Nampaknya usaha yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa iaitu " DIALOG PERJUANGAN 4 ALL" telah membuat pembangkang panas punggung sehingga wakil mereka hadir sekali dalam program tersebut bagi membuat provokasi melalui soalan-soalan mereka.
Namun apa yang berlaku sebaliknya, apabila Tan Sri Annuar membalas dengan jawapan ytang cukup pedas dan penuh fakta. Terdiam seribu bahasa wakil mereka.
Itu yang terjadi kepada Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad yang gatal mengajukan soalan provokatif . Dia kononnya dengan dokumen-dokumen ditangannya mengajukan soalan mengenai laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkenaan isu 1MDB.
Bagaikan pucuk dicita ulam mendantang, orang mengantuk disorongkan bantal, apa lagi Tan Sri Annuar menangkis segala serangan sambil menembak tepat ke sasarannya.
Zaidi seperti macai-macai longkang DAP yang lain masih lagi memainkan isu cincin dan 1MDB dan mengaitkannya dengan rasuah dan salah guna kuasa yang sudah beberapa kali dijawab oleh kerajaan di dalam dewan rakyat. Namun tidak apa -kata Annuar Musa, kita tidak akan menari rentak pembangkang.
Tan Sri Annuar Musa memulakan rentak serangan dengan mempersoalkan integriti pemimpin kerajaan Pulau Pinang yang penuh dengan isu rasuah. Kenapa Lim Guan Eng masih lagi berada ditampuk kuasa walaupun dia sudah didakwa ?
Isu berkenaan 1MDB telah pun ditanya oleh ahli parlimen DAP di parlimen dan sudah dijawab oleh pihak kerajaan berkali-kali. Hari ini Mejar Zaidi ulang lagi semula soalan yang sama.
Annuar Musa menjelaskan bahawa sebelum Mejar Zaidi nak mengeluarkan isu berkenaan kleptocracy, soal cincin, soal duit yang kononnya melesap ke Amerika adalah lebih baik dia minta Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng membiayai basiswa dan belajar ke Amerika dan mendalami undang-undang di sana.
Kerajaan Malaysia menurutnya tidak pernah menyibuk hal ehwal perundangan di Amerika. Jika ada berlaku mana-mana individu yang melakukan kesalahan dimana-mana pun negara kerajaan tidak akan masuk campur dalam hal tersebut. Cubalah tolong faham undang-undang tentang kleptocracy di Singapura adalah berasaskan kepada aduan bukannya penyiasatan penuh.
Apa yang berlaku adalah pembangkang menghantar dua tiga "Malaun" untuk membuat aduan. Berdasarkan kepada aduan tersebutlah mereka membuat penyiasatan selebih itu mereka membawa kes ini dalam bentuk saman sivil.
Apa itu saman Sivil yang berkaitan dengan 1MDB ? Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) telah memfailkan saman sivil bagi menyita aset yang mereka percaya ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada empat individu di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy.
Ia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada tahun 2010 oleh Kerajaan Amerika Syarikat melalui Jabatan Keadilan negara itu bertujuan untuk menyita dan mengambil semula aset di dalam negara itu yang disyaki Jabatan Keadilan mempunyai kaitan kepada kegiatan rasuah daripada negara asing dan mengembalikannya kepada negara asal.
No comments:
Post a Comment