuskan GST. Yang mereka nak hapuskan sangat GST tu kenapa ? Iyerlah sekarang ini mereka belum jadi kerajaan, dan tidak mendapat untung apa-apa kepada mereka, sudah tentulah mereka tidak akan menyokong sesuatu yang baik untuk rakyat dan negara, kerana sesuatu yang baik untuk rakyat dan negara adalah tidak baik kepada mereka. 

Tak payah pergi jauh-jauh, di Selangor beg plastik pun mereka nak caj kepada rakyat. Jadi rakyat tak payah la nak percaya dengan janji-janji kosong pembangkang. 

Kenapa pembangkang tak suka GST ?

Mereka sebenarnya bukan tak suka GST, mereka tak suka GST kerana ia memberi kelebihan kepada kerajaan membantu rakyat. Dengan GST kerajaan dapat kutip cukai yang selama ini ditipu oleh peniaga-peniaga yang tidak jujur. Mereka mengambil cukai dari jualan tetapi tidak memulangkan nya kepada rakyat melalui kerajaan. Dengan hasil cukai ini kerajaan dapat kembalikan kepada rakyat dalam bentuk BR1M, KR1M, kos rawatan hospital kerajaan, biasiswa, gaji kakitangan awam dan lain-lain lagi. Pernahkah gaji kakitangan awam lewat sehari ? Tak pernah ! 

Sebab itulah DAP antara yang paling lantang menentang GST, kerana ada peniaga-peniaga yang suka menipu cukai ini meminta bantuan daripada mereka. Pernah dulu ada sekumpulan peniaga datang berjumpa Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyatakan bahawa mereak ingin menutup syarikat mereka kerana tidak berpuas hati dengan GST. Tapi semua tu acah-acah saja, tak ada yang tutup pun. GST langsung tak meregut keuntungan mereka, GST hanya mengambil semula hak rakyat yang mereka curi.

Sebab itulah kerajaan mengistiharkan mereka yang tidak membayar cukai sebagai pengkhianat kepada negara kerana mereka mengambil hak rakyat dan hak negara. Percayalah selagi kerajaan yang sedia ada ini membantu rakyat, selagi itulah pembangkang tidak akan pernah berhenti menfitnah dan menyusahkan kerajaan. Menyusahkan kerajaan bermakna menyusahkan rakyat, kerana BN adalah pilihan rakyat Malaysia. 



Sunday, October 15, 2017

EKONOMI PULAU PINANG MEROSOT DI BAWAH DAP




Kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang menjarah negeri tersebut bagaikan orang mabuk di beri segelas arak. Sudahlah mabuk ditambah lagi mabuk kuasa dan kekayaan. Pandai sangat membuat janji - itulah jadinya apabila mentadbir baru tau langit tu tinggi ke rendah. 

Prestasi ekonomi yang merudum dikatakan baik, banyak fakta disembunyikan atau membuat kenyataan separuh benar untuk mengabui mata rakyat. Selama mana Kerajaan DAP Pulau Pinang hendak memutarbelitkan kedudukan sebenar ekonomi negeri. Sampai bila kerajaan akan menggunakan data-data terpilih sahaja semata-mata untuk menyembunyikan prestasi buruk pentadbiran sejak 2008.

Sebenarnya kedudukan ekonomi Pulau Pinang sejak BN memerintah hingga kini tidak banyak berubah pun, seperti yang di hebohkan oleh pemimpin DAP. Kononnya telah menduduki tempat kedua tertinggi di negara ini selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Padahal kedudukan KDNK di negeri itu telah pun berada pada kedudukan sama pada tahun 2007 sebelum DAP mengambil alih melalui dasar kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu lagi telah berjaya menarik minat syarikat-syarikat besar dari luar untuk menubuhkan tapak kilang yang mana telah berjaya menjadikan Pulau Pinang sebagai pengeluar dan pengeksport barangan elektronik ketiga terbesar di dunia. 

“KDNK Pulau Pinang per kapita setahun adalah 69.3 peratus atau hanya RM13,762 kurang daripada Kuala Lumpur pada tahun 2007. Kini Pulau Pinang adalah RM54,098 di belakang Kuala Lumpur dan hanya 46.7 peratus daripada Kuala Lumpur. Ini kerana Pulau Pinang telah mencatatkan pertumbuhan KDNK per ka­pita ketiga terendah dari tahun 2008 hingga 2016 di antara kesemua 14 negeri.

“Umum telah mengetahui bahawa harga hartanah dan kos sara hidup di Pulau Pinang adalah sama seperti di Kuala Lumpur. Oleh itu, nilai gaji yang jauh lebih rendah di Pulau Pinang dibandingkan de­ngan Kuala Lumpur berserta dengan kosnya yang hampir sama menyebabkan ramai orang muda negeri itu mencari pekerjaan lebih baik dengan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

Kenyataan Kian Ming kononnya ekonomi Pulau Pinang telah berkembang kukuh dan lebih tinggi dari negeri-negeri lain berdasarka stastistik Jabatan Perangkaan Malaysia tidak boleh langsung dijadikan sandaran. Ini kerana rakyat tahu dan sedar Kerajaan DAP Pulau Pinang dan majlis daerah tempatan mengenakan caj yang paling tinggi kepada pemaju, maka banyak rumah baru di negeri itu lebih mahal berbanding di Kuala Lumpur dan sudah tentulah rakyat tempatan tidak mampu hendak membelinya. 

Tidak usahlah DAP nak bangga sangat sebenarnya kedudukan pendapatan isi rumah median dan minimun penduduk Pulau Pinang  kini telah jatuh di belakang paras purata kebangsaan sekali gus menjadikan negeri itu merupakan negeri yang mempunyai pendapatan purata isi rumah di bawah paras purata.

Sembang Pemimpin DAP bagaikan fatamorgana, nampak indah dari jauh tapi bila samakin didekati sebenarnya tiada apa-apa untuk rakyat. Pemimpin DAP lain lah - baru rancang buat projek, 300 juta sudah terbang. Apa yang rakyat dapat ? Nothing ....



PERKHIDMATAN BAS HENTI-HENTI myBAS MEMUASKAN



Perkhidmatan bas henti-henti MyBAS telah memperluaskan operasinya ke Ipoh sejak bulan Jun tahun lepas. Perkhidmatan MyBAS dikendalikan menerusi program Transformasi Bas Henti-henti (SBST) yang menyediakan perkhidmatan bas untuk pengguna ke kawasan seperti stesen KTM Komuter, lapangan terbang, pusat perniagaan, kawasan perumahan, sekolah dan kolej.

Pengguna myBAS di Ipoh sangat menyukai perkhidmatan bas ini. Terdapat 42 buah myBAS di Ipoh yang melalui 19 laluan dalam bandar mernagkumi perjalanan sejauh 314km. Sehingga kini myBAS telah merekodkan 20,600 penumpang pada awal perkhidmatannya dan kini telah mencecah kepada 458,200 penumpang pada akhir tahun lalu. 

Perkhidmatan myBAS ini telah disepadukan dengan stesen KTM yang membabitkan kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan bas seperti Chemor, RTC Gopeng, Station 18, Menglembu, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta SMK Gunung Rapat.

Friday, October 13, 2017

SIMPOSIUM PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2017: "Reimagining Transportation: Mobiliti Mampan"


Lebih kurang lima tahun yang lalu, ekosistem pengangkutan awam darat di Malaysia dan di rantau ini telah mengorak langkah yang perubahan yang luar biasa sebagai  satu agensi transit. Manakala kerajaan terus melabur dalam satu langkah kepada penyelesaian pengangkutan pada  abad ini bagi memenuhi pelbagai keperluan mobiliti masa depan. 

Dalam arus kemajuan ini, kita telah menghadapi cabaran yang besar - perubahan iklim, penduduk yang semakin berkembang pesat, kekurangan sumber daya, dan lain-lain. Tetapi kita juga mendapat peluang yang baik -iaitu peluang untuk mengubah reka bentuk dan membina perhubungan dengan rakyat.

Justeru itu, kami sekali lagi berbesar hati menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) tahunan yang dijadualkan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 22 hingga 23 Oktober 2017.

Simposium ini telah diadakan buat kali ke enam berturut-turut yang merupakan acara luar yang terbesar yang dianjurkan oleh SPAD. Banyak acara bakal diadakan antaranya Anugerah Makan Malam dan Anugerah Industri, dan lain-lain lagi. 

Simposium tahun ini yang bertemakan "Reimagining Transportation: Mobiliti Mampan". Simposium merupakan platform  yang terbaik untuk pemain industri LPT, kerajaan, pembuat dasar, NGO, ahli akademik, pelajar dan masyarakat awam untuk membincangkan dan berkongsi cara yang terbaik dan bertukar-tukar pendapat sambil  merencana perancangan perjalanan ke hadapan sambil terus membina masa depan.

Jom sama-sama memeriahkan lagi suasana simposium ini dengan pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung. Anda juga  berpeluang merasai sendiri bagaimana memandu simulator kereta api berkelajuan tinggi dari China, Japan dan Korea. Banyak juga hadiah yang menanti antaranya hadiah yang bernilai RM 200,000 para pengunjung untuk dimenangi..

Anda juga berpeluang berinteraksi dengan pengacara Radio Hot.FM, Ajak, Fizie dan Issey

Jumpa anda 22 dan 23 Oktober ini di Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017!!!


Thursday, October 12, 2017

DAP SUDAH MULA "SERANG" HAK MELAYU



Kebangsatan Zaid Ibrahim semakin menjadi-jadi. Jika sebelum ini dia begitu mempertahankan Pesta Arak di Selangor, kali ini dia sudah menambah kemabukannya dengan mengangkat Lim Kit Siang sebagai bakal Perdana Menteri, Malaysia. 

Kita sedar yang suara Zaid Al-Kudalari ini adalah suara DAP. Takkan ada orang Melayu yang waras memberi baiah kepada Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri. Tapi Zaid ni kita tak tahu apa yang menjadikan dia sebegitu biol kepala otaknya. 

Bagaikan seperti yang di rancang, selepas Zaid Al-Kudalari menyatakan kewajarannya bapa Guan Eng sebagai Perdana Menteri, maka selepas itu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Prof. Dr. P. Ramasamy menyambut salakan Zaid dengan memberi sokongan seratus peratus kepada kenyataan Zaid tersebut.

Yang paling tak masuk akal, boleh dia (Zaid) kata memilih Lim kit Siang sebagai PM adalah satu idea yang bernas. Agaknya kecik-kecik dulu apa lah yang dia makan sampai boleh mengangkat orang yang sangat memusuhi Islam sebagai Perdana Menteri. Kita sedar kenyataan Zaid itu sudah tentu di rancang untuk melihat reaksi balas rakyat Malaysia. 

Melihat kecaman daripada orang Melayu, Ramasamy yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP bangkit menyambung kebangsatan Zaid si lidah pengkhianat bangsa, apabila menyatakan pemimpin yang paling layak untuk dipertimbangkan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. 

Pada Ramasamy Kit Siang idola yang perlu diletakan sebagai Perdana Menteri kononnya telah menghabiskan usianya berjuang untuk demokrasi dan keadilan. Macam nak muntah kalau dengar dia cakap macam tu. Padahal dari dulu sehingga kini dialah paling berkuasa dalam DAP, sedangkan UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN sudah berapa kali tukar Presiden. Tidak ada siapa yang berani melawan Kit Siang anak beranak. Sesiapa yang melawan cakapnya alamat tempat duduknya dalam parti tidak akan selamat. 

Rakyat Malaysia generasi sekarang mungkin tidak tahu, tetapi dalam sejarah tercatat antara sebab kepada pergaduhan kaum pada 1969 berpunca daripada DAP yang mana ketua pemudanya ketika itu adalah Lim Kit Siang, idola mereka ketika itu hinggalah hari ini.

Siapa tahu dimana Lim Kit Siang dilahirkan ? Tidak ada siapa yang tahu dimana Lim Kit Siang dilahirkan, siapa ibunya, siapa bapanya..??? Tiada siapa pun yang tahu. 

Menolak pemimpin DAP sebagai Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang rasis. Generasi muda hari ini perlu tahu dan faham sejarah, Perlembagaan Persekutuan dan sosial kontrak. Tidak perlu sebenarnya mempersoalkan kenapa pemimpin DAP tidak layak menjadi Perdana Menteri terutama anak-beranak Lim Kit Siang. Selain daripada mereka memusuhi Islam dan orang Melayu, mereka juga ingin mengubah sistem pemerintahan dalam negara ini. 

Slogan Malaysian Malaysia yang  mereka laungkan selama ini mempunyai maksud yang tersirat bahawa tiada lagi Ketuanan Melayu dalam negara ini. Ketuanan rakyat yang mereka laungkan hari ini hanyalah fatamorgana yang dilihat jauh tetapi sebenarnya tiada langsung. Pemimpin mereka sendiri pun tidak pernah berubah, apa lagi ideologi mereka- jangan haraplah. 

Orang Melayu kalau tidak sedar lagi akan permainan DAP ini, bersedialah untuk dijajah sekali lagi. Sedar-sedarlah ....









 


Simposium2017


Ingin bertemu dengan DJ selebriti kegemaran anda? Jom, ramai-ramai ke Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017 dan turut sama berinteraksi dengan DJ Ajak, DJ Fizie dan DJ Issey!

Pelbagai aktiviti juga menanti anda bersama hadiah bernilai sehingga RM200,000!!! #Simposium2017 

http://www.spad.gov.my/lpt-symposium-2017 

Sunday, October 8, 2017

Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017




Jemput datang ke Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017 yang dianjurkan oleh SPAD pada 22 dan 23 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre.

Pelbagai aktiviti seperti peluang memandu simulator kereta api berkelajuan tinggi dari China, Japan dan Korea menanti anda! Tidak lupa juga hadiah bernilai sehingga RM200,000 untuk dimenangi!

Sebuah karnival kerjaya yang melibatkan pelbagai agensi pengangkutan awam darat juga akan didapati di pameran PERCUMA ini.

Jangan tunggu lagi , datang beramai-ramai ke pameran ini!

Friday, October 6, 2017

WAKIL PEMBANGKANG KENA "PELEMPANG" SEDAS


Nampaknya usaha yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa iaitu " DIALOG PERJUANGAN 4 ALL" telah membuat pembangkang panas punggung sehingga wakil mereka hadir sekali dalam program tersebut bagi membuat provokasi melalui soalan-soalan mereka.

Namun apa yang berlaku sebaliknya, apabila Tan Sri Annuar membalas dengan jawapan ytang cukup pedas dan penuh fakta. Terdiam seribu bahasa wakil mereka. 

Itu yang terjadi kepada Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad yang gatal mengajukan soalan provokatif . Dia kononnya dengan dokumen-dokumen ditangannya mengajukan soalan mengenai laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkenaan isu 1MDB. 

Bagaikan pucuk dicita ulam mendantang, orang mengantuk disorongkan bantal, apa lagi Tan Sri Annuar menangkis segala serangan sambil menembak tepat ke sasarannya. 

Zaidi seperti macai-macai longkang DAP yang lain masih lagi memainkan isu cincin dan 1MDB dan mengaitkannya dengan rasuah dan salah guna kuasa yang sudah beberapa kali dijawab oleh kerajaan di dalam dewan rakyat. Namun tidak apa -kata Annuar Musa, kita tidak akan menari rentak pembangkang.

Tan Sri Annuar Musa memulakan rentak serangan dengan mempersoalkan integriti pemimpin kerajaan Pulau Pinang yang penuh dengan isu rasuah. Kenapa Lim Guan Eng masih lagi berada ditampuk kuasa walaupun dia sudah didakwa ? 

Isu berkenaan 1MDB telah pun ditanya oleh ahli parlimen DAP di parlimen dan sudah dijawab oleh pihak kerajaan berkali-kali. Hari ini Mejar Zaidi ulang lagi semula soalan yang sama. 

Annuar Musa menjelaskan bahawa sebelum Mejar Zaidi nak mengeluarkan isu berkenaan kleptocracy, soal cincin, soal duit yang kononnya melesap ke Amerika adalah lebih baik dia minta Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng membiayai basiswa dan belajar ke Amerika dan mendalami undang-undang di sana. 

Kerajaan Malaysia menurutnya tidak pernah menyibuk hal ehwal perundangan di Amerika. Jika ada berlaku mana-mana individu yang melakukan kesalahan dimana-mana pun negara kerajaan tidak akan masuk campur dalam hal tersebut. Cubalah tolong faham  undang-undang tentang kleptocracy di Singapura adalah berasaskan kepada aduan bukannya penyiasatan penuh. 

Apa yang berlaku adalah pembangkang menghantar dua tiga "Malaun" untuk membuat aduan. Berdasarkan kepada aduan tersebutlah mereka membuat penyiasatan selebih itu mereka membawa kes ini dalam bentuk saman sivil. 

Apa itu saman Sivil  yang berkaitan dengan 1MDB ? Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) telah memfailkan saman sivil bagi menyita aset yang mereka percaya ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada empat individu di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy.

Ia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada tahun 2010 oleh Kerajaan Amerika Syarikat melalui Jabatan Keadilan negara itu bertujuan untuk menyita dan mengambil semula aset di dalam negara itu yang disyaki Jabatan Keadilan mempunyai kaitan kepada kegiatan rasuah daripada negara asing dan mengembalikannya kepada negara asal.




Wednesday, October 4, 2017

AHLI BENGANG, KIT SIANG PERTAHANKAN ANAK



Nampaknya veteran DAP, Lim Kit Siang tak boleh langsung jika ada orang yang menyentuh kedudukan anak kesayangannya Lim Guan Eng kerana sehingga kini masih buat bodoh je berkenaan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Gesaan akar umbi yang mahukan pemilihan semula CEC secepat mungkin dia buat tak reti saja. Padahal ini juga adalah arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), kata Naib Pengerusi DAP Cawangan Taman Ehsan Klang, L.P Pannerselvam. 

Kit Siang sampai hari ini buat tak reti saja desakkan pemilihan semula CEC. Bukan kita tak tahu dia mahu mengekalkan Dinasti Lim dalam DAP sampai bila-bila. Tak ada lagilah dalam dunia ini parti dikuasai oleh satu keluarga melainkan DAP. Samalah macam PAP, hari ini kita lihat Perdana Menteri Singapura dikuasai oleh keluarga Lee. Sememangnya DAP dan PAP satu DNA.

Mereka kalau bercakap berkenaan Demokrasi bukan main lagi hentam UMNO, MCA dan MIC. Selalunya sasaran DAP ialah MCA. Ini kerana DAP mahukan sokongan orang Cina kepada mereka. Padahal apalah sangat sumbangan DAP kepada kaum Cina. Asyik menipu dengan janji-janji kosong sahaja. 

Nak tak nak DAP kena buat pemilihan ini selewat-lewatnya pada bulan Disember ini seperti yang telah diarahkan oleh ROS. Sebelum itu DAP kena dedahkan senarai semua nama perwakilan serta cawangan. Jangan nak kelentong lagi ahli seperti pemilihan lepas. Jangan sampai pemilihan kali ini tak sah lagi.

Namun kita yakin DAP ni pakar buat drama,entah drama apa pula kali ini mereka nak buat. Harap ahli DAP bijak untuk membuat keputusan agar DAP tidak lagi di dominasi oleh perosak dari Dinasti Lim. 


Pada 20 Julai lalu Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah menegaskan DAP perlu akur dengan arahan jabatan itu supaya mengadakan pemilihan semula CEC.

Menurutnya, kegagalan DAP berbuat demikian menyebabkan CEC yang sedia ada bukan sahaja tidak diiktiraf, melah tidak boleh berfungsi secara sah.


Dalam pada itu, Pannerselvam tidak menolak kemungkinan Kit Siang dan Guan Eng bimbang akan hilang jawatan jika pemilihan semula CEC diadakan berikutan kerjasama DAP dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


“Saya difahamkan sebilangan besar ahli DAP di peringkat akar umbi tidak bersetuju dengan tindakan DAP adakan kerjasama de­ngan PPBM terutama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mereka tidak puas hati kerana kerjasama itu tidak memberi