Showing posts with label Abu Bakar. Show all posts
Showing posts with label Abu Bakar. Show all posts

Wednesday, September 28, 2016

PERSEMPADANAN SEMULA : MCA BERI CADANGAN



Isu persempadan semula masih menjadi isu hangat bukan sahaja di pihak pembangkang malahan antara parti-parti komponen BN termasuk UMNO, MCA dan MIC. Masing-masing memberi hujah dan alasan bagi menyatakan pendirian masing-masing. 

Kebanyakannya pendapat tidak menunjukkan tanda-tanda menyokong persempadanan semula ini dilaksanakan. 

Bahkan ketika Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Haji Mohammad Haji Hassan  apabila diajukan oleh pembangkang dalam Dewan Undang Negeri, Negeri Sembilan menjawab sambil berseloroh "Kita (kerajaan) tidak tahu berkenaan pekara ini, SPR tidak pernah berbincang pun dengan kerajaan berkenaan persempadanan semula ini", "jika SPR berunding dengaan kerajaan senanglah, dah lama kita menang semua kerusi dah". disambut gelak ketawa oleh semua ahli dewan.  

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Kaa Siong pula berkata pihaknya bersedia mengemukan cadangan yaang telah dikaji kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) .

Menurutnya lagi semua cadangan tersebut telah dikaji dengan teliti dari setiap sudut dan semua aspek yang penting namun tidak boleh didedahkan lagi kerana tidak mahu pihak pembangkang  mengambil kesempatan. 

Seperti yang dijelaskan oleh Presiden MCA , Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai bahawa persempadanan semula ini perlu melambangkan perpaduan kaum di Malaysia maka oleh itu cadangan ini juga mengambarkan aspirasi perpaduan dan integrasi antara kaum di Malaysia. 

Saturday, July 30, 2016

SIAPA SI KITOL ALAF BARU ?


Dalam sejarah Empayar Kesultanan Melayu Melaka, peranan kepada keruntuhannya dimainkan oleh Si Kitol yang berketurunan Keling. Dialah antara punca utama yang menjadi penyebab kepada kehancuran tamadun Melayu Melaka yang gah di mata dunia seketika dahulu.


Punca kekalahan Melaka adalah kerana maklumat kekuatan tentera Melaka telah dibocorkan oleh pengkhianat Si Kitol. Natijah dari pengkhianatan ini tamadun bangsa hancur musnah, masjid-masjid dirobohkan, puluhan ribu nyawa umat Islam terkorban, Melaka dan Tanah Melayu keseluruhan dijajah selama lebih 400 tahun.


Walaupun ketika itu bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada soldadu Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah. Kekalahan ini bukannya kerana jumlah sedikit atau banyak, tetapi kerana pengkhianatan pembesar-pembesar Melayu ketika itu yang tidak ada kesetiaan kepada tanahair.


Senario hari ini memperlihatkan beberapa pemimpin Melayu mempunyai ciri-ciri Si Kitol seperti yang dipaparkan dalam sejarah Melayu. Mereka menghasut dan memecahbelahkan orang Melayu kerana tamak dan rakus untuk menguasai tampuk pemerintahan.


Tidak hairanlah jika ada diantara mereka sanggup bersekongkol dengan kuasa asing dalam usaha menyingkirkan kepimpinan negara. Sehingga sanggup menjemput kuasa luar untuk campur tangan dalam urusan negara. Namun sedarkah kita, apakah matlamat kuasa asing ini memberi bantuan kepada sekelompok kecil pemimpin Melayu ini ? Sudah tentulah mereka sanggup memberi bantuan kepada segelintir pemimpin Melayu ini demi mencapai tujuan mereka untuk menguasai negara. Pemimpin seperti ini jika memegang tampuk pemerintahan negara hanya akan menjadi boneka kuasa asing dan akan bertindak mengikut kepentingan "tuan" mereka sahaja.


Pengkhianatan mereka tidak ada bezanya dengan Si Kitol yang membocorkan rahsia ketenteraan Melaka. Si Kitol moden ini lebih pintar dalam menyusun strategi pengkhianatannya kepada negara. Mereka sanggup berhabisan wang keluar negara menjemput kuasa asing mencampuri urusan negara.


Ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada bangsa Melayu, " Janganlah Melayu lupa, di sebalik pertempuran hebat tentera Melaka dan Portugis, 'berdiri' si Kitol dan Raja Mendeliar. Dalam kalangan orang Melayu yang berpecah tiga ini pun, ramai lagi mempunyai watak si Kitol dan Raja Mendaliar.


‪#‎NegaraBerdaulat‬

Sunday, April 7, 2013

LGBT PATUT DI BERI KEBEBASAN


Topik sokong atau tidak Seksualiti Merdeka merupakan topik yang tidak gemar disentuh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa ?
“Isu di sini bukan sama ada menyokong atau tidak menyokong. Isunya ialah anda menyerang mereka.
“Itu perkara yang berbeza. Adakah kita di negara ini tidak boleh bercakap mengenai perkara ini?” katanya kepadapemberita di lobi Parlimen 8 November.
Ketika menjawab persoalan itu, Ketua Umum PKR itu memilih pendekatan mengalih dari isu utama, menjawab kepada isu sampingan yang merupakan teknik biasa dilakukannya jika beliau tidak selesa dengan sesuatu persoalan tersebut.
Itupun Anwar bersedia memberi respon setelah hampir seminggu topik Seksualiti Merdeka mula diperkatakan di negara ini.
Jawapan Anwar seperti dirakamkan Malaysiakini tidak begitu tegas, bercelaru dan samar-samar. Satu sisi, nampak seperti tidak menyokong ketika bercakap dalam Bahasa Melayu (dengan ayat yang tergantung) dan satu sisi lain, nampak seperti menyokong (dengan nada yang lebih tegas) ketika bercakap dalam Bahasa Inggeris.
“Kenapa ‘serang’ (Seksualiti Merdeka) selepas Ambiga (mahu rasmikan)..(Jika) kita pilih untuk pertahankan (Seksualiti Merdeka)..mereka kata..Ahh..Lihat Anwar bersama mereka (Seksualiti Merdeka).
“Saya bukan mahu mendesak supaya mereka mengambil tindakan terhadap Marina..awak harus hormat hak Marina Mahathir untuk menyatakan pendapatnya”, katanya.
Gambaran yang diberikan Anwar, seolah-olah hanya dua tokoh yang dijemput merasmikan Seksualiti Merdeka, iaitu Marina Mahathir (2009) dan Datuk Ambiga Sreenevasan (2011).
Tetapi bagaimana pula dengan penglibatan bekas salah seorang peguam bela kes liwat II, Edmund Bon yang merasmikan Seksualiti Merdeka pada tahun 2010 ?
“Saya cadangkan mereka hormat pandangan Marina..sama juga dengan pandangan Ambiga”, kata Anwar.
Memperbesarkan topik sokongan Marina Mahathir terhadap Seksuliti Merdeka adalah teknik terbaik daripada melindungi pendirian sebenarnya terhadap isu tersebut, walaupun sokongan anak Tun Dr Mahathir bukan perkara pelik yang pernah dilakukan sejak tahun 1998, ketika ayahandanya memecat Anwar atas alasan mengamalkan aktiviti homoseksual dan biseksual.
Bahkan pada tahun 1998, ketika Dr Mahathir memecat Timbalannya atas dakwaan mengamalkan seks luar tabie, wartawan Barat yang pro Anwar menjadikan Marina sebagai sasarannya, kerana anak bekas Perdana Menteri itu dilihat terlibat aktif dalam gerakan feminisme dan kesedaran HIV di Malaysia.
Dr Mahathir dalam bukunya, A Doctor in the House, memberitahu pandangan Barat dengan pandangan Malaysia berbeza tentang aktiviti homoseksual Anwar pada tahun 1998.
“…Seorang wartawan wanita dari Australia bertanyakan tentang Anwar. Beliau begitu sinis apabila menyentuh tentang tuduhan salah laku moral dan liwat di antara orang dewasa berdasarkan suka sama suka apabila menganggapnya sebagai perkara biasa. Bagi beliau dan mereka yang sehaluan dengannya Anwar tidak melakukan sebarang kesalahan”, katanya. Klik di sini
Bermakna sokongan Marina terhadap kumpulan minoriti, bukan perkara baru, tetapi menjadi anak Dr Mahathir sebagai perisai bukanlah kaedah terbaik, kerana fakta membuktikan, sikap Dr Mahathir sebagai negarawan ulung di negara ini tetap bertegas, memecat Anwar kerana tidak mahu menjadikan tokoh yang dikaitkan dengan seks luar tabie dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri di negara ini.
Jika Marina yang tidak bercita-cita menjadi Perdana Menteri (PM) sokong Seksualiti Merdeka, bagaimana pula dengan Anwar yang bercita-cita jadi PM berpandangan tentang Seksualiti Merdeka, sedang Dr Mahathir masih konsisten dengan pandangannya hingga ke hari ini ?
Adalah tidak adil Anwar berlindung di sebalik perisai Marina Mahathir semata-mata untuk menutup pandangannya yang senada dengan Ambiga dan Edmund Bon.
Sebagai bekas Presiden ABIM dan tokoh yang pernah dinobatkan sebagai ‘bakal Presiden PAS’ satu ketika dahulu, Anwar sepatutnya lebih tegas daripada bekas Mutfi Perlis dalam penentangannya terhadap Seksualiti Merdeka.
Dalam pada itu, pandangan Anwar terhadap Seksualiti Merdeka juga turut menjadi topik utama di kalangan komuniti #SeksualitiMerdeka.
“Betul ke @anwaribrahim tak suka #SeksualitiMerdeka?? Semasa temuramah pemberita di lobi parlimen. “HAIRAN””, tanya sheikhnorman

Saturday, March 23, 2013

HOOLAND KALBI MENGAKU DI BAYAR



Banner 1m
PENGAKUAN salah seorang pengganas Hooland Kalbi yang ditangkap ketika OpsDaulat baru-baru ini pasti mengemparkan seluruh rakyat, apabila ketika prosiding pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia telah dibayar oleh seseorang untuk bertindak di Sabah.
Hooland Kalbi
Hooland merupakan antara lapan warga Filipina yang dituduh menjadi anggota kumpulan pengganas, berkata sedemikian di hadapan Hakim P. Ravinthran. Turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas ialah Lin Mad Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir.
Manakala Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan dua tertuduh lagi, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.
Secara rationalnya, SEMUA pengganas yang ditangkap itu perlu dibicarakan atas tuduhan melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agung. Dengan itu, sekiranya mereka didapati bersalah mahkamah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada semua yang didakwa itu.
Ia bertujuan untuk memberi amaran dan pengajaran kepada rakan-rakan mereka khususnya warga Filipina yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Sultan Sulu (walaupun tidak diiktiraf) mengunakan pendekatan yang sama bagi MERAMPAS kedaulatan Sabah dari Malaysia.
Malah dengan kenyataan Hooland itu tadi, pastinya akan membuatkan ‘orang-orang tertentu’ panas punggung dan tidak senang duduk, kerana kenyataan tersebut dilihat selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina sebelum ini.
Mereka sebelum ini melaporkan, menurut sumber perisikan tentera dan kenyataan pegawai tertinggi Filipina yang mengatakan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu telah dibiayai dan di dalangi oleh beberapa orang pemimpin pembangkang di negara ini.
Tambah menimbulkan keraguan ialah, sepanjang episod tragedi berdarah ini berlangsung boleh dikatakan majoriti pimpinan pembangkang seolah mengambil pendekatan lepas tangan.
Malah ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini ketika diminta mengulas laporan yang dikeluarkan itu, terus marah sambil mengugut akan mengemukakan saman sekiranya mengulangi soalan tersebut.
‘You ulang, I saman’ adalah merupakan ungkapan beliau bagi mematikan persoalan itu dari terus dibangkitkan.
Lebih pelik lagi, apabila dia seakan gugup dan secara jelas menipu dengan mengeluarkan kenyataan yang terbukti bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina.
Kerajaan Malaysia sebelum ini, cuba memberi peluang dengan membuka ruang perbincangan bagi menyelesaikan konflik ini secara baik. Namun tindakan para pengganas yang memulakan serangan telah memaksa pihak keselamatan negara membalas serangan tersebut seterusnya melancarkan OpsDaulat.
Pihak berkuasa juga digesa untuk segera menjalankan siasatan secara menyeluruh agar mereka yang dikatakan sebagai DALANG itu turut dapat dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.
Sebagai sebuah negara yang berdaulat, tindakan yang tegas perlu diambil baik terhadap warga asing mahupun rakyat negara ini. Ia bagi mengelakkan sebarang percubaan yang ingin dilakuakn untuk mencetuskan huru-hara semata-mata untuk memperjuangkan ideologi politik songsang orang-orang tertentu.
Kepada pengkhianat negara, TUNGGU!!!! Masanya akan tiba, untuk kamu diseret sama ke muka pengadilan.