Showing posts with label Akidah. Show all posts
Showing posts with label Akidah. Show all posts

Wednesday, September 28, 2016

PERSEMPADANAN SEMULA : MCA BERI CADANGAN



Isu persempadan semula masih menjadi isu hangat bukan sahaja di pihak pembangkang malahan antara parti-parti komponen BN termasuk UMNO, MCA dan MIC. Masing-masing memberi hujah dan alasan bagi menyatakan pendirian masing-masing. 

Kebanyakannya pendapat tidak menunjukkan tanda-tanda menyokong persempadanan semula ini dilaksanakan. 

Bahkan ketika Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Haji Mohammad Haji Hassan  apabila diajukan oleh pembangkang dalam Dewan Undang Negeri, Negeri Sembilan menjawab sambil berseloroh "Kita (kerajaan) tidak tahu berkenaan pekara ini, SPR tidak pernah berbincang pun dengan kerajaan berkenaan persempadanan semula ini", "jika SPR berunding dengaan kerajaan senanglah, dah lama kita menang semua kerusi dah". disambut gelak ketawa oleh semua ahli dewan.  

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Kaa Siong pula berkata pihaknya bersedia mengemukan cadangan yaang telah dikaji kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) .

Menurutnya lagi semua cadangan tersebut telah dikaji dengan teliti dari setiap sudut dan semua aspek yang penting namun tidak boleh didedahkan lagi kerana tidak mahu pihak pembangkang  mengambil kesempatan. 

Seperti yang dijelaskan oleh Presiden MCA , Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai bahawa persempadanan semula ini perlu melambangkan perpaduan kaum di Malaysia maka oleh itu cadangan ini juga mengambarkan aspirasi perpaduan dan integrasi antara kaum di Malaysia. 

Thursday, June 30, 2016

TIDAK TERLIBAT PEMBELIAN HARTANAH DI BUKIT BINTANG



Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah tidak terlibat dalam urusan jual beli dua hartanah di Bukit Bintang yang bernilai RM103.5 juta.


Ahli perniagaan dalam bidang makanan dan minuman, Datuk Seri Kok Kuan Hwa, 47, berkata, urusan jual beli hartanah tersebut hanya melibatkan dirinya dan seorang ejen hartanah yang dikenali sebagai Datuk Khoo Ah See.


“Hartanah tersebut adalah melibatkan sebuah hotel yang dibeli pada tahun 2013 dan bangunan kedai yang kini dijadikan hotel sembilan tingkat pada tahun 2010.


“Kedua-dua bangunan berkenaan telah diubahsuai dan dikenali sebagai Hotel Izumi dan Hotel Fortuna yang terletak di Bukit Bintang,” kata kenalan Chin Wah yang juga saksi pendakwaan keenam itu dalam perbicaraan hari keempat kes tersebut.


Mengikut pertuduhan, Chin Wah yang kini bertugas sebagai Urus Setia JSJ Bukit Aman didakwa telah gagal mengisytiharkan segala punca perolehan di dalam penyataan bertulis dengan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.


Dengan itu, dia didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2013.


Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6 Putrajaya antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.
Pertuduhan terhadap pegawai polis itu dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.


Dalam sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed itu juga, Kuan Hwa turut memberitahu, dia berjanji akan memberi komisen sebanyak satu peratus daripada harga belian hartanah itu kepada Ah See sekiranya urusan jual beli itu berjaya.


“Bagi Hotel Izumi, harga jualannya adalah RM5.5 juta jadi komisen yang diterima oleh Ah See adalah RM55,000 manakala bagi Hotel Fortuna pula, harga jualan adalah RM98 juta dan komisen adalah sebanyak RM980,000.


“Bayaran kedua-dua komisen berkenaan dibuat melalui tunai dan cek serta ia sudah langsai sepenuhnya,” katanya.


Ketika ditanya sama ada dia membuat perjanjian komisen yang sama dengan Chin Wah, ahli perniagaan yang mempunyai 200 buah restoran di Singapura itu menjawab tidak.
Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Datuk Geethan Ram Vincent berhubung komisen berkenaan, Kuan Hwa berkata, ia tiada kaitan dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang mahupun rasuah.


“Komisen tersebut diberikan atas urusan jual beli dua hartanah tersebut,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sohaini Alias bersambung 3 Ogos ini. -

sumber UTUSAN ONLINE

Friday, December 26, 2014

MALAYAN UNION 4 - British menekan Raja-raja Melayu


Willan menulis mengenai semua temu ramahnya dan membuat cadangan bagaimana British perlu bertindak ke atas raja-raja yang degil.
Beliau mencadangkan sultan mana yang perlu dahulukan dalam mendapat tandatangan. Pertama dalam senarai ialah Sultan Johor, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Keempat-empat sultan ini menandatanganinya, Willan yakin Sultan Perak tidak akan menolak.
Selepas memperoleh tandatangan Sultan Johor dan Raja Negeri-negeri Melayu Bersekutu, barulah MacMichael ke Kedah dan negeri-negeri lain di utara Semenanjung. Kedah dijangka memberi sedikit tentangan kerana baginda terikat untuk berunding dengan majlis negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri, Haji Sheriff Awang Osman yang rapat dengan baginda dan dianggap boleh menjadi batu penghalang, mesti dipujuk terlebih dahulu.
British percaya inilah sebaik-baik cara untuk mendapat persetujuan baginda. Tidak ada masalah dijangka berlaku di Perlis, Terengganu dan Kelantan kerana semua sultan menaiki tahta pada zaman pemerintahan Jepun dan terpaksa bergantung kepada pengiktirafan British untuk megekalkan kedudukan mereka.
Berikutan laporan Willan, MacMachael dihantar ke Tanah Melayu pada bulan berikutnya. Menjelang waktu itu, rakyat Tanah Melayu mendengar rancangan Malayan Union dan mereka marah walaupun tidak tahu kandungan cadangan itu.
Disebabkan kekurangan maklumat yang sahih, mereka mengagak British mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan dan memberikan kerakyatan kepada semua penduduk.
Orang Melayu sedar kedudukan mereka yang miskin, kurang pendidikan dan tidak banyak terbabit dalam kegiatan ekonomi negara yang meguntungkan. Mereka bimbang akan menjadi strata terkebawah dan serba kekurangan dalam mayarakat Tanah Melayu.
Apabila laporan dan berita keazaman British melaksanakan Malayan Union semakin merebak, keyakinan rakyat terhadap raja-raja mereka mula terhakis. Mereka tidak mahu dipisahkan datipada politik.
Walaupun sikap mereka boleh dianggap derhaka, mereka berpendapat raja-raja mereka tidak berdaya menangkis tekanan British.
Idea awal perpaduan Melayu mula tersebar ke semua negeri di Tanah Melayu, tetapi mereka tidak yakin dapat menghalang rancangan British.
Seruan agar Melayu berfikir sebagai rakyat Tanah Melayu dan bukan rakyat jelata raja pelbagai negeri menjadi semakin lantang dan keras.
Akhbar tempatan mula mempopularkan idea perpduan Melayu dan mengesyorkan penubuhan sebuah badan tunggal bagi newakili semua orang Melayu.
Mereka juga cemburu dengan Indonesia kerana mempunyai seorang pemimpin karismatik, iaitu Sukarno sehingga ada yang memikir akan gabungan kedua-dua negara. Namun mejoriti orang Melayu percaya jika mereka berjaya menubuhkan sebuah badan tunggal untuk orang Melayu, seorang pemimpin akan muncul.
Bersambung......

Monday, April 1, 2013

Anwar, Ladangnya, Pati dan Dot Dot Dot



ANWAR IBRAHIM mula merosakkan politik aman negeri Sabah apabila dia menjejakkan kakinya di Kota Kinabalu pada tahun 1986. Ketika itu dia Ketua Pemuda UMNO. Anwar menyokong usaha-usaha menjatuhkan Tun Datu Mustapha melalui beberapa proksi pemimpin pemuda USNO.

Walaupun usaha tersebut gagal selepas Tun Datu Mustapha mengambil tindakan pantas memecat pembelot-pembelot USNO.

Sikap mereka ini tidak pernah berubah, selepas USNO dimatikan, UMNO masuk ke Sabah dan mereka ini sangat gembira. Apabila Anwar Ibrahim menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar menyusun semua orang-orangnya dalam kedudukan UMNO Sabah.

Semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang pro Tun Datu Mustapha, yang pro Tun Ghafar Baba, yang pro Pak Lah semuanya dimatikan dengan cara memberi seberapa banyak wang kepada proksinya dan kalahkan sesiapa yang tidak menyokong Anwar. Cara-cara Anwar sunguh-sungguh seperti Komunis.

Benar kata Datuk Salleh Tun Said, kamu Anwar jangan bersandiwara. Cerita perkara sebenar pasal IC Sabah.

Pada tahun 1995, apabila ramai orang-orang Anwar yang sedang memegang jawatan Ketua Bahagian hendak dilawan, Anwar menggunakan apa saja cara untuk mengalahkan mereka. Anwar bukan sahaja memberi wang tunai, tetapi Lot-Lot Saham yang boleh ditukar di bank-bank Bumiputera. Ramai Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian yang pro-Anwar kaya mendadak!

Satu contoh, Anwar telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pihak keselamatan supaya menangkap individu-individu yang kononnya terlibat dalam projek IC. Inilah manusia yang paling Hikpokrit! Dia menyuruh orang itu mengatur IC Projek, kemudian dia mengarahkan pihak polis menangkap orang itu semula. Tujuannya supaya orang itu tidak menang Ketua Bahagian, kerana jika dia menang dia akan mencalonkan Tun Ghafar Baba bukannya Anwar Ibrahim. Busuk kan hati Anwar Ibrahim.

Anwar menyuruh semua orang supaya Kalahkah PBS, tumbangkan Pairin dengan apa cara sekalipun! Kamu tahu apa itu 'apa cara sekalipun'?

Dia ingat dia Tuhan di dunia ini boleh membodohkan semua orang, kalau Allah SWT kata Kun Fayakun maka tidak jadilah kamu sebagai Perdana Menteri, walaupun kaki kiri kamu sudah menjadi Perdana Menteri.

Wahai Anwar Ibrahim, ketika kamu berkuasa kamu memiliki ladang kelapa sawit yang luas di Sandakan, ketika kamu melawat ladang-ladang kelapa sawit kamu di Sandakan, siapakah pekerja-pekerja ladang kelapa sawit kamu? Adakah pekerja tempatan Sabahan KadazanDusunMurut (KDM) atau PATI!

Kamu tahu bapa Yong Teck Lee bukanlah orang Sabah tetapi dari negara China. Bapa Yong Teck Lee (Yong Lok @Yong Luk) datang ke Sabah membuka Workshop di Lahad Datu. Kamu yang melantik Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri (itulah maksud Datuk Salleh Tun Said yang kamu sangat berkuasa ketika itu), supaya kamu boleh mengumpul harta kekayaan di Sabah bukan. Tidaklah hairan jika Yong Teck Lee membuntuti kamu sekarang!

Dan, kamu juga pernah berenjoy dengan seorang artis Wanita Sabah bukan? Berlumba-lumbaan dengannya bukan. Memanglah kamu sangat suka kepada wanita-wanita cantik, seksi dan menawan.

Tuesday, February 19, 2013

SAYA AKAN PERTAHANKAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT





Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dalam ceramah di sebuah masjid di Taiping, Perak baru-baru ini sekali lagi menegaskan beliau akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayatnya.
Berikut adalah kenyataan beliau seperti dipetik daripada blog http://pi5au.blogspot.com dalam entri bertarikh 16 Februari lalu:
''...tetapi apa kesan kepada masyarakat? Orang Islam masih ada yang menyokong. Dia dengar saya agak bertegas sikit, mereka hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) maki saya... sempit fikiran, tak faham situasi, tak reti bahasa. Tak apa... tidak mengapa.
''Tetapi macam mana boleh kita terima? Apa tujuannya orang Kristian nak terjemah Bible mereka daripada 'god' kepada Allah? Apa tujuan mereka?
''Dulu tahun 2008, bila timbul isu ini, saya panggil wartawan semua datang ke rumah. Saya dah bawa Bible ketika itu. Saya tunjuk al-Quran pada ketika itu. Saya tidak akan setuju kerana Allah yang saya sembah, tuan-tuan sembah, orang Islam sembah... Allah yang selama-lamanya 'qulhu Allahu ahad'.
''Kalau kita benarkan, kita rela dan kita reda Allah diletak kepada 'god', maknanya kita merelakan Allah itu disyirikkan oleh manusia.
''Atas itu, saya mengambil kesempatan malam ini nak menyeru lagi sekali, saya sebut ini di mana pun, saya akan pertahankan kalimah ini sampai akhir hayat saya. Saya tidak akan reda dengan Allah yang dikufurkan."