Thursday, February 20, 2020

PH SEMAKIN TERTEKAN : MASIH GAGAL KALAHKAN NAJIB

KENAPA TOMMY MENGELETAR KETAKUTAN?

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Najib Razak mendakwa pasukan pendakwaan membuat “pusingan U” dalam pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Najib didakwa mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pertuduhan hari ini berbeza dengan kenyataan dilaporkan sebelum ini yang Najib didakwa meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB selepas ia siap.

Beliau berkata, sekiranya anak guamnya mengarahkan laporan itu dipinda, ia bermakna laporan itu sudah siap dan sedia dibentangkan kepada PAC

Ini kerana, katanya, pindaan hanya boleh dilakukan terhadap laporan akhir yang sudah siap, bukannya dalam proses draf.

“Pihak pendakwa raya sekarang berkata Najib tidak lakukan perkara itu, tetapi membuat beberapa arahan semasa laporan itu masih di peringkat draf.

“Bekas ketua audit negara yang menyediakan laporan itu sebelum ini berkata, tiada siapa yang arah beliau buat pindaan itu.

“Nampaknya, pendakwa raya membuat pusingan U dalam pertuduhan terhadap Najib dan kini kata beliau hanya membuat pindaan ke atas laporan draf itu,” katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini

No comments:

Post a Comment