Wednesday, October 25, 2017

KUALITI PENGANGKUTAN AWAM DARAT UBAH CARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA



Kerajaaan tetap konsisten menjadikan Transformasi pengangkutan awam darat sebagai keutamaan bagi memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Dalam rancangan Tranformasi Negara (TN%)) kerajaan telah menetapkan sasaran untuk menjadi 20 negara teratas pada tahun 2050. Inilah yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak  dalam ucapannya di Somposium Pengangkutan Awam Darat 2017.

Dalam majlis yang sama juga Perdana Menteri juga berkata Malaysia hari ini  juga mampu mengeksport kepakaran tenaga berkemahiran tinggi ke luar negara bagi membantu membina projek-projek mega infrastruktur di negara-negara lain. Semua ini faedah daripada projek-projek yang dibina untuk rakyat. 

Najib juga berkata High Speed Rail (HSR) dan East Coast Rail Link (ECRL) akan menjadi tulang belakang kepada sistem kereta api yang mana sektor ini akan menciptakan 100 ribu peluang pekerjaan di bidang kejuruteraan teknikal dan bidang berkemahiran tinggi yang lain. 


Kerajaan juga menurut beliau akan terus memperluaskan rangkaian rel di bandar daripada 279km kepada 369km dan ianya akan terus berkembang hingga 505km  apabila siapnya LRT3, MRT2 dan MRT3 Circle Line. 

Kejayaan MRT Line 1, telah mengubah pengangkutan awam darat sebagai pengerak utama dalam mengurangkan kesesakan  lalu lintas dan pengurangan pelepasan karbon dalam pengangkutan di negara ini. Negara perlu membawa teknologi baharu seperti ini dalam ekosistem pengangkutan awam darat, bukan sahaja untuk menjadikan ia lebih senang dan selesa kepada pelanggan tetapi juga dapat memenuhi komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan karbon kepada 40 peratus menjelang 2020.


No comments:

Post a Comment