Kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang menjarah negeri tersebut bagaikan orang mabuk di beri segelas arak. Sudahlah mabuk ditambah lagi mabuk kuasa dan kekayaan. Pandai sangat membuat janji - itulah jadinya apabila mentadbir baru tau langit tu tinggi ke rendah.
Prestasi ekonomi yang merudum dikatakan baik, banyak fakta disembunyikan atau membuat kenyataan separuh benar untuk mengabui mata rakyat. Selama mana Kerajaan DAP Pulau Pinang hendak memutarbelitkan kedudukan sebenar ekonomi negeri. Sampai bila kerajaan akan menggunakan data-data terpilih sahaja semata-mata untuk menyembunyikan prestasi buruk pentadbiran sejak 2008.
Sebenarnya kedudukan ekonomi Pulau Pinang sejak BN memerintah hingga kini tidak banyak berubah pun, seperti yang di hebohkan oleh pemimpin DAP. Kononnya telah menduduki tempat kedua tertinggi di negara ini selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Padahal kedudukan KDNK di negeri itu telah pun berada pada kedudukan sama pada tahun 2007 sebelum DAP mengambil alih melalui dasar kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu lagi telah berjaya menarik minat syarikat-syarikat besar dari luar untuk menubuhkan tapak kilang yang mana telah berjaya menjadikan Pulau Pinang sebagai pengeluar dan pengeksport barangan elektronik ketiga terbesar di dunia.
“KDNK Pulau Pinang per kapita setahun adalah 69.3 peratus atau hanya RM13,762 kurang daripada Kuala Lumpur pada tahun 2007. Kini Pulau Pinang adalah RM54,098 di belakang Kuala Lumpur dan hanya 46.7 peratus daripada Kuala Lumpur. Ini kerana Pulau Pinang telah mencatatkan pertumbuhan KDNK per kapita ketiga terendah dari tahun 2008 hingga 2016 di antara kesemua 14 negeri.
“Umum telah mengetahui bahawa harga hartanah dan kos sara hidup di Pulau Pinang adalah sama seperti di Kuala Lumpur. Oleh itu, nilai gaji yang jauh lebih rendah di Pulau Pinang dibandingkan dengan Kuala Lumpur berserta dengan kosnya yang hampir sama menyebabkan ramai orang muda negeri itu mencari pekerjaan lebih baik dengan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja.
Kenyataan Kian Ming kononnya ekonomi Pulau Pinang telah berkembang kukuh dan lebih tinggi dari negeri-negeri lain berdasarka stastistik Jabatan Perangkaan Malaysia tidak boleh langsung dijadikan sandaran. Ini kerana rakyat tahu dan sedar Kerajaan DAP Pulau Pinang dan majlis daerah tempatan mengenakan caj yang paling tinggi kepada pemaju, maka banyak rumah baru di negeri itu lebih mahal berbanding di Kuala Lumpur dan sudah tentulah rakyat tempatan tidak mampu hendak membelinya.
Tidak usahlah DAP nak bangga sangat sebenarnya kedudukan pendapatan isi rumah median dan minimun penduduk Pulau Pinang kini telah jatuh di belakang paras purata kebangsaan sekali gus menjadikan negeri itu merupakan negeri yang mempunyai pendapatan purata isi rumah di bawah paras purata.
Sembang Pemimpin DAP bagaikan fatamorgana, nampak indah dari jauh tapi bila samakin didekati sebenarnya tiada apa-apa untuk rakyat. Pemimpin DAP lain lah - baru rancang buat projek, 300 juta sudah terbang. Apa yang rakyat dapat ? Nothing ....
No comments:
Post a Comment