Showing posts with label Azamin Ami. Show all posts
Showing posts with label Azamin Ami. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

TIDAK TERLIBAT PEMBELIAN HARTANAH DI BUKIT BINTANG



Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah tidak terlibat dalam urusan jual beli dua hartanah di Bukit Bintang yang bernilai RM103.5 juta.


Ahli perniagaan dalam bidang makanan dan minuman, Datuk Seri Kok Kuan Hwa, 47, berkata, urusan jual beli hartanah tersebut hanya melibatkan dirinya dan seorang ejen hartanah yang dikenali sebagai Datuk Khoo Ah See.


“Hartanah tersebut adalah melibatkan sebuah hotel yang dibeli pada tahun 2013 dan bangunan kedai yang kini dijadikan hotel sembilan tingkat pada tahun 2010.


“Kedua-dua bangunan berkenaan telah diubahsuai dan dikenali sebagai Hotel Izumi dan Hotel Fortuna yang terletak di Bukit Bintang,” kata kenalan Chin Wah yang juga saksi pendakwaan keenam itu dalam perbicaraan hari keempat kes tersebut.


Mengikut pertuduhan, Chin Wah yang kini bertugas sebagai Urus Setia JSJ Bukit Aman didakwa telah gagal mengisytiharkan segala punca perolehan di dalam penyataan bertulis dengan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.


Dengan itu, dia didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2013.


Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6 Putrajaya antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.
Pertuduhan terhadap pegawai polis itu dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.


Dalam sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed itu juga, Kuan Hwa turut memberitahu, dia berjanji akan memberi komisen sebanyak satu peratus daripada harga belian hartanah itu kepada Ah See sekiranya urusan jual beli itu berjaya.


“Bagi Hotel Izumi, harga jualannya adalah RM5.5 juta jadi komisen yang diterima oleh Ah See adalah RM55,000 manakala bagi Hotel Fortuna pula, harga jualan adalah RM98 juta dan komisen adalah sebanyak RM980,000.


“Bayaran kedua-dua komisen berkenaan dibuat melalui tunai dan cek serta ia sudah langsai sepenuhnya,” katanya.


Ketika ditanya sama ada dia membuat perjanjian komisen yang sama dengan Chin Wah, ahli perniagaan yang mempunyai 200 buah restoran di Singapura itu menjawab tidak.
Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Datuk Geethan Ram Vincent berhubung komisen berkenaan, Kuan Hwa berkata, ia tiada kaitan dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang mahupun rasuah.


“Komisen tersebut diberikan atas urusan jual beli dua hartanah tersebut,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sohaini Alias bersambung 3 Ogos ini. -

sumber UTUSAN ONLINE

Friday, April 5, 2013

HIMPUNAN SELAMATKAN SAMSIDAR 2.0


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin diminta membuat sidang akhbar bersama bagi menafikan wujud usaha mengadakan Himpunan Shamsidar 2.0 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.
PEMUDA SELEMPANG MERAH
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, beliau tertanya-tanya tujuan pembangkang mahu mengadakan himpunan tersebut kali ini sekiranya benar seperti didakwa pihak tertentu.
Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:


 Kita meminta Anwar dan Shamsidar buat penafian melalui 'sidang akbar bersama' bahawa wujud usaha dari pihak pembangkang untuk mengadakan Himpunan Shamsidar 2.0 sebelum PRU 13.
n Kita mahu tahu apakah tujuan Anwar dan Shamsidar mahu mengadakan Himpunan Shamsidar 2.0 kali ini. Betulkah tujuan himpunan ini untuk merayu secara terbuka supaya Majlis Syura Pas mengeluarkan fatwa bahawa Islam membenarkan seorang biseksual untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat amat memerlukan penjelasan daripada Anwar dan Shamsidar.

 Kita juga difahamkan bahawa Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah gagal dalam usaha untuk mendapatkan Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa mengatakan 'biseksual boleh menjadi Perdana Menteri' tetapi Nik Abdul Aziz takut mengeluarkan fatwa tersebut sebab pilihan raya sudah dekat.
n Sebagai usaha terakhir, Anwar dikatakan akan mengeluarkan surat akuan daripada Yusof Al-Qardawi mengatakan Islam mengalu-alukan pemimpin biseksual untuk menjadi Perdana Menteri.