Thursday, May 31, 2018

HUTANG NEGARA BUKAN MACAM HUTANG KARPET PAKISTAN



Minta derma dari rakyat ini hanyalah sekadar lakonan semata-mata sedangkan hutang kerajaan sememangnya sudah ada jadual pembayarannya.

Hutang kerajaan bukan macam hutang Mak Limah beli karpet Pakistan. Atau hutang kawan-kawan tapi tak bayar.

Minta derma ni cuma nak mengalih perhatian rakyat kepada kenyataan Zeti Aziz yang ekonomi Malaysia KEKAL kukuh. Hari ni Zeti Aziz pun sudah ditutup mulutnya dari mengeluarkan sebarang kenyataan.

Jangan hairan andai pemimpin pakatan umumkan derma tu jadi RM jutaan lemon dari kertas A4, sedangkan Hutang Negara pun mereka boleh reka cipta berubah-ubah, inikan pula derma masuk akaun.



APA KATA NAJIB RAZAK BERKENAAN PETRONAS 

Alhamdulillah, rizab tunai Petronas meningkat kepada RM164.7 bilion pada akhir Mac 2018, meningkat RM36.5 bilion berbanding RM128.2 bilion pada tiga bulan lalu iaitu pada penghujung 2017.

Peningkatan ini adalah berikutan harga minyak yang memberangsangkan selain dari penerimaan bayaran dari pelaburan Aramco Saudi bagi projek RAPID Pengerang.

Rizab tunai Petronas sekarang jauh lebih tinggi berbanding tahun 2008 semasa saya mula bertugas sebagai menteri kewangan.

Pada ketika pentadbiran saya, saya amat teliti dalam memastikan Petronas tidak perlu membayar dividen kepada kerajaan melangkaui keperluan kerana saya mahu memastikan mempunyai imbangan tunai mencukupi bagi memenuhi pelan pengembangan dalam sektor perniagaan utama dan hiliran bagi menjadi sebuah syarikat tenaga berintegrasi bertaraf dunia.

Hasilnya, baki tunai Petronas telah meningkat secara signifikan dan syarikat ini berupaya membuat pelaburan serta berkembang untuk melaksanakan projek bersifat ‘game changer’ seperti projek RAPID Pengerang, Projek Integrasi Minyak dan Gas Sabah Sarawak (SSIOGP) dan projek Amonia dan Urea Sabah (Samur).

Pada masa itu, Petronas turut diberi ruang kebebasan untuk membuat pelaburan dalam projek huluan yang besar di Malaysia dan di merata tempat di dunia seperti Kanada, Iraq dan Brunei.

Pelaburan-pelaburan ini akan berupaya menghasilkan dividen yang tinggi bagi Petronas serta Malaysia bagi jangka masa panjang. Kita melabur untuk memastikan manfaat bagi jangka masa panjang.

Kerajaan PH baru-baru ini telah menyatakan pemansuhan GST akan dibiayai dengan meminta Petronas, Khazanah dan BNM untuk membuat bayaran dividen yang lebih tinggi kepada kerajaan. Bagaimanapun pendekatan ini adalah rapuh (not sustainable) dan bakal mengorbankan jangka masa panjang hanya untuk pembiayaan jangka masa pendek.

Keuntungan Petronas juga bergantung kepada harga minyak dan gas dunia yang terletak di luar kawalannya. Kebergantungan yang keterlaluan terhadap harga minyak yang tinggi sepatutnya dielakkan. Walaupun harga minyak dunia sekarang agak tinggi berbanding jangkaan dalam bajet 2018 saya, kita perlu menjaga jika harga minyak jatuh lagi seperti kejatuhan sebanyak 80% yang berlaku pada tahun 2014 dan 2015.

Saya mohon kerajaan baharu ini akan terus memberi ruang dan modal yang cukup besar kepada Petronas untuk terus memenuhi visi mereka dan bukannya menjarah dana Petronas atau bagi misi ‘bail-outs’ sebagaimana dilakukan ketika pentadbiran 22 tahun Tun Mahathir yang dahulu.


Najib Razak

Wednesday, May 30, 2018

WANG UNTUK MISI KE GAZA




Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata sebahagian daripada wang tunai RM500,000 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pemeriksaan di kediaman dan pejabatnya semalam adalah untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin.

Anggota  Majlis Tertinggi UMNO itu yang mengesahkan 'kunjungan' SPRM ke kediamannya di Baling, Kedah dan Subang, Selangor serta ke pejabatnya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berkata wang yang ditemui itu juga sebahagiannya adalah peruntukan bagi perbelanjaan UMNO Bahagian Baling.


"Wang berkenaan adalah  untuk perbelanjaan ke Gaza, Palestin yang dirancang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

"Wang yang dirampas di Baling pula adalah milik UMNO Bahagian Baling dan ia sepatutnya diberikan kepada rakyat sempena bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi," kata Abdul Azeez ketika dihubungi Bernama.

Menurut Abdul Azeez, selain wang tunai, SPRM turut merampas  jam serta pelbagai mata wang asing.

"Anggota SPRM bekerja  secara profesional dan saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM yang menjalankan  siasatan," katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai pemeriksaan berkenaan dan rampasan keseluruhan RM500,000 diperoleh dari tiga lokasi yang diperiksa.   

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud turut mengesahkan pemeriksaan telah dibuat di kediaman Abdul Azeez di Taman Bemban, Kupang dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen di Batu 42, Pulai malam tadi.

Bagaimanapun katanya, maklumat lanjut mengenai kes yang disiasat perlu dirujuk kepada SPRM Putrajaya kerana dikendalikan oleh ibu pejabat dan SPRM negeri sekadar membantu.
-- BERNAMA



Tuesday, May 29, 2018

BN TAK PERNAH SUSAHKAN RAKYAT BAYAR HUTANG




Gaji RM4000 sebulan, simpanan bank ada RM20k, kwsp ada 120k, hutang kereta RM700 sebulan x 7 tahun, hutang rumah RM1000 sebulan 25 tahun, hutang tv RM200 x 2 Tahun, hutang sofa RM300 sebulan x 2 tahun, hutang pinjaman peribadi RM 200 Sebulan x 36 bulan,

Semua hutang ada jadual pembayaran setiap bulan mengikut lunas-lunas perjanjian yang telah ditetapkan. Belum pernah seseorang tu tiba-tiba kelam kabut sampai minta derma orang lain sebab nak bayar semua hutang atau separuh daripada hutang-hutangnya yang telah ada jadual pembayaran setiap bulan.

Bank atau syarikat kewangan pun takkan luluskan mana-mana pinjaman kalau mereka tengok seseorang tu tak mampu atau ada banyak komitmen lain dia kena bayar yang menunjukkan dia tak mampu untuk bayar.

Itu hutang orang perseorangan, hutang negara tentulah lebih rumit. Seseorang yang nak di isytihar bangkrap pun ada syarat-syarat dan kaedah-kaedahnya yang tertentu antaranya termasuklah ketidak mampuannya membayar hutang-hutangnya dalam beberapa tahun. Itu pun bank akan hantar surat peringatan berkali-kali sebelum membuat tindakan.

Negara kita gagal bayar hutang ke? Yang buat kelam kabut - haru biru buat drama sinetron tu kenapa ?

Monday, May 28, 2018

ZETI, MAHATHIR , GUAN ENG ...SIAPA BERCAKAP BENAR ?






Sejak Zeti bagitau Ekonomi negara kekal kukuh dengan rezab RM430 bilion dan hutang NEGARA RM686.8 bilion dia sudah tidak muncul lagi untuk memberi apa-apa kenyataan.

Zeti bukan ahli politik yang pandai berlakon siap dengan replika cek atau menangis di depan kamera, bila dia kata ekonomi kekal kukuh maknanya KUKUHLAH.

9 tahun Najib berjaya mentadbir Malaysia dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum teruk dan bangkit sebagai salah satu negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang tinggi bahkan Ekonomi Malaysia berkembang 5.4% pada suku pertama 2018 di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Bagaimana dalam keadaan ekonomi yang kukuh tiba-tiba wang rakyat di tagih untuk membayar hutang negara ?

Jadi rakyat nak tahu antara Zeti, Tun M dan Guan Eng  siapa yang berbohong dan siapa yang bercakap benar ?



Malaysia mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 5.4 peratus bagi suku pertama tahun ini, lebih rendah berban­ding 5.6 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.


Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, perkemba­ng­an ekonomi negara didorong oleh aktiviti sektor swasta yang berterusan iaitu 5.2 peratus dan pertumbuhan eksport bersih yang kukuh pada 62.4 peratus.

Utusan Malaysia 



Ketua Ekonomi QI Global, Shan Saeed, berkata kerajaan baharu perlu menghantar isyarat positif kepada pasaran dan peserta pasaran menerusi pembentukan Majlis Penasihat Kerajaan, membabitkan pembuat keputusan berpengalaman seperti bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. 

"Beliau (Zeti) mempunyai krebiliti dan akan menjelaskan  kepada peserta pasaran  mengenai cara kerajaan berusaha menggerakkan strategi ekonomi.


"Beliau memantau sepenuhnya landskap ekonomi negara dan percaya kepada ekonomi berasaskan pasaran bebas dengan campur  tangan minimum kerajaan," katanya kepada Bernama News Channel di sini hari ini.

Malaysian Digest 



KELUARAN Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 6.2 peratus kepada RM256.9 bilion untuk suku pertama tahun ini, iaitu lebih tinggi berbanding 5.1 peratus pada suku keempat 2013.


Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, peningkatan pertumbuhan tersebut didorong oleh permintaan dalam negara yang lebih kukuh dan eksport bersih yang kembali pulih.

Sinar Harian 17 Mei 2014


SENTUH RAJA-RAJA MELAYU, SUARA KADIR ATAU DAP ?










ISYARAT APA INI KADIR JASIN?

Saya terkejut membaca tulisan Dato Kadir Jasin(DKJ)saperti tersiar di Sinar Harian dan di petik oleh Free Malaysia Today(FMT)

Ini adalah kerana DKJ adalah KETUA MEDIA DAN KOMUNIKASI MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN PH,(MPK-PH)satu badan yg di lihat sangat berpengaruh dan berkuasa di bawah kerajaan baru,malah di lihat lebih berpengaruh dan tinggi dari kabinet itu sendiri.Majlis ini telah bertindak dan mengeluarkan pelbagai kenyataan hatta sebelum kabinet di bentuk lagi.

Kenyataan DKJ di lihat sebagai satu isyarat dan amaran kepada Raja Raja  Melayu apabila beliau secara terang terangan membangkitkan isu KONTRAK SOSIAL ANTARA RAJA DAN RAKYAT!Lebih tepat lagi ianya berbaur HASUTAN.

Apakah ini satu isyarat bahawa pentadbiran baru sedang bergerak ke arah REFORMASI INSTITUSI RAJA DAN CUBA MEMINDA PERLEMBAGAAN saperti pernah di lakukan pada awal 90an yg telah menyeret kita semua dlm pertembungan RAJA DAN RAKYAT?

Dari tulisan Ketua Media dan Komunikasi MPK-PH ini ia sangat jelas sekali..sekali lagi bagi saya ia bersifat ugutan dan hasutan.DKJ sepatutnya menghormati penjelasan yg telah di buat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja Raja Melayu yg telahpun mengeluarkan kenyataan bersabit isu yg di bangkikan pihak tertentu,yg di sentuh beliau di awal para tulisannya.

Apakah ini suara DKJ?atau suara MPK-PH?atau suara orang berkuasa yg lain?..Apakah DKJ merasakan beliau kebal dan di lindungi utk mengeluarkan kenyataan sebegini??

Tulisan DKJ yg mengungkit kemewahan pihak Istana,pembiayaan oleh rakyat dll jelas untuk menyemarakkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap institusi raja.Kearah mana DKJ dan MPK-PH ingin membawa kita setelah “mendapat mandat rakyat”??

Malah sebutan oleh DKJ bahawa RAJA TIDAK KEKAL,boleh di sifatkan sebagai satu percubaan mengugut dan menggugat KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN INSTITUSI RAJA RAJA MELAYU!

Namun perlu kita peringatkan DKJ,bahawa rakyat,TERUTAMANYA orang Melayu tidak akan membiarkan peristiwa 90an berulang.Kita juga berharap Kerajaan jangan cuba berketerlaluan dalam tindak tanduk mereka,terutama dalam percubaan yg boleh di sifatkan menggugat kedudukan RAJA RAJA MELAYU,AGAMA ISLAM DAN PALING PENTING PERLEMBAGAAN ITU SENDIRI.

Sebarang usaha meminda perlembagaan saperti yg cuba di bayangkan oleh DKJ akan kita tentang habis habisan.

Kita akur dengan mandat rakyat kpd PH.Kerana itulah kita pastikan peralihan kuasa berjalan secara licin dan tanpa halangan walau mandat itu AMAT NIPIS sekali,malah ketua kerajaan sendiri mempunyai mandat tak sampai 10% di parlimen.

Kita juga ingin mengingatkan DKJ bahawa MANDAT dari pengundi Melayu tidak bersama PH.Statistik jelas menunjukkan lebih dari 70% undi orang Melayu tidak memilih PH.

Sepatutnya DKJ dan MPK-PH 
menumpukan usaha utk menunaikan SEGALA JANJI 100 HARI PERTAMA yg belum di tunaikan.Rakyat sedang menunggu dgn sabar PENGHAPUSAN CUKAI GST(bukan zero-rated),PENGHAPUSAN TOL,PENSTABILAN HARGA MINYAK PADA RM1.50/litre,PENDIDIKAN PERCUMA,PENURUNAN HARGA BARANG DLL “HARAPAN”RAKYAT....Dan bukannya ugutan terhadap institusi Raja atau percubaan meminda perlembagaan.

Saya harap pihak berwajib tidak akan merasa takut utk bersikap adil menjalankan siasatan ke atas tulisan DKJ,dan berharap KELUHURAN UNDANG UNDANG dapat di pertahankan.

Saya juga berharap DKJ berlapang dada dgn catitan saya ini.Sebagai seorang yg telah melalui episode awal 90an,saya tidak akan membiarkan peristiwa tersebut berulang lagi semata mata kerana dendam peribadi.

Ahli Parlimen Ketereh
Isnin 27/5/18.

Saturday, May 26, 2018

WALAUPUN BUBAR PERANAN SPAD WAJAR DITERUSKAN




Rabu lalu telah Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tugas-tugas yang dijalankan suruhanjaya itu sebelum ini dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan. Perkara ini diambil perhatian oleh mantan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed hamid Albar yang begitu komited ketika bertugas sebagai pengerusi SPAD.  

Walaupun SPAD bakal dibubarkan tidak lama lagi, namun peranan yang pernah dimainkan oleh agensi ini perlu diteruskan bagi meneruskan tranformasi pengangkutan awam dilaksanakan dengan jayanya. 

Begitulah harapan bekas Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar yang berharap peranan SPAD dalam merancang strategi bagi memperkasakan lagi pengangkutan awam di dalam negara. 

Beliau juga merasa lega apabila mendapat tahu nasib kakitangan SPAD terbela apabila mereka semua akan diserapkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau berharap agar peranan yang dimainkan oleh SPAD dapat diteruskan oleh Kementerian Pengangkutan..


Selain SPAD, turut dibubarkan adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negara.

Sejak SPAD di tubuhkan pada tahun 2010 selepas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010 diluluskan oleh Parlimen, SPAD telah berjaya merangka setiap sudut bagi mengerakkan satu sistem pembaharuan bagi pengangkutan awam negara.

Sahingga kini SPAD belum menampakkan kegagalan mereka melaksanakan setiap plan pembangunan yang di cadang dan di impikan oleh kerajaan sebelum ini yang mahukan SPAD merangka satu sistem bersepadu bagi pengangkutan awam dengan tujuan menyamai sistem pengangkutan di negara maju yang lain.


Friday, May 25, 2018

HSR BAKAL PACU EKONOMI NEGARA




Ekonomi Malaysia dan Singapuara sangat  saling perlu dan memerlukan - simbiotik, saling bergantung antara satu sama lain, ada situasi menang-menang. Namun, secara faktanya Malaysia lebih menang kerana negara ini lebih besar dan lebih tinggi dari segi jumlah populasi penduduknya

Pembinaan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) sejauh 390 kilometer (km) menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura bakal memberikan manfaat menguntungkan kepada rakyat di kedua-dua negara. "Perkongsian kepercayaan antara Malaysia dan Singapura dalam kestabilan, keharmonian dan kepelbagaian melengkapkan aspirasi bersama untuk kedua-dua negara dan rantau ini.

Projek HSR ini digariskan dalam rancangan pembangunan di kedua-dua negara itu bakal meningkatkan lagi kemajuan perhubungan rakyat antara rakyat selain, meningkatkan hubungan perniagaan.

HSR juga menawarkan kemudahan kepada orang ramai berulang-alik dengan menggunakan kereta api untuk ke tempat kerja atau menjalankan aktiviti lain. Bayangkan jika orang Singapura nak merasa nasi lemak di Kuala Lumpur atau pelancong asing ingin menikmati suasana malam di Kuala Lumpur setelah penat bekerja di Singapura, mereka boleh menggunakan perkhidmatan HSR, dalam masa 90 minit mereka sudah boleh sampai di Kuala Lumpur. 

Kerajaan telah meneria maklum balas positif daripada orang awam berkaitan projek pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Si­ngapura (HSR KL-SG) dengan 98 peratus terdiri daripada penduduk di Johor dan Kuala Lumpur. Projek HSR dijangka akan memakan kos berjumlah RM40 bilion. Projek HSR inibukan sahaja akan menjadi alternatif kepada perjalanan antara Malaysia dan Singapura, tetapi juga merangsang ekonomi di bahagian barat daya Semenanjung.








Thursday, May 24, 2018

SPAD BUBAR ?



Benarkah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dibubarkan ? Bagaimana dengan nasib kakitangan SPAD ? 

Sebelum ini sudah ada ura-ura yang kononnya SPAD akan dibubarkan oleh Kerajaan baru. SPAD ditubuhkan pada tahun 2010. Kenyataan ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Beliau berkata antara keputusan dicapai ialah SPAD akan dibubarkan dan tanggungjawabnya dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Orang yang paling gembira sekali pembubaran SPAD adalah Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Timbalan Pengerusinya, Kamarudin Mohd Hussain menyifatkan  langkah itu wajar berikutan rata-rata pemain industri merangkumi pemandu dan pengusaha bas, teksi serta lori dilihat sudah hilang kepercayaan terhadap suruhanjaya berkenaan. 

Begitu sekali jasa dan kebaikan SPAD dilupakan oleh pemandu teksi yang selama ini hak dan kehendak mereka dilayan baik oleh SPAD. 

Menurut seorang pekerja SPAD, dia merasa tergejut apabila SPAD ini dibubarkan oleh kerajaan. 

"Kami semua memang tidak jangka perkara ini berlaku sebab kami buat kerja, pelantikan staf di sini bukan pelantikan politik, pelantikan kami sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kami (SPAD) memudahkan pengurusan untuk pengangkutan darat. Berbeza dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), mereka lebih kepada pengangkutan persendirian. 

Kami harap kerajaan dapat pencerahan sebenarnya apa fungsi SPAD, "

Menurut mereka masih belum dimaklumkan bila tarikh terakhir mereka akan bekerja tetapi mengharapkan agar sebarang kemungkinan baik akan berlaku.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi kerajaan dibubarkan antaranya SPAD, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baharu di Putajaya Rabu.

Sementara tinjauan di pejabat JASA di Kuala LUmpur mendapati petugas bekerja seperti biasa.-23/5/2018

Cubaan wartawan untuk mendapatkan komen daripada beberapa orang petugas tidak berhasil berikutan mereka enggan mengulas tentang perkara berkenaan.Selain pembubaran SPAD dan JASA, antara agensi yang turut dibubarkan adalah Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan Majlis Profesor Negara.

KESIAN PADA YANG KENA BUANG KERJA




KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan rasa sedih di atas tindakan Kerajaan Persekutuan yang didakwa tidak menyambung kontrak 3,075 penggerak masyarakat di Kelantan, terdiri daripada guru al-Quran.

Menurutnya guru al-Quran yang mengajar di kampung seluruh Kelantan sebelum ini diberikan elaun RM400 sebulan sebagai menghargai jasa mereka memperkembangkan al-Quran kepada anak-anak di seluruh negeri.

Kata beliau, mereka juga terdiri daripada ibu, bapa dan warga emas yang telah 20 tahun mengajar al-Quran kepada anak-anak di rumah, sekolah dan juga surau terpilih di seluruh Kelantan.

“Kita harap Kerajaan Pakatan Harapan mengambil kira nasib mereka sebab ada antara mereka terpaksa pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon bantuan kerana bagi setengah mereka inilah satu-satunya mata pencarian dengan melakukan kerja dakwah mengajar al-Quran.

"Elaun RM400 adalah satu habuan kecil berbanding sumbangan mereka maka kita merayu supaya Kerajaan Persekutuan melihat semula perkara ini," katanya selepas menghadiri solat hajat dan majlis berbuka puasa bersama sebahagian penggerak masyarakat di Kelantan di sini pada Rabu.

Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, penggerak masyarakat ini ditamatkan kontrak mereka seminggu selepas Kerajaan Persekutuan baharu ditubuhkan tetapi sempat menikmati elaun terakhir pada April lepas.

Katanya beliau memahami dasar Kerajaan Persekutuan namun pada masa yang sama perlu melihat peranan golongan penggerak masyarakat ini yang kebanyakannya merupakan mereka yang berada di bawah garis kemiskinan.

KERAJAAN TERBEBAN DENGAN TUDUHAN SEMASA MENJADI PEMBANGKANG





CERITA POLITIK ATAU FAKTA?

1. Kata-kata dan pertuduhan yang dilakukan semasa menjadi pembangkang dahulu, kini membawa bebanan yang sangat berbeza apabila anda berkuasa dan memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan atau Perdana Menteri.

2. Mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa bahawa nisbah hutang kerajaan negara kita kepada KDNK kini 65%, yang merupakan lonjakan besar dari angka rasmi 50.9% dan mengatakan bahawa hutang negara kita sekarang RM1 trilion tanpa memberikan apa-apa perincian mengenai apa yang anda maksudkan hanya akan menimbulkan pergolakan pasaran kewangan, menakutkan agensi penarafan kredit dan menghilangkan keyakinan pelabur terhadap institusi kita seperti Bank Negara Malaysia.

3. Perlu ada garis pemisah yang jelas antara mainan politik dan fakta. Mencampur adukkan keduanya akan menimbulkan keraguan tentang kredibiliti dan profesionalisme institusi yang terlibat dalam penyediaan fakta yang selama ini mematuhi undang-undang negara dan piawaian antarabangsa.

4. Hasil dari kenyataan-kenyataan membimbangkan dan mengelirukan ini, indeks Bursa Malaysia jatuh paling banyak di antara semua pasaran saham di seluruh dunia yang mengakibatkan berpuluh-puluh bilion ringgit dalam nilai pasaran hilang dalam satu hari. Indeks Bursa kita jatuh 40.78 mata hari ini (bersamaan 2.21%) sedangkan indeks stok Indonesia menokok 0.71%.

5. Kebimbangan terhadap hutang awam adalah merupakan faktor penyumbang kejatuhan saham negara kita menurut portal berita perniagaan The EdgeMarkets.

Sudah pasti kejatuhan ini akan menjejaskan dana2 kita seperti KWSP dan PNB dan ini boleh menurunkan kadar dividen bagi anggotanya tahun ini.

6. Begitu juga, mengeluarkan kenyataan bahawa kita tidak perlu bimbang tentang penarafan kredit negara kita yang diturunkan akan mengakibatkan kehilangan keyakinan terhadap institusi negara kita.

7. Penurunan ini akan mengakibatkan kos pembiayaan hutang yang lebih tinggi sebanyak RM10 bilion setahun ke atas negara kita dan boleh menyebabkan bank kita yang telah meminjam dari pasaran antarabangsa untuk menanggung kerugian. Ini juga boleh menyebabkan aliran keluar modal yang besar dari kalangan pelabur asing dan menyebabkan Ringgit menjadi lemah.

8. Walaupun anda mungkin mahu memfitnah dan menyalahkan saya untuk memberikan persepsi kepada rakyat akan kedudukan kewangan yang ‘mengerikan’ sebagai alasan mengapa anda tidak dapat menunaikan janji manifesto anda dan melakukan pemotongan perkhidmatan awam secara besar-besaran, anda harus ingat bahawa negara dan rakyat perlu didahulukan.

9. Anda juga boleh terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan mengenai 1MDB atau memberitahu cerita separuh masak mengenainya bagi menyalahkan saya tetapi masa untuk bermain politik persepsi telah berakhir.

10. Kata-kata yang dituturkan ketika berkuasa mengakibatkan kerugian sebenar kepada negara dan rakyat. Seperti yang terbukti hari ini di pasaran saham negara kita. Ia bukan sekadar mengejar undi lagi seperti ketika dahulu anda menjadi pembangkang.

https://m.facebook.com/najibrazak/posts/10155355533725952

Najib Razak

Wednesday, May 23, 2018

JASA SPAD KEPADA RAKYAT




Jika ada yang mencemuh dan mencaci Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pandanglah disekeliling anda. Siapa yang anda cari untuk dipersalahkan jika ada kemalangan membabitkan kenderaan pengangkutan awam? Siapa yang anda cari untuk menyelesaikan masalah jika membabitkan pengangkutan awam ? SPAD sentiasa memberi respon terbaik terhadap semua aduan yang disampaikan kepada mereka. 

Walaupun kerajaan hari ini telah menamatkan operasi SPAD, namun bersyukurlah kesemua kakitangan tetap SPAD diletakkan di bawha Kementerian Pengangkutan. Makna kata mereka masih lagi mempunyai tempat untuk bergantung. 

Keputusan drastik kerajaan ini sudah tentu memberi tekanan kepada keseluruhan kakitangan SPAD, namun begitu ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana mereka semua masih lagi dapat memberi khidmat di bawah Kementerian Pengangkutan. 


Sejak di tubuhkan pada tahun 2010, SPAD telah membawa perubahan yang cukup membanggakan terhadap tranformasi pengangkutan awam di dalam negara. Sejajar dengan usaha kerajaan yang ingin membawa negara ke tahap negara maju berpendapatan tinggi, pengangkutan awam juga berlari seiring dengan tuntutan semasa kemajuan dunia. Bahkan disesetengah bahagian kita lebih baik dari negara maju yang lain. 

SPAD selama ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat. Ini semua dapat dikesan melalui kecekapan perkhidmatan yang telah dilaksanakan. Contohnya kejayaan MRT yang telah berjaya mengurangkan sebahagian kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan perlaksanaan MRT 2 yang bakal mengurangkan lagi kesesakan di ibu kota. 

Malah dengan kepantasan serta kelajuan kenderaan rel seperti MRT telah membuka ruang kepada rakyat untuk tidak lagi menggunakan kenderaan sendiri untuk ke pejabat atau melakukan urusan harian dan dengan ini telah dapat memberi sedikit penjimatan perbelanjaan harian dalam urusan kos tambang termasuk bahan api dan bayaran tol.

Hari ini peningkatan rakyat menggunakan pengangkutan awam seperti MRT , ETS dan sebagainya telah membantu mengurangkan kesesakkan kenderaan di Kuala Lumpur, ibu kota yang selama ini begitu sesak dengan kenderaan persendirian. 

Dengan pembinaan MRT yang sedang rancak pada ketika ini apabila siap secara keseluruhannya akan menjadikan seluruh lembah Klang sebagai kawasan yang mempunyai pengangkutan awam termoden di dunia.

Bermula dari penyusunan semula plan pemulihan pemandu teksi bagi mengembalikan imej pemandu yang terjejas teruk dan juga peningkatan mutu perkhidmatan teksi sahinggalah ujudnya prasarana kemudahan awam yang dapat di nikmati oleh rakyat seperti hari ini.

Rakyat khususnya penguna pengangkutan awam seharusnya mengucapkan syukur dengan kejayaan SPAD yang telah memancu kemajuan sistem pengangkutan awam darat di negara ini dengan begitu cemerlang sekali.

Semoga penyatuan SPAD yang bakal diletakkan dibawah Kemeterian Pengangkutan akan menambah baik lagi mutu perkhidmatan dan peningkatan mutu pengangkutan awam untuk masa hadapan.

Tuesday, May 22, 2018

PERLUKAH CAMPURTANGAN POLITIK UNTUK SELAMATKAN GUAN ENG ?






Cadangan gugur kes rasuah Lim Guan Eng satu campurtangan politik



Sebarang cadangan untuk menggugurkan kes rasuah melibatkan Menteri Kewangan yang baru dilantik, Lim Guag Eng merupaksan satu bentuk campurtangan politik ke atas sistem perundangan negara.

Jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, adalah lebih baik sekiranya proses undang-undang dihormati dan diikuti dalam kes yang melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

"Kedua-dua institusi iaitu Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman perlu dibenarkan untuk melaksanakan tugas mereka tanpa sebarang campurtangan.

"Sekiranya ahli politik mula memberi arahan terhadap institusi terbabit maka ia tidak ada beza dengan keadaan dahulu iaitu ketika kami dituduh melakukan campur tangan politik," kata Lian Ker dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Justeru MCA mendesak agar Pakatan Harapan menjadi sebuah kerajaan yang telus dan membendung sebarang campurtangan dan tekanan politik terhadap institusi terbabit dalam melaksanakan tugas dan menegakkan undang-undang.

Mahkamah Tinggi Georgetown hari ini menetapkan 30 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan keputusan itu selepas mengambil kira permohonan pihak peguam kedua-dua tertuduh yang mahu menjalankan proses representasi ke atas kes berkenaan.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini, bawah nilai pasaran.

Bagi dua pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.-UTUSAN ONLINE







MAAF ! GST TAK BOLEH DI MANSUHKAN



Mansuhkan GST buatkan Guan Eng & Mahathir semakin gelabah!

Mereka cuba test market dgn sifar GST tp hanya dalam masa 3 hari sahaja mereka terpaksa batalkan. Ini kerana tindakan tersebut menyebabkan harga barangan pengguna meningkat nak antara 2% hingga 10%.

Ini menunjukan candangan Pakatan Harapan untuk laksanakan SST bg menggantikan GST menemui jalan buntu. Labih menakutkan lagi PH terpaksa laksana projek ECRL bagi mengelak kerajaan China menarik balik dagangan tanpa had sawit ke china malah eksport sawit ke 2 terbesar selepas india. Kalau dibatalkan apa akan jadi kepada ekonomi negara?

Masalahnya Dato Sri Najib mampu lakukan dgn rm55b tetapi Daim berkata dia perlukan tambahan RM11bilion. Sedangkan sebelum PRU14 Nurul Izzah cakap PH mampu melakukan dengan kos 2 kali ganda murah tetapi kenapa DAIM nak tambah RM11bilion.

Satu lagi Mahathir terpaksa melaksanakan BR1M bagi menyaingi rekod cemerlang Dato Sri Najib yg meninggalkan tanda aras pentabiran yang cemerlang berbanding mana2 pm sebelum ini.

Masalahnya Mahathir bingung dengan banyak lagi janji bulan bintang yg perlukan kos tinggi jika mahu ditunaikan iaitu seperti harga siling minyak RM1.50, Mansuhkan semua tol, tidak boleh kurangkan penjawat awam, pendidikan percuma, kos tambahan kesihatan dengan rm500 kpd setiap rakyat, KWSP kpd hampir 14juta suri rumah sepenuh masa, rumah mampu milik di bawah 80k dan ada 300 janji lagi.

Dalam keadaan terdesak Mahathir terpaksa umumkan BR1M hanya rm300 × 2 berbanding Dato Sri Najib berjanji RM800 x 2 + bujang rm150, gj di bawah rm5k dpt rm700, anak2 penerima terima rm1,500 bg setiap anak masuk u.

Mahathir tak lakukan semua kriteria BR1M tersebut dia hanya mampu lakukan kpd golongan b40 bermakna org bujang, gj di bawah rm5k, anak masuk u di gugurkan, BERMAKNA dari angaran 10 juta jangka penerimaan BR1M selepas mengambil kira tambahan kriteria baru berbanding 7 juta pada sebelum pengumuman manifesto bn.

Mahathir akan menyampaikan BR1M kpd angaran 2 juta org shj. Itupun belum tentu kerana Najib telah meninggalkan simpanan negara rm431 bilion tetapi cabaran mahathir bagaimana hendak laksanakan semua janjinya tanpa menjejaskan simpanan negara. Kalau kurang bermakna Mahathir atau Pakatan Harapan bukanlah hebat berbanding Kaedah pengurusan kewangan di Tangan Dato Sri Najib dan Barisan Nasional.

Benar cabaran Dato Sri Najib selepas PH tawan putrajaya "pentabiran PH hanya bawa fantasi bulan dan bintang yang tidak mampu menunaikan janji. Apatah mahathir janji nak buat semua ini dalam masa 100 hari... giler beb!!

Sebab itu Guan Eng awal2 lagi sengaja spin hutang negara adalah RM800b. Tetapi rakyat yang tidak faham ekonomi boleh lah dia menipu! Hakikatnya Biar aku cerita pecahan hutang ini
42% hutang warga asing,
37% hutang sektor swasta,
10% hutang awam, 
9% hutang kredit pelaburan dan jaminan
2% hutang kerajaan
Kalau 2% hutang kerajaan dekat mana yg kata malaysia Bankrap di zaman najib hingga menjadi senjata menjatuhkannya.

Jadi jelas kenapa Guan Eng awal lagi menipu rakyat. Sebab dia sendiri telan air liur tak lepas setelah melihat prestasi terbaik Dato Sri Najib. Persoalannya mampukah Guan Eng dan Mahathir pm boneka DAP (Kenapa boneka nanti aku cerita lagi) mampu mereka PH mansuhkan GST

Mereka pakatan harapan boleh cipta apa sahaja fitnah untuk menjatuhkan maruah dan mengaibkan Najib. Tapi ingat jika mereka gagal membina ekonomi negara dengan kukuh dan memenuhi semua janji, bermakna segala fitnah mereka kepada Najib akan hilang sekelip mata! 

SUMBER : LOKMAN NOOR ADAM

Monday, May 21, 2018

APA KE HAL PULA ?

Majlis angkat sumpah Menteri Kabinet di Istana Negara petang ini berjalan lancar dengan didahului oleh Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah juga merupakan Timbalan Perdana Menteri.




Kenapa M. Kulasegaran pakai serban?

Lim Guan Eng yang tampil memakai songkok, mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan bersama-sama dengan Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Tetapi timbul persoalan apabila melihat M. Kulasegaran yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Tenaga Manusia dengan mengenakan serban.

Bagaimanapun, pencarian di Google, serban yang dipakai oleh Kulasegaran adalah serban yang dipakai oleh penganut agama Hindu.

Jika Gobind Singh Deo melilit serban di kepalanya pada majlis angkat sumpah sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, memang beliau kelihatan kacak tetapi Kulasegaran tampil memakai serban, ia agak aneh.

Turut mengangkat sumpah, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, zuraida Kamaruddin, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub dan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. - UTUSAN ONLINE



RM66 BILION TU TAK BESAR, YANG BESAR ADALAH DOSA MENFITNAH !

Fitnah, tohmahan Tony Pua telah dibongkarkan
Dakwaan tidak berdasarkan fakta

Kamil Maslih

08 Mei 2018 7:06 PM


MESKIPUN laporan polis telah dibuat oleh ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad, tohmahan dan pembohongan tetap diteruskan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menerusi penyebaran video-video yang memfitnah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Video-video yang bersifat fitnah jahat berkenaan ternyata menimbulkan rasa 'muak' masyarakat kerana Amran juga telah mendedahkan bahawa Tony merupakan dalang di sebalik gerakan fitnah tersebut.


Amran ketika pendedahannya menjelaskan, beliau tidak lagi mahu bersekongkol untuk melaksanakan propaganda jahat DAP itu untuk menipu rakyat semata-mata untuk memikat hati pengundi.

“Saya telah menjalankan banyak kempen menerusi Biro Publisiti DAP dan turun berceramah beberapa tempat sejak minggu lalu dalam ceramah umum gabungan pembangkang PKR untuk PRU-14.


“Namun, dalam dua hari lepas saya sedar apa yang saya buat ini tidak betul. Saya bekas wartawan saya diajar mengangkat kebenaran dan sebar kebenaran tetapi menyertai pasukan DAP ini telah terpesong niat sebenar saya dengan membuat propaganda jahat seperti ini,” katanya baru-baru ini.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan menerima laporan polis daripada Amran dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 124c Kanun Keseksaan.

Sebagaimana yang diramalkan oleh Amran, fitnah-fitnah yang ditaburkan oleh Tony telah mula disebarkan dengan antara yang menjadi mangsa tohmahan adalah termasuk 1MDB dan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Langkah Tony menyebarkan tohmahan menerusi penyebaran video itu bagaimanapun disifatkan sebagai langkah terdesak dan pengecut kerana tidak berani berhadapan dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang telah menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan.

Sebagaimana dinyatakan Arul kepada media semalam, tindakan Tony itu bukan sahaja tidak berasaskan fakta, malah telah sengaja dilakukan untuk mengelirukan rakyat. - UTUSAN ONLINE



Sunday, May 20, 2018

KOS ECRL MENINGKAT ?




Kos keseluruhan bagi pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah melebihi RM55 bilion dan dijangka terus meningkat apabila memasuki fasa kedua ditambah dengan kadar faedah yang perlu ditanggung.

Ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, jumlah kos RM55 bilion seperti yang dinyatakan sebelum ini hanyalah untuk fasa pertama bagi projek pembinaan tersebut.

"Jika termasuk fasa kedua mungkin ada tambahan dalam RM11 bilion dan jika lihat dengan kadar faedah yang dikenakan dan lain-lain, kemungkinan kos bagi pembinaannya boleh mencecah lebih lagi.

"Saya biar kerajaan untuk mengumumkan kos sebenar bagi keseluruhan projek tersebut. Sama ada projek ECRL patut diteruskan, saya berpandangan terpulang kepada kerajaan untuk membatalkannya ataupun tidak," katanya dalam sidang akhbar di Menara Ilham, di sini hari ini.

Projek ECRL bernilai RM55 bilion sepanjang 688 kilometer menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Projek berkenaan dijadual siap pada Jun 2024. - UTUSAN ONLINE



Friday, May 18, 2018

DIAM-DIAM DUDUK SUDAH LAH


Pemimpin PH tidak sedar Mahathir langgar manifesto

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Menteri Pelajaran yang baharu telah melanggar manifesto mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Mereka yang hadir dalam mesyuarat majlis presiden gabungan parti itu langsung tidak membantah ketika Perdana Menteri mengumumkan beliau akan menjawat jawatan tersebut kerana tidak menyedari kesalahan itu.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak membantah ketika berbincang mengenai perkara itu kerana tidak menyedari manifesto PH turut menyatakan Perdana Menteri tidak boleh memegang sebarang jawatan menteri lain.

"Saya sendiri tidak berkata apa-apa. (Rupa-rupanya) selain PM (Perdana Menteri) tidak boleh menjadi Menteri Kewangan (FM), manifesto PH juga mencadangkan agar PM tidak boleh memegang lain-lain portfolio,” katanya yang dipetik dalam akaun Twitternya, hari ini.

Menurut sumber pemimpin PKR, kebanyakan daripada mereka beranggapan sebelum ini manifesto itu hanya menyatakan perdana menteri tidak boleh menjadi menteri kewangan.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub yang yang hadir semasa mesyuarat itu turut mengesahkan perkara itu kepada portal Malaysiakini.

“Ini tidak dibangkitkan semasa mesyuarat,” kata Salahuddin.

Dalam Janji 12 Manifesto PH, ia menyatakan: “Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutama menteri kewangan.”

Pengumuman Mahathir yang bercanggah dengan janji manifesto itu turut dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Barisan Nasional. - UTUSAN ONLINE

BR1M SUDAH HALAL -BUKAN LAGI RASUAH

http://www.malaysianchinesenews.com/2018/03/pakatan-harapans-money-game-model/

BR1M tetap diteruskan – Dr. Mahathir

Meskipun sering dituduh sebagai ‘dedak’, kerajaan Pakatan Harapan tetap bersetuju meneruskan pemberi­an Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh Ba­risan Nasional (BN) sebelum ini bertu­juan meringankan kos hidup golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Tun Dr. Maha­thir Mohamad berkata, kerajaan bagaimanapun akan mengkaji struktur bantuan tersebut supaya tidak dilihat sebagai alat untuk memberi rasuah kepada rakyat agar menyokong kerajaan.


“Kita sudah setuju akan terus­kan BR1M, tetapi kita kaji juga ke­ra­na kadangkala ada orang tidak layak masih menerima juga bantuan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Maj­lis Presiden Pakatan Harapan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Sepanjang musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pemimpin Pakatan Harapan sentiasa melabelkan BR1M sebagai dedak atau rasuah kononnya sebagai tindakan untuk menarik hati rakyat agar menyokong BN.

Ketika ditanya mengenai impak daripada usaha kerajaan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Perdana Menteri berkata, hal itu tidak perlu dirisaukan kerana kerajaan masih menjana pendapatan hasil kenaikan harga minyak dunia serta pengurangan perbelanjaan kerajaan.

Malah, beliau juga menjelaskan, kerajaan sedia memberikan subsidi bahan api mengikut keperluan seandainya kekerapan perubahan harga petrol di pasaran dilihat boleh mengganggu sektor perniagaan.

Beberapa penarafan antara­bangsa sebelum ini menyoal ke­sediaan kerajaan untuk melaksa­nakan GST pada kadar sifar me­mandangkan tiada alternatif lain untuk kerajaan menambah pendapatan.

Mengenai prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini, Dr. Mahathir berkata, kerajaan tidak mempunyai unjuran buat masa ini kerana masih menyemak semula data-data penting yang menentukan kedudukan ekonomi sebenar.

“Mengenai angka dan kedudukan kewangan negara, saya mendapati banyak angka tidak benar. Kami perlu menentukan kedudukan sebenar sebelum membuat sebarang unjuran,” katanya.



JAUHI PAKATAN LGBT

Ada sahabat Admin menasihati "jangan buat tulisan provoke dan adu domba lagi". Admin tidak biasa untuk bercakap bohong dan sememangnya tidak pandai pun. Dulu cuba berbohong dengan isteri pun gagal. Memang admin tidak ada ciri-ciri dan bakat untuk berbohong. 

Justeru itu tidak dapat tidak apa yang ingin admin sampaikan adalah perkara benar, perkara fakta dan tidak mungkin tidak dapat dinafikan kebenarannya oleh sesiapa pun di dunia ini kerana ianya termaktub dalam Al-Quran. Apakah perkara itu ? Jauhi kaum Sodom. 




Siapakah itu kaum Sodom ? mereka itu ialah yang menyalahi sunnah kehidupan manusia, mereka berlawanan dengan sifat manusia normal. Mereka berkeinginan sesama jenis iaitu lelaki dengan lelaki. Mereka inilah yang admin gelarkan kaum Sodom. Mereka senantiasa melakukan maksiat, yakni berhubungan seks dengan lawan jenis. laki-laki dengan laki-laki alias homoseksual, begitu pun juga dengan perempuan dengan perempuan yang dikenal dengan lesbian. 

Dalam era zaman moden ini mereka  ini di gelar dengan satu nama yang cukup popular iaitu lesbian, gay, bisexual, and transgender atau singkatannya LGBT. 

Hendaklah kita semua umat Muslimin di Malaysia ini menjauhi amalan golongan ini, tidak mengiktiraf perlakuan mereka yang mengancam kelestarian hidup manusia sejagat. 

Di bawah ini kenyataan JAKIM tentang LGBT



Thursday, May 17, 2018

ANNUAR SERAH PENDAPATAN UNTUK BANTU RAKYAT YANG DI BUANG KERJA



Annuar korban gaji bantu kakitangan agama Islam


Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan mengagihkan keseluruhan pendapatan bulan pertamanya sebagai Ahli Parlimen Ketereh kepada 176 kakitangan agama Islam kawasannya yang ditamatkan perkhidmatan sejak kelmarin.

Ketua Penerangan UMNO itu berkata, bantuan tersebut tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk berbelanja juadah berbuka puasa hari ini.


Sehubungan itu, beliau merayu kepada kerajaan khususnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng supaya mempertimbangkan semula penamatan perkhidmatan tersebut, lebih-lebih lagi ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dan bersiap untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Setahu saya di Kelantan, mereka ini telah berkhidmat hampir 30 tahun, sejak tahun 1990 dan diwujudkan atas ihsan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Mereka merupakan guru al-Quran, guru takmir, mubaligh, orang alim, agamawan dan kebanyakkannya bukan semestinya aktivis politik. Selain daripada merayu kepada Menteri Kewangan, apakah lagi yang saya boleh buat?” soal beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Annuar meminta kerajaan Pakatan Harapan mempertimbangkan tindakan menamatkan perkhidmatan pegawai agama Islam yang dilakukan menjelang Ramadan.

Beliau berharap kerajaan tidak melakukan penganiayaan dan mempertimbangkan nasib lebih 30,000 pegawai agama Islam di negara ini sekiranya mereka kehilangan pekerjaan. - UTUSAN ONLINE



JANJI NAK MAKAN CAPATI, KEDAI CAPATI TUTUP -



Bukan nak tambah peluang pekerjaan, apa yang terjadi sebaliknya 500 pekerja kontrak kerajaan diberhentikan ! aduhhh...kesian sungguh. 

Janji tidak ditunaikan

SETELAH dapat membentuk kerajaan di peringkat Pusat, Pakatan Harapan nampaknya telah memungkiri banyak janji yang telah dibuat.

Mereka berjanji untuk menyediakan sejuta peluang pekerjaan baharu tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya apabila 500 pekerja kontrak kerajaan diberhentikan kerja, tidak sampai seminggu Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya.

Pakatan itu berjanji untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta menurunkan harga barangan dengan mendakwa RM50 boleh membeli satu troli barang. Sekarang mereka memberi pelbagai alasan untuk tidak berbuat demikian termasuk menyebut “baru kahwin takkan terus dapat anak”.

Janji lain adalah untuk menurunkan harga minyak ke paras RM1.50 seliter tetapi sekarang menyatakan sistem apungan harga mingguan yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan berjalan seperti biasa.

COPY PASTE UTUSAN 16 MAY 2018

JHO LOW LARI LAJU, TAK SEMPAT NAK KEJAR






Ramai sangat rakyat Malaysia ni nak cari Jho Low, saya tak rasa Jho Low ni lari lebih laju dari orang lain. Saya juga tak rasa JL ada kelebihan istimewa sehingga orang tak nampak dia. Susah sangat ke nak cari dia kat planet bumi ini ? 


Janji tidak ditunaikan (utusan)

Pakatan berkenaan turut membuat janji untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes 1MDB tapi sekarang mereka menyatakan hanya akan berbuat demikian setelah mendapat bukti kukuh. Ini bermakna pelbagai tuduhan yang dibuat sebelum ini tidak berdasarkan bukti sahih.

Mereka turut berjanji hendak menangkap ahli perniagaan, Low Taek Jho yang didakwa terlibat dalam kes itu tetapi sekarang Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata: “Bukan kerja saya nak tangkap orang”.

COPY PASTE UTUSAN 16 MAY 2018



Wednesday, May 16, 2018

MALAYSIA TAK JADI BANGKRAP !



Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) mewarisi ekonomi yang kukuh, de­ngan purata pertumbuhan 5.5 pe­ratus sejak lapan tahun lepas, kata Moody’s Investors Service.

Namun beban hutang negara yang tinggi masih menjadi cabaran utama kredit dan Moody’s me­nganggarkan nisbah keluaran da­lam negara kasar/hutang (KDNK) pada 50.8 peratus pada akhir 2017, melepasi median 40.1 peratus bagi negara yang diberikan penarafan A/.


“Walaupun kerajaan sebelum ini mencapai pengurangan defisit fiskal kepada 2.8 peratus untuk lapan tahun berturut-turut mengikut Bajet 2018, perbelanjaan yang lebih rendah merupakan pemacu penyepa­duan, dengan bahagian hasil kepada KKDNK susut sejak 2012.

“Memandangkan keupayaan kerajaan yang terhad untuk me­ngurangkan lagi perbelanjaan, beban defisit dan hutang dijangka berlegar pada paras semasa,” kata Naib Presiden Kumpulan dan Peng­analisis Kanan Risiko Moody’s, Anushka Shah dalam kenyataan hari ini.

Pemansuhan beberapa pembaharuan tanpa sebarang pelarasan lain, akan meluaskan defisit, dan jika kerajaan memilih untuk me­laksanakan janji kempennya tanpa melakukan pelarasan atau menyeimbanginya, ia akan menjadi negatif (penarafan) bagi Malaysia.

Ini termasuk cadangan pemansuhan Cukai Barang dan Per­khidmatan (GST) dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), seperti yang dicada­ngkan oleh Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Anushka berkata, SST secara bersendirian, ia tidak akan dapat menyamai kutipan hasil berjumlah RM44.3 bilion pada 2017 atau 3.3 peratus daripada KDNK.

“Memansuhkan GST juga akan memperkenalkan risiko mengurangkan pendapatan dan meningkatkan pergantungan kepada pendapatan berkaitan minyak, yang berkurangan sejak pengenalan GST pada 2014.

“Satu lagi cadangan ialah memperkenalkan semula subsidi bahan api, suatu janji kredit negatif kerana ia akan mengganggu mekanisme harga berasaskan pasaran, yang akan menjejaskan kedudukan fiskal Malaysia melalui subsidi yang lebih tinggi, serta imbangan pembayaran melalui keanjalan yang lebih rendah bagi import minyak ke atas pergerakan harga,” katanya.

Menurut Anushka, disiplin fis­kal penting untuk meningkatkan keyakinan pasaran, terutama memandangkan bukan pemastautin memegang 28 peratus daripada sekuriti kerajaan pada akhir 2017 dan 28.5 peratus ekuiti di Bursa Malaysia pada April 2018, yang meletakkan kedudukan negara terdedah kepada perubahan aliran modal dan sentimen pelabur.

“Kami mengunjurkan penunjuk pendedahan luar Malaysia, yang kami gunakan untuk mengukur pendedahan negara kepada aliran modal yang berhenti secara tiba-tiba, pada kedudukan 145.6 peratus pada 2018, paras yang tinggi di peringkat global, terutama jika dibandingkan dengan kerajaan lain yang diberi nilai A,’’ ujarnya.

Ini mengambil kira rizab asing yang terus meningkat lebih tinggi sepanjang tahun lalu kepada AS$ 102.9 bilion pada akhir April 2018. –BERNAMA

Penampan lain, termasuk institusi domestik yang besar yang menyediakan dana pembiayaan untuk hutang mata wang tempatan dan lebihan akaun semasa bertindak sebagai mitigasi,” katanya. –BERNAMA