Showing posts with label dr mahathir. Show all posts
Showing posts with label dr mahathir. Show all posts

Monday, March 26, 2018

MAHATHIR TERPAKSA AKUI - MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB LEBIH BAIK



Apa yang sebenarnya tidak kena dengan seorang yang bernama Mahathir ini ? Apa masalah beliau dengan pilihannya. Kenapa semua mereka yang menjadi pilihannya dianggap tidak betul dan tidak pandai mengurus negara sepertinya ?

Inilah yang cuba di kupas oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Bagi beliau Tun Mahathir ini merupakan seorang pemimpin yang " OVERWHELMING SUPERIORITY COMPLEX". Iaitu satu sifat yang besar diri dan keyakinan diri yang melampau. 

Oleh itu padanya sesiapa pun orangnya, pada pandangannya mereka tidak setandingnya. Jangan harap dia akan dengar cakap orang. Lihat sendirilah Pakatan Harapan, macam mana mereka dahulu yang membencinya tahap "Gaban" hari ini boleh tunduk pada arahan dan "pemerintahannya". 

Tengok sajalah caranya, suka suki hatinya membuat kenyataan yang mana akhir pemimpin Pakatan Harapan kelam kabut nak menyelesaikannya. Sekejap dia cakap BR1M tu rasuah, esok pula dia boleh cakap BR1M akan dilaksanakan jika Pakatan memerintah dan sebagainya. Itu Tun Mahathir hari ini yang kita kenali. "one man show".

DAP menggunakan Tun M sepenuhnya untuk memecah belahkan perpaduan Melayu. Sebab itulah kita tak nampak sekarang ini Lim kit Siang ke depan dalam menjawab isu, jarang sangat. Kebanyakkannya di serahkan kepada Tun Mahathir atau pemimpin-pemimpin Melayu yang lain. Jelas sekali Melayu diperkudakan oleh DAP.

Sepatutnya sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang pernah disanjungi rakyat Malaysia Tun M sewajar bersikap lebih rasional dan terbuka. Rakyat mengkaguminya sepanjang 22 tahun pemerintahanya. 

Ini adalah masanya untuk dia memberi sepenuhnya sokongan kepada insan yang dia sendiri pilih sebagai Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana sepanjang sembilan tahun Malaysia terus mencipta legasi ynag lebih baik dibawah pentadbirannya. 

Malah tidak keterlaluan jika di katakan pencapaian 9 tahun pentadbiran DS Najib itu ternyata sudah mengatasi pencapaian Tun Dr Mahathir Mohamad (TM) selama 23 tahun.

Menurut Tan Sri Annuar Musa lagi, beberapa kejayaan telah dicapai pada era Datuk Seri Najib Tun Razak antaranya :
▪Pendapatan per kapita tahun lalu RM37,700.
▪Pendapatan Negara Kasar tahun lalu RM1.32 trilion.
▪Peluang Pekerjaan Diwujudkan antara tahun 2011 hingga tahun lalu RM2.68 juta.

Ini semua adalah Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.  Semua ini akhirnya menjurus kepada kepentingan dan keuntungan pelbagai lapisan rakyat. 

Pendek kata, rakyat di seluruh ceruk rantai merasai nikmat pembangunan negara. Siapa yang boleh menafikan perkara ini ? 

Kita sedar dan kita tahu, sebagai seorang pemimpin Tun Dr. Mahathir tidak dapat tidak terpaksa mengakui bahawa anak didiknya ini ( DS Najib Razak) telah lebih berjaya daripadanya. Lebih daripada apa yang dia jangkakan. 

Namun seperti yang kita tahu oleh kerana beberapa tindakkan Datuk Seri Najib yang tidak kena pada matanya dan tidak menurut apa kemahuannya maka Datuk Seri Najib diserang dan kepimpinannya di tohmah dengan pelbagai cerita fitnah yang diulang-ulang oleh pembangkang. 

Hari ini kita lihat sendiri bahawa Tun Mahathir sendiri mengetuai pembangkang yang dahulunya dia tuduh sebagai pemecah belah keharmonian negara. 

Syukurlah kita mempunyai pemimpin yang sabar seperti Datuk Seri Najib yang sedia melayan karenah Pemuda 93 tahun ini. Yang lebih penting perpaduan nasional masih utuh, hubungan Perdana Menteri dengan istana berada dalam keadaan cukup baik. 

Begitu juga rating ekonomi kita berada dalam keadaan yang lebih bagus, walau pun di serang dan dituduh negara yang bakal bangkrap. Hubungan diplomatik kita dengan negara luar berada dalam keadaan baik. Kita tidak bergaduh dengan mana-mana negara kerana kita sedar lebih ramai kawan akan membawa lebih kebaikan kepada negara dan rakyat.

Rezab negara juga berada dalam cukup meyakinkan. Lima kali lebih tinggi dari pemimpin sebelumnya. Jadi amat mustahilah negara kita akan bangkrap. 

Semua ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa tuduhan Tun Mahathir kononnya negara bakal bangkrap adalah tidak benar sama sekali. Di era Datuk Seri Najib, beliau tidak memperjudikan wnag negara dalam FOREX. Kita tak pernah kehilangan wang seperti mana pada tahun 1988 hingga 1994 akibat perdagangan forex yang mengakibatkan negara menanggung kerugian berjumlah RM35.009 bilion.

Kita tahu dalam hati kecil Tun Mahathir beliau terpaksa akui akan kehebatan anak didiknya ini, Datuk Seri Najib tun Razak berjaya mentadbir negara dengan lebih baik daripadanya. 

Friday, August 28, 2015

APA JASA UMNO ?



Ada yang bertanya, sejak merdeka hingga kini apa jasa UMNO ? Apa UMNO buat bantu orang Melayu ? Apa jasa UMNO kepada agama Islam ?

Negara dan Umat Islam Melayu baru merdeka 57 tahun, tahun ini  masuk tahun ke 58. Selama dijajah lebih 446 tahun  berapa biji masjid mereka bina ?  Selama dijajah 446 tahun berapa ramai anak Melayu dapat belajar ke peringkat tertinggi. Tak payah tertinggilah...berapa ramai yang bersekolah biasa ? berapa ramai dapat biasiswa ? berapa ramai dapat menjamah nasi ? Berapa ramai dapat mengenal huruf ? Berapa ramai pula yang kenal Islam ?

Hari ini ada lebih kurang 6,312 buah masjid 17614 buah surau yang berdaftar dengan JAKIM.  Atas usaha siapa ? Penjajah ? pembangkang ? sudah tentulah atas usaha kerajaan semasa  yang dikuasai oleh parti pemerintah iaitu UMNO. 

Apa yang masjid dan surau ini buat ? Kuliah agama, ceramah, program kemasyarakatan, tempat rujukan agama, solat jemaah dan tak kurang juga tempat penceramah-penceramah pembangkang mencari sesuap nasi dengan membantai kerajaan. Bukan kita tak tahu. 

Itu baru sedikit.....

Hari ini kita dan anak-anak kita kenal Islam, kenal huruf, kenal Al-Quran, kenal Nabi, para sahabat Nabi dan pejuang-pejuang Islam dari mana ? bukan ke dari ilmuan-ilmuan Islam ? mana datang ilmuan-ilmuan Islam ini ? Adakah dari hasil usaha pendidikan penjajah ? 

Friday, December 26, 2014

MALAYAN UNION 4 - British menekan Raja-raja Melayu


Willan menulis mengenai semua temu ramahnya dan membuat cadangan bagaimana British perlu bertindak ke atas raja-raja yang degil.
Beliau mencadangkan sultan mana yang perlu dahulukan dalam mendapat tandatangan. Pertama dalam senarai ialah Sultan Johor, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Keempat-empat sultan ini menandatanganinya, Willan yakin Sultan Perak tidak akan menolak.
Selepas memperoleh tandatangan Sultan Johor dan Raja Negeri-negeri Melayu Bersekutu, barulah MacMichael ke Kedah dan negeri-negeri lain di utara Semenanjung. Kedah dijangka memberi sedikit tentangan kerana baginda terikat untuk berunding dengan majlis negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri, Haji Sheriff Awang Osman yang rapat dengan baginda dan dianggap boleh menjadi batu penghalang, mesti dipujuk terlebih dahulu.
British percaya inilah sebaik-baik cara untuk mendapat persetujuan baginda. Tidak ada masalah dijangka berlaku di Perlis, Terengganu dan Kelantan kerana semua sultan menaiki tahta pada zaman pemerintahan Jepun dan terpaksa bergantung kepada pengiktirafan British untuk megekalkan kedudukan mereka.
Berikutan laporan Willan, MacMachael dihantar ke Tanah Melayu pada bulan berikutnya. Menjelang waktu itu, rakyat Tanah Melayu mendengar rancangan Malayan Union dan mereka marah walaupun tidak tahu kandungan cadangan itu.
Disebabkan kekurangan maklumat yang sahih, mereka mengagak British mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan dan memberikan kerakyatan kepada semua penduduk.
Orang Melayu sedar kedudukan mereka yang miskin, kurang pendidikan dan tidak banyak terbabit dalam kegiatan ekonomi negara yang meguntungkan. Mereka bimbang akan menjadi strata terkebawah dan serba kekurangan dalam mayarakat Tanah Melayu.
Apabila laporan dan berita keazaman British melaksanakan Malayan Union semakin merebak, keyakinan rakyat terhadap raja-raja mereka mula terhakis. Mereka tidak mahu dipisahkan datipada politik.
Walaupun sikap mereka boleh dianggap derhaka, mereka berpendapat raja-raja mereka tidak berdaya menangkis tekanan British.
Idea awal perpaduan Melayu mula tersebar ke semua negeri di Tanah Melayu, tetapi mereka tidak yakin dapat menghalang rancangan British.
Seruan agar Melayu berfikir sebagai rakyat Tanah Melayu dan bukan rakyat jelata raja pelbagai negeri menjadi semakin lantang dan keras.
Akhbar tempatan mula mempopularkan idea perpduan Melayu dan mengesyorkan penubuhan sebuah badan tunggal bagi newakili semua orang Melayu.
Mereka juga cemburu dengan Indonesia kerana mempunyai seorang pemimpin karismatik, iaitu Sukarno sehingga ada yang memikir akan gabungan kedua-dua negara. Namun mejoriti orang Melayu percaya jika mereka berjaya menubuhkan sebuah badan tunggal untuk orang Melayu, seorang pemimpin akan muncul.
Bersambung......

Sunday, August 31, 2014

GAZA AKAN DI SERANG LAGI

 Pihak Barat membuat helah kononnya Palestin tidak perlu dijamin keselamatan mereka kerana Palestin adalah pengganas. Nyawa rakyat awam tiada hak untuk diselamatkan, bayi, orang tua dan orang sakit semuanya pengganas dan perlu dibunuh. Selagi semua rakyat Palestin tidak dihapuskan selagi itu Israel tidak mahu berasa selamat.
Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, jika skala keganasan dapat diukur, ternyata Palestin lebih risau dengan keganasan Israel berbanding Israel risau dengan serangan Palestin. Pihak Israel membuat kenyataan umum bahawa mereka tidak takut dengan Palestin dan perang ini.
“Tetapi Netanyahu mengumumkan ia akan terus menyerang Gaza untuk keselamatan Israel. Amerikamenyokong pembunuhan besar-besaran ini supaya Israel selamat. Bagaimana pula dengan keselamatan Palestin. Bukankah mereka juga patut diselamatkan?
“Jadi, siapa yang rasa tidak selamat? Siapa yang perlukan jaminan keselamatan? Sudah tentulah rakyat Palestin. Tetapi demokrasi hebat acuan Barat telah menghalalkan pembunuhan besar-besaran oleh Israel itu. Maka, pembunuhan akan berterusan,” katanya dalam posting blognya yang terbaru di www.chedet.cc
Jelas Mahathir lagi, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menentang kerana sepanjang 7 tahun, mereka telah diserang bertalu-talu. Kedaulatan mereka diancam, malah mereka juga dinafikan hak mendapat bekalan ubatan, makanan, dan bahan binaan bangunan bahkan mereka tidak dapat membina semula rumah yang dimusnahkan oleh Israel, dan tiada tempat berlindung semasa musim sejuk.
Dalam pada masa yang sama, Mahathir turut memperjelaskan mengapa Palestin berhasrat untuk menolak gencatan senjata.
“Mengapa Palestin menolak gencatan senjata? Mudah. Kerana sebaik gencatan senjata tamat, Israel akan terus menyerang Gaza. Tiada apa faedah yang akan tercapai melalui gencatan senjata yang dapat membalas pengorbanan rakyat Palestin,” katanya.
Jelasnya lagi, pengeboman Israel sepatutnya dihalakan kepada pelancar roket dan terowong rahsiatetapi yang diserang oleh Israel adalah sekolah dan hospital.
“Tiada bukti kukuh yang dapat menyokong alasan Yahudi itu. Keseluruhan bandar musnah. Bolehkah kita percaya propaganda Yahudi kononnya keseluruhan bandar yang musnah itu penuh dengan roket Gaza? Apa yang pasti, bandar yang musnah itu padat dengan nyawa orang awam, dan sekarang mereka tertimbus di bawah runtuhan bangunan itu.
“Ternyata, bom dan roket Israel telah tersalah sasaran, dan membunuh bayi, orang tua, dan orang sakit,” ujarnya.
Dalam masa lain, Israel turut menyerang sekolah dan pusat perlindungan yang dibina oleh PBB di mana kanak-kanak sedang belajar dan tidur. Adakah Israel mahu tuduh PBB sengaja meletakkan sekolah mereka berhampiran dengan tempat simpanan roket Gaza?
“Kita tahu PBB tidak boleh diharap, dan lemah, tapi kita tahu PBB tidaklah sebodoh itu,” ujarnya tegas.
Selain itu, Mahathir turut memperjelaskan selepas penemuan tiga mayat Israel, Netanyahu berjanji untuk menghukum Palestin. “Dia tidak berjanji untuk mencari pembunuh itu, tetapi hanya berjanji untuk membunuh Palestin, termasuklah kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang sakit dan sekarang kita semua dapat lihat dia lakukannya. Lebih 2,000 orang Palestin untuk nyawa 3 orang Israel tidak mencukupi. Israel mahu membunuh lebih dari itu, kemungkinan besar genosid (penghapusan etnik).”
“Israel lupa bahawa rakyat Eropah telah melakukan penghapusan etnik Yahudi pada masa lampau.. dan Yahudi lari bersembunyi di negara-negara Islam. Mereka tinggal bersama orang Arab, Islam dan Kristian dengan aman dan harmoni. Yahudi Jerman yang lari semasa perang dunia ke-2 ke Perancis telah diselamatkan oleh orang Muslim di Perancis, dan diberikan nama-nama Islam supaya identiti mereka dilindungi.”
“Sejarah turut membuktikan semasa penaklukan tentera Kristian di negeri Islam terakhir di Sepanyol (Granada), dan mereka diberi pilihan samada memeluk Kristian, keluar dari Sepanyol atau dibunuh, orang Islam dan Yahudi bersama-sama memilih untuk keluar daripada Sepanyol dan tinggal bersama di Moroko, Algeria dan Mesir tanpa sebarang masalah.”
“Tiada Yahudi yang dibiarkan tinggal di penempatan haram di negara-negara Islam, mereka diberi layanan yang baik,” ujarnya.
Kini, demi “keselamatan Israel”, mereka lancarkan perang berskala besar ke atas semua negara Arab yang berikan bantuan kepada Palestin. Ironinya. untuk balas dendam pembunuhan 6 juta Yahudi oleh Nazi Jerman, dan kini mereka balas dendam terhadap masyarakat Arab.
“Orang Palestin telah lancarkan roket dan gali terowong untuk menyerang Israel. Tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan senjata canggih Israel, kereta kebal, misil balistik, dan UAV (kapal tanpa juruterbang) Israel dan bantuan Amerika.”
“Israel diberikan berbilion dollar serta senjata oleh Amerika. Untuk apa? Untuk berperang dengan Palestin. Maka, sudah tentulah Gaza mempunyai hak untuk menjaga keselamatan mereka. Tiadakah hak untuk mereka mempersiapkan diri untuk mempertahankan diri sendiri dan negara mereka?” soal Mahathir.
Katanya, Obama dan Cameron, ketua negara yang menghasilkan raksasa Yahudi, telah memberikan lampu hijau untuk penghapusan etnik Palestin dan Arab.
“Tidak menghairankan kerana pada masa lampau, negara ini menyelesaikan masalah mereka melalui pembunuhan, dan merampas tanah orang lain dan kini mengaku kononnya itu tanah mereka,” ujarnya.

Sunday, April 13, 2014

BIARLAH APA ORANG NAK CAKAP.... ALLAH JUGA TEMPAT SAYA AKAN DI KEMBALIKAN.


Dia pernah dituduh dengan pelbagai gelaran. Maha Firaun , zalim , ditaktor , kafir , keras kepala dan pelbagai lagi kata nista yang tidak sanggup kita dengar untuk seorang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada Dunia Islam khususnya di Tanahairnya sendiri , Malaysia. 

Tetapi siapa yang tahu bahawa beliau amat di sayangi dan disenangi bukan sahaja oleh rakyat Malaysia bahkan di seluruh dunia amat mengkagumi dirinya. 

Pernah Dr. Zakir Naik menyatakan bahawa "jika minyak di Tanah Arab di kuasai oleh Tun Mahathir, maka seluruh dunia akan dikuasainya" ... begitulah kenyataan seorang pendakwah hebat terhadap Tun Mahathir. Kata-kata ini bukanlah satu pujian yang biasa tapi satu kenyataan yang  bersih hasil dari pengamatan dari pengetahuannya.

Syeikh Imran Hossain pernah menyatakan satu kenyataannya dalam Youtube " Hanya ada satu negara didalam dunia muslim sekarang ini yang nampak sudah  memahami bahawa sistem keewangan  antarabangsa adalah satu penipuan  hanya satu pemimpin dan dia adalah Dr. Mahathir dari Malaysia".