Wednesday, February 28, 2018

myBAS KUALA TERENGGANU MULAI OPERASI ESOK



28 Februari 2018, Kuala Terengganu – Pelaksanaan berperingkat perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST), akan mula beroperasi pada 1 Mac 2018, lebih awal daripada jangkaan sebelum ini iaitu pada suku kedua 2018. Pelaksanaan ini adalah berikutan pemeteraian kontrak di antara pengendali MARA Liner Sdn Bhd dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah ditandatangani pada 18 Januari 2018 yang lepas. 

Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu menawarkan perkhidmatan yang merangkumi 1 laluan utama (trunk route) T202 dan satu laluan pengantara (feeder) F100 bermula pada 1 Mac 2018 dan 2 lagi laluan utama T102 dan T301 yang akan beroperasi pada 15 Mac 2018. Jarak keseluruhan bagi operasi Fasa 1 adalah hampir 100km. Sebelas (11) bas mini berkapasiti 38 penumpang, akan disediakan bagi pelaksanaan Fasa 1 ini.


Perkhidmatan myBAS bermula pada 1 Mac 2018:
BAS T202  

LALUAN : Kuala Terengganu – Bukit Payung melalui Pasir Panjang Waktu operasi:

Ahad-Khamis: 6:00 am–7:30 pm
Jumaat: 6:00 am – 7:30 pm
Sabtu: 7:00 am – 7:00 pm

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit
Bukan puncak- 90 minit


BAS F100

LALUAN : Kuala Terengganu – Pengantara

Waktu operasi:
Ahad-Khamis: 6:30 am–7:00 pm
Jumaat: 6:30 am – 7:00 pm
Sabtu: 7:00 am – 7:00 pm

Kekerapan:
Waktu puncak - 30 minit

Bukan puncak- 30 minit


Perkhidmatan myBAS bermula pada 15 Mac 2018:
BAS T102

LALUAN : Kuala Terengganu – Jeti Merang melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Waktu operasi:
Ahad-Khamis: 6:00 am–7:30 pm
Jumaat: 6:00 am – 7:30 pm
Sabtu: 7:00 am – 7:00 pm

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit

Bukan puncak- 90 minit


BAS T301

LALUAN : Kuala Terengganu – Maran

Waktu operasi:
Ahad-Khamis: 6:00 am–7:30 pm
Jumaat: 6:00 am – 7:30 pm
Sabtu: 7:00 am – 7:00 pm

Kekerapan:
Waktu puncak - 60 minit

Bukan puncak- 90 minit




KAU MEMANG IBU KEJAM !



NONTHABURI - THAILAND. Seorang ibu muda berdepan dakwaan membunuh selepas sengaja menolak anaknya ke dalam terusan di daerah Bua Thong.

Wanita berusia 21 tahun itu ditangkap Isnin lalu, selepas mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung di Terusan Khlong Tonnun.

Polis berkata, budak lelaki berusia dua tahun itu meninggal dunia akibat lemas dan dipercayai terapung di terusan tersebut selama tiga jam.

"Hasil pemeriksaan berdasarkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di kawasan itu mendapati, suspek dilihat menyeberangi jambatan sambil memimpin tangan anaknya.

"Satu lagi rakaman CCTV menunjukkan dia pulang berseorangan sejam kemudian," kata polis.

Tambah polis, wanita berkenaan ditahan ketika sedang menunggu bas di Bang Bua Thong kerana mahu melarikan diri.

Siasatan awal mendapati, wanita itu mengaku membunuh anaknya kerana tekanan selepas berpisah dengan suami. - Bangkok Post

PEMBATALAN PERKHIDMATAN TAMBAHAN ETS




Perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan yang beroperasi pada setiap hujung minggu bagi laluan Sungai Buloh-Ipoh-Sungai Buloh ditarik semula daripada jadual operasi bermula esok.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata pembatalan perkhidmatan tambahan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja projek naik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT) yang menggunakan hanya satu platform di Stesen Sungai Buloh.

Sebarang pertanyaan berkaitan jadual waktu perjalanan perkhidmatan tren ETS, boleh layari laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.

TIDAK PEDULI KECAMAN, KRITIKAN TIDAK MEMBINA




Ketika sebilangan besar netizen mengecam tindakannya melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Naelofar Hijab di sebuah kelab malam popular semalam, selebriti ternama, Neelofa lebih senang memilih untuk tidak menghiraukan pandangan-pandangan tersebut.

Sebaliknya, kata Neelofa, 29, dia sedia maklum tindakannya itu bakal mencetuskan kontroversi dan telah mengambil kira semua faktor serta risiko sebelum bersetuju untuk mengadakan pelancaran tersebut di pusat hiburan yang terletak di Jalan Tun Razak di sini.


Menurut Neelofa, tindakan melancarkan koleksi terbaharu Naelofar Hijab bukannya dibuat atas dasar hiburan, sebaliknya, dia dan pasukan pengurusannya mempunyai sebab berbuat demikian.

Selebriti yang mempunyai 5.5 juta pengikut di laman Instagram peribadinya itu berkata, keputusan memilih kelab malam popular di Jalan Tun Razak di sini dibuat selepas mengambil kira konsep dan kesesuaian kelab tersebut.

“Kita memastikan tidak ada satu pun imej minuman beralkohol dan semua tetamu yang hadir ke majlis itu tidak dibenarkan menghisap rokok. Kita sudah ambil kira semua aspek ini sebelum bersetuju.

“Orang yang ada di tempat kejadian tahu apa yang berlaku dan majlis tersebut bukan bertujuan berhibur. Kita ada objektif untuk melancarkan keluaran tudung baharu Naelofar Hijab.

“Sebelum ini banyak event dilakukan di lokasi sama dan ada juga mereka yang bertudung ha­dir ke majlis tersebut. Kenapa bila saya buat, orang mengecam dan mengkritik?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kontroversi terbaharu pelakon, pengacara dan usahawan muda itu mendapat perhatian meluas netizen hari ini gara-gara ‘keberanian’ Neelofa melancarkan koleksi hijabnya di kelab malam iaitu satu tindakan yang dianggap tidak selari dengan imej dan reputasinya.

Majlis sambutan kelahiran serta pelancaran hijab yang turut dihadiri oleh ahli keluarga dan teman-teman artis itu dikecam sehingga ada yang mendakwa pengacara MeleTop itu mempermainkan agama.

Ia menjadi semakin panas apabila terdapat video yang menunjukkan beberapa gadis bertudung menari semasa majlis tersebut yang ditular di media sosial.

Dalam nada tegas, Neelofa memberitahu, dia juga tidak mempedulikan kecaman dan kritikan tidak membina daripada netizen yang sentiasa mencari kesalahannya.

“Sudah tiba masanya untuk saya tidak menghiraukan sahaja kecaman dan kritikan. Saya ingin jalani hidup dengan cara sendiri. Saya tidak berhutang dengan sesiapa dan saya hanya hendak buat perkara yang menggembirakan saya.

“Kalau buat baik pun orang kecam, buat jahat pun sama. Saya cuma mahu jadi diri sendiri dan cukup selama ini saya pedulikan kata orang. Cukup!” tegas sele­briti kelahiran Kelantan itu lagi.

Tuesday, February 27, 2018

ECRL : KENAPA SELANGOR BELUM BERI KELULUSAN ?



Sebenarnya apa masalah kerajaan Selangor berkenaan dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ? Apakah projek ECRL ini akan merugikan kerajaan Selangor atau membantu meningkatkan lagi ekonomi ? Kenapa Selangor masih lagi belum memberi kelulusan permohonan tanah untuk pembangunan projek tersebut ? 


Bagi kelulusan tanah di Sela­ngor, ia perlu mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor iaitu kelulusan dasar kerajaan negeri sebelum sebarang projek pembinaan dilaksanakan.

“Kelulusan inilah yang kita masih tunggu dan pada masa ini belum ada apa-apa lagi. Pihak kita juga telah berhubung banyak kali termasuk di peringkat ter­tinggi dan kami masih berusaha supaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya kepada media dalam lawatan ke tapak projek ECRL di Bentong, Pahang minggu lalu.

Pembinaan ECRL sepanjang 688 kilometer akan menghubungkan ne­geri-negeri pantai timur dengan fasa pertama melibatkan laluan landasan kereta api elektrik me­lalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan jajaran sepanjang 531.6 kilometer (km) dan jajaran sisihan sepanjang 68.7 km.

Di bawah pembinaan fasa per­­tama, jajaran tersebut akan menghubungkan kesemua pusat bandar utama di pantai timur dan mempunyai 12 stesen penum­pang, tiga stesen kargo, tujuh stesen penumpang dan kargo.


Pembangunan fasa kedua pula melibatkan sambungan fasa pertama di Kelantan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor dan Selangor dari Gombak-Serendah-Jalan Kastam (Pelabuhan Klang) dengan jajaran utama sepanjang 102.3 km dan jajaran sisihan sepanjang 4.5 km dengan dua stesen penum­pang dan dua stesen penumpang dan kargo.

Pengumuman pembinaan ini nyata cukup melegakan warga pantai Timur kerana selain daripada pembinaan Lebuhraya Pantai Timur, projek ECRL ini akan memangkinkan pertumbuhan ekonomi di sepanjang laluannya. Malah, ianya sekaligus mempercepatkan perjalanan dari Kelantan ke ibu kota berbanding menggunakan keretapi mel biasa.

Namun di saat ramai pihak menyambut baik usaha yang digerakkan kerajaan ini, siapa sangka pembinaan ECRL ini mungkin akan terjejas disebabkan keegoan kerajaan Selangor yang masih belum memberi kelulusan terhadap pembinaan projek berkenaan di Selangor.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia hari ini, Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Noor Azlan Salleh berkata, sehingga kini kerajaan negeri itu masih belum meluluskan permohonan tanah yang telah dipohon oleh pihaknya.

Keadaan ini menyaksikan pihaknya hanya memberi tumpuan terhadap pembinaan di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang mana pembinaan bagi sektor di negeri Selangor akan tertangguh selagi mana kerajaan negeri masih enggan memberikan kelulusan untuk melaksanakan pembinaan di sepanjang laluan di negeri Selangor.

Apa yang disesalkan adalah, projek ini adalah projek kepada rakyat daripada kerajaan pusat dan ianya kelihatan seperti kerajaan Selangor sengaja melenggah-lenggahkan keputusan kelulusan berkenaan. Adakah ianya melibatkan pergeseran politik sehingga memaksa sektor di negeri Selangor tertangguh pembinaannya?


Apa yang diharapkan adalah, segala polemik penangguhan disebabkan kegagalan pihak kerajaan negeri memberi kelulusan pembinaan ini dapat dihentikan segera. Usah disebabkan kedegilan sebuah kerajaan negeri, segala usaha yang diamanahkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) dari kerajaan pusat, tertangguh dan sekaligus menyusahkan rakyat.

KEJUTAN BUAT MAT DAN



Jejaka Inggeris yang fasih berbahasa dialek Terengganu, Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali Mat Dan, hari ini menerima kejutan selepas Timbalan Perdana Menteri meluluskan statusnya sebagai Penduduk Tetap (PR) negara ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan Ekspo Terengganu di Kompleks Sukan Negeri di sini, petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika menyatakan rasa gembira terhadap kemajuan dan pembangunan yang terus dinikmati Terengganu, termasuk kejayaan memasarkan menu tradisional nasi dagang dan keropok lekor ke luar negara.

"Malah, kita juga ada ikon yang sudah terkenal di Terengganu, Mat Dan. Saya sudah luluskan Mat Dan jadi Penduduk Tetap Malaysia. Hebat Terengganu! ," katanya.

Pengumuman Ahmad Zahid itu turut mendapat sorakan lebih 40,000 hadirin pada majlis berkenaan.

Beliau turut berseloroh memberi peringatan kepada Mat Dan supaya tidak 'membuka cawangan' dan setia dengan isterinya yang juga anak jati Terengganu.

Bercakap pada sidang media Ahmad Zahid berkata, Mat Dan memenuhi kriteria dan syarat sebelum diberi status sebagai PR.

"Kita sudah meneliti status keselamatan dan sumbangannya membantu mempromosi produk Terengganu serta kriteria lain," katanya.

Sementara itu, Mat Dan atau nama Inggerisnya, Danial Tyler, 29, menyatakan rasa terkejut dan bersyukur dengan pengumuman mengejut Timbalan Perdana Menteri itu.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan pengumuman ini dan sama sekali tidak menyangka.

"Memang menjadi impian saya untuk mendapat status ini kerana sejak datang ke Malaysia dan Terengganu pada 2009, saya sudah jatuh cinta dengan negara dan negeri penyu ini," katanya yang ketika ini memegang visa perkahwinan.

Monday, February 26, 2018

PAKATAN HARAPAN PENINDAS, TIDAK BOLEH DIPERCAYAI



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan bekas rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat sebelum ini tidak setia dalam persefahaman tahaluf siyasi apabila melanggar dasar dan matlamat parti yang memperjuangkan Islam.

Menurutnya, Pas sudah lama menjadi mangsa penindasan hinggakan dicabar dari dalam dan luar parti sejak wujud dalam dunia politik tanahair.


Katanya, asas perjuangan yang meletakkan Islam sebagai teras utama terus berkembang dengan kekuatan sendiri sekalipun pernah kalah dalam beberapa Pilihan Raya Umum dan sama sekali tidak terkubur.

“Selepas tahaluf siyasi atau perjanjian persefahaman politik dengan beberapa parti seperti Semangat 46 serta DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak berjaya kerana rakan-rakan yang tidak setia apabila melanggar dasar dan matlamat Pas iaitu Islam.

“Kita mewujudkan Gagasan Sejahtera yang disertai beberapa parti politik dan beberapa tokoh pemimpin lama yang membawa konsep baharu malah boleh menunjukkan cara sebenar memerintah sebuah negara yang mempunyai hasil bumi yang cukup banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena pelancaran Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Gagasan Sejahtera Kedah di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

KORANG SUKA CIKGU MANA KAT SEKOLAH DULU ?



Jangan ingat artis sahaja yang ada peminat, zaman sekarang dengan adanya teknologi yang hebat sekejap saja anda boleh jadi terkenal. Itulah kuasa teknologi hari ini melalui sosial media. Terpulang samada anda ingin cara positif atau negatif, baik buruk tanggung sendiri.

Begitu juga dengan kerjaya sebagai seorang guru atau Cikgu, anda boleh memilih untuk menjadi guru yang  sayangi, ditakuti, dihormati atau dibenci. Itu semua terpulang kepada pesonaliti dan cara seseorang guru itu membawa diri. 


Biasanya faktor seseorang guru itu diminati atau disayangi murid kerana kekacakan atau kecantikan mereka. Tapi jika cikgu tersebut terlalu garang dan serius memanjang, memang susah juga untuk nak didekati. Jadi pesonaliti seseorang guru itu memainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar samada meminati dirinya atau pelajaran yang di ajarnya. 

Ada juga seseorang guru itu diminati kerana teknik penyampaian palajarannya menarik dan unik. Walaupun mata pelajaran itu membosankan kepada sesetengah pelajar seperti matematik, tapi jika penyampaiannya menarik, pelajar tetap akan suka dan minat. 

Contohnya Cikgu Romie yang kini mengajar si SMK Seri Setia, Teluk Intan. Beliau menggunakan kaedah teknologi tekini dalam pembelajarannya yang mana telah menimbulkan minat pelajar dalam matematik. Kita boleh lihat hari-hari klip video pengajarannya di youtube. Ramai juga guru-guru lain yang menggunakan kaedah ini. Sememangnya ianya amat membantu para pelajar untuk mengulangkaji. 

TKC pernah pergi ke satu sekolah menengah semasa perjumpaan guru--guru dengan ibu bapa pelajar yang  ingin mengambil peperiksaan SPM. Guru besarnya disukai oleh murid-murid dan ibu bapa kerana ketegasan dan kebijaksanaannya mengurus dan melaksanakan program setiap program sekolah. Nampak macam garang tetapi sangat mengambil berat terhadap murid-muridnya. Istilahnya kepada murid-murid ialah "Anak  Saya". Baginya murid-muridnya di sekolah adalah anaknya. 

Jadi apabila ibu bapa dengar panggilan ini secara peribadi ibubapa merasakan dia seorang guru yang bertanggungjawab dan tegas. Di depan ibu bapa pun dia bertegas dengan murid-muridnya. Sikapnya ini menimbulkan perasaan hormat dikalangan murid dan ibu bapa pun merasa anaknya selamat. 

Sebenarnya tidak ada satu indikator yang khusus kenapa seseorang Cikgu disukai atau diminati, namun faktor paling mudah untuk kita tentukan ialah sikap prihatinnya dan pesonaliti yang dibawanya.  Walau bagiamana pun guru anda, hormati dan kenanglah jasa mereka. Mereka kadang-kala tidak tidur malam semata-mata memikirkan kejayaan anda di masa akan datang. 

PENGUNDI CINA SERIK DENGAN DAP


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai melahiran keyakinannya terhadap sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 14 nanti. Ini kerana sambutan yang cukup memberangsangkan dari masyarakat Cina khususnya di kawasan luar bandar kepada parti MCA.

Masyarakat Cina hari ini semakin sedar DAP sebenarnya tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mereka melainkan menabur janji-janji palsu dan memecahbelahkan perpaduan antara kaum. 

Pada mereka inilah masanya menunjukkan sokongan kepada MCA yang selama ini tidak pernah jemu membantu masyarakat Cina. Ramai kaum Cina telah kembali ke pangkuan MCA kerana mereka sedar yang membangunkan negara hari ini adalah kerajaan Barisan Nasional bukannya DAP. 

Apa yang lebih teruk, pemimpin DAP tidak habis-habis terkait dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa. Sedangkan merekalah yang selama ini berdegar-degar kononnya bersih dari rasuah. 

Bagi masyarakat Cina, apabila mereka melakukan perbandingan antara DAP & MCA, MCA dilihat sebagai sebuah parti yang Competent, mempunyai Accountability dan juga Transparent dalam menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan. Malah sehingga hari ini, tidak ada seorang pun pemimpin MCA didakwa mahupun ditangkap SPRM kerana rasuah dan salah guna kuasa

Tiong Lai  berkata, beliau telah meninjau dan bertanya kepada masyarakat di akar umbi dan beliau dapat merasai sokongan padu dari masyarakat Cina. Mereka juga berkata inilah masanya (PRU 14) undi akan datang kepada MCA dan Barisan Nasional.

Pemimpin MCA  telah membuktikan bahawa mereka tetap konsisten membantu serta berkhidmat untuk rakyat bukan seperti pemimpin DAP yang lari dari kawasan Parlimen contohnya Lim Kit Siang yang lari dari Gelang Patah ke Pulau Pinang. 

Tiong Lai yang juga Menteri Pe­ngangkutan berkata, MCA gigih meraih kembali kepercayaan rak­yat agar dapat bersama-sama memberi fokus terhadap agenda transformasi Kuala Lumpur menjadi 'Greater KL' untuk pembangunan ekonomi dan kemajuan negara.

“Dalam ucapan saya tadi saya ajak orang ramai dan semua penduduk agar beri kekuatan kepada MCA untuk kemajuan yang lebih pesat. MCA dalam pentadbiran negara yang mempunyai kuasa dan resources lebih besar.

“Sebab itu saya ajak kaum Cina memberi sokongan padu agar kita dalam kerajaan dapat guna sumber-sumber yang ada bagi membantu mereka semula. Kalau undi DAP maknanya rakyat letak kuasa mereka (sebagai pengundi) kepada yang luar daripada 'corridor of power'.

Sunday, February 25, 2018

ECRL DI SERANG





Tidak pernah ada yang kena pada mata pembangkang apa yang baik kerajaan buat untuk rakyat walaupun manfaat itu mereka pun dapat. Termasuklah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Tak habis-habis dikritik dan dicemuh pemabangkang kononnya membazir wang rakyat. Menurut mereka projek ini tidak diperlukan rakyat. 

Kita tidak pernah dengatr pun rakyat kata tak nak dengan projek ECRL ini, bahkan yang tak sabar-sabar menunggu siapnya projek ini adalah. Rata-rata rakyat amat ternanti-nanti untuk merasai kejayaan projek ini nanti.

Kita sedia maklum projek yang bernilai RM55 bilion ini akan memberi impak yang cukup positif kepada ekonomi negara terutama kepada sektor perdagangan dan pelancongan. Ia juga bakal memberi impak yang besar pada pasaran hartanah negara di beberapa kawasan di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan terutama di sepanjang 688 kilometer laluan ECRL. Di yakini bandar-bandar baru akan muncul dan ini seterusnya akan merancakkan ekonomi negara.

Jika kita soroti pada tahun 2016, perdagangan antara Malaysia dan China telah menunjukkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus  iaitu sebanyak RM240.9 bilion. Ianya meningkat 1.5 peratus kepada RM 1.48 trilion berbanding RM1.46 trilion pada tahun sebelumnya. Hasil daripada  laporan Global Competitiveness 2017 ekonomi Malaysia berada di tangga ke-23 paling kompetitif di dunia bagi tempoh 2017-2018 dan berada di tangga keempat terbesar di Asia Tenggara.


Eksport Malaysia ke China bernilai RM98.56 bilion terdiri daripada komoditi, barangan perkilangan, produk petroleum, getah asli, logam, kelapa sawit dan produk pertanian berasaskan kelapa sawit. Turut meningkat juga ialah bahan produk kimia, peralatan optik dan saintifik, makanan yang diproses, kelengkapan pengangkutan dan produk kayu yang didaftarkan. 


Dengan peningkatan itu, tidak hairanlah apabila Malaysia menyasarkan untuk menjadi antara 20 negara perdagangan teratas dan pembinaan ECRL yang boleh memendekkan tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri Pantai Timur dalam masa kurang dari empat jam dilihat menjadi salah satu inisiatif utama untuk melonjakkan Malaysia ke arah itu.

Pembinaan ECRL dilihat mampu menyelesaikan beberapa isu antaranya potensi negeri-negeri Pantai Timur yang belum diteroka, memudahkan proses pengangkutan produk dari Pantai Timur ke Pantai Barat dan kewujudan industri baharu disebabkan terdapat laluan perdagangan yang cepat selain dapat meningkatkan produktiviti Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di Pantai Timur.


Malah, ECRL yang berkemungkinan menjadi sebahagian daripada rangkaian kereta api Kunming-Singapura itu dijangka digunakan oleh 5.07 juta penumpang menjelang 2025 dan jumlah itu bakal meningkat kepada 5.97 juta pengguna pada 2035.


Jajaran kereta api elektrik yang akan melalui terowong sepanjang 49 kilometer di 19 lokasi dengan terowong terpanjang di Malaysia dibina dari Bentong, Pahang ke Gombak, Selangor sejauh 17.8 kilometer itu juga akan membawa sebanyak 26 juta tan kargo setiap tahun menjelang 2025 dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 40 juta tan setahun menjelang 2035.


Menurut Penganalisis MIDF Research, Abdul Fadhli Zil Ikram Dzulkifly, perubahan melalui pertumbuhan logistik itu akan merangsang bekalan dan permintaan yang menyumbang sebahagian besar daripada keluaran dalam negeri kasar dan penghasilan pertanian Kelantan.


“Penerima manfaat utama dalam kes ini ialah Pusat Bekalan Tok Bali dan syarikat-syarikat yang beroperasi di situ serta Kawasan Pembangunan Bersama Thai Malaysia.


“Masa perjalanan yang pendek membolehkan masyarakat memasarkan produk keluaran mereka dan ia sekali gus dapat merancakkan lagi sektor perkhidmatan dan agrikultur,” katanya.


Ulas beliau lagi, projek tersebut dijangka mampu mewujudkan banyak peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembinaan dengan potensi peningkatan aktiviti pembinaan menerusi ECRL selain menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.


Mempromosi


Sementara itu, Timbalan Pengarah (Hubungan Industri dan Pengkomersialan) Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Dr. Shahrin Nasir pula berpendapat, penjajaran keseluruhan rangkaian kereta api itu secara tidak langsung boleh mempromosi pelancongan di kawasan tersebut.


“Ramai berpendapat Tok Bali akan memperoleh manfaat besar melalui projek ini tetapi pada pendapat saya, ia juga boleh mempromosi pelancongan di kawasan tersebut.


“Persekitaran perniagaan juga akan berubah dengan tumpuan terhadap pembangunan perindustrian di Pantai Barat akan bertukar tempat. Menerusi ECRL, kita dapat lihat banyak kawasan perindustrian di Pantai Timur dan pada masa sama menyokong projek sedia ada di kawasan itu,” jelas beliau.


Kewujudan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Pantai Timur juga bakal bertambah dengan adanya ECRL kerana industri yang menjadi tulang belakang ekonomi Malaysia itu berupaya menyumbang 97.3 peratus daripada pertumbuhan perniagaan.


Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui PKS dilihat berkembang antara 5.0 dan 5.5 peratus pada 2016 dan antara 5.0 dan 6.0 peratus pada 2017.


Ini menunjukkan keupayaan PKS dalam mengembangkan perniagaan, memberi nilai tambah yang lebih besar kepada pasaran global dan menjana pertumbuhan pekerjaan yang lebih tinggi.


Menurut Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang, Yusri Yusof, projek tranformasi atau game changer cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu mampu mengimbangi pembangunan antara Pantai Timur dan Pantai Barat.


“Sebelum ini kita lihat pelaburan baik daripada dalam mahupun luar negara lebih banyak tertumpu di kawasan Pantai Barat. Ini kerana kemudahan infrastukturnya lebih lengkap termasuk dari segi jaringan pengangkutan darat mahupun udara.


“Bagaimanapun dengan adanya perkhidmatan yang bakal merentasi kawasan-kawasan bandar kecil di negeri ini termasuk Bentong, Mentakab, Maran, Gambang, Kota SAS, dan Kuantan Port City I dan II serta Cherating, ia dilihat sebagai sebagai ‘gerbang rezeki’ untuk menarik pelabur bagi menanam modal di sini pula,” katanya.


Ujarnya lagi, dalam masa yang sama usahawan PKS di kawasan-kawasan yang berkenaan juga dapat mengambil kesempatan ini untuk memasarkan produk keluaran mereka seperti ikan patin dalam sangkar, kraf tangan dan produk makanan seperti Halia Bentong apabila stesen yang melalui kawasan itu siap kelak.


Secara keseluruhannya, pembinaan ECRL yang dibangunkan melalui kerjasama strategik perindustrian antara Malaysia dengan China dan mula dibina pada Julai 2017 serta dijangka siap pada 2024 itu melakar sejarah baharu dalam sistem pengangkutan awam negara. Ia juga berupaya menjadi pencetus perubahan pembangunan di Malaysia selain meningkatkan sektor ekonomi dan perdagangan negara di mata dunia.



SRI DEVI MENINGGAL DUNIA




Bintang filem Bollywood, Sridevi meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 54 tahun.

BBC melaporkan, bintang tersebut meninggal dunia di Dubai ketika menghadiri satu majlis perkahwinan semalam.

Mendiang Sridevi memulakan kariernya sebagai pelakon seawal usia empat tahun dan pernah membintangi banyak filem dalam pelbagai bahasa termasuk Tamil, Telegu, Malaylam dan Hindi.

Beliau diberi peranan sebagai pelakon utama dalam sebuah filem Bollywood pada 1978, sekali gus mula mencipta nama sebagai seorang daripada bintang paling popular di India.

Saturday, February 24, 2018

KENAPA NAJIB TAK MAKAN NASI ?



Apa yang Perdana Menteri buat semuanya menjadi perhatian pembangkang, sehinggakan apabila dia menyebut dia kurang makan nasi pun menjadi isu besar kepada pembangkang. 

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menjelaskan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil bijirin quinoa sahaja untuk hidangan harian beliau seperti yang didakwa oleh pemimpin Pakatan Harapan diketuai DAP.

Menurut kenyataan PMO hari ini, pihak tertentu telah memutar belit kenyataan Najib berkenaan rutin kesihatan dan pemakanan yang telah dibuat oleh beliau dalam acara Bajet 2018 Bersama Rakyat: Kesejahteraan Isi Rumah semalam.


“Kita sedia maklum Perdana Menteri menghadiri banyak acara setiap minggu dan sentiasa dijamu dengan pelbagai makanan termasuk nasi dalam majlis-majlis tersebut,” kata kenyataan tersebut, di sini hari ini.

Kenyataan tersebut memaklumkan bijirin jenis quinoa merupakan sebahagian dari rejim diet sihat yang diamalkan oleh Najib.

“Ia juga adalah atas nasihat doktor, selain itu Perdana Menteri juga melakukan senaman secara rutin bagi menjaga kesihatan dan kecergasan,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Friday, February 23, 2018

DAP GAGAL TUNAI JANJI




MCA memulangkan paku buah keras kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila menyelar parti pimpinannya itu kerana gagal ‘menunaikan janji’ sebagai sebuah parti yang kononnya bersifat pelbagai kaum seperti diuar-uarkan.


Perkara itu disuarakan oleh Jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker sebagai reaksi kepada dakwaan Guan Eng kononnya MCA telah mengingkari janji kepada masyarakat Cina kerana tidak bertanding di kawasan diwakili 50 peratus atau lebih pengundi kaum itu.


Lian Ker sebaliknya menegaskan, sebagai sebuah parti di bawah payung Barisan Nasional (BN), MCA tidak memilih kawasan pengundi majoriti Cina, Melayu atau sebagainya kerana berpegang kepada konsep kepelbagaian kaum di negara ini.

“Berbeza dengan kepe­mimpinan DAP yang mendakwa sebagai mendukung kepelbagaian kaum tetapi hakikatnya takut untuk bertanding di kawasan yang jumlah pengundi Melayu dan Cina seimbang kerana sedar mereka hanya bermain dengan sentimen politik Cina sahaja.


“Berikutan itu, DAP telah menjual prinsip mereka kepada Pas sebelum ini dan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini kerana terdesak untuk mendapatkan undi kaum Melayu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lian Ker memberitahu, DAP sepatutnya berasa malu kerana gagal mengotakan janji mereka sebagai sebuah parti yang kononnya bersifat pelbagai kaum.

Malah, dalam pemilihan parti itu juga, kata Lian Ker, DAP gagal untuk memilih jawatan kuasa yang menterjemahkan kepada semangat kepelbagaian kaum di negara ini.

“Ketika BN cuba memulihkan hubungan antara kaum dengan membina ‘jambatan’ dan mempromosikan persefahaman, DAP berterusan melaga-lagakan Cina dengan Melayu,” jelas beliau.

Berikutan itu, Lian Ker mendesak DAP menghentikan politik perkauman yang bertujuan menyerlahkan perpecahan kaum semata-mata untuk kepentingan parti itu.



Thursday, February 22, 2018

BENAR ATAU TIDAK DANA UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN ?





Nampak benar tak logik dan tak masuk akal bila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir meminta sumbangan orang ramai untuk dana partinya bagi menghadapi pilihanraya PRU ke 14 nanti. 

Apa muslihat Tun Mahathir kali ini, disebalik kekayaan yang luar biasa anak-anaknya dia pula meminta dari rakyat untuk partinya. Apakah dia sedang mengira-gira berapa jumlah pengundi partinya nanti, atau dia sedang melakonkan satu lagi sandiwara cari simpati.

Namun ada lagi satu teori yang lebih memeranjatkan lagi, drama Tun yang inginkan derma dari rakyat hanyalah satu sandiwara yang ingin mengalih perhatian rakyat terhadap satu dakwaan bahawa satu dana politik sebanyak RM7 bilion (AS$1.8 bilion) telah diterima dari negara lain untuk kegunaan parti itu.

Dakwaan ini didedahkan oleh Pengerusi Gabungan NG)-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal M. Yunus yang percaya bahawa dana ini ada satu cubaan untuk membeli wakil rakyat yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Semua ini demi untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih melalui jalan belakang. 

Justeru itu, Pengerusi PPB, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menjelaskan sama ada benar atau tidak dakwaan ber­kenaan dana politik sebanyak RM7 bilion tersebut. Dana itu  juga dikatakan  digunakan bagi mendapatkan jawatan yang dipegang olehnya daripada Pakatan Harapan yang diketuai DAP.


Menurut beberapa maklumat duit tersebut telah diberi kepada DAP sebanyak RM1bilion dan RM700 juta kepada PKR demi bagi mendapatkan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan. Sudah tentulah drama sumbangan  rakyat  akan digunakan untuk menghalalkan dana ini. Inilah maksud sebenar kutipan dana rakyat yang di war-warkan oleh mereka. Semua ini bagi mengaburi mata rakyat yang rata-rata percaya bulat-bulat apa yang di perkatakan oleh Tun Mahathir.

Jamal juga dikatakan mempunyai beberapa dokumen berkenaan perkara ini yang akan diserahkan kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disiasat secara terperinci. 


“Beliau sepatutnya perlu mendapatkan kebenaran dan dokumen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) jika mahu membawa dana sebanyak itu. Tetapi sekarang beliau bawa masuk dengan menggunakan jet peribadi.

“Inilah dia pemimpin yang sering melaung-laungkan inte­griti dan menentang kleptokrasi. Saya harap selepas ini PPBM tutup sahaja akaun itu, tidak perlu susahkan rakyat negara ini untuk memberikan sumbangan kepada PPBM.


WEE KA SIONG "HENTAK" GUAN ENG SAMPAI "BISU"



Mana pergi kesombongan dan keangkuhan dinasti Lim dalam DAP ? Mana suara Lim Guan Eng yang kononnya hebat berhujah ? Mana pergi semua,  kenapa sudah membisu bagaikan cicak tertelan kapur? 

Itulah orang cakap dulu, jangan berlagak sombong sangat nanti terpeleot nanti sakit. Sekarang apa dah jadi, setiap kali buka mulut....makin terbuka segala kebobrokan dan segala kisah yang tersembunyi.

Guan Eng ingat Wee Ka Siong ni siapa ? ingat dia boleh buli atau kelentong macam Mat Sabu. Pendedahan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkenaan firma China, China Railway Construction Corporation Malaysia Bhd. (CRCC) yang didakwa hanya dibayar sebanyak lima peratus atau kira-kira RM3 juta oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sejak kontrak projek terowong dasar laut ditandatangani membuatkan mulut Guan Eng terlopong dan ternganga tak boleh nak jawab.


Hal ini bukan kes kecil bahkan ianya amat serius kerana melibatkan teknikal dan kewangannya dan juga membuktikan bahawa CRCC dan sebuah lagi firma China, Beijing Urban Construction Group (BUCG) sudah tidak terlibat lagi  dengan projek berkenaan. Macam mana syarikat yang sudah tidak terlibat ada dalam projek ini ? Ini yang buat Guan Eng jadi bisu dalam seminggu ini. 

Hello Guan Eng, ini bukan projek jual kacang putih tepi jalan daa....!!!

Apa yang lebih mengejutkan, Wee juga mendedahkan, syarikat Sri Tinggi Sdn. Bhd  iaitu salah satu syarikat yang disebut-sebut oleh Lim Guan Eng kononnya terlibat dalam projek terowong dasar laut sudah tidak lagi menjadi pemegang saham dan satu lagi syarikat iaitu Juterasi Sdn. Bhd. langsung tidak beroperasi lagi. 

Lim Guan Eng, tolong jawab, "Apa sudah jadi nii???"

Mana mungkin Zenith Contruction Sdn. Bhd. yang baru setahun jagung dengan modal berbayar RM300,000 menjadi kontraktor tunggal dalam projek ini ? T

Tahu tak anda berapa umur Zenith Con. Sdn Bhd. ini ? Syarikat ini baru 82 HARI hidup dalam dunia ini. Syarikat "baby" lagi, makan pun kena suap lagi !

Ini lagi satu kegilaan dan kebodohan Lim Guan Eng dalam menguruskan projek yang bernilai Jutaan Ringgit. Semuanya lebur, caca marba dan melingkup. Cara paling selamat ialah tuduh BN sabotaj projek ini. Rakyat tidak bodohlah nak dipermain-mainkan. 


Jelas sekali, kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai DAP itu telah  menyerahkan projek bernilai RM6.34 bilion kepada syarikat yang hanya berusia 82 hari. Ini mungkin membawa erti syarat kelayakan tender projek kerajaan DAP Pulau Pinang dengan modal berbayar sekurang-kurangnya RM381 juta tidak lagi dilaksanakan kerajaan negeri itu,” 


Monday, February 19, 2018

HENTIKAN JENAYAH SEKSUAL



Seramai 190 bintang hiburan wanita terkemuka negara ini menandatangani surat terbuka menuntut supaya jenayah gangguan seksual dihentikan, menjelang anugerah filem terbesar Britain.


Surat yang diterbitkan pada hari ini telah ditandatangani oleh pemenang Anugerah Academy Emma Thompson, Naomie Harris, Emma Watson, Gemma Arterton dan ramai lagi.


Malah, kesemua bintang berkenaan merancang untuk memakai pakaian serba hitam bagi menyatakan sokongan terhadap mangsa jenayah seksual pada Anugerah Filem Academy British hari ini. - AP

Sunday, February 18, 2018

PEMIMPIN MCA LEBIH PATRIOTIK




Sejak di bangku sekolah lagi penulis bersekolah di sekolah Kebangsaan yang campur semua bangsa, Melayu, Cina, India, Siam dan lain bangsa. Kami semasa kecil tidak kenal ras atau bangsa. Kami berkawan, bergaduh dan kembali berkawan bersama-sama seperti satu keluarga. 


Semasa menyambut perayaan samada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru China atau Deeppavali penulis dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang bersama-sama meraikan bersama dengan mengunjungi rumah rakan-rakan. Lagi pun jiran-jiran bukan Islam menyediakan khas makanan halal untuk kami. 


Seronok jika ingat zaman kanak-kanak. Zaman dimana tiada hasutan, tiada perasaan benci dan adu domba. Semua kaum dapat hidup aman dalam satu kampung. Itulah saat manis dan indah yang penulis masih ingat semasa di tinggal di kampung. 


Namun kemurnian dan nikmat hidup bermasyarakat di uji dan telah dicemari dengan agenda jahat cauvinis DAP yang begitu angkuh, biadap dan mementingkan diri sendiri. DAP tidak boleh dirujuk sebagai parti yang membawa agenda sesuatu kaum. DAP merupakan satu parti yang membawa agenda sekumpulan manusia yang mementingkan keuntungan sendiri. 


Tidak pernah satu tempat yang mereka lewati tidak berlaku perpecahan. Jika ditanya pernahkah pemimpin DAP hidup bersama-sama masyarakat kampung yang miskin, jawapan sudah tentu tidak ! tidak ada dalam agenda mereka untuk penduduk diluar bandar. Isu yang selalu mereka bangkitkan ialah Hak Kaum Bumiputra kononnya tidak adil dan berat sebelah.


Isu ini dimainkan di hadapan orang-orang Cina bagi membangkitkan kemarahan kaum Cina terhadap keistimewaan orang Melayu. Sedangkan keisitimewaan ini langsung tidak mencuit hak-hak kaum lain yang menjadi warganegara Malaysia. 


Semua kaum di Malaysia sebelum dan selepas Merdeka tidak pernah langsung mempersoalkan sedikit keistimewaan yang ada pada orang Melayu dan bumiputra yang lain. Tidak pernah sehinggalah datangnya penghasut PAP dan anak didiknya DAP menyertai Malaysia. 


Walaupun dalam suasana perayaan Tahun Baru Cina ini pun pemimpin cauvinis DAP memainkan sentimen perpecahan. Pemimpin cauvinis DAP penuh belagak, sombong dan angkuh menghina pemimpin MCA dengan menyatakan "MCA leader slain, Kit Siang hails DAP triumph in battle of CNY video". 


Kit Siang begitu angkuh kerana merasakan DAP telah kalahkan MCA dalam video Chinese News Year yang ditularkan. Bagi DAP kekuatan mereka hanya ada pada kaum cina. DAP tidak langsung menjaga hati orang Melayu seolah-olah mereka boleh menang tanpa orang Melayu.  


Lim kit Siang tidak pernah peduli semua itu, mengikut logiknya Video CNY DAP lebih 8,411 kali lebih dari MCA pada nya satu bukti kononnya DAP masih lagi menjadi pilihan kaum Cina. Dengan angkuhnya dia mengistiharkan " Pemimpin MCA telah kalah". 


Kita sedar kuasa media juga penting dalam menentukan kemenangan sesuatu kempen, tapi dalam pada itu kita perlu sedar bahawa betapa banyaknya segala penipuan yang dibuat atas nama media. 

DAP hanya memandang dengan sedikit kelebihan atau seperti yang mereka ungkapkan "kemenangan" dalam video CNY melebihi video MCA. Mereka terlupa posisi undi di Malaysia tidak hanya kepada sesuatu kaum. Di Malaysia kita ada kaum Melayu sebagai mejoriti, Cina, India dan lain-lain kaum. 

Apakah DAP mahu mengenepikan undi mereka ? Tahukah DAP bahawa tanpa undi dari kaum-kaum lain mereka tidak akan berjaya berkuasa seperti hari. Begitu sekali mereka memperlecehkan kaum lain terutama orang Melayu. 

Tidak hairanlah orang Melayu dan lain-lain kaum memandang DAP seperti musuh, bukan salah mana-mana kaum....tetapi salah DAP yang tidak menghormati hak-hak mereka sebagai pengundi. 


Sejak DAP berkawan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir yang mempunyai masalah dengan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib, DAP sudah merasakan akan kemenangan sudah berada dipihaknya. Sebab itulah DAP tidak sangsi dengan penyokong-penyokong Tun akan memberi undi Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. 


Sebenarnya DAP tersilap, ramai dikalangan pemimpin DAP dan penyokong DAP sangat membenci bekas Perdana Menteri keempat itu. Jika DAP rasa orang Melayu akan menyokong mereka, DAP sebenarnya bermain dengan api yang bila-bila masa boleh membakar diri mereka sendiri. Siapa yang pernah lupa cacian Tun Mahathir kepada DAP sepanjang beliau menjawat jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun ? 


Berbanding dengan sokongan orang Melayu kepada pemimpin MCA, jelas...kebanyakkan orang Melayu lebih mudah memberi undi kepada MCA dibawah payung Barisan Nasional kerana bagi mereka pemimpin MCA lebih dilihat patriotik dan setia kepada Negara berbanding pemimpin DAP dan Pakatan yang dilihat banyak menemui pemimpin musuh negara.


Pemimpin MCA dilihat lebih mesra dengan rakyat dan sentiasa suka membantu samaada mereka dipilih atau tidak dikawasan tersebut. Ini jelas menunjukkan betapa MCA sentiasa iklhas membantu rakyat tanpa mengira siapa mereka. 


Tidak seperti DAP yang suka menaguk di air yang keruh. Setiap kali terjadi konflik antara orang Melayu DAP akan datang menambah minyak dalam api. Pada DAP perbalahan antara orang Melayu merupakan satu keuntungan politik kepada mereka. Sebab itulah mereka menerima Tun Mahathir yang selama ini menentang DAP selama ia berkuasa. 

DAP PARTI CAUVINIS YANG BAHAYA KEPADA PERPADUAN NEGARA 

Saturday, February 17, 2018

APA YANG PEMBANGKANG TAHU TENTANG EKONOMI NEGARA ?




Apa yang pembangkang cakap berkenaan kedudukan ekonomi negara tak boleh dipakai langsung. Bagaimana mungkin badan-badan dunia boleh mengiktiraf kedudukan ekonomi negara andai negara bakal bangkrap seperti dakwaan pembangkang.

Sebab itulah kata-kata pembangkang tidak boleh dipercayai langsung seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Laporan badan dunia seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Bank Dunia, serta Forum ekonomi Dunia (WEF) menyifatkan ekonomi Malaysia jauh dari terjerumus kepada bangkrap mahupun muflis. Jika tidak awal-awal lagi negara kita sudah kena kutuk dengan mereka semua.   

Pembangkang yang masih bersikap skeptikal terhadap pertumbuhan ekonomi negara perlu menerima hakikat bahawa sektor itu mempunyai asas kukuh yang dinilai daripada pelbagai sudut, termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pertumbuhan ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus, ringgit mengukuh dengan prestasinya menjadi antara terbaik di dunia manakala nilai eks­port mencatat sejarah mencecah RM83.5 bilion pada November 2017, kata Perdana Menreri.

Dari segi fundamental, penilaian ekonomi negara yang kukuh turut mengambil kira kadar inflasi, pengangguran dan imbangan bayaran bagi sektor luar, termasuk pengukuhan nilai ringgit.

Jelas sekali parti yang baru setahun jagung ditubuhkan tidak boleh diharap untuk mengurus ekonomi negara, apatah lagi untuk mengalas harapan rakyat memacu negara ini kearah negara maju berpendapatan tinggi. 

Bagaimanalah mereka nak menyelamat negara jika mereka pun tak faham berkenaan kedudukan ekonomi negara?

Ekonomi negara sangat kukuh jika nak dibandingkan dengan negara-negara  lain. Kita memaparkan keadaan eknomi negara melalui angka dan fakta, bukannya auta seperti pembangkang. 

Ekonomi Malaysia hari ini menunjukkan betapa berdaya tahan, stabil dan berada pada landasannya dan ini juga menjadi kriteria dalam menarik pelabur asing untuk terus melabur di negara ini. Bagaimana sesebuah negara akan bangkrap jika pelabur-pelabur yakin dan sanggup melabur disini. Ini lagi satu persoalan yang perlu dijawab oleh pembangkang. 

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI PRESIDEN MCA



YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MINISTER OF TRANSPORT, MALAYSIA
CHINESE NEW YEAR MESSAGE
16 FEBRUARY 2018

As we celebrate and welcome the new lunar year, I would like to wish all Malaysians good health, harmony, prosperity and success in all your undertakings. This is truly an auspicious occasion, bringing with it the promise of fresh opportunities, new beginnings and the chance for all of us to once again come together to create a bright future for our nation.

This past year has been a transformative one for Malaysia. Our domestic economy continues to grow at a steady pace, even as the strengthening Ringgit points to improved investor sentiment. With a myriad of nation-building projects well underway, including upgrades to our transportation infrastructure, we are on track to become a developed nation on the global stage.

Looking ahead, 2018 is certainly shaping up to be a prosperous one for the Rakyat. As always, your Barisan Nasional Government is focused on catering to the needs and welfare of Malaysians. Most notably, the reductions in income tax which was tabled during the recent Budget 2018 will provide households with greater disposable income and spending power.

In tandem, MCA too has been and will continue to be a champion for the Chinese community. We remain tireless in our efforts to provide aid and support, be it in terms of access to quality education, revitalisation of new villages, or encouraging businesses to grow. On the international front, MCA is proud to play a pivotal role in strengthening diplomatic ties with China, as Malaysia stands to benefit greatly from the China One Belt One Road initiative.

It goes without saying that 2018 is an important year for all of us. On our part, MCA looks forward to continue representing and serving the Chinese community in the Government. We are steadfast in our dedication towards our responsibilities. As a Party built on values of moderation, acceptance, mutual cooperation and progress, we believe we can continue to do our part for our nation and the Rakyat.

May this Lunar New Year be filled with goodwill, abundance and happy reunions with family and friends. To those travelling over the long weekend, be sure to drive safely and practice road safety habits.

Gong Xi Fa Cai!

Friday, February 16, 2018

PAKAR SAHKAN TEROWONG DASAR LAUT BAIK......


PAKAR SAHKAN TEROWONG DASAR LAUT BAIK JANGAN BUAT !

Apa kepakaran Lim Guan Eng ? Dia tahu ke bab-bab engineer ni ? Tak ada langsung. Jika nak banding pengatahuan dia dengan Dato Seri Ir. Dr Wee Ka Siong bagaikan langit dan bumi. 

Atas sebab kebodohannya jugalah berlaku banjir luar biasa di Pulau Pinang dan tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa. Mahukah kita beri lagi tempat kepada pemimpin yang bodoh dan menyusahkan rakyat ?

Menurut beberapa pakar kejuruteraan tempatan, projek kerajaan DAP Pulau Pinang membina terowong dasar laut yang menghubungkan Bagan Ajam ke Persiaran Gurney hanyalah satu pembaziran besar-besaran yang tak ada manfaat langsung bahkan memberi kesan buruk kepada alam sekitar. 

Pada mereka projek berkenaan hanya akan menambahkan lagi kesesakan di bahagian pulau. Tak akan berlaku pengurangan kesesakan lalu lintas seperti mana kenyataan pemimpin Kerajaan negeri pimpinan DAP Pulau Pinang. 


Kerajaan Pulau Pinang  sepatutnya  menyediakan satu analisis manfaat kos sebelum meneruskan  pembina terowong dasar laut itu. Analisis tersebut perlulah me­rangkumi kos sosial dan kos alam sekitar. Ianya bagi memastikan pembi­naan laluan ketiga itu rele­van dengan keperluan semasa dan jangka panjang sekurang-ku­rangnya untuk tempoh 20 tahun lagi. Itulah yang di perjelaskan oleh Pensyarah Pe­ran­cangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Ahmad Fuzi Arshad.

Menurut beliau lagi, analisis itu juga perlu mengenal pasti permukaan bentuk muka bumi negeri tersebut kerana tanah di Pulau Pinang tidak mempunyai sifat je­le­ketan atau cohesive iaitu tidak melekat dan ini tidak sesuai untuk digali bagi tujuan pembinaan terowong.

“Cerunnya ter­di­ri daripada pa­sir berlodak bercampur batu-ba­tu besar dan ini menyebabkan binaan mudah gelincir.


“Walaupun analisis ini akan menelan belanja yang tinggi tetapi kerajaan negeri perlu menye­dia­kannya kerana sudah tentu penduduk Pulau Pinang tidak mahu kemudahan itu akan membe­bankan mereka pada masa akan datang,

Pakar kejuruteraan terowong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof. Dr. Othman Che Puan menegaskan, kerajaan negeri sepatutnya memastikan kapasiti penggunaan jambatan kedua iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang kini pada tahap 50 peratus ditingkatkan dan bukannya membina projek berke­naan.

Beliau yang juga Dekan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan UTM berkata, pembinaan terowong dasar laut adalah rumit malah banyak projek seumpamanya di luar negara bukan sahaja mengambil masa yang lama untuk disiapkan malah menelan perbelanjaan yang besar berbanding membina jambatan.

“Saya bagi contoh pembinaan terowong dasar laut di Istanbul yang menghubungkan sebelah Ero­pah dan Asia bandar raya itu, walaupun jaraknya hanya lima kilometer (km), lebih pendek da­ri­pada apa yang hendak dibina di Pulau Pinang namun ambil masa lima tahun, kira-kira setahun untuk setiap km.

“Justeru, bukankah lebih baik kerajaan negeri meningkatkan per­khidmatan pengangkutan a­wam seperti feri dan bas, selain be­kerjasama dengan syarikat pe­nerbangan tempatan bagi menambah bilangan penerbangan ke negeri tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini yang menyenaraikan empat sebab ke­napa tidak perlu membina tero­wong dasar laut di Pulau Pinang termasuk pemberian tender se­dekad lebih awal kepada kontraktor.

Menurut Othman, kerajaan negeri sepatutnya menyediakan pelbagai alternatif bagi meng­urangkan kesesakan di Pulau Pinang bukan hanya bergantung sepenuhnya dengan membina terowong dasar laut.

“Jika memang perlu ada laluan ketiga dan keempat untuk masuk ke Pulau Pinang ia perlu mengambil kira jenis laluan tersebut sama ada jambatan atau terowong, bergantung pada peruntukan kewa­ngan dan kesan atau impak terhadap ekosistem,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pe­ran­cangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Ahmad Fuzi Arshad berkata, Ketua Menteri Pulau Pi­nang, Lim Guan Eng ” katanya.