Dalam situasi kecemasan ketenangan amat diperlukan bagi seseorang ketua dalam menentukan hala tuju dan membuat keputusan. Apatah lagi apabila saat kecemasan itu berlaku diruang udara. Tentulah sikap yang profesional dan tenang amat didambakan saat itu.
Begitulah yang berlaku kepada pesawat Air Asia X D7237 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Perth Australia. Tahniah diucapkan kepada Semua Krew kabin dan pilot dalam pesawat tersebut kerana dapat mengawal keadaan penumpang yang cemas ketika itu.
Berita yang menjadi perhatian seluruh dunia juga mendapat pujian daripada Menteri Pengangkutan Malaysi. Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memuji kecekapan juruterbang serta anak kapal Air Asia X kerana Berjaya mengawal keadaan sehingga pesawat Berjaya di daratkan. Namun begitu bagi Liow, perkara ini amat serius dan beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan pihak berkuasa bagi melakukan siasatan penuh terhadap insiden ini.
Pesawat tersebut yang tiba-tiba bergegar selepas 90 minit memulakan penerbangan. Ia dikatakan berpunca dari masalah teknikal. Ketika penerbangan AirAsia X D7 237, satu bilah kipas turbin telah patah dan menghentam satu oil pump serta merosakkan sistem hidraulik sebelum 'ditelan' oleh enjin.
Ketidakseimbangan bilah kipas ini mengakibatkan gegaran teruk kepada rangka pesawat dan tindakan seterusnya ialah untuk juruterbang mematikan enjin tersebut dan berpatah balik.
"Namun untuk dua jam seterusnya gegaran yang kurang sedikit kekuatannya masih berlaku kerana satu fenomena yang digelar 'efek kincir angin' yang mana bilah kipas tersebut diputarkan oleh angin akibat pesawat itu menujah ke hadapan.
Juruterbang pesawat tersebut dengan begitu profesional telah berjaya mengawal keadaan kapal terbang serta berjaya menenangkan penumpang yang dalam keadaan amat cemas.
Pesawat Airbus A330 berjaya mendarat dengan selamatnya bersama 359 orang penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada jam 10 pagi, Jun 25, 2017.
Kesemua penumpang telah dipindahkan ke pesawat gentian yang telah disediakan pada jam 11.40 malam pada hari yang sama.
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah tidak terlibat dalam urusan jual beli dua hartanah di Bukit Bintang yang bernilai RM103.5 juta.
Ahli perniagaan dalam bidang makanan dan minuman, Datuk Seri Kok Kuan Hwa, 47, berkata, urusan jual beli hartanah tersebut hanya melibatkan dirinya dan seorang ejen hartanah yang dikenali sebagai Datuk Khoo Ah See.
“Hartanah tersebut adalah melibatkan sebuah hotel yang dibeli pada tahun 2013 dan bangunan kedai yang kini dijadikan hotel sembilan tingkat pada tahun 2010.
“Kedua-dua bangunan berkenaan telah diubahsuai dan dikenali sebagai Hotel Izumi dan Hotel Fortuna yang terletak di Bukit Bintang,” kata kenalan Chin Wah yang juga saksi pendakwaan keenam itu dalam perbicaraan hari keempat kes tersebut.
Mengikut pertuduhan, Chin Wah yang kini bertugas sebagai Urus Setia JSJ Bukit Aman didakwa telah gagal mengisytiharkan segala punca perolehan di dalam penyataan bertulis dengan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.
Dengan itu, dia didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2013.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6 Putrajaya antara 23 Disember 2013 dan 21 Januari 2014.
Pertuduhan terhadap pegawai polis itu dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Dalam sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi Mohamed itu juga, Kuan Hwa turut memberitahu, dia berjanji akan memberi komisen sebanyak satu peratus daripada harga belian hartanah itu kepada Ah See sekiranya urusan jual beli itu berjaya.
“Bagi Hotel Izumi, harga jualannya adalah RM5.5 juta jadi komisen yang diterima oleh Ah See adalah RM55,000 manakala bagi Hotel Fortuna pula, harga jualan adalah RM98 juta dan komisen adalah sebanyak RM980,000.
“Bayaran kedua-dua komisen berkenaan dibuat melalui tunai dan cek serta ia sudah langsai sepenuhnya,” katanya.
Ketika ditanya sama ada dia membuat perjanjian komisen yang sama dengan Chin Wah, ahli perniagaan yang mempunyai 200 buah restoran di Singapura itu menjawab tidak.
Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Datuk Geethan Ram Vincent berhubung komisen berkenaan, Kuan Hwa berkata, ia tiada kaitan dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang mahupun rasuah.
“Komisen tersebut diberikan atas urusan jual beli dua hartanah tersebut,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sohaini Alias bersambung 3 Ogos ini. -
sumber UTUSAN ONLINE
Bila kita beri sejengkal dia nak sehasta, bila kita bagi sehasta dia nak sedepa, bila kita beri sedepa dia nak diai nak berdepa-depa. Itu namanya cacing sudah naik ke mata. Beri betis sudah minta peha. Pembaca janganlah rasa tergejut pula, cerita ini berlaku dekat negara Pasir Berdegung. Dekat negara kita ceritanya lain ...tak sama.
Cerita dinegara kita pula yang tidak ada bersangkut paut dengan cerita diatas adalah berkenaan dengan satu syarikat tambang murah, Air Asia yang mahu menukarkan atau lebih tepat menggunakan nama LCCT 2 (Terminal Penerbangan Tambang Murah 2) untuk promosi syarikat mereka mengantikan KLIA2.
Sekarang ini sudah macam jadi perdebatan dan pergeseran pula antara Air Asia dengan MAHB berkenaan pertukaran nama tersebut. Air Asia dengan sikapnya yang mahu nama tersebut ditukar manakala MAHB tegas dengan pendiriran mahu ia dikekalkan.
Melihat kemelut remeh temeh ini tidak berkesudahan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tegas dan bijak menyelesaikan kemelut ini. "Tidak ada keperluan untuk menukar nama KLIA2" ujar beliau.
Kerajaan tidak menolak sebarang cadangan untuk memberi input yang lebih baik kepada KLIA2, tetapi untuk menukar nama kerajaan melihat ia sebagai satu keperluan yang perlu diutamakan. Sesiapa sahaja boleh terus memberi idea dan cadangan, tidak ada sekatan....cuma cadangan Air Asia buat masa ini tidak diterima lagi.
Sebenarnya tukar nama KLIA2 ini tidak langsung praktikal dan kena pada tempatnya. Untuk buat sebarang perubahan tidak perlu untuk menukar nama. Tidak ada kaitan antara nama dengan keuntungan atau kerugian sesuatu syarikat.
Jika ada business yang terjejas, ia langsung tidak ada kaitan dengan nama. Penumpang memerlukan perkhidmatan yang terbaik dan selamat, bukan kerana nama atau yang berkaitan dengannya. Jadi Air Asia tidak boleh meletakkan business mereka terjejas kerana reka bentuk atau nama KLIA2.