Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Saturday, March 11, 2017

PERCINTAAN PAS DENGAN PKR ,PPBM AKAN DIBINCANG DALAM MUKTAMAR



Muktamar Pas Pusat yang akan diadakan di Kompleks Pas Kedah bermula 29 April ini akan membincangkan tahaluf siyasi parti itu bersama PKR yang dianggap masih kekal biarpun hubungan dengan pakatan pembangkang retak akibat tidak sehaluan dengan DAP.


Naib Presiden Pas, Datuk Nik Amar Nik Abdullah berkata, selain memfokuskan kepada pemilihan parti, muktamar kali ini juga akan menjadi medan kepada 1,200 perwakilan untuk membahaskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Tahaluf siyasi dulu juga dibuat dengan keputusan muktamar. Bagaimanapun, ketika ini belum ada yang konkrit, baik persetujuan mahupun kata putus hubungan kita dengan PPBM. Kita baru hendak kenal hati budi.


"Bagi pemilihan pula, saya melihat kemungkinan ada perubahan di peringkat ahli jawatankuasa (AJK) Pusat tetapi apa-apa pun perubahan,  bukan kerana tidak puas hati dengan organisasi, sebaliknya sebagai persiapan untuk memperkukuh parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ceramah perdana sempena perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Ahmad Tuan Hussin, Titi Serong di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE



Wednesday, March 1, 2017

KIT SIANG JUAL NAMA NIK AZIZ

Penasihat DAP, Lim Kit Siang diberi amaran keras supaya tidak sesekali menggunakan nama bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semata-mata untuk meraih sokongan politik.



Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khai­ruddin Aman Razali berkata, Nik Abdul Aziz merupakan tokoh yang sentiasa merujuk al-Quran dan sunah sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak.

Katanya, tindakan itu berbeza dengan Kit Siang dan kepemim­pinan DAP yang hanya mengikut nafsu bagi mencapai kehendak serta kepentingan peribadi.

“Saya memberi ama­ran kepada Kit Siang supaya tidak me­rosakkan nama Nik Abdul Aziz kerana jika Tuan Guru masih hidup, beliau akan menjadi orang pertama yang menyokong pindaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

“Nik Abdul Aziz juga akan menjadi orang pertama yang menentang DAP ekoran serangan bertubi-tubi parti itu terhadap agama Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kit Siang hari ini dilihat cuba meraih simpati daripada penyokong Pas dengan memainkan sentimen melibatkan Nik Abdul Aziz dan mendakwa politik ‘nakal’ yang dimainkan pemimpin Pas pada masa ini pasti tidak akan terjadi sekiranya tokoh itu masih hidup.

Tegas Mohd. Khairuddin, kepemimpinan Pas hari ini di bawah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih sama seperti dahulu kerana beliau turut merujuk al-Quran dan sunah.

“Rujukan dan sokongan ahli Pas di peringkat akar umbi adalah berdasarkan al-Quran dan sunah, bukan manusia. Jadi, jika pemimpin itu tidak mengikut dua kitab ini, Pas akan terus membuangnya.

“Sebab itu, kita memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP dan PAN kerana mereka menentang agama Islam serta menye­rang Pas secara bertubi-tubi,” katanya.

Tuesday, April 15, 2014

KAMI AKAN TENTANG HABIS-HABISAN HUKUM ISLAM "DAP & PKR"

DAP DAN PKR TOLAK HUDUD...!!!

Pada dasarnya UMNO telah bersetuju untuk bersama-sama PAS dalam kerangka kerjasama untuk melaksanakan hudud. Namun ianya bukan jaminan bahawa hudud dapat dilaksanakan kerana PAS masih memerlukan 35 lagi kerusi untuk menjayakan agenda ini. Persoalannya kini adakah PAS mampu untuk memujuk rakan pakatannya untuk bersama-samanya kini. Atau PAS akan ditentang habis-habisan oleh rakan sepakatan tahalus siasinya sedangkan musuh tradisinya UMNO bersama-sama ingin mendaulatkan hukum Allah di bumi Malaysia ini. 

SALAH UMNO LAGI KAH ANDAI DAP DAN PKR MENOLAK HUDUD...???






KUALA LUMPUR 14 April - 

Pas Kelantan terus menerima tekanan daripada rakan sekutunya untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertegas mematuhi perjanjian pada 2011 untuk tidak melaksanakannya.
Perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang itu antara lain tidak akan melaksanakan hukum hudud demi menghormati penentangan konsisten yang dibuat oleh DAP berhubung pelaksanaan hukum tersebut.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendirian tersebut kekal selagi belum ada apa-apa penjelasan daripada Pas untuk menguatkuasakan hukum Islam itu di Kelantan.
Menurut beliau, PKR akan menunggu keputusan mesyuarat Biro Lajnah Politik Pas yang akan membincangkan perkara berkaitan pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat sebelum pimpinan tertinggi PKR membuat ketetapan.
“Saya difahamkan perkara tersebut telah dibincangkan di peringkat Pas Pusat dan kemudian dibawa kepada biro politik yang masih belum bermesyuarat tetapi belum ada keputusan jelas bagaimana proses itu akan dijalankan.
“Sehingga kita jelas apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembentangan rang undang-undang persendirian oleh Pas dengan enakmen ini barulah PKR akan bawa perkara ini kepada perbincangan peringkat tertinggi parti," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.
Rakaman sidang akhbar itu disiarkan di laman portal, Harakah Daily yang turut dimuat naik di laman sosial YouTube.
Semalam, Kerajaan Pas Kelantan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.
Malah, katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.
Baru-baru ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.
Saifuddin berkata, pakatan pembangkang telah mencapai tiga perkara pada mesyuarat MPP tiga tahun lalu itu iaitu Majlis Presiden menghormati enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan Pas Kelantan yang melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah pada 1993 sebelum pakatan ditubuhkan.
Malah, katanya, Majlis Presiden turut mengakui dan menyedari penentangan daripada DAP terhadap enakmen tersebut yang kekal konsisten sehingga hari ini.
Selain itu, katanya, pada mesyuarat itu juga pimpinan pakatan pembangkang turut mengakui kerjasama politik untuk mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Keputusan terakhir masih kekal melainkan perkara sekarang yang dicadang Kelantan itu dibawa Pas kepada Majlis Presiden dan dibincang semula untuk mencapai apa-apa keputusan.
“Sekiranya masih belum berlaku, pakatan pembangkang terikat dengan ketetapan itu dan PKR sebagai komponen dalam pakatan juga terikat," katanya.

Sunday, December 1, 2013

USTAZ KAZIM DI MAKAN SERIGALA KATA ADMIN FB NIK AZIZ ...!!!



Saya tertarik dengan istilah 'pendakwah bebas' yang selalu disebut-sebut oleh masyarakat. Saya faham maksud bebas tersebut ialah tidak terikat dengan mana-mana fahaman organisasi khususnya politik. Tetapi sebenarnya, pendakwah sebenarnya tidak mungkin bebas. Dalam arus politik, seseorang semestinya mempunyai pendiriannya masing-masing apatah lagi seorang pendakwah yang bertanggungjawab membawa kebaikan kepada masyarakat. 


Di dalam Islam, cuma ada iman atau kufur. Di akhirat kelak, cuma ada neraka atau syurga. Begitu juga di dunia, yang ada ialah benar atau batil. Seorang pendakwah wajib memilih untuk menyeru manusia kepada kebenaran atau kebatilan. Dia tidak boleh bebas tanpa apa-apa pendirian politik. Jika dia benar-benar menjadi bebas dari sudut pendiriannya, lambat laun mudahlah ia dimakan oleh 'serigala'.

Justeru, saya tidak pelik jika mana-mana 'pendakwah bebas' tiba-tiba dimakan oleh 'serigala'.

takkan sindir ustaz kazim elias kot..mmg ade pihak yg betul n salah..contoh antara umno dan pas..takkan umno 100% salah smpai xde betul lgsung..takkan pulak pas 100% betul xde salah lgsung..xde manusia yg perfect pnah lahir kt bumi ni..andai kata org tu pilih umno..takkan serta merta nk ckp die salah..tu statement org yg selfish je..aku tgk org umno bhagian tmpat aku..bgus jgk org nye dr segi agama..mebi die yg nk cube unah parti umno dr dalam tnpa cube tubuhkan parti bru..bnyk lg jalan lain..nk jd ngare bgus x smesti nyer tubuh kan parti bru pastu lwan umno..kot2 ubah dr dalam pon boleh..ape pun..pnyokong je aku tgk melebih2..jgn nk laga kn sesame sndiri

 Dah tu nk sume ustaz and ulama masuk pas?lg jahanam la kerajaan yg tgh tadbir ngare skrg klu xde pnasihat bab2 agame..at least ade la jgk walaupon pemimpin atasan x mndgr sgt bab agame..tp takkan la nk biar hnyut tros..yg lpas tu mebi dah jd mcm tu..yg bru ni bg la sokongan..utk kekuatan die tros kn..die ustaz,sggup tahan caci maki walau pon berdakwah..agk2 kite bleh ke tahan klu mcm tu jd kt kite..

ak ska ja dgq UKE pnya cramah.wlaupun ak skong..dia umno ka pas ka.jnji ilmu 2 pnting..jgn kta smua x ska dia..

habis tu nak harapkan USTAZ-USTAZ dan guru2 yg ada hari ini nak menyatukan umno dan pas ??? SORRY TO SAY tok guru.. mereka semua takkan mampu...sebab mereka hanya akan menggalakkan perpecahan disamping memaki hamun sesama ummat.. UMNO jika tanpa golongan agamawan dikatakan teruk dan sekular..malah lebih keji dan hina ada yg kata UMNO itu KAFIR.... tapi bila UMNO mengambil golongan agamawan juga dikatakan teruk... mana satu ni ?? Pemikiran double standard apakah ini ?? 
Patutnya PAS patut rasa malu kerana ''sebuah parti sekular'' mengambil golongan Ustaz dan pendakwah utk menjadi penasihat mereka... cukup2 lah dengan apa yg PAS dah buat pada Hassan Ali, Cikgu Non, Ustaz Nasharuddin.. dan sbgainya... hari ini nak tohmah dan keji Ustaz Kazim pula ?? Hormat saya pada parti yg konnnya mmperjuangkan Islam ini telah semakin luntur..

Seandainya Allahyarham Ustaz Fadhil Nor masih hidup Ya Allah....

Asw...siapalah kita utk menilai?? Biarlah Allah yg tntukan sapa yg bnar dan slh. Lbh baik kita diam dari berkata-kata wahai saudara-saudaraku drpd mngluarkan kata yg kesat dan mncerca. Ssunggunya nabi pun lmbut dlm adab dan tutur kata...smoga Allah permudahkn n mbntu umat yg ingin mnegakkn jihad n fisabilillah...tdk kira kepartian. Sama2 kita berdoa utk kbaikan agama Islam dan bngsa melayu sluruhnya....in sya Allah

Tak bolehkan tuan guru mendoakan mudah2an parti lawan tn guru mendapat bimbingan ke arah yg lebih baik. Tn guru lebih arif dlm bab keagamaan, tak bolehkan tn guru bersikap husnuzon, bersangka baik. Susunan Allah cantik. Mgkn ini langkah permulaan ke arah penyatuan ummah di negara kita. Klu tn guru tidak berminat, jgn la seakan menghasut dan sentiasa bersikap prejudis. Sebagai org yg lbih tua, seeloknya kita hendaklah menjadi pendamai ke arah kesatuan ummah dan perpaduan ummah.

Sunday, April 7, 2013

MOHON TERIMA PEMIMPIN BISEKSUAL , BOLEH TAK ...???


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat digesa menyatakan pendiriannya dan tidak termakan pujukan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengeluarkan fatwa menggalakkan seorang biseksual menjadi Perdana Menteri.


Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talib berkata, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak mengendahkan kata-kata manis pemimpin PKR bagi mengelakkan agama dan bangsanya dicengkam oleh pemimpin tidak berakhlak.


''Nik Abdul Aziz hanya berada di belakang PKR disebabkan kepentingan peribadi dan politik beliau, sebab itu Menteri Besar Kelantan itu terus setia bersama pakatan pembangkang.
''Namun dalam hal ini, beliau harus sedar tentang tanggungjawabnya terhadap rakyat dengan menyatakan pendirian berlandaskan ketetapan Islam dan menolak keburukan akhlak pemimpin PKR yang nyata jauh terpesong daripada agamanya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berhubung dakwaan wujud usaha parti itu untuk memujuk Nik Abdul Aziz supaya mengeluarkan fatwa menggalakkan seorang biseksual menjadi Perdana Menteri semalam.
Sementara itu bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyarankan supaya rakyat tidak memberikan peluang kepada pemimpin yang terbukti rosak akhlak menerajui negara ini.


Menurut beliau, kedudukan agama Islam akan terancam, sekali gus memberi kesan kepada umat Islam khususnya dan negara amnya akibat daripada menerima pemimpin yang rosak akhlaknya.


''Tiada siapa patut mementingkan diri dalam hal ini kerana menolak pemimpin sebegini adalah wajib demi mempertahankan agama, bangsa dan negara," katanya.

MUHYIDDIN PUJI NIK AZIZ MELANGIT




Tan Sri Muhyiddin Yassin menyindir Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersikap seperti 'Tuhan' ekoran dakwaan Mursyidul Am Pas itu bahawa solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana kononnya parti itu menolak Islam.
Timbalan Perdana Menteri berkata, fatwa songsang Nik Abdul Aziz yang menggelarkan dirinya sebagai tokoh agama di dalam Pas itu amat mengecewakan umat Islam di negara ini.
Menurut beliau, kenyataan tersebut telah disanggah oleh ramai tokoh agama termasuk mufti-mufti, malah ramai umat Islam tahu hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan amalan seseorang itu diberi balasan pahala atau dosa.
''Kalau solat yang dianggap sebagai tuntutan agama dikerjakan umat Islam tanpa mengira latar belakang politik dikatakan oleh Pas tak dapat pahala, ini semacam mengatasi Tuhan.
''Yang nak beri pahala dan dosa itu bukan dia tetapi dia dah hukum macam tu,'' katanya dalam sidang akhbar selepas program turun padang di sekitar Kondo Rakyat Desa Pantai, Lembah Pantai di sini hari ini.
Yang turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Pengerusi BN Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Muhyiddin dan Noorainee yang tiba pada pukul 9 pagi meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah mesra dengan penduduk dan peniaga di sekitar kawasan Kondo Rakyat Desa Pantai sebelum bersarapan pagi bersama orang ramai
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan itu ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jambu, Kota Bharu, Kelantan pada 3 Mac lalu.
Tambah Muhyiddin, kenyataan terbaharu oleh Nik Abdul Aziz itu membuktikan Pas layak digelar sebagai 'parti ajaran sesat' dan bukannya Parti Islam Se-Malaysia.
Beliau memberitahu, ramai orang akan sesat sekiranya mengikut Pas yang mempergunakan agama untuk tujuan politik, justeru hakikat itu menjadi peringatan kepada rakyat agar tidak mempercayai parti berkenaan.
''UMNO merupakan sebuah parti yang telah lama berjuang untuk Islam. Kita berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, membela umat Islam, membangunkan bidang iktisad dan menyebarkan syiar Islam,'' ujarnya.
Muhyiddin juga meminta Nik Abdul Aziz agar tidak menyalahkan media kononnya tersalah lapor tentang kenyataan tersebut seperti yang pernah dilakukannya dalam banyak isu, melibatkan beliau sebelum ini.
Berhubung hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13, beliau percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu malu setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggelarkannya sebagai penakut jika tidak berbuat demikian.
''Dia kata tak takut tetapi saya fikir hati dia gementar sebab dia dengar kita akan meletakkan calon yang hebat, jadi dia berkira-kira, kalau duduk lama tak boleh bertahan.
''Tetapi bila Perdana Menteri cabar, dia malu. Jadi, dia berkira-kira hendak balik semula ke Permatang Pauh,'' jelasnya.
Bagaimanapun, Muhyiddin memberitahu, pengundi di Permatang Pauh boleh menilai dengan bijak siapa sebenarnya Anwar dan pencapaiannya sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat mereka.
Anwar sebelum ini dikhabarkan mungkin bertanding di Perak atau Selangor, namun beliau akhirnya memutuskan untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Friday, April 5, 2013

PAHALA SOLAT HAK MUTLAK ALLAH SWT


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berhak menghakimi amalan solat umat Islam negara ini kerana ketentuan pahala amalan itu kekal menjadi hak mutlak Yang Maha Esa, Allah SWT.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, hal ini kerana kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu.


"Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.

"Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Nik Abdul Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi melalui fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO apabila mendakwa sembahyang ahli parti itu tidak memberikan sebarang pahala kerana UMNO telah menolak dasar Islam.

Nik Abdul Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.
Pada 17 November tahun lalu dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekeh Islam dalam dasar parti itu.

Nik Abdul Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada UMNO kini menganut agama Kristian, Buddha ataupun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.
Pas sebelum itu, menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut berdoa kepada Allah SWT supaya menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa mengadakan solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Sehubungan itu, Harussani meminta rakyat tidak terpengaruh dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz yang jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam.
Sambil menyelar tindakan itu, beliau berkata, hanya Nik Abdul Aziz yang masih tidak nampak dasar Islam yang dibawa UMNO dalam mentadbir negara ini.

"Berkemungkinan kerana UMNO tidak amalkan hukum hudud seperti yang diperjuangkan Pas itu, maka dengan mudah dia menuduh parti itu menolak dasar Islam sedangkan Malaysia begitu disanjungi negara luar sebagai peneraju kewangan dan perbankan Islam serta lain-lain lagi," katanya.


Thursday, April 4, 2013

SOLAT ORANG UMNO TIDAK SAH

KOTA BHARU 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya.

Tuesday, February 19, 2013

SAYA AKAN PERTAHANKAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT





Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dalam ceramah di sebuah masjid di Taiping, Perak baru-baru ini sekali lagi menegaskan beliau akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayatnya.
Berikut adalah kenyataan beliau seperti dipetik daripada blog http://pi5au.blogspot.com dalam entri bertarikh 16 Februari lalu:
''...tetapi apa kesan kepada masyarakat? Orang Islam masih ada yang menyokong. Dia dengar saya agak bertegas sikit, mereka hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) maki saya... sempit fikiran, tak faham situasi, tak reti bahasa. Tak apa... tidak mengapa.
''Tetapi macam mana boleh kita terima? Apa tujuannya orang Kristian nak terjemah Bible mereka daripada 'god' kepada Allah? Apa tujuan mereka?
''Dulu tahun 2008, bila timbul isu ini, saya panggil wartawan semua datang ke rumah. Saya dah bawa Bible ketika itu. Saya tunjuk al-Quran pada ketika itu. Saya tidak akan setuju kerana Allah yang saya sembah, tuan-tuan sembah, orang Islam sembah... Allah yang selama-lamanya 'qulhu Allahu ahad'.
''Kalau kita benarkan, kita rela dan kita reda Allah diletak kepada 'god', maknanya kita merelakan Allah itu disyirikkan oleh manusia.
''Atas itu, saya mengambil kesempatan malam ini nak menyeru lagi sekali, saya sebut ini di mana pun, saya akan pertahankan kalimah ini sampai akhir hayat saya. Saya tidak akan reda dengan Allah yang dikufurkan."