Dengan kekuatan yang pernah dia miliki dahulu, dengan kehebatan armada Mahathir yang pernah menjatuhkan Pak Lah dari kerusi Perdana Menteri dahulu, kini sekali lagi ingin digunakannya untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohd Najib dari kerusi Perdana Menteri.
Kononnya dahulu tak nak bersekutu dengan DAP, kerana perjuangannya ialah untuk menyingkirkan Najib dari kerusi Presiden UMNO dan pengerusi BN.. Namun setelah segala usaha berakhir dengan kegagalan maka Atok Tun Mahathir memulakan langkah seterusnya dengan keluar dari UMNO dan mengajak ahli UMNO yang menyokongnya keluar dari UMNO.
Apabila mengajak ahli keluar dari UMNO bermakna Tun tentu sudah siap sedia untuk bertempur secara bersemuka dengan UMNO dengan mencipta parti baru. Hakikatnya parti baru tentulah lemah dan masih belum kuat untuk berdiri dengan kekuatan sendiri. Matlamat Tun hanya untuk melemahkan UMNO dan menumbangkan terus Barisan Nasional. Maka lahirlah parti cap bunga PARTI BERSATU atau PPBM.
Sedar akan kekuatan BN yang ampuh dengan dibarisi 14 parti komponen maka tidak mungkin parti bunga yang baru lahir ini dapat menandingi kekuatan Barisan Nasional. Oleh itu tidak dapat tidak parti baru ini terpaksa bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain bagi berhadapan dengan Barisan Nasional pada PRU ke 14 nanti.
Perikatan baru mereka ini dinamakan sebagai Pakatan Harapan, pakatan rakyat yang dulunya sudah berkubur apabila PAS menarik diri dari pakatan tersebut. Pakatan Harapan ini namanya sahaja diketuai oleh Anwar dan Mahathir, tetapi sebenarnya kekuatan dibelakang kedua-dua mereka adalah DAP.
DAP tidak berjaya menumbangkan UMNO, tetapi berjaya menjadikan bekas pemimpin tertinggi UMNO kaldai tunggangan mereka.
Apa lagi maruah yang tinggal ditubuh Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim ? Semuanya telah tergadai ditangan DAP aka Lim Kit Siang.
No comments:
Post a Comment