Showing posts with label amanah. Show all posts
Showing posts with label amanah. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

TIDAK TERLIBAT PEMBELIAN HARTANAH DI BUKIT BINTANG



Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah tidak terlibat dalam urusan jual beli dua hartanah di Bukit Bintang yang bernilai RM103.5 juta.


Ahli perniagaan dalam bidang makanan dan minuman, Datuk Seri Kok Kuan Hwa, 47, berkata, urusan jual beli hartanah tersebut hanya melibatkan dirinya dan seorang ejen hartanah yang dikenali sebagai Datuk Khoo Ah See.


“Hartanah tersebut adalah melibatkan sebuah hotel yang dibeli pada tahun 2013 dan bangunan kedai yang kini dijadikan hotel sembilan tingkat pada tahun 2010.


“Kedua-dua bangunan berkenaan telah diubahsuai dan dikenali sebagai Hotel Izumi dan Hotel Fortuna yang terletak di Bukit Bintang,” kata kenalan Chin Wah yang juga saksi pendakwaan keenam itu dalam perbicaraan hari keempat kes tersebut.


Mengikut pertuduhan, Chin Wah yang kini bertugas sebagai Urus Setia JSJ Bukit Aman didakwa telah gagal mengisytiharkan segala punca perolehan di dalam penyataan bertulis dengan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.


Dengan itu, dia didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2013.


Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6 Putrajaya antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.
Pertuduhan terhadap pegawai polis itu dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.


Dalam sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed itu juga, Kuan Hwa turut memberitahu, dia berjanji akan memberi komisen sebanyak satu peratus daripada harga belian hartanah itu kepada Ah See sekiranya urusan jual beli itu berjaya.


“Bagi Hotel Izumi, harga jualannya adalah RM5.5 juta jadi komisen yang diterima oleh Ah See adalah RM55,000 manakala bagi Hotel Fortuna pula, harga jualan adalah RM98 juta dan komisen adalah sebanyak RM980,000.


“Bayaran kedua-dua komisen berkenaan dibuat melalui tunai dan cek serta ia sudah langsai sepenuhnya,” katanya.


Ketika ditanya sama ada dia membuat perjanjian komisen yang sama dengan Chin Wah, ahli perniagaan yang mempunyai 200 buah restoran di Singapura itu menjawab tidak.
Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Datuk Geethan Ram Vincent berhubung komisen berkenaan, Kuan Hwa berkata, ia tiada kaitan dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang mahupun rasuah.


“Komisen tersebut diberikan atas urusan jual beli dua hartanah tersebut,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sohaini Alias bersambung 3 Ogos ini. -

sumber UTUSAN ONLINE

Monday, June 20, 2016

KEMENANGAN BN BUKTI SENTUHAN MCA BERJAYA



Antara tumpuan utama ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Selangor ialah unci Cina. Banyak spekulasi d media arus perdana dan media sosial menyatakan kali ini Pakatan Harapan akan menghadapi masalah dengan undi dari masyarakat Cina. 

Walaupun Pakatan Harapan mendendangkan irama kemenangan di parlimen Sungai Besar berdasarkan undi kaum Cina yang agak tinggi iaitu 13,142 (30.68%). Namun lagu yang didendangkan kali ini teramat sumbang. Umpan mereka di Sungai Besar berkenaan satu billboard yang rasis mengundangkan rasa kurang senang bukan sahaja bagi orang Melayu bahkan kepada masyarakat Cina disitu. 

Budaya kotor DAP yang suka memain isu sentimen perkauman ternyata memakan diri apabila calon BN Budiman Mohd Zohdi menang besar. Usaha jentera Barisan Nasional dari MCA yang begitu gigih berkerja tanpa rasa jemu dan mengenal penat menghasilkan kemenangan besar buat BN. Lebih 2000 anggota MCA digerakan dari seluruh negara membantu calon BN di Sungai Besar. 

Jelas sekali strategi MCA berjaya dan berkesan yang mana akhirnya diterjemahkan di kertas undi. Ketenangan dan kesabaran jentera BN dari MCA menjentik hati pengundi di Sekincan dengan melawat dari rumah ke rumah, mendengar terus suara dari hati pengundi amat memberi kesan yang mendalam kepada pengundi. 

Ditambah pula dengan calon BN yang memang terkenal dengan kemesraan dan budi pekerti yang tinggi memudahkan gerak jentera BN MCA membawa beliau kemana-mana. 

Ppresiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataannya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua calon BN yang menang besar di PRK kali ini. Beliau menyatakan kemenangan ini adalah kerana keyakinan rakyat terhadap calon BN yang menunjukkan satu konsesus semangat kerjasama, perpaduan, keamanan dan kestabilan. Rakyat juga melihat bahawa hanya BN yang mampu mentadbir urus dengan lebih cekap dan amanah disamping dapat meningkat lagi kemajuan di kawasan Sungai Besar. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih masyarakat Cina untuk meletakkan BN dihati anda. Sesungguhnya, ini membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah untuk kita semua. Bersama-sama, kita mengubah Malaysia menjadi sebuah negara maju, lebih progresif dan menjana peluang.

Kemenangan besar BN di Sungai Besar dengan undi 16,800 dan di Kuala Kangsar dengan undi 12,653 membuktikan rakyat Malaysia terutama kaum Cina tidak lagi boleh diperolok-olokan oleh DAP. 

Rakyat sudah memberi mesej yang jelas kepada Pakatan Harapan bahawa dakyah mereka kali ini sudah berakhir. Tolak Pakatan Harapan bererti mengundi kepada keamanan, kesejahteraan dan kestabilan. 

HIDUP BN !