Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

Monday, October 16, 2017

PLASTIK PUN MEREKA CAJ, ADA HATI NAK HAPUS GST ???



Satu perkara yang rakyat kena tahu tentang pembangkang "Mereka Penipu". Kalau ada yang masih ingat lagi kenyataan mereka selepas menang di Selangor, "MANIFESTO BUKAN JANJI".  Selepas menang mereka buat-buat lupa yang mereka sudah berjanji dan mempersoalkan pula janji-janji Barisan Nasional. Hakkikatnya 80 peratus janji-janji BN telah ditunaikan.

Kali ini mereka nak hapukan GST pula, boleh percaya ke ? Kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, kenyataan pembangkang ini tidak masuk dek akal langsung, jangan ambil serius kata-kata mereka ini. Pendek kata, cakap orang tak ada akal lah. 

Di Pulau Pinang sendiri cukai katil diperkenalkan, jadi tak payahlah nak sembang cukai nak hapuskan cukai GST. Pembangkang ni bab duit tak payah nak kelentonglah. Selagi mereka boleh kikis duit rakyat, selama itulah mereka akan berusaha kikis.

Di perhimpunan kleptocracy yang dibuat baru-baru ini, pakatan punya sembang mahu menghapuskan GST. Yang mereka nak hapuskan sangat GST tu kenapa ? Iyerlah sekarang ini mereka belum jadi kerajaan, dan tidak mendapat untung apa-apa kepada mereka, sudah tentulah mereka tidak akan menyokong sesuatu yang baik untuk rakyat dan negara, kerana sesuatu yang baik untuk rakyat dan negara adalah tidak baik kepada mereka. 

Tak payah pergi jauh-jauh, di Selangor beg plastik pun mereka nak caj kepada rakyat. Jadi rakyat tak payah la nak percaya dengan janji-janji kosong pembangkang. 

Kenapa pembangkang tak suka GST ?

Mereka sebenarnya bukan tak suka GST, mereka tak suka GST kerana ia memberi kelebihan kepada kerajaan membantu rakyat. Dengan GST kerajaan dapat kutip cukai yang selama ini ditipu oleh peniaga-peniaga yang tidak jujur. Mereka mengambil cukai dari jualan tetapi tidak memulangkan nya kepada rakyat melalui kerajaan. Dengan hasil cukai ini kerajaan dapat kembalikan kepada rakyat dalam bentuk BR1M, KR1M, kos rawatan hospital kerajaan, biasiswa, gaji kakitangan awam dan lain-lain lagi. Pernahkah gaji kakitangan awam lewat sehari ? Tak pernah ! 

Sebab itulah DAP antara yang paling lantang menentang GST, kerana ada peniaga-peniaga yang suka menipu cukai ini meminta bantuan daripada mereka. Pernah dulu ada sekumpulan peniaga datang berjumpa Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyatakan bahawa mereak ingin menutup syarikat mereka kerana tidak berpuas hati dengan GST. Tapi semua tu acah-acah saja, tak ada yang tutup pun. GST langsung tak meregut keuntungan mereka, GST hanya mengambil semula hak rakyat yang mereka curi.

Sebab itulah kerajaan mengistiharkan mereka yang tidak membayar cukai sebagai pengkhianat kepada negara kerana mereka mengambil hak rakyat dan hak negara. Percayalah selagi kerajaan yang sedia ada ini membantu rakyat, selagi itulah pembangkang tidak akan pernah berhenti menfitnah dan menyusahkan kerajaan. Menyusahkan kerajaan bermakna menyusahkan rakyat, kerana BN adalah pilihan rakyat Malaysia. 



Wednesday, August 16, 2017

9 TAHUN MEMERINTAH, KILANG HARAM SALAH BN - GUAN ENG




 

UNTUK kesekian kalinya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengulangi kononnya masalah kilang dan struktur haram di negeri itu tidak boleh diselesaikan kerana diwarisi daripada pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Kononnya jika tindakan diambil oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini, maka penduduk negeri ini akan terkesan dan terjejas kerana dasar ditinggalkan kerajaan BN.


Sekali lagi, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil langkah mudah dalam menyelamatkan diri setiap kali terbabit dengan kontroversi iaitu dengan menuding jari dan menyalahkan pihak lain khususnya kerajaan BN.


Apabila penduduk negeri ini membuat pilihan menukar kerajaan BN pada 2008 kepada kerajaan DAP, apa yang diharapkan mereka adalah perubahan dasar yang ko­nonnya lebih baik seperti dijanjikan pembangkang.

Jika benar kilang haram itu sudah wujud ketika era pentadbiran BN, maka menjadi tanggungjawab kerajaan DAP untuk merobohkannya kerana itulah juga yang diha­rapkan penduduk.


Mengekalkan kewujudan kilang haram itu bermakna kerajaan DAP menerima pakai dasar kerajaan BN sebelum ini. Maka, mana perbezaan atau perubahan yang dijanjikan mereka kepada rakyat?


Soal kononnya kerana bertimbang rasa dan mahu mencari penyelesaian terbaik dalam isu kilang haram juga adalah alasan yang sekadar mahu melepaskan diri.


Apakah kerajaan negeri mahu menyatakan selepas sembilan tahun mentadbir, mereka masih gagal mencari jalan penyelesaian menghapuskan kilang-kilang haram ini dan masih perlu menggunakan pendekatan bertimbang rasa?


Jika begitu keadaannya, maka penduduk Pulau Pinang boleh menilai Kerajaan DAP Pulau Pinang tidaklah secekap seperti yang digambarkan mereka.


Lebih malang, meskipun di sebalik pelbagai aduan dan laporan membabitkan risiko keselamatan dan kesihatan penduduk, Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap mahu menggunakan pendekatan bertimbang rasa dengan pemilik kilang haram ini.


Dalam soal ini, kebajikan siapa yang sepatutnya menjadi keutamaan untuk dilindungi Kerajaan DAP Pulau Pinang? Penduduk atau pemilik kilang haram?


Agak menarik selepas hampir sembilan tahun mentadbir, Guan Eng akhirnya mendakwa akan bertindak ke atas kilang dan struktur haram ini dan memberi amaran supaya mana-mana pihak tidak menyalahkan kerajaan negeri selepas ini.


Setakat mana keberanian itu, sama-samalah penduduk Pulau Pinang saksikan kerana mereka sudah menunggu sejak 2008 lagi untuk Kerajaan DAP bertindak.

Tuesday, August 15, 2017

ADAKAH KILANG HARAM SUMBER KEWANGAN MEREKA ?

Tiba-tiba Ketua Menteri Pulau Pinang megelupur tak tentu fasal berkenaan isu kilang haram. Kononnya memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menyalahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sekiranya bangunan yang beroperasi secara haram dirobohkan. 

Kenapa mengelabah sangat ni Guan Eng ? Kenapa nak salahkan dengan desakan dari rakyat ? Jika kilang itu melakukan kesalahan beroperasi secara haram maka memang sewajarnya ia dirobohkan atau di tutup. Sebelum ini bukan ke kerajaan DAP sibuk sangat meroboh kedai-kedai dan penjaja-penjaja dengan rakusnya.

Menurutnya lagi jika SPRM mengeluarkan arahan perobohan, tindakan SPRM itu diandaikan sebagai mencampuri urusan kerajaan negeri. PERSOALANNYA, adakah kerajaan DAP Pulau Pinang merestui kewujudan kilang-kilang haram yang ada di negeri tersebut ? Adakah itu dasar pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang ?

 Sebagai Ketua Menteri, sepatutnya Lim Guan Eng memberi kerjasama yang sepatutnya kepada SPRM, bukan membuat kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat. Apa maknanya Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan SPRM sebelum ini. Jadi buktikanlah ketelusan, integriti dan amanah. 

Atau mungkin Guan Eng ada sesuatu yang nak disembunyikan daripada pengetahuan rakyat ? Sebab itulah beria-ria sangat mempertahankan EXCO Kasih Sayang dia tu. 

Tuduhan kilang haram tersebut adalah masalah BN menunjukkan DAP sebenarnya suka putar belit dan bermain wayang. Sudah dua penggal memerintah masih lagi menyalahkan BN. Jelas sekali Pulau Pinang perlu digantikan oelh seorang Ketua Menteri yang lebih cerdik. Dalam DAP pun ramai lagi tokoh-tokoh yang lebih baik dari anak beranak Lim, gantikan sahaja daripada memalukan DAP. 

 

Monday, July 10, 2017

BIMBANG TUMBANG, DINASTI LIM TOLAK ADAKAN SEMULA PEMILIHAN CEC





Lim Kit Siang hanya perlukan sedikit keberanian untuk membuktikan bahawa beliau tidak 'takut' kepada Naib Presiden DAP, Dr. Tan Seng Giaw. Bagi membuktikannya kit Siang perlu memutuskan agar DAP mengadakan se­mula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti. 

Sebenarnya tidak ada langsung dalam DAP Prinsip Cekap, Akauntabliti dan Telus (CAT) seperti yang dilaungkan DAP. Ianya hanya sandiwara untuk mengabui ahli DAP dan juga rakyat Malaysia. Pemimpin-pemimpin atasan DAP sendiri penipu, penyeleweng dan pembohong. Prinsip CAT telah lama berkubur - pemimpin parti sendiri tidak akur kepada prinsip tersebut dalam menguruskan hal ehwal dalaman parti.

Jika DAP berani  dan telus mereka wajar membenarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai pemerhati dalam proses pemilihan semula  Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti. Justeru itu kebimbangan, kekhuatiran ahli berkenaan sabotaj, penipuan atau masalah teknikal tidak berulang lagi. Pasti pemilihan kali ini lebih telus dan dipercayai.

Pokoknya beranikah kepimpinan DAP sekarang menerima keputusan pemilihan ini tanpa kompromi? DAP terutama kepimpinan Dinasti Lim sewajarnya tidak lagi menuding jari kepada sesiapa pun kerana mereka lebih tahu dan kenal siapa diri mereka. 

'
Usahlah cuba-cuba berlakon membuat drama kononnya ROS berpakat untuk mengenakan DAP. Jangan menyalahkan orang lain diatas kesilapan dan kebodohan diri sendiri. Aduan penipuan ini dibuat oleh ahli DAP, bukannya Barisan Nasional . DAP sebaliknya patut memulakan pemilihan jawatankuasa pusat secara profesional dan berintegriti sebagaimana mereka sering mencanangkan kepada rakyat.

Sekiranya kepemimpinan DAP benar-benar jujur, akur sahajalah dengan arahan ROS dan adakan pemilihan semula bagi membuktikan perjawatan mereka menjadi sah.

Orang takut kerana takut kalah....nak jadi pemimpin tak boleh jadi penakut. 

DINASTI LIM PUNCA SEBENAR MASALAH DAP


Diktator, kuku besi, menipu dan rasuah. Apa lagi masalah yang tidak terpalit dengan Setiausaha DAP yang tidak Sah, Lim Guan Eng. Itu pun masih lagi cuba menipu rakyat kononnya DAP parti yang akan mendokong keadilan, menentang korupsi dan rasuah. Langsung tak ada perasaan malu. 

Bukan itu sahaja, ahli-ahli DAP juga menempelak akan kebobrokan perangai kedua-dua beranak Lim. Kes penipuan CEC begitu memalukan DAP. Keingkaran DAP terhadap arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk mengadakan semula pemilihan CEC menunjukkan betapa angkuh dan biadapnya dua beranak ini. 

Sebenarnya DAP sudah tidak punya kredibiliti, untuk memilih pemimpin dikalangan mereka pun berlaku penipuan. Bagaimana untuk mentadbir negara dengan telus jika kita memilih penipu jadi pemimpin. 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menyindir pemimpin DAP agar jangan cuba mengalih isu dalaman parti. Adalah lebih baik mereka memberi tumpuan kepada masalah dalam kain sendiri dan menyibuk hal ehwal orang lain. 

Semua parti ada masalah sendiri, tapi DAP lebih suka menyibuk hal ehwal parti lain, padahal parti sendiri. Mereka yang menipu dalam undian CEC, tapi mereka menyalahkan ROS. Inilah sikap anak beranan Lim sejak dari dulu lagi yang suka menuding jari kepada pihak lain diatas masalah yang mereka timbulkan. 

Mereka yang membuat perlembagaan parti, mereka juga yang menipu parti sendiri. Pemimpin DAP sememangnya pemimpin yang tidak ada maruah dan integriti. 

Menurut Liow lagi, pemimpin DAP tidak perlu mengalihkan perhatian rakyat dengan menuding jari diatas masalah yang berpunca dari mereka sendiri. DAP dibawah dinasti Lim hanya membawa negara kearah kehancuran kerana mempunyai pemimpin yang tiada hala tuju yang jelas. Pemimpin DAP hanya mementingkan kepentingan politik mereka lebih daripada kepentingan rakyat dan negara. 

Saturday, June 17, 2017

CUBAAN MENGABUI MATA ORANG MELAYU, DAP ANTI ISLAM




Setelah puas menentang Islam dan undang-undang Islam, tiba sahaja bulan Ramadan pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP menjadi begitu mulia. Sehinggakan sanggup bersama-sama umat Islam berbuka puasa. "Masakan tempua bersarang rendah, jika tidak ada apa-apa".

Nampak sangat lakonan mereka ini cuba meraih sokongan masyarakat Melayu di kampung-kampung.

Sebenarnya tak pelik pun dengan puak-puak Cauvinis DAP ini bermain wayang. Betapa sopan dan lembutnya mereka mengedarkan buah kurma di bazar-bazar Ramadan demi meraih sokongan orang Melayu kepada parti mereka.

Apakah mereka rasa orang Melayu akan menerima mereka dengan helah ini ? Jangan haraplah !

Namun ada juga orang Melayu yang menerima mereka sehinggakan membenarkan mereka berucap di dewan solat. Perkara ini cukup memalukan kerana ianya telah pun dilarang berkali-kali oleh sultan.

Yang peliknya ada juga melayu yang sanggup makan sedulang dengan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Sampai begitu sekalilah DAP cuba meraih sokongan orang Melayu terhadap parti mereka.

Segala lakonan dua beranak ini sudah lama rakyat tahu. Mereka hanya bermuka-muka sahaja didepan orang Melayu. Padahal mereka lah orang yang paling anti dengan Melayu dan agama Islam.

Jelas sekali betapa hipokritnya pemimpin DAP, parti anak beranak ini. Sebelum ini Lim Kit Siang pernah  menakutkan orang bukan Islam dengan mengatakan bahawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi kesan kepada kehidupan orang bukan Islam.


Ini membuktikan betapa pemimpin DAP ini jenis manusia bermuka-muka apabila berhadapan dengan orang Melayu Islam. Bukan itu sahaja Lim kit Siang juga melakukan penipuan sangat besar. Ini kerana pindaan Akta 355 ini adalah hanya untuk meningkatkan bidangkuasa penghukuman Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam sahaja. 

Friday, June 16, 2017

PPBM MAHU MENGUASAI PAKATAN HARAPAN



Seperti yang dijangkakan, hubungan DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan satu hubungan yang berlandaskan setiakawan. Mereka hanya saling perguna dan mempergunakan. Masing-masing nak tunjuk siapa yang lebih berkuasa.

Seperti biasa DAP tentulah tak mahu mengalah dan tunduk dengan aura kuasa Tun Dr Mahathir bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa.

Justeru itu hari ini DAP dengan tegas menolak ketuanan PPBM dalam usaha memonopoli kepemimpinan tertinggi dalam Pakatan Harapan.

Keghairahan PPBM yang mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden bagi Pakatan Harapan amat mengusarkan DAP. Oleh sebab itulah Lim Guan Eng dengan berangnya menentang penguasaan PPBM dalam Pakatan Harapan.

DAP sedar jika Tun Dr Mahathir diberi kuasa, telunjuk mereka akan menjadi tumpul. DAP tidak mahu bayang-bayang UMNO wujud dalam Pakatan Harapan. Mereka mahu terus berkuasa, itu sahaja.

Jika yang meminta jawatan Pengerusi itu adalah dari parti PKR atau PAN, DAP mungkin tak ada masalah. Sebab itulah Lim Guan Eng dengan mudah menerima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan menolak calon dari parti PPBM.

Justeru itu Guan Eng menegaskan, DAP dan parti-parti lain dalam pakatan  masih setia menyokong Anwar sebagai pilihan Perdana Menteri dan bukannya calon pemimpin PPBM.
“Kita masih menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Beliau masih relevan,” katanya.

Keangkuhan dan Ego DAP bakal membawa masalah kepada Pakatan Harapan. Tun Mahathir sedar perkara ini. Pakatan Harapan perlu bersatu dalam satu nada.

Sebab itulah PPBM mengsyorkan agar Pakatan bertanding dengan menggunakan satu lambing sahaja. Itu pun DAP bantah, apatah lagi jika nak meletakkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Muhyiddin sebagai Presiden. Memang tak ada harapan lah.

Pergolakan dalaman pakatan antara DAP dan PPBM bakal memberi kelebihan kepada Barisan Nasional. Mereka hanya berpakat demi kepentingan parti politik masing-masing.





Tuesday, May 30, 2017

NIAT JAHAT DAP TERBONGKAR



Terbongkar sepenuhnya apa yang telah berlaku sebelum ini di dalam negara kekacauan, pertelingkahan dan rusuhan adalah berpunca dari DAP atau lebih tepat sekali adalah daripada anak Lim Kit Siang, Guan Eng.

Satu ucapan Lim Guan Eng pada 10 Disember 2014, di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura beliau dengan niat menghasut menuduh BARISAN NASIONAL jika kalah kepada PAKATAN ProDAP pada PRU 14 akan datang tidak akan menyerahkan kuasa. Oleh itu perkara ini mesti diselesaikan di jalan-jalan raya.

Jelas DAP  telah menanam satu pemikiran kepada pengikut-pengikut dan ahlinya bahawa kuasa mesti direbut daripada BARISAN NASIONAL dengan cara yang menyalahi undang-undang negara.

Ini satu ancaman kepada keamanan negara. Tidak sewajarnya seorang Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian.



    "We know that Barisan Nasional are sore losers. They are really sore losers and they will not give up power that easily. Now, what will happen if they refuse to give up power? And I think this is one very important question in people’s minds, especially in the last election when we won the popular mandate but not the number of seats, we can see the huge mess if this issue comes out. Now, if we win power, both in terms of popular votes, that means the popular votes, but (also) in terms of the number of seats, and then we are not allowed to take power, I think the matter has to be resolved on the streets and it will be resolved on the streets."

TERJEMAHAN UCAPAN LIM GUAN ENG

    "Kita tahu bahawa Barisan Nasional adalah jenis yang tidak berpuas hati jika kalah. Mereka adalah jenis yang sangat tidak berpuas hati jika kalah dan mereka tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah. Sekarang, apa akan berlaku jika mereka enggan menyerahkan kuasa? Dan saya fikir ini adalah satu soalan yang sangat penting dalam minda rakyat, terutamanya dalam pilihan raya lepas bila kita menang mandat popular tetapi bukan bilangan kerusi, kita boleh lihat kacau-bilau besar jika isu ini timbul. Sekarang, jika kita mendapat kuasa, di dalam kedua-dua dari segi undi popular, maknanya tentunya undi popular, tetapi (juga) dari segi bilangan kerusi, dan kemudian kita tidak dibenarkan untuk mengambil-alih kuasa, saya fikir perkara ini mesti diselesaikan di jalan-jalan raya dan ia akan diselesaikan di jalan-jalan raya."

Dipetik daripada Facebook Dr Kamarul Yusoff.

Kenyataan ini menunjukkan yang DAP sudah bersedia untuk merampas kuasa dengan cara yang salah disisi undang-undang negara.

Mereka menggunakan alasan keputusan undi popular untuk menghalalkan tindakan mereka. Didalam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia, tindakan seperti ini tidak boleh diterima.

Rakyat seharusnya sedar akan bahayanya DAP dan PAKATANnya kepada seluruh negara. Jika sebelum PRU ke 13 pelbagai agenda dan rancangan yang telah mereka lakukan atas nama KEBEBASAN BERSUARA. Namun sebenarnya yang mereka bawa adalah kehancuran dan kemusnahan kepada rakyat dan negara.





Saturday, April 29, 2017

DAP PENGHASUT PEROSAK KEHARMONIAN MASYARAKAT




 Tiada ada apa yang disumbangkan oleh DAP melainkan kerosakan dan haru-hara dalam negara. Sejak DAP mengetuai Pakatan pembangkang banyak haru hara yang mereka telah timbulkan. Antara BERSIH 1 hinggalah BERSIH 5. 

BERSIH 1 pada mulanya memecahbelah perpaduan keharmonian rakyat. Perpecahan ini berlanjutan sehingga BERSIH 2, BERSIH 3, BERSIH 4...dan apabila BERSIH 5 dilancarkan, ternyata ianya semakin kurang, rakyat sudah tidak lagi mempercayai pakatan yang dikuasai DAP. 

Jelas sekali DAP merupakan kepala dalam mengetuai Pakatan Harapan sebagai "pak hasut" dan menanam kebencian kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat. 

Tindakan DAP ini menjadi ancaman kepada sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah. DAP sebenarnya memusuhi pilihan rakyat, dan mahukan sekelompok manusia sahaja menguasai negara. 

Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara ini sangat membimbangkan, kerana ianya boleh mengugat keharmonian masyarakat yang berbilang kaum yang selama ini hidup dengan aman dan damai. Jika dibiarkan DAP dan sekutunya terus menghasut rakyat, dibimbangi negara akan jadi porak peranda dan haru-hara.

"Kita jangan membiarkan DAP terus mempergunakan hasutan dan memainkan sentimen perkauman demi mendapatkan kuasa pemimpin-pemimpin dalam parti itu."
"Kita lihat pada pilihan raya umum lalu, DAP menggunakan slogan Ubah untuk mendapatkan sokongan rakyat khususnya komuniti Cina.

"Kita perlu terus berpegang kepada nilai teras Barisan Nasional (BN) iaitu kerjasama, semangat konsensus dan kita akan pastikan perpaduan yang unggul untuk rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Mentakab di sini malam ini.


Saturday, April 1, 2017

SPRM "SERANG" PEJABAT TARESA.


Selepas "abang" kesayangan Taresa Kok Guan Eng didakwa kerana rasuah dan salahguna kuasa, kali ini giliran Taresa Kok pula disiasat SPRM. Ini kerana beberapa laporan mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (Yawas).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggeledah pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Kuchai Lama di sini hari ini.

Dikatakan beberapa pegawai SPRM dilihat telah "menyerbu" ke pejabat Taresa kira-kira jam 10.30 pagi. Beberapa dokumen berkaitan dengan Yawas diambil pegawai SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu ber­kenaan. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki walaupun mengesahkannya namun beliau tidak mahu mengulas berkenaan perkara tersebut. Lagipun Taresa tiada dipejabatnya ketika pegawai SPRM sampai disana.

Nampaknya laporan yang dibuat oleh beberapa NGO berkenaan salah laku dan penyelewengan Dana Yawas mendapat perhatian SPRM. 

Jelas sekali kebenaran yang telah diperkatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini bahawa pemimpin DAP hanya memikirkan survival politik sempit mereka sahaja. Memberi undi kepada mereka langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat. Hanya suka membuat provokasi murahan dan cakap pun tidak serupa bikin. 

Membuat fitnah kepada Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan yang berat sedangkan mereka sendiri terpalit dengan pelbagai skandal yang memalukan parti DAP.  

Justeru itu rakyat Malaysia terutama masyarakat Cina perlu sedar dan jangan lagi termakan dengan hasuatan dan cakap-cakap kosong pemimpin DAP. Mereka hanya ingin mengaut kekayaan untuk peribadi sedangkan rakyat langsung mereka tidak ambil peduli. 

Sebelum pada itu pada 16 Mac lepas, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos  telah membuat tiga laporan polis dan SPRM  di ibu pejabat SRRM Selangor dengan membawa dokumen yang dikatakan ada bukti penyelewengan dana Yawas oleh Taresa Kok.

Dalam laporan tersebut Jamal mendakwa, waris anak negeri Selangor di kawasan itu sepatutnya diberikan wang khairat kematian berjumlah RM2,500 tetapi mereka terpaksa menunggu berbulan-bulan sehingga jumlah akhir diterima hanya sekitar RM300 hingga RM500.

Dakwanya, wang berkenaan bukan sahaja tidak diterima pengundi Barisan Nasional (BN) malah penyokong tegar pembangkang di kawasan ber­ke­naan yang turut menjadi mang­sa penyelewengan tersebut.

Tambahnya, berdasarkan maklumat ter­dapat penye­leweng­an dan pecah amanah dilakukan oleh ADUN DAP itu yang mencecah nilai berpuluh ribu ringgit de­ngan ratusan anak nege­ri Selangor tidak memperoleh wang tersebut.

Jelas sekali pemimpin-pemimpin DAP tidak boleh diharapkan untuk menjadi wakil kepada rakyat Malaysia. Mereka hanya memikirkan keuntungan peribadi dan politik sempit sahaja. 






Monday, March 20, 2017

DAP MAHU BONEKA SEBAGAI PERDANA MENTERI



Dah tahu sangatlah kenapa DAP beria-ria benar nak meletakkan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri mereka jika menguasai kerajaan selepas PRU 14 akan datang. 

Siapa lagi yang boleh DAP cucuk hidung kalau bukan Wan Azizah. Jika Wan Azizah yang dilantik menjadi PM, ia bermakna yang menjadi PM adalah Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng. Wan Azizah hanyalah pupet yang hanya akan menurut perintah kedua-dua baranak ni. 

Tapi kita sedia maklum sekutu terbaru DAP, Tun Dr. Mahathir sudah pasti akan menentang calon ini. Kita sedia maklum hubungan Tun dengan Wan Azizah tidak berada dalam kondisi yang baik. Masing-masing ada sejarah lama dan dendam itu mungkin sukar untuk dipadamkan dalam masa yang terdekat ini.  

Namun siapa dapat menghalang DAP dari bertindak secara uniteral. Segala keputusan Pakatan Harapan biasanya mendapat restu dari DAP. Jika DAP belum bersuara. PKR, PAN dan PPBM tidak boleh membuat keputusan. 

Dalam pada itu Penulis blog Raja Petra Kamarudin (gambar) berkata, meskipun Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahukan anaknya, Mukhriz dilantik untuk jawatan tersebut, dengan hanya satu kerusi, bekas Perdana Menteri itu sudah tentu tidak layak membuat keputusan.

“DAP dijangka menang pa­ling banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang dengan PKR di tempat kedua. PPBM pula terpaksa berhempas pulas dan hanya menang lima kerusi walaupun dibantu pengundi Cina.

“Dr. Mahathir harus akur dengan realiti ini. Politik adalah permainan angka. Hanya de­ngan angka paling banyak, anda adalah juara.  Sebenarnya DAP sudah pun memutuskan yang Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan bakal Perdana Menteri apabila membenarkannya terus menjadi Ketua Pembangkang.

Dalam erti kata lain, jelasnya, DAP sudah pun menentukan dan memutuskan yang Wan Azizah ialah bakal Perdana Menteri, bukannya parti lain.

“Justeru, jika anda menganggap Wan Azizah lembab, maka Mukhriz adalah lebih lembab,’ ujarnya.

Beliau memberitahu, jika PPBM menang 35 kerusi (termasuk Mukhriz) pada PRU-14 manakala PKR (30) dan DAP (40), maka baharulah Dr. Mahathir layak untuk menuntut supaya anaknya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun ketika itu Dr. Mahathir hanyalah seorang pengikut, bukan lagi pemimpin tertinggi.

“Tapi dengan satu kerusi, PPBM bukan pada kedudukan untuk membuat sebarang tuntutan. Apatah lagi PPBM hanya ada 10,000 ahli, tidak seperti UMNO yang ada 3.5 juta ahli. Ini juga bukti yang Dr. Mahathir dan PPBM tiada sokongan kuat.




Tuesday, March 14, 2017

DITAKTOR, ANGKUH, ZALIM PUNCA AHLI KELUAR



Bukan hari ini rakyat sudah mangli dengan sikap kiasu puak-puak DAP ini. Mereka suka menghasut rakyat kononnya kerajaan bersikap tidak adil, zalim dan tidak adil kepada kaum Cina dan minoriti yang lain. Kali ini tuduhan itu perlu ditelan bulat-bulat oleh Veteran DAP, Lim kit Siang apabila 182 orang ahli bertindak keluar dari DAP ekoran ketidakpuasan hati mereka terhadap tindak tanduk Lim anak beranak yang keterlaluan. 

Ini jelas menunjukkan sikap angkuh "Penasihat" DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Jika tidak masakan begitu ramai ahli DAP keluar beramai-ramai.  

Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, DAP ini sebuah parti keluarga anak beranak. Tidak ada demokrasi di dalamnya, diktator, angkuh dan tidak hairan selepas 3 ADUN DAP dan seorang MP DAP mengisytiharkan keluar parti, 182 ahli pula membuat tindakan yang sama. Ini sememangnya sudah dapat dijangkakan.

DAP tidak lagi dapat menyembunyikan gelora perpecahan yang berlaku di dalam parti mereka. Tak payah berlakonlah, semua orang tahu DAP menghadapi masalah dalaman yang serius. 

Menurutnya lagi, anak Lim Kit Siang, Guan Eng pun terikut-ikut dengan perangai bapanya yang ala Diktator tu. Inilah parti  Father & Son. Pernah siapa nampak Kit Siang berubah ? Tak ada, dia masih disitu, dia masih lagi bertanding sebagai MP. Kerakusan Kit Siang ingin berkuasa belum lagi terpadam.

Dia ingin ajar orang lain apa itu demokrasi, tolong tunjukkan pada diri sendiri dululah sebelum nak ajar orang. Berhentilah, berhentilah daripada memecah belahkan rakyat yang berbilang kaum. Sudah tua ini eloklah bermain dengan cucu-cucu sahaja. Jangan menyusahkan rakyat.

Sikap diktator Kit Siang ini juga telah didedahkan oleh orang kanannya dulu, iaitu  Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Tunku Abdul Aziz pernah berkata,“Ketika saya baru menyertai DAP, terdapat seorang senior dalam parti mengingatkan saya supaya jangan sesekali melanggar arahan orang atasan atau bersedia untuk dikecam. Jika berdegil mahu menyuarakan pendapat juga maka bersedialah untuk menjadi sasaran mereka seterusnya dipinggirkan daripada semua perkara penting dalam parti. Jadi, tidak pelik jika ramai keluar DAP selepas ini.

Manakala bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman mengingatkan  ahli-ahli DAP agar berfikir semula sama ada wajar atau tidak untuk mereka kekal dalam parti itu. Beliau menjelaskan  amalan kronisme yang cukup jelas, terang berlaku dalam DAP apabila Lim Hui Ying iaitu adik Guan Eng dilantik sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Nampak terang sangat, ini parti anak beranak Kit Siang. 

Semua orang sedia maklum, dalam DAP ini hanya Setiausaha Agung yang berkuasa manakala jawatan lain termasuk Presiden hanya boneka kosmetik semata-mata.

Jadi, ahli-ahli yang masih dalam DAP berfikirlah semula sama ada mahu terus kekal atau tidak dalam parti itu. Jika ya, adakah kepemimpinan anak-beranak seperti ini layak membawa perubahan kepada negara.


Monday, March 6, 2017

NGA KOMENG MACAM TAKUT KANTOI SAJA...., ADA APA-APA KA ?


PENCURI SELALU TUDUH ORANG LAIN MENCURI, SEBAB NAK TUTUP HAL DIA .....

Apa masalah dengan komeng ni sorang, sudah tidak keruan ke apabila kerajaan membenteras rasuah habis-habisan ?  Atau dia pun takut dengan gerakan SPRM sekarang ni. Macam takut kantoi aje...., ada apa-apa ka ? 

Dah la abang kesayangannya, si Guan Eng  kantoi dengan SPRM. Tak lama lagi ke dalam la tu. Jika rasa nak temankan abang kau tu, boleh saja.

Bersabarlah Komeng, SPRM akan siasat satu persatu dengan sabar. Jika dah rasa ketaq lutut, boleh laa duduk diam-diam. Sembunyikan lah apa yang patut, kalau ada lah. Abang kau tu muka dah macam ayam berak kapur. Tak reti nak cover, padan la muka dia. 

Cuba kau tenangkan sikit M01 Penang tu. Tak lama lagi jawatan Ketua Menteri dia tu melayang lah. Haiiii....tuduh UMNO rasuah. Rupanya parti korang lagi bapak segala rasuah. 

Pemilihan DAP pun tak sah, semuanya taik penipu sampai ahli pun tak percaya. 4 pemimpin DAP sudah keluar parti, yang tinggal ni pun tak lama lagi pun hanyut lah. 

Kepimpinan pun hancur, ada hati nak perintah Malaysia. Boleh Blah !

Friday, January 27, 2017

DAP AGEN PERPECAHAN KEPADA PERPADUAN NEGARA



Apa manfaat dari kejayaan DAP menguasai kerajaan di negeri Pulau Pinang dan Selangor kepada rakyat? Tidak ada satu pun usaha mereka membantu rakyat melainkan mereka menambah beban kepada rakyat dengan menaikan cukai-cukai tertentu dan merobohkan kampung-kampung tradisi. 
Perkara seperti ini tidak pernah berlaku ketika BN menguasai kerajaan negeri di sana. 

Masyarakat Cina tidak mendapat apa-apa manfaat pun dari mengundi DAP. Malahan Pemimpin DAP mengunakan undi yang diberi oleh kaum Cina untuk kepentingan politik mereka sendiri. 

Apa manfaat yang masyarakat Cina dapat dengan memberi 37 kerusi kepada DAP ? Mereka bahkan telah menyusahkan negara memburuk-burukan Malaysia di luar negara yang mana akan memberi impak kepada ekonomi negara. 

Tidakkan mereka yang memburukkan negara di luar negara hanya akan menakutkan pelabur untuk melabur dalam negara. Tidakkan tindakan bodoh mereka itu akan memberi impak negatif kepada ekonomi ? Tidakkan kebanyakan ia juga akan menjejaskan ekonomi masyarakat Cina yang terdiri daripada peniaga-peniaga yang berjaya dalam negara ?

Inilah yang Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mahukan kaum Cina fikirkan. Menurut beliau parti pembangkang itu hanya pandai membuat dakwaan yang tidak berasas, fitnah dan mengelirukan rakyat kepada kerajaan. "Meraka hanya pandai mengkritik Barisan Nasional dan MCA".

Beliau memberi contoh bagaimana DAP menggunakan isu lawatan kerja Perdana Menteri ke China dengan mmebawa cerita karut akan nasib buruk menimpa negara hasil daripada pelaburan besar negara China di Malaysia. 

Mereka menuduh MCA sebagai agen China dan menakut-nakutkan rakyat akan kerugian negara dengan kedatangan pelabur China ke Malaysia. Padahal  pemimpin mereka Lim Guan Eng pun pernah pergi ke China bersama-sama exco kerajaan negerinya.

Guan Eng pernah diminta media untuk menjelaskan isu rombongan mereka ke China, dia cuma berkata, ia ‘urusan rasmi antara kerajaan dengan kerajaan’ yang membabitkan beberapa exco.

“ Ia adalah urusan rasmi antara kerajaan dengan kerajaan yang mana mesyuarat itu dianjurkan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang. Perbelanjaan (untuk ahli exco ) dibayar oleh kerajaan negeri.
“Kita semua dijemput untuk menghadiri persidangan antarabangsa yang diadakan di China. Lain-lain, tidak perlu saya beri komen,” katanya kepada media hari ini.

Itulah ucapan si manusia hipokit Guan Eng. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka mengelupur bagaikan cacing kepanasan. 

Mereka sering mendabik dada kononnya mereka (DAP) parti yang bersih dari korupsi, tetapi apabila pemimpin mereka didakwa pecah amanah dan rasuah, mereka membela dan mempertahankan pemimpin kotor mereka. 

Inilah sikap  double standard yang mereka kenakan terhadap lawan mereka. Kaum Cina perlu membuka mata dan melihat kebaikan Barisan Nasional yang telah berjasa kepada rakyat. 



Wednesday, December 21, 2016

BIARKAN MEREKA TERUS GILA KERUSI



PEREBUTAN kerusi dalam ka­­la-
ng­an parti yang ­meng­­–anggotai pakatan pembangkang diketuai induknya, DAP seharusnya membuka ma­ta­ parti-parti kom­ponen Barisan Nasional (BN).


Mereka khususnya MCA, Gerakan dan MIC harus serius bersiap-siaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Mereka tidak boleh mengharapkan UMNO semata-mata untuk bertindak sebagai ketua perang.

Masing-masing presiden MCA­, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Gerakan (Datuk Mah Siew Keong) dan MIC (Datuk Seri Dr. S. Subramaniam) perlu memiliki jiwa ketua perang.
Pencapaian UMNO dalam PRU-13 tidak dapat dipertikaikan. Parti berpaksikan orang Melayu dan umat Islam itu menambah sembilan lagi kerusi dari 79 dalam PRU-12 kepada 88 kerusi. Parti komponen lain sekadar 'bertenggek’ sahaja.

Jika berdasarkan sempadan kawasan pilihan raya sedia ada, de­ngan mengambil kira undi 55 pe­ratus sebagai ‘kerusi selamat’, BN hanya mempunyai 82 kerusi selamat dan 51 kerusi majoriti tipis.

Pakatan pembangkang pula memiliki 60 kerusi selamat dan 29 kerusi tipis.
Sejumlah 82 kerusi selamat BN terdiri daripada lima kerusi bandar dan 77 kerusi luar bandar. Atau 53 kerusi majoriti Melayu, tiada kerusi majoriti Cina, empat campuran dan 25 kawasan bumiputera. ‘Kawasan campuran’ bermaksud tiada pengundi dari sesuatu kaum lebih dari 60%.

Sebanyak 51 kerusi majori­ti tipis BN meliputi 30 kerusi ma­­joriti Melayu, tiada kerusi majoriti Cina, sembilan kerusi campuran dan 12 bumiputera.

Kerusi selamat pembangkang­ yang terdiri daripada 60 kerusi meliputi 16 kerusi majo­riti Melayu, 25 majoriti Cina, 18 campuran dan satu bumipu­tera.

Sebanyak 29 kerusi majoriti tipis pembangkang pula berada di 20 kerusi majoriti Melayu, empat majoriti Cina, lima campuran dan tiada bumiputera.

Pakatan pembangkang me­menangi 41 (66%) dari 62 kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Melayu dan Cina kurang dari 60%. Sebanyak 22 dari 41 kerusi itu dimenangi PKR, 16 DAP dan 3 Pas.

Pakatan itu kalah tipis di beberapa kerusi campuran termasuk Cameron Highlands, Bentong, Labis, dan Pasir Gudang. Semua kawasan itu dimenangi BN dengan perbezaan undi kurang dari 1000.

Empat lagi kerusi -Setia­wangsa, Segamat, Ledang, Tebrau - diraih BN dengan perbezaan undi antara 1000 hingga 2000.

Cabaran BN dalam PRU-14 tidak mudah. Parti pemerintah itu harus mengekang kemaraan pembangkang yang mahu mem­­per­luaskan lagi keme­nang­an mereka ke 21 lagi kerusi parlimen campuran.

Johor-tempat lahirnya UMNO memerlukan perhatian khusus memandangkan 12 dari 21 kerusi parlimen pembangkang itu terletak di negeri itu.

Tiada kerusi yang selamat. Dan tidak harus ada tersemat dalam diri untuk bertanding ha­nya kerusi selamat.

Thursday, June 30, 2016

5 JAM SPRM TUNGGU, MANA MAU LARI ?


Apa benda yang kau mensyuarat lama-lama tu ? sudah-sudah lah....orang lama dah tunggu kau kat luar ni. 

Hari ini rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekoran dari Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan SPRM. Tahniahlah SPRM !

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Difahamkan,  pegawai SPRM terpaksa menunggu kira-kira lima jam sebelum penahanan Guan Eng dibuat memandangkan Ketua Menteri berkenaan dikatakan sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri.

Tuesday, January 5, 2016

DAP HERO RAKYAT .......!?

Lim Kit Siang meneruskan agenda fitnahnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kononnya Perdana Menteri memanggil kesemua Ahli Parlimen BN untuk sokong Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015.

Kononnya Ahli Parlimen BN dibenarkan berpura-pura bangkang dalam dewan, tapi perlu bersetuju dan sokong rang undang-undang tersebut.

Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin ber­kata, tuduhan Pena­sihat DAP, Lim Kit Siang kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan mereka berbuat demikian adalah tidak benar dan berunsur fitnah. 

Boleh jadi DAP mengharapkan akan ada satu tindakan sabotaj dari kem BN yang tidak menyokong Perdana Menteri.

Akhirnya harapan pakatan tak boleh diharap tidak menjadi kenyataan. 

Harapan DAP untuk menjadi hero rakyat tidak menjadi. Rakyat sudah muak dengan permainan kata-kata pemimpin DAP. 

Contohnya di Pulau Pinang, berapa banyak keluarga Melayu dihalau keluar dari kampung-kampung mereka tanpa pembelaan kerajaan  Negeri yang dikuasai DAP.

Pekara ini tidak pernah berlaku ketika BN menjaga rakyat di Pulau Pinang. 

DAP bukanlah hero, tapi Pengkhianat kepada rakyat Malaysia.

Sunday, October 25, 2015

SEBUAH JANJI INDAH DI TOL SUNGAI NYIOR PULAU PINANG


Sudah sekian lama kita menasihati rakyat agar jangan percaya pada janji-janji pembangkang terutama DAP dan PKR. Mereka ini memang sudah terkenal dengan menipu, memutar belit dan menawarkan janji-janji kosong. 

Lihatlah apa yang jadi di Pulau Pinang dan Selangor. Kononnya akan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, tapi mereka menaikan bermacam-macam jenis cukai yang tak munasabah. Bahkan cukai katil pun diperkenalkan. Orang nak tidur pun kena cukai. Itulah betapa gilanya kerajaan pimpinan DAP ini. 

Jadi usahlah percaya andai mereka berjanji hendak memberikan segalanya percuma dalam hidup kita. Sehingga kini tidak ada lagi pendidikan percuma di negeri Pulau Pinang dan negeri Selangor. Bahkan untuk membantu rakyat di negeri mereka perintah pun mereka tidak laksanakan. 

Pernah dalam satu ucapan Lim Guan Eng  semasa merasmikan Perhimpunan Tahunan DAP Perak, beliau telah menjanjikan sekiranya Pakatan Harapan dapat merampas Kerajaan Persekutuan, beliau akan memansuhkan GST dan juga tol. Makna kata tol free lah tu. Inilah janji terbaru seorang pembohong di abad ini. 

Apakah dia lupa dia pernah berjanji, andaikata Pakatan Rakyat berjaya merampas Pulau Pinang dia akan menghapuskan tol Sungai Nyior. Hari ini tol Sungai Nyior bukan saja tidak dimansuhkan, bahkan dinaikan dari RM0.50sen kepada RM1.20sen. Gila-gila punya naik. 

Ini yang menyebabkan Ketua Biro Komuniksi MCA Bagan, Kwan Tee Yong "naik darah" dengan Lim Guan Eng. Sudahlah tol tidak dimansuhkan, bahkan dinaikan 140%. Lim Guan Eng bukan sahaja menipu pengundi di Pulau Pinang bahkan seluruh rakyat Malaysia yang menunggu perubahan positif yang dijanjikan oleh parti DAP. 

Kononnya pada pru 12 dulu Lim Guan Eng berjanji akan akan memohon kerajaan persekutuan bagi memansuhkan kutipan tol Sungai Nyior dalam tempoh 5 tahun akan datang. Sebaliknya kerajaan negeri tidak pernah sekali pun membawa perkara ini kepada kerajaan persekutuan.

Pekara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya Utiliti Negeri Pulau Pinang setelah didesak oleh Khaw. 

Harap rakyat Pulau Pinang dapatlah menikmati kenaikan Tol baru Sungai Nyior. Hendak buat macam mana, itulah pemimpin yang anda pilih. Kata mak saya, sendiri makan pengat, sendiri mau ingatlah. 

Tuesday, October 13, 2015

JANGAN TERPEDAYA DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN DAP

"Yakinlah MCA tidak pernah serta tidak akan menyerah kalah, malah akan terus mengalas tanggungjawab memajukan Malaysia atas dasar kebersamaan dan kesefahaman antara kaum",



Semua orang hendak hidup aman damai dan harmoni. Siapa yang hendak hidup dalam kesusahan dan haru hara ?Tidak ada manusia yang hendak hidup mereka sebegitu. 

Namun tidak begitu bagi DAP, mereka suka rakyat bertelagah. Mereka suka rakyat bergaduh. Mereka suka membuat orang Melayu dan orang Cina berselisih. Kerana apa ? Kerana ini akan memberi mileage politik kepada mereka. Selepas itu mereka mengambil kesempatan dengan berpura-pura seolah-olah jaguh perpaduan kaum, padahal mereka yang memulakan dahulu. 


Perkara ini telah dinyatakan oelh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Menurutnya DAP sudah lama menyemai benih kebencian antara kaum. Menyemai sikap radikal dalam masyarakat sehingga menimbulkan kegelisahan dan kegusaran kaum lain sehingga merugikan masyarakat Cina sendiri. Mereka bukan hendak bantu meningkatkan ekonomi masyarakat Cina, bahkan mereka sedang memusnahkannya. Mereka membawa kerugian kepada masyarakat Cina. 

Usahlah kita percaya dengan slogan-slogan indah DAP yang kononnya ingin berjuang untuk semua rakyat. Tidak ada rekod pun perjuangan mereka untuk rakyat. Tengoklah apabila mereka berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang, adakah mereka membantu rakyat ? Tidak ada...bahkan mereka menyusahkan lagi hidup rakyat dengan menaikkan pelbagai jenis cukai yang sebelum ini kerajaan Barisan Nasional kekalkan demi kesejahteraan rakyat.

MCA lebih mementingkan keharmonian kaum, kesejahteraan rakyat dan perpaduan nasional. Sebab itulah selama ini walaupun ada berlaku pergesaran kaum, MCA dapat menyelesaikannya dengan aman dan harmoni. MCA menolak pendekatan konfrontasi, kerana ia lebih mendatangkan mudharat kepada semua pihak. 

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau akan terus berjuang dan mendedahkan taktik kotor pakatan pembangkang  supaya rakyat tidak lagi terperdaya dengan mereka.  Baginya, MCA berikrar tetap setia berjuang dalam Barisan Nasional dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri memperjuangkan agenda tranformasi selain memperkukuhkan persepsi terhadap parti. 

"Yakinlah MCA tidak pernah serta tidak akan menyerah kalah, malah akan terus mengalas tanggungjawab memajukan Malaysia atas dasar kebersamaan dan kesefahaman antara kaum", Datuk Seri Liow Tiong Lai.










Sunday, October 11, 2015

PAKATAN HARAPAN TIDAK BOLEH DI HARAP



Kaum Cina sewajarnya menyedari bahawa kekuatan ekonomi mereka selama ini adalah berpunca hasil keamanan dan kemakmuran negara. Apabila sesuatu negara rakyatnya hidup aman dan harmoni, pelabur luar pun suka untuk melabur dalam pada masa yang sama ekonomi berkembang dan negara bertambah makmur. Begitulah pentingnya keamanan dan keharmonian kaum dipelihara. 

Oleh itu usahlah mereka terperdaya dan terpengaruh dengan hasutan pembangkang terutama DAP dan PKR bahawa kerajaan menyisihkan mereka, rasuah, songlap duit rakyat dan sebagainya. 

Kaum Cina tidak perlu risau, suara mereka didengar oleh kerajaan. MCA sebagai sebuah parti mewakili suara mereka didalam kerajaan, jadi kenapa mereka perlu memilih DAP sedangkan MCA sudah mewakili mereka didalam kerajaan. 

Masyarakat Cina terutama kaum muda, tidak usahlah terlalu obses dengan DAP kerana parti itu tidak mempu buat apa-apa perubahan pun. Itulah yang perkatakan oleh Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. " Jangan percaya kepada pakatan harapan, mereka hanya pandai memberi harapan sedangkan harapan yang diharap semuanya harapan palsu, mereka memang tidak boleh diharapkan". 

Sudah beracam-macam slogan pembangkang seperti ubahlah, ini kalilah, dan yang terbaru 'harapan'  tapi satu apa pun tak jalan, memang mereka tidak boleh diharap langsung. Ingatlah, kuasa politik yang orang Cina ada sekarang akan musnah jika mereka terus menyokong pembangkang terutama DAP. 

Ka Siong juga mengingatkan masyarakat Cina bahawa mereka perlu melihat kepelbagaian dalam masyarakat sebagai satu aset, jangan anggap ianya sebagai satu kekangan untuk perpaduan nasional. "Nenek moyang kita sudah lama disini, bersama-sama perjuang kemerdekaan, dengan sikap mereka yang saling hormat menghormati membawa kita sampai sehingga ke tahap ini sekarang". Jadi jangan persia-siakan usaha mereka selama ini. 

Ka Siong juga mengingatkan agar masyarakat Cina hari ini jangan mempertikai kontrak sosial yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Kesejahteraan rakyat  lebih utama ditumpukan selain mencari kekuatan dalam ekonomi. nilah peranan MCA , iaitu mengharmonikan masyarakat yang kini berada didalam ketegangan. 

Carilah titik persamaan dan semaikan faktor-faktor yang boleh mengukuhkan perpaduan.