KUALA TERENGGANU 20 April - Walaupun mengakui terpaksa menggunakan ‘gear satu’ ketika berceramah kini tetapi tahap prestasi ‘enjin’ pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias masih mantap dan bertenaga seperti dahulu.
Setiap kalimah yang melantun keluar dari bibirnya dan disulami dengan nyanyian terbukti berjaya menambat hati hampir 2,500 orang yang hadir sekali gus tidak menggambarkan kejanggalan seperti yang dinyatakan beliau pada permulaan Program Santai di Dataran Shahbandar di sini malam ini.
“Saya rasa agak janggal, hendak bercakap pun tidak reti. Kalau dulu terus masuk gear lima tetapi sekarang perlahan-lahan kena guna gear satu.
“Doktor saya pesan, saya tidak boleh cakap panjang-panjang dan lama-lama. Nasib baik dia nasihat macam itu, jadi kita boleh balik awal kejap lagi,” katanya berseloroh.
Majlis ilmu bertemakan ‘Komuniti Prihatin, Kesejahteraan Terjalin’ anjuran McDonald’s dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu secara rasminya merupakan ceramah pertama Mohd. Kazim untuk perjalanan jarak jauh selepas berehat hampir dua bulan.
- UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment