Monday, October 23, 2017

MALAM "GALA DINNER & INDUSTRY AWARDS" SPAD



Seperti biasa setiap tahun Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD) mengadakan Simposium Pengangkutan Awam Darat bagi memberi Anugerah dan penghormatan kepada mereka yang berjuang dalam perkhidmatan pengangkutan awam darat. 

Tahun ini Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017 bertemakan "Reimagining Transportation: Mobiliti Mampan" merupakan kali ke enam diadakan.  Banyak acara telah diadakan semalam antaranya Majlis Makan Malam,  Anugerah Industri, dan persembahan istimewa dari  artis vokal terbaik negara, Dayang Nurfaizah. ak lupa juga pengacara majlisnya yang juga seorang artis terkenal mempunyai nama besar di dalam negara iaitu Adibah Noor. 

Majlis makan malam semalam dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah dan para tetamu kehormat yang lain. 

Dalam ucapan perasmiannya, Hajah Nancy menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak amat komited dan bersungguh-sungguh dalam memacu transformasi pengangkutan awam darat untuk kemudahan rakyat. Ujarnya lagi sejak awal  penubuhannya lagi iaitu pada tahun 2010, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah melancarkan pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk sistem pengangkutan awam  darat yang mampan.

Dalam majlis yang sama juga SPAD telah memberi anugerah kepada individu dan syarikat yang telah menunjukkan prestasi yang hebat serta tidak lupa juga kepada  pemandu-pemandu teksi yang menunjukkan contoh yang baik. 


Bagi  Kategori Pemandu Teksi Terbaik: Terdapat lima orang penerima anugerah ini, mereka adalah:

1-  Encik Ismail Md Rose - Salah seorang penumpang encik Ismail telah tertinggal laptop dan bagnya didalam teksinya. Selepas menyedarinya encik Ismail telah bergegas semula ke KLIA untk memulangkan semula kepada penumpang tersebut. 

2- Encik Chong Them Kwai - Semasa temsya Sukan SEA sedang berlangsung, salah seorang pemain futsal lelaki pasukan Thailand telah tertinggal tripodnya di dalam teksi. Dia kemudiannya telah memulangkan kembali tripod tersebut ke hotel tempat penginapan pemain tersebut. Beliau telah menunjukan contoh yang terbaik dan telah mengharumkan nama negara. 

3- Encik Zamrod bin Adam - Namanya meniti di bibir pengiat media sosial kerana kejujurannya memulangkan semula bag tangan milik Ketua Pegawai Eksekutif Penang Women's Development Corporation, Ong Bee Leng yang tertinggal di dalam teksinya. Sikap jujurnya sangat dihargai oleh CEO tersebut sehingganya kisahnya viral di media sosial.

4- Encik Megat Iskandar bin Megat Rusli - Seorang penumpang teksi encik Megat telah tertinggal handphone iPhone nya didalam teksi. Setelah menngetahuinya encik Megat telah memulangkan semula kepada pemiliknya di Ampang Residence quest. 

5- Encik Mohamad Harisham bin Jusoh - Beliau juga mempunyai pengalaman yang sama seperti encik Megat apabila pelanggannya yang berbangsa Arab tertinggal iphone nya dalam teksi. Beliau dengan pantas mencari pelanggannya dan memulangkannya semula. 


Bagi Kategori Pencapaian Terbaik Bagi Kakitangan Pengangkutan Rail penerima anugerahnya ialah ;

1- Suryati Binti Sukiman (Ampang Line) - Pada 22 May 2017, seorang pengguna telah pengsan di Stesen Hang Tuah. Jika tidak disebabkan oleh Suryati yang pantas memberi bantuan kecemasan, pelanggan berkenaan berkemungkinan besar berhadapan dengan pelbagai komplikasi yang disebabkan oleh kegagalan jantung.

2- Saravanan A/L Subramaniam (KL Monorail) - Pada 17 Mac 2016, semasa En Saravanan sedang mengikuti satu program di MRT Bangkok, beliau telah mengesan ada sesuatu yang tidak kena terhadap pergerakan tren berkenaan. Merasakan perkara berkenaan serius, beliau telah membuat aduan kepada pusat kawalan dan atas aduannya ini, perkhidmatan berkenaan dihentikan untuk siasatan.

Hasilnya, pihak penyiasat mendapati roda tren berkenaan mengalami masalah dan jika tidak kerana keprihatinan dan kecekapan beliau mengesan masalah berkenaan, ianya mungkin akan menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini terutamanya sekali membabitkan kehilangan nyawa.

 3- Mohd Nordin Bin Kimi (KTMB) - Beliau cukup aktif bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dengan membangunkan konsep pelancongan kebangsaan. Beliau juga bertanggungjawab dalam pemulihan program pelancongan Homestay by Rail and Rail.




































No comments:

Post a Comment