Showing posts with label aduan rakyat. Show all posts
Showing posts with label aduan rakyat. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

TIDAK TERLIBAT PEMBELIAN HARTANAH DI BUKIT BINTANG



Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah tidak terlibat dalam urusan jual beli dua hartanah di Bukit Bintang yang bernilai RM103.5 juta.


Ahli perniagaan dalam bidang makanan dan minuman, Datuk Seri Kok Kuan Hwa, 47, berkata, urusan jual beli hartanah tersebut hanya melibatkan dirinya dan seorang ejen hartanah yang dikenali sebagai Datuk Khoo Ah See.


“Hartanah tersebut adalah melibatkan sebuah hotel yang dibeli pada tahun 2013 dan bangunan kedai yang kini dijadikan hotel sembilan tingkat pada tahun 2010.


“Kedua-dua bangunan berkenaan telah diubahsuai dan dikenali sebagai Hotel Izumi dan Hotel Fortuna yang terletak di Bukit Bintang,” kata kenalan Chin Wah yang juga saksi pendakwaan keenam itu dalam perbicaraan hari keempat kes tersebut.


Mengikut pertuduhan, Chin Wah yang kini bertugas sebagai Urus Setia JSJ Bukit Aman didakwa telah gagal mengisytiharkan segala punca perolehan di dalam penyataan bertulis dengan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.


Dengan itu, dia didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2013.


Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6 Putrajaya antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.
Pertuduhan terhadap pegawai polis itu dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.


Dalam sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed itu juga, Kuan Hwa turut memberitahu, dia berjanji akan memberi komisen sebanyak satu peratus daripada harga belian hartanah itu kepada Ah See sekiranya urusan jual beli itu berjaya.


“Bagi Hotel Izumi, harga jualannya adalah RM5.5 juta jadi komisen yang diterima oleh Ah See adalah RM55,000 manakala bagi Hotel Fortuna pula, harga jualan adalah RM98 juta dan komisen adalah sebanyak RM980,000.


“Bayaran kedua-dua komisen berkenaan dibuat melalui tunai dan cek serta ia sudah langsai sepenuhnya,” katanya.


Ketika ditanya sama ada dia membuat perjanjian komisen yang sama dengan Chin Wah, ahli perniagaan yang mempunyai 200 buah restoran di Singapura itu menjawab tidak.
Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Datuk Geethan Ram Vincent berhubung komisen berkenaan, Kuan Hwa berkata, ia tiada kaitan dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang mahupun rasuah.


“Komisen tersebut diberikan atas urusan jual beli dua hartanah tersebut,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sohaini Alias bersambung 3 Ogos ini. -

sumber UTUSAN ONLINE

Friday, December 18, 2015

LIOW PANTAS BERTINDAK ATAS ADUAN RAKYAT



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak menunggu masa yang lama untuk mengambil tindakan segera  membuat lawatan mengejut ke Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Wangsa Maju  setelah mendapat maklumat dan aduan melalui akaun twitternya bahawa masa menunggu di situ terlalu lama sehinggakan melebihi satu jam. 

Beliau Melihat sendiri bagaimana suasana yang agak sesak didalam JPJ Cawangan tersebut yang mana menyaksikan pelanggan terpaksa  beratur panjang menunggu giliran. 

Sambil mengambil masa bermesra dengan pelanggan,  Liow meminta pegawai-pegawai disini membuka kuanter tambahan bagi meredakan keadaan yang sesak tersebut. 

Menurut pegawai-pegawai yang ditugaskan menjaga kuanter, Cawangan mereka tidak dapat menampung jumlah pelanggan yang dari sehari ke sehari semakin meningkat sehingga mencecah 800 orang sehari.

Beliau berkata Kementerian akan berusaha menyelesaikan masalah ini dengan segera. 

Kementerian juga akan melanjutkan tempoh perkhidmatan kiosk  agar orang ramai mendapat perkhidmatan berterusan.

Kementerian dalam masa yang sama juga akan meluaskan kawasan parkir di cawangan tersebut agar tidak berlaku kesesakan dikawasan tersebut.

 Antara tindakan yang bakal diambil oleh Kementerian ialah  Mengunakan kaedah online dimana pelanggan dapat berurusan terus tanpa melalui kuanter. Ianya lebih mudah dan amat menjimatkan masa dan tenaga. 

Bagi penduduk kampung dan diluar Bandar, kuanter mudah alih akan diwujudkan. Jadi mereka tidak perlu lagi berebut-rebut datang ke cawangan JPJ untuk menjalankan urusan mereka.

Menurut Liow lagi, pengurusan masa menunggu merupakan sebahgian daripada Program Tranformasi kerajaan. Oleh itu masalah ini akan diberi lebih Perhatian dimasa akan datang.

Secara dasarnya, perkhidmatan JPJ di setiap cawangan sudah semakin bertambah baik, namun masih lagi terdapat ruang untuk kita beri nilai tambahbaik. 

Tindakan segera Datuk Seri Liow Tiong Lai mendengar rintihan rakyat menunjukkan betapa beliau memberi sepenuhnya komitmen dalam usahanya membantu rakyat. 

Sebagai rakyat, Pemuda Selempang Merah merasakan cukup bertuah mempunyai pemimpin yang prihatin dan bertindak pantas menyelesaikan masalah rakyat. 


PEMUDA SELEMPANG MERAH (Bani Jawi)