Showing posts with label amerika. Show all posts
Showing posts with label amerika. Show all posts

Monday, April 10, 2017

DONALD TRUMP BUAT PASAL LAGI !




Sejak Donald Trump mengambil alih tampuk Presiden Amerika Syarikat bermacam-macam hal yang tidak masuk akal telah dibuatnya antaranya termasuklah larangan orang Islam daripada memasuki Amerika. tindakannya menyusahkan pentadbiran Amerika sehinggakan memerlukan campurtangan badan kehakiman dan anggota Senat. 

Baru-baru ini Donald mengunakan kekuatan tenteranya untuk menyerang Syria dengan 60 biji Tomohawk dengan alasan tindakan menyerang kubu tentera Syria  susulan serangan senjata kimia di bandar Idlib pada pagi Selasa lalu. Dalam serangan tersebut sekurang-kurangnya 86 penduduk tempatan dilaporkan terkorban termasuk kanak-kanak dalam insiden berkenaan.

Dan terkini Donald telah mengerahkan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) agar ‘menggerakkan’ kedudukan kapal pe­ngangkut pesawat, USS Carl Vinson ke Semenanjung Korea bertujuan mendesak Korea Utara menghentikan program senjata nuklear.

Sudah tentulah langkah ini akan menimbulkan ketegangan di rantau tersebut . Apatah lagi apabila  Pyongyang baru-baru ini mengutuk tindakan AS melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria. 

Pusat Pemerintah Pasifik AS mengarahkan kapal tersebut ke rantau itu sebagai langkah berjaga-jaga. Ancaman utama di rantau itu adalah Korea Utara atas kecu­aian, tidak bertanggungjawab dan ketidakstabilan program misil serta terlalu mengejar kemampuan senjata nuklear. 

Kegilaan Donald ini bakal menjadi ancaman kepada dunia jika ianya tidak dikawal dengan minda yang waras. 

Malaysia Menjerit


Thursday, July 14, 2016

IS ANTI ISLAM : UMAT JANGAN KELIRU



ISLAMIC STATE: UMAT ISLAM USAH KELIRU

Islamic State (IS) adalah sebuah pertubuhan pengganas yang telah disytiharkan oleh kerajaan sebagai organisasi haram. Sebagai sebuah organisasi haram maka segala aktiviti, keanggotaannya dan perkara yang berkaitan dengannya adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Kebanyakan rakyat masih keliru dengan matlamat perjuangan IS, justeru itu tidak hairanlah masih ada yang masih bersimpati kepada perjuangan mereka. Sejak 2013 hingga kini terdapat 206 orang telah ditangkap termasuk 15 orang yang terlibat dalam serangan di pusat hiburan Movida, Puchong baru-baru ini.

Jumlah tangkapan sebelum ini pada 2013 hanyalah empat orang sebelum meningkat kepada 59 orang pada tahun 2014 dan bertambah kepada 82 orang pada 2015. Sehingga 4 Julai lalu seramai 61 orang termasuklah yang melakukan serangan di Puchong. Ia menggambarkan betapa rakyat Malaysia tidak peka dan memahami IS itu sendiri dan mudah terpengaruh dakyah sebaran mereka.

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang bersidang pada 2104 menfatwakan perjuangan IS (Islamic State) yang terdiri dari ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) atau ISIL (Islamic State of Iraq and the Levant) adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

ISIS atau ISIL bermula dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza, iaitu Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan 'pemerintahan Islam' mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal.

Keduanya, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Jamaah al-Tawhid wa al-Jihadi di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq dan kumpulan ketiga adalah al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghanistan selepas peristiwa 11 September.

Para ulama ahli Sunnah wal Jamaah telah berulang kali memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan pengganas IS kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang selalu mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Pengganas IS ini merupakan dari kelompok Salafi Takfiri iaitu golongan yang cenderung mengkafirkan orang lain yang tidak menganut ideologi mereka. Bahkan mereka sanggup membunuh umat Islam yang tidak sehaluan dengan ideologi salafi yang mereka anuti.

Mereka menghalau penduduk Kristian dan Yazidi dengan cara yang cukup zalim, membunuh rakyat yang tidak berdosa. Jumhur Ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan mereka sebagai Khawarij di zaman morden (neo-khawarij) dan mengingatkan umat Islam agar jangan terpedaya dengan kesesatan dan penyelewengan mereka.

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia beranggapan bahawa kecenderungan umat Islam untuk berjihad bersama pengganas IS di bumi Syria ini adalah berpunca dari kekeliruan dalam memahami konsep jihad atau mati syahid yang sebenar menurut ajaran Islam. Ajaran atau ideologi keganasan yang mereka bawa amat bercanggah dengan Islam dan boleh menjurus kepada kekufuran dan kesesatan kerana mereka menghalalkan darah umat Islam.

Sehubungan dengan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang memyokong, menyertai atau telah berjuang bersama IS di Syria adalah perjuangan sia-sia kerana perjuangan mereka tidak termasuk dalam kategori jihad dalam Islam dan kematian mereka tidak dianggap sebagai syahid.
Oleh itu umat Islam dinasihatkan agar jangan terjebak, mudah terpengaruh atau bersimpati dengan perjuangan pengganas IS. Jangan sesekali terpedaya dengan propaganda IS yang mengunakan Islam untuk mengaburi mata umat Islam.

Sumber : Friends of Kedaulatan

Thursday, June 30, 2016

TIDAK TERLIBAT PEMBELIAN HARTANAH DI BUKIT BINTANG



Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah tidak terlibat dalam urusan jual beli dua hartanah di Bukit Bintang yang bernilai RM103.5 juta.


Ahli perniagaan dalam bidang makanan dan minuman, Datuk Seri Kok Kuan Hwa, 47, berkata, urusan jual beli hartanah tersebut hanya melibatkan dirinya dan seorang ejen hartanah yang dikenali sebagai Datuk Khoo Ah See.


“Hartanah tersebut adalah melibatkan sebuah hotel yang dibeli pada tahun 2013 dan bangunan kedai yang kini dijadikan hotel sembilan tingkat pada tahun 2010.


“Kedua-dua bangunan berkenaan telah diubahsuai dan dikenali sebagai Hotel Izumi dan Hotel Fortuna yang terletak di Bukit Bintang,” kata kenalan Chin Wah yang juga saksi pendakwaan keenam itu dalam perbicaraan hari keempat kes tersebut.


Mengikut pertuduhan, Chin Wah yang kini bertugas sebagai Urus Setia JSJ Bukit Aman didakwa telah gagal mengisytiharkan segala punca perolehan di dalam penyataan bertulis dengan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.


Dengan itu, dia didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2013.


Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6 Putrajaya antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.
Pertuduhan terhadap pegawai polis itu dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.


Dalam sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed itu juga, Kuan Hwa turut memberitahu, dia berjanji akan memberi komisen sebanyak satu peratus daripada harga belian hartanah itu kepada Ah See sekiranya urusan jual beli itu berjaya.


“Bagi Hotel Izumi, harga jualannya adalah RM5.5 juta jadi komisen yang diterima oleh Ah See adalah RM55,000 manakala bagi Hotel Fortuna pula, harga jualan adalah RM98 juta dan komisen adalah sebanyak RM980,000.


“Bayaran kedua-dua komisen berkenaan dibuat melalui tunai dan cek serta ia sudah langsai sepenuhnya,” katanya.


Ketika ditanya sama ada dia membuat perjanjian komisen yang sama dengan Chin Wah, ahli perniagaan yang mempunyai 200 buah restoran di Singapura itu menjawab tidak.
Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Datuk Geethan Ram Vincent berhubung komisen berkenaan, Kuan Hwa berkata, ia tiada kaitan dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang mahupun rasuah.


“Komisen tersebut diberikan atas urusan jual beli dua hartanah tersebut,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sohaini Alias bersambung 3 Ogos ini. -

sumber UTUSAN ONLINE

Tuesday, March 26, 2013

Anak Lelaki Bekas Ketua Kg Tanduo Pengkhianat Negara


LAHAD DATU: Difahamkan anak lelaki kepada bekas Ketua Kampung Tanduo dipercayai merupakan orang tempatan yang menjadi penyelaras kepada kumpulan pengganas bersenjata Sulu.
Jeneral-Perang-dan-Menteri-Pertahanan-Jamalul-Kiram
Dia merupakan seorang daripada empat orang yang ditahan, merupakan individu yang memainkan peranan penting dengan kumpulan pengganas yang ditahan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Seorang lagi ialah komander tentera kumpulan pengganas Sulu, ditangkap ketika bersembunyi di kawasan paya di Semporna ketika pihak polis sedang melumpuhkan kumpulan pengganas Sulu yang beroperasi di sana dan Lahad Datu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua individu penting itu ditahan bersama-sama isteri masing-masing.
Sementara itu, Khalid mengesahkan lelaki tempatan yang ditahan berusia awal 40-an itu, itangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.
Beliau berkata lelaki berkenaan memiliki kad pengenalan Malaysia, katanya kepada pemberita.
Komander tentera yang ditahan itu kini ditahan di bawah Akta Imigresen bagi mengesahkan identiti serta dokumen pengenalan dirinya.
“‘Local coordinator’ itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.
“Dengan penahanan ‘military commander’ atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 pada Sabtu.
Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.
Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka,” katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.
Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.

Wednesday, March 20, 2013

AGENDA KOTOR UMNO TERBONGKAR ...???


WAJIB BACA-Gempar!!!-Terbongkar Agenda Sulit DAP Di Kota London-PRU 13

Oleh rmf

Saya membaca di sebuah blog tentang hal ini.. dan saya repostkan semula untuk kita kongsi dan kita baca mengenai kebenaran  jika ada yang terdapat didalam post yang bakal saya paparkan nanti. Amat malang sekali jika ianya  benar benar  berlaku; Tetapi jika diperlihatkan daripada senario politik masa kini , maka akan dapat kebenarannya.
Gempar!! Terbongkar -PAS dan PKR adalah bakal merealisasikan  Cita Cita DAP!!
TULISAN ini diterbitkan oleh sebuah majalah di London dan telah dialihbahasakan oleh seorang penuntut Melayu dan ianya ditulis oleh seorang doktor berbangsa Cina cukup menarik untuk kita semua bertanggungjawab merenungkannya tentang nasib bangsa kita menjeleng pilihanraya akan datang. Terdapat persamaan dengan kajian sisatan CIA pada tahun 2004
Tidak mustahil dalam jangka masa dua penggal pilihanraya akan datang, segala hasrat dan cita-cita tersebut seperti yang dinukilkan dalam rencana ini akan dapat dibuktikan memandangkan jumlah pengundi di Malaysia sekarang ini seramai 7 juta itu, separuh darinya terdiri dari bangsa Cina.
Andainya kita anak pribumi Malaysia Jati, wajiblah menginsafi dan bertindak cepat sebelum nasi menjadi bubur. Sedar, insaf dan bangkit bersatu demi mempertahankan Melayu serta peribumi daripada berdepan dengan kehancuran agama, bangsa dan tanah air.
Jangan biarkan generasi merempat di tanah sendiri, Jangan biarkan ayam mati kelaparan di kepuk sendiri dan itik kehausan di kolam sendiri. Jangan satu ketika nanti kubur kita menjadi tandas awam untuk dikencing oleh anak cucu kita.
Jika orang melayu PAS PKR masih lagi tidak sedar dan tidak peka dengan situasi yang  telah disiarkan  didalam blog ini. Hanya pada Allah sahaja yang bakal membantu UMNO untuk mempertahankan Malaysia ini. Jangan kerana odeologi dan kata kata manis DAP Anwar Ibrahim yang berproksikan Yahudi  PAS dan mana mana penyokong PKR terperangkap sama.
Mari kita renungkan bersama tulisan ini..`BERSATULAH KAUM CINA’ dan sebarkanlah..!
KITA semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita, samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu.
Tetapi kita sedar di bidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut. Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik.

Kerja LKS makin mudah…
Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan.
Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. Dari kesannya jiwa rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja.
Lagi mudah bila Melayu rakus..
Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menumui kegagalan.
Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinang untuk memecah belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian.
Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Baharu dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, Kota Baharu dan Kuala Terengganu.
Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia.

Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas.
Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya.
Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku. Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan.
BN perlu dipecahkan..!
Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarannya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita.
Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka.
Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu,
kita berjaya memecah belahkan Dato’ Sri Dr.Mahathir Mohammad dengan Dato’ Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak. Kita juga boleh mendedahkan kegiatan-kegiatan malam pemimpin-pemimpin UMNO dengan kata-kata sindiran dan kenyataan yang mengandungi makna tersirat.

Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka dalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar.
Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina.
Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya. Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dn semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sektor kerajaan. Kita akan kekalkan mereka yang rasuah kerana mereka akan tetap mengikut telunjuk kita.
Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ.
Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita
Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis.
Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia. Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata.

Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.
Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernag ingat harga buah kurma diturunkan menjelang Hari Raya.

Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang Melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya.
Di sebaliknya, apabila mereka tidak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain.
Segala bentuk pembangunan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing.
Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.
Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan, Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran.
Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi. Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka.
Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan. Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh.
Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini.
Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam peristiwa 13 Mei yang lalu.

Saya mempunyai hubungan dengan pihak atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka, dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka. Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan.
Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengenepikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.

Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.
Fikir-fikirkanlah…! Kalau kita ada kesedaran,sebarkanlah..!

Lihatlah apa yang dah berlaku dalam masjid pun boleh buat maksiat dengan dedahkan aurat langsung tak ada rasa hormat…siapa yang menghalalkan? bukankah dari kalangan golongan orang islam itu sendiri? yang terdiri dari golongan PAS

Luar masjid pun boleh aerobik galakkan budaya barat dengan pakaian yang menjolok mata dan percampuran lelaki dan perempuan.

Renung-renungkan kata-kata “Imam Mahdi PAS”

Ingatlah firman Allah….
Adalah orang-orang kafir itu penolong (setan untuk berbuat durhaka) terhadap Tuhannya. Quran [25.55]
Hai Nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Quran [33.1]
Atikel ini bukan bertujuan menghasut orang Islam membenci orang kafir cina, Walaubagaimanapun yang berlaku semuannya atas KEIZINAN ALLAH, tampa keizinanNYA semua ini tidak akan berlaku. Maka, janganlah sesekali menyalahkan orang kafir, salahkan diri sendiri diri dahulu. Sememangnya orang-orang kafir itu punyai tipudaya. Ini kerana mereka sudah diperdayakan oleh Syaitan.
Tapi kita sebagai orang Islam, mengapa tidak bersatu dalam satu ukhuwah Islamiah? Mengapa masih lagi hidup berparti-parti? Mengapa tidak mengikut sahaja perintah Allah agar taat pada pemimpin Islam?
Bukan tak boleh tegur pemimpin, tapi ada caranya, nabi Musa diperintahkan oleh Allah berbicara dengan Firaun secara lemah lembut. Cubalah kita bayangkan, Firaun yang zalim itu Allah suruh Musa berdakwah dengan cara lemah lembut,
Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut”. Quran [20.43-44]
Kita pula macam mana? Berdakwah atau mengutuk? Tengok isteri pemimpin kita tak pakai tudung, kita tegur ikut nabi atau mengutuk? Kalau tak mampu nak buat cara nabi Musa, lebih baik diam dari mengutuk. Kalau mengutuk lagilah bertambah2 pahala orang yang dikutuk, dan kamu juga dapat dosa.
Ingatlah firmah Allah
Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok /dikutuk/dicerca) lebih baik dari mereka (yang diolok-olok /dikutuk/dicerca) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diolok-olok /dikutuk/dicerca) lebih baik dari wanita (yang diolok-olok /dikutuk/dicerca) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. – Quran [49.11]
Kelak di akhirat nanti, semua pahala amal kebajikan yang kamu dah lakukan akan diserahkan pada orang yang kamu kutuk sepanjang hari, lagi dasyat mereka yang mengutuk dengan menulis dan siarkan dalam akhbar, blog, facebook, tiap kali ada orang baca, lepas tu letak bagi pula gelaran-gelaran yang buruk, dapatlah saham NERAKA..

Bagaimana caranya menegur pemimpin? Belajarlah cara nabi kita muhamad saw. Atikel-atikel kami yang sebelum ini sudah ada bacalah….
Jangan sesekali berasa benci pada orang kafir terutama pada orang Cina dan India, atas kelemahan kita sendiri…orang kafir bertuhankan nafsu dan harta, maka sekirannya kita tidak kembali bersatu mengikut ajaran Al Quran dan Sunnah, kita sendiri akan terima bala’ dari Allah..berdakwahlah kepada mereka dengan cara lemah lembut dan berhikmah. Bukan dengan terus membenci, bergaduh, tapi tingkatkan dakwah….bukan berpolitik ….mengajak orang membenci sesama Islam, tunjukkan akhlak yang mulia….