Sunday, July 30, 2017

GUNA KAD BARU MyRapid ELAK KESULITAN




Susulan dari aduan terdapat kerosakan mesin tiket layan diri (TVM) di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh sebelum Prasaran Malaysia Berhad (Prasarana) menyarankan agar pengguna mendapatkan  kad My Rapid KL.

Ini bagi memudahkan pengguna untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa berurusan pembelian tiket di mesin TVM. Justeru itu Rapid KL menasihatkan penumpang menggunakan kad MyRapid KL baru yang dikeluarkan oleh Prasarana.



 TVM tidak mengalami apa-apa masalah, semuanya dalam berkeadaan baik. Insiden tergendala itu hanyalah sementara sahaja, ekoran daripada jumlah penumpang yang mendadak tinggi di stesen tersebut sehinggakan token yang ada kehabisan. Jadi kejadian tergendala itu hanyalah untuk menambah token semula.


Anda juga boleh menggunakan kad tounch and go yang ada atau kad pengenalan yang ada touch and go. 

Penulis sejak awal pembukaan MRT fasa satu lagi sudah biasa menggunakan kad pengenalan untuk bayar tambang. Mudah, cepat dan efisyen. 

Sesuatu yang tidak dijangkakan peningkatan mendadak pada permulaan pembukaan MRT SBK ini. Pada hari pertama sahaja telah mencecah 100 ribu orang. Dan peningkatan ini berterusan, dihabarkan pengguna MRT SBK ini telah mencecah kepada 140 ribu orang pengguna. 

Jelas sekali MRT amat bermanfaat kepada rakyat terutama di Lembah Klang. Pembukaan Fasa Kedua MRT  (SBK) telah dan bakal mengubah corak hidup bagi kira-kira 1.2 juta penduduk yang tinggal berhampiran dengan stesen MRT dan sekitar Lembah Klang. Ini belum sampai sebulan. 

Ada rakan-rakan penulis yang menggunakan jalan raya menyatakan ada sedikit perubahan di laluan mereka. Jalan raya lebih lancar dari biasa.MRT ini selain menjimatkan masa dan kos, Dianggarkan sera­mai 400,000 penumpang akan menggunakan Laluan SBK sepanjang 51 kilometer itu setiap hari.


E-HAILING TANDA KEMAJUAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA




Malaysia mencipta sejarah sebagai negara pertama yang mengesah dan mengiktiraf perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar sebagai perkhidmatan pengangkutan awam bila rang undang-undang berkenaan diluluskan Parlimen Khamis lepas, kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Langkah mengesahkan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar baru-baru ini merupakan kemajuan penting untuk penduduk awam Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pengesahan ini sekaligus menunjukkan bahawa sistem pengangkutan awam negara sedang menuju ke era digital.

"Ia (pengesahan khidmat) menunjukkan pengangkutan awam Malaysia sedang menuju era digital (dengan menyediakan khidmat digital).


Kita yakin ia akan menjadi perkhidmatan yang lebih cekap. Saya percaya ini perkembangan penting untuk rakyat Malaysia," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan ke 45 Young Malaysians Movement (YMM), di sini hari ini.

Liow berkata pengesahan perkhidmatan itu akan juga membantu negara mencapai 40 peratus sasaran saham modal pengangkutan awam menjelang 2030.


"Menjelang 2027, projek Transit Aliran Massa (MRT) akan siap dan ketika itu semua hubungan dalam bandaraya akan benar-benar lengkap, semua ini akan meningkatkan lagi pengangkutan awam di Malaysia, bagi mencapai sasaran 40 peratus," katanya.



Friday, July 28, 2017

GRABCAR UBER, BAKAL DIIKTIRAF SEBAGAI PENGANGKUTAN AWAM NEGARA




GrabCar  dan Uber bakal menjadi pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang berkuatkuasa dalam masa setahun selepas beberapa syarat dipatuhi sepenuhnya.
Antara prasyarat yang ditetapkan ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, perlindungan insurans dan kad pemandu.

Berita ini bakal memberi harapan baru kepada pemandu-pemandu GrabCar dan Uber yang seringkali takut-takut menjalankan kerja mereka kerana sering diganggu pemandu teksi atau penguatkuasa JPJ dan sebagainya.

Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) (Pindaan) 2017 telah diluluskan di Dewan Rakyat.  Menjadikan Malaysia negara yang pertama mengiktiraf perkhidmatan GrabCar dan Uber  sah sebagai Pengangkutan Awam di Malaysia.

Belum ada lagilah dalam dunia ini syarikat penyedia e-hailing dikawal selia pihak yang berwajib. Malaysia menjadikannya satu standard agar dapat menjaga hak orang ramai yang menggunakankan perkhidmatannya.

TAMAT SUDAH DRAMA PENIPUAN DAP





Kecelaruan dalam Pakatan semakin hari semakin melebar. Apa tidaknya selepas pengumuman pakatan harapan menggunakan satu lambang iaitu HARAPAN sebagai lambang parti pakatan dalam menentang Barisan Nasional, penykong tiap-tiap parti berbalah siapa bakal PM pakatan HARAPAN.

Di tambah lagi dengan gelagat Pengerusi HARAPAN Tun Mahathir yang selalu buat pusingan u-turn. Pening juga pemimpin Pakatan seperti  Mat Sabu, Hisyamuddin Rais, Azmin Ali cuba menyucikan kembali Tun Mahathir di mata penykong pakatan.

Setiap kali mereka cuba menyerang Barisan Nasional dengan isu lapuk terutama 1MDB dan GST mereka pula dilanda krisis dalam yang semakin meruncing. Penyokong dan ahli mereka sendiri bergasak mahukan namakan seorang sebagai Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (jika menang pilihanraya).

Macammanalah nak menyelamat Malaysia jika parti sendiri penuh dengan segala masalah yang tak selesai sampai hari ini. Contohnya DAP dengan masalah pemilihan CEC mereka yang tidak pernah sudah.

 Apa lagi yang DAP nak menipu pengundi cina? Apakah dengan menyalahkan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) DAP boleh terus membohongi rakyat bahawa tiada penipuan dalam pemilihan CEC. Orang macam ni kah nak diletakkan sebagai penyelamat Malaysia. Lawak apakah ini ?

Oleh itu tidak hairan jika DAP memindahkan semua kelemahan mereka kepada MCA, jika ianya melibatkan kaum Cina. Segala kekurangan dan masalah kaum Cina DAP akan cari MCA untuk disalahkan. Padahal apa yang sudah DAP bantu kaum Cina di Malaysia ? Tidak ada satu pun melainkan ianya memberi manfaat kepada mereka.

Apa yang dibuat MCA  jauh lebih besar mafaatnya kepada masyarakat terutama kaum Cina jika nak dibandingkan dengan DAP.

Wednesday, July 26, 2017

KERJASAMA ERAT SPAD, PLUS




Sudah lama dinanti-nantikan kerjasama yang lebih erat antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam memastikan usaha pengguna ikut dan patuh pada peraturan jalan raya.

Sudah lama natizen melihat sesetengah pengguna lebuhraya bebas melanggar undang-undang. Memandu melebihi had laju, memotong disebelah laluan kecemasan dan lain-lain lagi. 

Perkara ini sudah cukup lama menjadi kebiasaan bagi pengguna lebuhraya PLUS. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna perlu dicegah agar kecelakaaan di lebuhraya dapat dicegah dan dikurangkan. 

Elok sangatlah SPAD membuat pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dimiliki oleh PLUS. Perkara ini dinyatakan oleh Pengurus Kanan Bahagian Penguat Kuasa SPAD, Datuk Hasni Cik Ahmad.

"Tujuannya untuk memantau pengguna lebuh raya khususnya lori dan bas yang melakukan kesalahan di sepanjang laluan milik PLUS.


"Kerjasama ini telah bermula lama, namun pada tahun ini kerjasama itu ditingkatkan secara lebih sistematik," katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai Operasi Bersepadu antara pihaknya dengan PLUS dan polis di Plaza Tol Skudai, di sini sebentar tadi.



PROJEK MRT - KRONI NAJIB KAYA RAYA




MRT PROJEK KRONI NAJIB

Ya ! Tidak dinafikan lagi, MRT merupakan satu lagi projek kroni Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak. Seperti mana DS Najib menggunakan BR1M untuk memberi wang kepada kroni-kroninya begitu jugalah projek MRT ini.

Hari pertama sahaja hampir 100,000 ribu orang kroni DS Najib menggunakan MRT dengan diskaun 50 peratus. Ini jelas menunjukkan kenapa Najib hendak projek ini siap lebih awal dari jadual sebenar. Lain tak bukan adalah kerana ingin memudahkan kroni-kroninya dapat ulang alik pergi kerja dengan mudah.

Jika dibandingkan dengan Tun Mahathir ketika syarikat milik TS Ananda Krishnan menjual tapak lumba kuda kepada Petronas untuk tapak projek KLCC dengan harga RM600 juta. Itu dinamakan projek Rakyat, sebab ramai rakyat dapat melihat dengan megahnya betapa tinggi dan gahnya KLCC.


Harap Tun Mahathir pun tak lupa yang beliau perah menggunakan wang Petronas untuk membeli tanah Selangor Tuft Club (STC) sebagai tapak pembinaan KLCC. Pembelian tanah STC oleh Petronas terpaksa melalui syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang bertindak sebagai 'Brokerage Company' yang mengaut keuntungan yang terlampau tinggi. Bayangkan, 26 tahun yang lalu tanah STC dibeli oleh Seri Kuda Sdn Bhd dengan nilai RM26.20 sekaki persegi. Beberapa bulan kemudian, tanah tersebut dijual kepada Petronas dengan nilai 214.40 sekaki persegi!!!.

Fuhhh...gila, berapa kali ganda. Tapi tak apa, sebab Tun Mahathir bina KLCC untuk rakyat miskin datang bergambar dan melangut tengok betapa hebatnya antara bangunan tertinggi di dunia.

Kaki Bakar Line

PAS AKAN LEMPANG PKR, DAP SAMPAI TERSUNGKUR



Pas sama sekali tidak memberi muka kepada PKR apabila menegaskan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam masa sama, Pas juga bersedia bertanding di kerusi lain milik PKR di seluruh negara termasuk kawasan DAP yang berpotensi di Pulau Pinang.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ber­kata, hubungan parti itu dan PKR sudah putus jadi tidak ada masalah untuk bertanding di mana-mana kawasan meskipun terpaksa berhadapan saingan tiga penjuru.


“Pas tidak terikat dengan sesiapa sekarang, jadi kita bebas dan terserah untuk kita bertan­ding di mana dan ba­nyak mana kawasan. Kita lawan tetap lawan, menang kalah, itu perkara lain.

“Dulu kita ada per­sefahaman, perjanjian. Sekarang sudah tidak ada maka terserah pada kitalah. Sebelum ada PKR, memang kerusi (Permatang Pauh) kita lawan UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Keempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.
Minggu lalu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang melancarkan jentera pilihan raya di Permatang Pauh dan memberitahu bahawa parti itu telah mula menggerakkan jenteranya di semua kawasan di seluruh negara.


Kesal dengan tindakan tersebut, Naib Presiden PKR, Tian Chua me­nyi­fatkan langkah yang diambil bekas sekutunya itu sebagai satu bentuk provokasi dan angkuh.


Untuk rekod, PKR menguasai kawasan Parlimen yang sinonim dengan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sejak Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10) pada tahun 1999.


Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, pihaknya sedang mengkaji mana-mana kerusi lain milik DAP yang dilihat berpotensi untuk diletakkan calon pada pilihan raya nanti.


Sementara itu, beliau turut melontarkan keyakinan Pas mampu mencapai sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen sekaligus boleh menjadi penentu pembentukan kerajaan selepas pilihan raya.

Tuesday, July 25, 2017

BUAT SEMULA PEMILIHAN - DINASTI LIM TUMBANG !

 


 DAP tak usahlah bagi banyak alasan sangat, henti-hentikanlah Opera wayang kulit tu. Apa susah sangat ke nak patuh kepada arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Buat saja pemilihan baru andaikata tidak takut kehilangan kuasa. Masalah ini berpunca dari aduan ahli DAP juga yang sangsi dengan pemilihan CEC DAP yang lepas. 

Memang patut pun mereka sangsi, sikap kepimpinana DAP sendiri melakukan penipuan demi penipuan. 

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menegaskan bahawa masalah yang DAP hadapi sekarang adalah berpunca dari sikap pemimpin dan parti mereka sendiri. Kononnya memperjuangkan keadilan, kebenaran dan demokratik, padahal pemilihan sendiri pun jelas menipu dan menyeleweng.

 Kita jelas, keengganan DAP terutama Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng enggan mengadakan pemilihan semula CEC adalah kerana mereka tahu, mereka akan kalah jika buat lagi sekali pemilihan. Kecuali mereka mencipta lagi satu penipuan dan penyelewengan seperti yang sudah-sudah. 


Jika mereka berani cuba mereka dedahkan nama 2576 perwakilan yang mengundi pada pemilihan dulu, "sure" terbalik punyalah. Hancur leburlah Dinasti Lim anak beranak. 

Siapa yang suka Dinasti Lim dalam DAP ni, perangai mereka mengalahkan jemuan. Pecat sana, pecat sini. Ikut suka hati mereka sahaja buat keputusan. Mereka buat parti DAP ini macam hak keluarga mereka sahaja. 

Ada maklumat yang menyatakan mereka membawa masuk pengundi hantu, itu yang dua beranak tu tak berani dedahkan siapa 2576 pengundi tersebut. Agak susah jugalah jika mereka buat sekali lagi pemilihan. Sudah pastilah ahli DAP akan mengawasi setiap pengundi-pengundi tersebut. Susahlah dua beranak Lim tu nak kelentong kali ini.

DAP perlu sedar diri, mereka memang parti yang bermasalah, tidak demokratik, diktator dan kuku besi. Jadi mereka tak payahlah nak mengajar orang lain tentang erti demokratik sebab mereka lebih teruk.    


Yang peliknya Tun Dr Mahathir yang dulunya cukup anti dengan DAP hari ini sudah hilang kewarasan, menyokong parti yang pernah dia lebelkan sebagai cauvinis atau perkauman yang melampau. Bahkan sanggup menyatakan DAP lebih demokratik daripada UMNO.

Begitulah politik, demi kuasa segalanya mungkin. Musuh ketat pun hari ni boleh buat kawan. Dunia politik macam-macam hal boleh terjadi. Siapa sangka Anwar Ibrahim yang begitu memusuhi Tun Mahathir hari ini boleh pula "sebantal'dengan Tun Mahathir. Kegilaan untuk berkuasa mereka sanggup berbuat apa sahaja.

Tun Mahathir sedar yang DAP memerlukan sokongan orang Melayu setelah kehilangan lebai-lebai PAS. DAP ini tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk memecah belahkan rakyat Malaysia terutama orang Melayu. 

DAP sedar untuk menebang pokok mereka memerlukan kapak. Dengan mata kapak saja sudah tentulah pokok tidak dapat ditebang, maka mereka memerlukan kayu untuk dijadikan hulu. PPBM, PKR dan PAN merupakan serpihan kayu yang dijadikan hulu kapak untuk tumbangkan UMNO. 

PPBM, PKR dan PAN merupakan lembu-lembu DAP untuk memecah belahkan rakyat Malaysia. Pernah ke parti pak kaduk ni semua mempertikaikan pemilihan DAP ? tak penah sikit pun, tapi parti ini jugalah yang cukup menyibuk tentang hal perihal UMNO. Kenapa ? Kerana itu adalah arahan Dinasti Lim.

  .



Sunday, July 23, 2017

CUKUP-CUKUPLAH MAIN WAYANG TU KIT SIANG




Adakah DAP ini sudah dipimpin oleh orang sewel dan hilang akal ? Bukankah segala masalah yang hadir dalam parti mereka berpunca dari kedegilan pemimpin-pemimpin mereka ?

Adakah salah ROS jika pemilihan yang dibuat oleh DAP dibantah oleh ahli sendiri? Salah ROS kah ? Yang mahukan pemilihan diadakan semula adalah ahli DAP, bukannya ROS.

Ketua Pemuda MCA pusat, Datuk Chong Sin Woon membidas sikap DAP yang hanya tahu menuding jari kepada ROS seolah-olah masalah mereka berpunca dari ROS sedangkan seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa puncanya adalah dari pemimpin DAP sendiri. Itu pun pemimpin mereka tak rasa malu langsung kononnya nak selamatkan Malaysia dari penipuan dan salah guna kuasa.

Sedangkan pemimpin merekalah paling kuat menipu dan mempergunakan ahli sendir.  Seua drama DAP ni orang sudah masak. Sendiri cari penyakit tuduh orang lain bawa penyakit.

Hendak tak hendak DAP kena akur, ahli mereka sendiri yang tolak keputusan itu. Sedar akan kelemahan ini Taresa Kok tidak lagi boleh meyembunyikan pekong  didalam, dan mengumumkan akan menngadakan semula pemilihan parti DAP.  Akhirnya telinga DAP kena tarik juga.

Friday, July 21, 2017

RAFIZI CEMBURU PROJEK MRT BERJAYA



Sebelum berjayanya projek MRT SBK ini bermacam-macam cabaran dan halangan terpaksa ditempuhi oleh pihak kerajaan. Walaupun projek MRT ini akan memberi kebaikan kepada rakyat, namun masih ada yang gagal memahami aspirasi negara dalam menuju negara maju.

Ketika kerajaan sedang melaksanakan projek MRT pelbagai serangan dilakukan oleh pembangkang konon projek ini membazir wang rakyat. Kos terlalu tinggi dan sebagainya. Mereka juga cuba melengah-lengahkan projek dengan melambat-lambatkan kelulusan tanah terutama di Selangor.

Anggaran Ahli parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli kononnya MRT 1 (Sungai Buloh - Kajang) bakal mencecah RM51 bilion juga tersasar jauh apabila Perdana Menteri mengumumkan kos MRT SBK hanya mencecah RM21 bilion - jimat RM2 bilion dari kos asal iaitu RM23 bilion dan siap lebih awal daripada yang dijangkakan.

Cara Rafizi buat kiraan pun macam kanak-kanak darjah satu. Menurutnya kiraannya 1 kilometer trek MRT bersamaan RM1 bilion, oleh itu kos bagi 51km trek MRT adalah RM51 bilion.

Hakikatnya, MRT Corporation Sdn Bhd telah menafikan dakwaan Rafizi dan menyebut bahawa, "kos RM21 bilion yang disebut dalam ucapan oleh Perdana Menteri adalah kos bagi kedua-dua *Fasa Satu dan Fasa Dua* daripada 51km jajaran SBK.

Formula matematik tahap budak sekolah seperti yang Rafizi gunakan ini betul dan boleh digunakan untuk mengira kos projek yang mempunyai pelbagai faktor penentu kos seperti keperluan untuk meninggikan jajaran tersebut atau membina jajaran di bawah tanah atau kos pembayaran pampasan tanah yang berbeza di kawasan laluan trek yang berbeza.

Hari ini mulut-mulut pemimpin pembangkang bagaikan tersumbat biji cempedak melihat kejayaan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional. Jadi tidak hairanlah jika keluar kenyataan-kenyataan dangkal daripada mereka. Semua itu bagi menutup malu kerana kebodohan mereka sendiri.

Sesungguhnya Rafizi dan pemimpin pembangkang yang lain begitu mencemburui kejayaan Dato Sri Mohd Najib membawa Malaysia selangkah lagi maju kehadapan sebagai sebuah negara yang menuju negara maju.

Wednesday, July 19, 2017

DINASTI LIM BAKAL MUSNAH

BAIK Penasihatnya, Lim Kit Siang mahupun anaknya, Lim Guan Eng, mereka dikatakan gemar menuding jari dan menyibuk hal-hal orang lain daripada lihat cermin perbetulkan diri sendiri. Bercakap berdegar-degar, padahal sehingga hari ini pun DAP masih belum mampu selesaikan isu pemilihan partinya yang tidak sah pada Disember 2012. Atau pemilihan semula yang juga tidak sah pada September 2013.



KALAU bercakap mengenai Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ada pihak gemar buat perbandingan begini:
“Kim II-sung adalah pemimpin tertinggi Korea Utara selama 46 tahun. Robert Mugabe telah mendominasi politik Zimbabwe selama 37 tahun.

Ferdinand Marcos digulingkan setelah 31 tahun. Suharto selama 30 tahun. Joseph Stalin memerintah Rusia selama 30 tahun. Saddam Hussein mengetuai Parti Ba’ath beliau selama 30 tahun. François Duvalier adalah pe­mimpin negara itu selama 14 tahun.

“Idi Amin masih berkuasa selama lapan tahun. Kit Siang enggan melepaskan selepas 51 tahun dan masih berada dalam parti untuk meraikan ulang tahun ke-60 mengetuai DAP.”

Demokratikkah DAP? Ada me­nggelarkan penguasaan Kit Siang anak beranaknya dalam DAP sebagai ‘Dinasti Lim’. Kalau diperhatikan musuh ketatnya, UMNO - tonggak Barisan Nasional (BN) - itupun sudah bersilih ganti de­ngan kini Presidennya yang ke-7, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dikatakan cengkaman ‘dinasti’ ini dalam demokrasi DAP dikaitkan dengan pemilihan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 2012 yang sehingga hari ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) masih belum mengiktirafnya.

Yang terbaharu kemelut yang dikaitkan rasa tidak puas hati terhadap ‘Dinasti Lim’ ialah pada 12 Februari tahun ini dengan tindakan keluar parti empat pemimpin DAP Melaka. Mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri itu, Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Se­ong (Kesidang).
Inilah yang dikatakan ibarat berkokok keliling kampung, kata bersikap terbuka tetapi sebenar­nya ekor bergelumang tahi.

Dan hakikatnya penentangan terhadap ‘Dinasti Lim’ tidak berlaku di Melaka sahaja, malah protes itu berlaku di beberapa negeri sebelum ini.

1. Johor
Pada April 2013, Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP Johor masing-masing Dr. Boo Cheng Hau serta Norman Fernandez yang telah lama berbakti dalam perjuangan DAP di Johor me­ngumumkan hasrat untuk tidak bertanding dalam pemilihan DAP akan datang. DAP diibaratkan kacang lupakan kulit apabila sesuka hati membawa masuk Liew Chin Tong daripada Pulau Pinang ke Johor untuk mengurangkan kuasa pemimpin DAP yang sudah lama berjasa di Johor.

Chin Tong hanya berada dalam DAP Johor tidak kurang daripada enam bulan dan sudah ada suara yang hendakkan ­beliau menjadi Pengerusi DAP Johor untuk menggantikan pemimpin DAP Johor yang sudah berdekad lama­nya ber­khidmat. Begitupun pe­mimpin DAP Johor, Ong Kow Meng menentang kepimpinan Cheng Hau kerana dikatakan me­ngamalkan kronisme. Cheng Hau pula tidak gembira dengan kronisme kepimpinan DAP pusat. ­
Bagaimanapun timbul persoalan, bukankah keadaan itu hanya membuktikan DAP sebenarnya sebuah parti yang juga banyak isu kronisme berleluasa?

2. Melaka
Pada 8 Oktober 2013, Leong San yang ketika itu Ketua Pembangkang DAP negeri meletak jawatan sebagai Ketua DAP Me­laka. Tindakan itu telah membuka pekung bahawa bukan setiap pemimpin dalam DAP sehaluan dengan ‘Dinasti Lim’. Ia mencetuskan dakwaan adakah DAP parti pertama di negara ini yang melancarkan gag order untuk mela­rang pemimpin dan ahli mereka bersuara?
Leong San meletak ja­watan kerana pe­mimpin DAP memberi tekanan da­laman kepada beliau ha­nya kerana memuji ke­pimpinan Datuk Seri Idris Haron, Ketua Menteri Melaka yang baru mengalih pucuk pimpinan negeri. Apakah memuji pihak lawan juga adalah satu dosa besar dalam DAP?
Dalam isu itu, Lim Jak Wong iaitu salah seorang Ahli Dewan Undangan Nege­ri DAP di Melaka turut meletak jawatan sebagai Ketua Whip Pembangkang negeri Melaka.

3. Kedah
Sekitar Disember 2013, Pe­ngerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik membangkitkan rasa ti­dak puas hati beliau terhadap ­kepimpinan Guan Eng dalam DAP apabila dikatakan ­menggunakan kuasa autokratik dan diktatornya untuk melantik Zairil Khir Johari menjadi pengerusi DAP negeri. Tindak tanduk DAP waktu itu dicap parti demokrasi yang pa­ling diktator apabila menolak Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah yang menang melalui pemilihan ­negeri manakala Zairil dipilih hanya berdasarkan atas faktor lantikan CEC DAP.

Sistem demokrasi DAP berbeza dengan MCA iaitu dalam MCA, pemimpin negeri sememang­nya tertakluk dengan perlembagaan parti dan atas bidang kuasa Presiden Parti untuk me­lantik kepimpinan negeri. DAP pula berdasarkan kepada pemi­lihan ne­geri dan CEC DAP sendiri sanggup membelakangkan perlembagaan dan demokrasi parti dalam isu lantikan Zairil selaku Pengerusi DAP Kedah. Oleh itu, perjua­ngan Buku Jing­ga dan dasar DAP bersama Pakatan Rakyat yang mengatakan mereka akan menghormati dan menjunjung Perlembagaan negara harus dipertikaikan. Ini kerana perlembagaan parti sendiri pun tidak mampu dijunjung apatah lagi Perlembagaan negara sekiranya mereka menang?


4. Selangor
ADUN DAP Teratai, Jenice Lee pada pemilihan sebelum ini dan sebelum beliau dipecat pada April 2013 adalah pe­mimpin DAP Sela­ngor yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan DAP Selangor. Namun dikatakan kebangkitan Jenice di Selangor dipercayai akan mengancam kuasa pemimpin tertentu di negeri tersebut dan telah dipecat serta tidak diletak sebagai calon DAP dalam ­pemilihan parti yang terbaharu.

Di manakah logik dan rasional sekiranya seorang pemimpin DAP negeri yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan negeri parti tidak diletak sebagai calon dalam pilihan raya dan akhir­nya dipecat? Jenice mendakwa, ­keseluruhan DAP dikuasai oleh Kit Siang bersama anaknya iaitu Guan Eng selain Karpal Singh (mendiang) dan Tan Kok Wai. Keseluruhan parti DAP dikatakan dikuasai dan diketuai oleh empat pemimpin terbabit.

5. Sabah
Pada September 2013, Penasihat DAP Sabah, Dr. Hiew King Cheu meletakkan jawatannya dan keluar DAP. Hanya ke­rana pilihan Ketua Pembangkang DAP adalah Datuk Wilfred Bumbu­ring manakala King Cheu secara peribadi menyokong Datuk Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah.

Bagaimanapun pemimpin DAP mahu menghadapkan King Cheu dalam lembaga disiplin DAP. Parti politik demokratik mana di dunia ini yang akan melaksanakan tindakan disiplin dalaman terhadap pe­mimpin mereka hanya kerana pemimpin itu menyokong calon ketua pembangkang yang berbeza? Apakah maksud de­mokrasi jika pemimpin DAP sen­diri tidak diberi pilihan me­nyokong mana-mana calon yang mereka suka?

Tuesday, July 18, 2017

MRT - DARI SEKEPING KERTAS MENJADI REALITI



Di mulakan diatas 'kertas' apabila kerajaan setuju membuat keputusan untuk membina dan melaksana satu projek infrarakyat yang berimpak tinggi pada 2009. Hari ini seluruh rakyat Malaysia menyaksikan projek ini menjadi realiti.

Itulah yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak yang menyifatkan Projek Transit Aliran Massa (MRT) kini menjadi realiti bukan lagi diatas kertas.

Apa yang lebih membanggakan projek ini bukan sahaja berjaya disiapkan lebih awal dariapda jadual asal bahkan dapat menjimatkan kos sebanyak RM2 bilion iaitu sebanyak RM21 bilion dari kos asal 23 bilion.

Ini yang menjadi igauan pembangkang yang cuba memperlekehkan usaha kerajaan membina sesuatu untuk rakyat. Itu ada suara-suara sumbang dari Hannah Yeoh dan Tony Pua yang cuba mengelirukan rakyat kononnya projek ini bukanlah hadiah untuk rakyat, tetapi hasil dari pemberi cukai.

Dengan terbinanya MRT ini banyak manfaatnya tercurah kepada rakyat antaranya ialah dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Apatah lagi apabila Perdana Menteri mengumumkan memberi diskaun 50 peratus pada penguna MRT dan perkhidmatan rel yang lain seperti LRT, Monorel dan BRT.

Projek MRT ini juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu negara yang teruk sehinggakan ada yang terpaksa menghabiskan berjam-jam di jalan raya. Pembinaan MRT ini merupakan satu langkah awal yang bijak bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas.

Apa yang lebih membanggakan projek MRT ini menggunakan kepakaran tempatan dengan penglibatan 50 peratus syarikat bumiputera. Jelas sekali kepercayaan Perdana Menteri terhadap hasil kerja anak bangsa dalam projek yang bertaraf antarabangsa ini. Mereka bejaya berdiri megah bersama negara-negara lain.

Perdana Menteri berharap dengan adanya jaringan sistem penangangkutan yang maju ini ianya dapat memberi manfaat yang banyak kepada rakyat, menjimatkan masa mereka dan kos  perjalanan lebih berpatutan sekaligus meningkatkan produktiviti perkerja.




  

MRT - LANDASAN TEPAT MENUJU NEGARA MAJU




Hari yang dinantikan telah tiba, Malaysia telah melangkah setapak lagi menuju kearah negara maju. Setelah genap tujuh bulan Fasa pertama Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh - Kajang iaitu dari Sungai Buloh ke Semantan dilancarkan, hari ini lengkaplah sudah penantian rakyat Malaysia yang ingin melihat negara ini mempunyai satu sistem pengangkutan yang lebih maju. 

Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak telah meletakkan asas yang betul bagi perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. Projek ini merupakan usaha kerajaan yang bertungkus lumus dan konsisten dalam mempertingkatkan serta menambah baik pengangkutan awam dalam negara terutama dibandar-bandar besar seperti Lembah Klang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laluan MRT ini akan memberi lebih peluang serta kemudahan akses kepada pengguna. MRT ini akan dapat menampung 150,000 pengguna sehari berbanding 15,000 sebelumnya. 

Ini berikutan dengan siapnya 31 stesen termasuk tujuh stesen laluan bawah tanah mula beroperasi. Laluan sejauh 9.5 kilometer ini juga melintasi laluan paling dalam (45 meter)  iaitu Tun Razak Exchange (TRX). 

Sebelum ini Fasa  satu Sungai Buloh ke Semantan telah berjaya merekodkan seramai 2 juta penumpang sejak mula beropersi pada awal Disember tahun lepas.  

Bukan sahaja jumlah penumpang yang akan meningkat, bahkan dijangkakan kesesakan jalanraya akan berkurangan. Kementerian Pengangkutan menganggarkan penurunan kira-kira 160,000 kenderaan di jalan raya selepas MRT SBK beropersi sepenuhnya. 

Inilah yang dijanjikan oleh Perdana Menteri tujuh tahun lalu selepas mengambil alih pentadbiran negara. Projek ini bukan sahaja berjaya disiapkan dengan lebih awal tetapi juga berjaya mengurangkan kos nya sebanyak RM2 bilion. 

Monday, July 17, 2017

JANJI HARAPAN PALSU




Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebagai berkecamuk apabila meletakkan tiga nama sebagai pemimpin tertinggi parti itu dan meminggirkan pemimpin kanan yang lain.

Menurutnya, pakatan itu tidak jelas dari segi kepemimpinan, hala tuju dan perjuangan apabila gagal menentukan siapa pe­mimpin sebenar mereka.

“Saya lihat Pakatan Harapan yang diketuai DAP ini semberono apabila melantik tiga orang pe­mimpin ter­tinggi sedangkan yang lain apa cerita? Di mana nak letak Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal?


Ini semua menjadi tanda tanya, malah nama-nama yang dahulunya dihujahkan kepada kita tidak layak menjadi pemimpin, hari ini pula dilantik sebagai pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas penutupan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO bahagian, Datuk Saarani Moha­med dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut Hishammuddin, beliau kurang yakin sama ada Pakatan Harapan yang diketuai DAP serius atau tidak dalam perjuangan mereka.

Malah beliau merasakan mereka yang dinamakan pemimpin dalam parti itu hanya diperkuda dan diperalatkan sahaja.

“Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim diperalatkan dan beliau membenarkan dirinya diperalatkan,” katanya.

Sementara itu, Hishammu­ddin berkata, suasana persidangan perwakilan UMNO bahagian yang sedang berlangsung ketika ini berjalan dengan baik berbanding tahun lalu.

Kata Hishammuddin, UMNO telah menyediakan satu manual khas yang akan menjadi panduan kepada parti untuk menghadapi pilihan raya umun (PRU) akan datang.

“Lenggong menjadi bahagian UMNO pertama yang dianjurkan bengkel mengenai manual PRU ini,” katanya.


Thursday, July 13, 2017

PAKATAN ProDAP MAHUKAN ORANG MELAYU JAUHI AJARAN ISLAM

 
Pakatan DAP hanya mahukan rakyat tumbangkan kerajaan UMNO /BN.

Mereka mahukan rakyat lupakan status bangsa Melayu, lupakan asas ajaran Islam kerana kedua-dua ini adalah penghalang kepada mereka untuk berkuasa.

Pemimpin DAP berulang-ulang menegaskan agar orang Melayu meletakkan ajaran Islam jauh dari politik, jika tidak tiada perubahan yang akan berlaku kepada negara, dengan kata lain Mereka tak akan dapat berkuasa jika orang Melayu masih lagi berpegang kepada ajaran Islam.

Dalam ajaran Islam, umat Islam dituntut untuk memilih pemimpin beragama Islam sebagai KETUA untuk memimpin negara. Ajaran inilah yang membantut usaha DAP dan rakan pakatannya untuk memesong dan menyesatkan umat Islam.

Justeru itu banyak program dan aktiviti-aktiviti maksiat yang boleh menarik pemuda Islam untuk menjauhi ajaran Islam dilaksanakan oleh NGO-NGO pro Pakatan DAP.

Mereka sedikit demi sedikit cuba meracun pemikiran anak muda Islam.

Wednesday, July 12, 2017

DINASTI LIM TUMBANG JIKA ADAKAN PEMILIHAN BARU



Jika Lim Kit Siang berani, tentu sudah lama dia akan buat pemilihan semula CEC DAP. Namun bagi mengekalkan kuasa Dinasti Lim maka desakan sesiapa pun mereka akan pekakan telinga sahaja. 

Khabarnya Kit Siang takut tempat anaknya akan diambil alih oleh Dr. Tan Seng Giaw, Naib Pengerusi DAP. Rasanya ada kebenaran berkenaan dengan kenyataan ini. Dr Tan memang layak jika dinobatkan sebagai Setiausaha Agung DAP. Fasih berbahasa Melayu, pandai membawa diri, bijak berhujah memang seorang calon yang sesuai mengantikan Dinasti Lim.

Sudah berkali-kali Kit Siang dan anaknya bermain wayang dalam hal ini. Dulu jika masih anda ingat, betapa Kit Siang menangis teresak-esak kononnya bimbang PRU 13 lambang DAP tidak dapat digunakan. Mulalah berlakon meminta simpati pada rakyat Malaysia. Dan PAS pula dengan bodohnya menawarkan mengunakan lambangnya. 

Sekali lagi Kit Siang nak buat telenovela sedih, kononnya nak bersara jika ROS menghalang DAP daripada dibatalkan pendaftarannya sebelum pilihan raya umum akan datang. Sudah-sudahlah, wayang ni dah dimainkan dulu lagi, takkan rakyat boleh tertipu lagi.

Menurut Portal Raja Petra, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Penolong Setiausahanya, Vincet Wu pernah diarahkan oleh Penasihat DAP (siapa lagi kalau bukan Kit Siang) untuk membuat makar dalam pemilihan parti pada Disember 2012. Arahan itu dikeluarkan bagi menyingkirkan calon pilihan Dr. Tan dari senarai nama teratas. 

Hasil siasatan, kumpulan penipu ini melihat Dr. Tan Seng Giaw bakal memenangi undi tertinggi dalam pemilihan parti tersebut. Dalam siasatan itu juga Anthony Loke mendapati kedudukan anak kesayangan Lim bakal terkubur jika tak diselamatkan segera. Sehinggakan ada kemungkinan dia akan terkeluar dari 20 yang teratas. 

Kit Siang dilihat mempermainkan tindakan ROS sebagai bahan politik murahannya. Jelas kelihatan kit Siang begitu terdesak untuk mengekalkan kuasa Dinasti Lim. Kedegilan Lim boleh menyebabkan calon-calon DAP bakal terkubur tidak dapat bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

Cara yang selamat ialah Lim perlu akur kepada arahan ROS agar adakah semula pemilihan DAP. Tapi mahukan Dinasti Lim ? Bersediakan mereka untuk di kuburkan oleh ROS ? Pemimpin-permimpin DAP  perlu bertindak untuk menghapuskan sisa-sisa toksid dalam tubuh tanahair kita.












Monday, July 10, 2017

BIMBANG TUMBANG, DINASTI LIM TOLAK ADAKAN SEMULA PEMILIHAN CEC





Lim Kit Siang hanya perlukan sedikit keberanian untuk membuktikan bahawa beliau tidak 'takut' kepada Naib Presiden DAP, Dr. Tan Seng Giaw. Bagi membuktikannya kit Siang perlu memutuskan agar DAP mengadakan se­mula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti. 

Sebenarnya tidak ada langsung dalam DAP Prinsip Cekap, Akauntabliti dan Telus (CAT) seperti yang dilaungkan DAP. Ianya hanya sandiwara untuk mengabui ahli DAP dan juga rakyat Malaysia. Pemimpin-pemimpin atasan DAP sendiri penipu, penyeleweng dan pembohong. Prinsip CAT telah lama berkubur - pemimpin parti sendiri tidak akur kepada prinsip tersebut dalam menguruskan hal ehwal dalaman parti.

Jika DAP berani  dan telus mereka wajar membenarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai pemerhati dalam proses pemilihan semula  Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti. Justeru itu kebimbangan, kekhuatiran ahli berkenaan sabotaj, penipuan atau masalah teknikal tidak berulang lagi. Pasti pemilihan kali ini lebih telus dan dipercayai.

Pokoknya beranikah kepimpinan DAP sekarang menerima keputusan pemilihan ini tanpa kompromi? DAP terutama kepimpinan Dinasti Lim sewajarnya tidak lagi menuding jari kepada sesiapa pun kerana mereka lebih tahu dan kenal siapa diri mereka. 

'
Usahlah cuba-cuba berlakon membuat drama kononnya ROS berpakat untuk mengenakan DAP. Jangan menyalahkan orang lain diatas kesilapan dan kebodohan diri sendiri. Aduan penipuan ini dibuat oleh ahli DAP, bukannya Barisan Nasional . DAP sebaliknya patut memulakan pemilihan jawatankuasa pusat secara profesional dan berintegriti sebagaimana mereka sering mencanangkan kepada rakyat.

Sekiranya kepemimpinan DAP benar-benar jujur, akur sahajalah dengan arahan ROS dan adakan pemilihan semula bagi membuktikan perjawatan mereka menjadi sah.

Orang takut kerana takut kalah....nak jadi pemimpin tak boleh jadi penakut. 

DINASTI LIM PUNCA SEBENAR MASALAH DAP


Diktator, kuku besi, menipu dan rasuah. Apa lagi masalah yang tidak terpalit dengan Setiausaha DAP yang tidak Sah, Lim Guan Eng. Itu pun masih lagi cuba menipu rakyat kononnya DAP parti yang akan mendokong keadilan, menentang korupsi dan rasuah. Langsung tak ada perasaan malu. 

Bukan itu sahaja, ahli-ahli DAP juga menempelak akan kebobrokan perangai kedua-dua beranak Lim. Kes penipuan CEC begitu memalukan DAP. Keingkaran DAP terhadap arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk mengadakan semula pemilihan CEC menunjukkan betapa angkuh dan biadapnya dua beranak ini. 

Sebenarnya DAP sudah tidak punya kredibiliti, untuk memilih pemimpin dikalangan mereka pun berlaku penipuan. Bagaimana untuk mentadbir negara dengan telus jika kita memilih penipu jadi pemimpin. 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menyindir pemimpin DAP agar jangan cuba mengalih isu dalaman parti. Adalah lebih baik mereka memberi tumpuan kepada masalah dalam kain sendiri dan menyibuk hal ehwal orang lain. 

Semua parti ada masalah sendiri, tapi DAP lebih suka menyibuk hal ehwal parti lain, padahal parti sendiri. Mereka yang menipu dalam undian CEC, tapi mereka menyalahkan ROS. Inilah sikap anak beranan Lim sejak dari dulu lagi yang suka menuding jari kepada pihak lain diatas masalah yang mereka timbulkan. 

Mereka yang membuat perlembagaan parti, mereka juga yang menipu parti sendiri. Pemimpin DAP sememangnya pemimpin yang tidak ada maruah dan integriti. 

Menurut Liow lagi, pemimpin DAP tidak perlu mengalihkan perhatian rakyat dengan menuding jari diatas masalah yang berpunca dari mereka sendiri. DAP dibawah dinasti Lim hanya membawa negara kearah kehancuran kerana mempunyai pemimpin yang tiada hala tuju yang jelas. Pemimpin DAP hanya mementingkan kepentingan politik mereka lebih daripada kepentingan rakyat dan negara. 

Sunday, July 9, 2017

RAFIZI CUBA MEMPERDAYA PEMANDU TEKSI





Adalah cukup kelakar apabila tiba-tiba melihat ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli begitu mengambil berat pemandu-pemandu teksi ini. Selama ini ketika pemandu teksi ditindas oleh pengusaha dimana Rafizi ? Ketika pemandu teksi bergelut dengan pelbagai masalah, dimana Rafizi ?

Lupakan rakyat apa yang telah dilakukan oleh Rafizi, berapa ramai yang ditipu Rafizi. Kes Tabung Haji, berapa ramai yang keluarkan deposit mereka dalam Tabung Haji sehingga terlepas untuk melakukan haji pada tahun itu.

Tiba-tiba hari ini Rafizi hendak membela nasib pemandu teksi ? Boleh jadi kerana Rafizi nampak pemandu teksi ni boleh diperkotak katikan oleh Rafizi. Mudah digulakan dengan janji-janji palsu yang indah.

Penulis beranggapan bahawa Rafizi melihat kepaada jumlah pemandu teksi seluruh Malaysia yang berjumlah lebih 80 ribu orang. Rafizi mungkin juga melihat  isu perlantikan Pemangku Pengerusi SPAD yang baru iaitu Tan Sri Isa Samad sebagai batu loncatan untuk melancarkan perang terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.

Ditambah pula beberapa isu yang berkait rapat dengan teksi dan pengangkutan awam, maka Rafizi melihat ruang untuk dia menghasut agar pemandu teksi menjadi balacinya.


Di Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya baru-baru ini Rafizi dengan ADUN Hulu Langat, Datuk Abdullah Sani membuat perjumpaan dengan PERJIWA persatuan pemandu-pemandu teksi yang ditubuhkan. Seperti yang kita tahu apabila Rafizi yang membuat perjumpaan sudah tentulah kerjanya mengutuk kerajaan.

Rafizi tiba-tiba berubah mahu menjadi hero kepada pemandu-pemandu teksi. Kononnya menurut Rafizi sistem e-hailing dan perkhidmatan Grab dan Uber telah menyekat rezeki mereka.

Setelah bermacam-macam bantuan yang telah kerajaan berikan kepada pemandu teksi baru Rafizi nak tunjuk muka. Tahukah Rafizi kerajaan telah mengalakkan pemandu teksi untuk mendapat permit individu bagi mengelakkan mereka terus bergantung dengan persatuan teksi.

Bulan lepas sahaja terdapat lebih kurang 300 pemandu teksi yang menerima lesen individu di bawah program TITP, termasuk 43 orang yng menerima Geran  bagi membantu mereka membeli kenderaan baharu.

TITP ini disasar untuk menyelesaikan isu-isu struktur yang sekian lama membelenggu industri teksi seperti soal kebajikan pemandu, isu sukar menjana pendapatan, kekangan atau kesukaran pemandu untuk terus memenuhi citarasa dan kehendak pengguna, tekanan yang dirasai pemandu kerana sistem dan amalan sedia ada serta banyak lagi isu lain.

Apakah yang mampu ditawarkan oleh Rafizi kepada pemandu-pemandu teksi? Jika sekadar untuk meraih populariti untuk diri sendiri lebih baik Rafizi tumpu kepada partinya yang bermasalah.

Kerajaan melalui SPAD telah menjalankan pelbagai program untuk membantu pemandu teksi. Oleh itu pemandu teksi jangan mudah terikut-ikut cakap Rafizi yang langsung tidak memberi manfaat kepada mereka.

Pemandu teksi perlu ingat, kerajaanlah yang banyak membantu mereka selama ini walaupun pengguna banyak memberi maklum balas yang negatif terhadap perkhidmatan mereka.

Mereka tidak boleh bergantung harap kepada penipu seperti Rafizi kerana matlamat Rafizi adalah untuk meraih kepentingan politik bukanya ingin membela nasib mereka.


Thursday, July 6, 2017

BONGKAH AIS MEREKAH




Imej satelit semalam mendedahkan gambar bongkah ais yang mempunyai saiz lebih besar daripada Delaware di Amerika Syarikat mulai merekah di Antartik Barat.
Agensi Angkasa Eropah (ESA) memaklumkan, bongkah berkenaan dari kawasan Larsen C, salah satu bongkah ais terbesar yang pernah dicatatkan dalam sejarah dijangka akan hanyut sekitar 6,600 kilometer persegi.

Kedalaman bongkah itu di bawah paras laut mencapai 210 meter atau 60 tingkat.
"Rekahan ais itu kini berukuran 200 kilometer panjang dan hanya lima kilometer antara hujung rekahan dengan lautan," ujar ESA dalam satu kenyataan. - AFP

Wednesday, July 5, 2017

MALAYSIAN MAVERICK’ LAWAN 'MALAYSIA OFFICIAL 1'



Oleh: Faizal Riduan

Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia paling berkuasa selama 22 tahun digambarkan paling kritikal dan sampai kepada klimaks oleh wartawan Asian Wall Street Journal, Barry Wain dalam bukunya “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times.”

Kontroversi buku ini apabila Wain mendedahkan dakwaannya bahawa Mahathir bertanggungjawab dalam kerugian dana negara lebih RM100 bilion dalan urus tadbir dan pengurusan ekonomi negara. Kritikan kepada Mahathir telah bermula lebih awal semasa krisis ‘Team A’ dan ‘Team B’ pada tahun 1987 dan makin memuncak ketika pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam negara, Mahathir digambarkan sebagai seorang wira yang begitu garang menyerang George Soros dan spekulator mata wang sebagai punca kejatuhan nilai Ringgit daripada RM2.52 sedolar AS kepada RM4.596 sedolar AS ketika Mesyuarat Tahunan Bank Dunia dan Tabungan Kewangan Antarabangsa di Hong Kong pada 1997.

Ironisnya sebelum itu, Mahathir membenarkan Bank Negara Malaysia (BNM) melibatkan diri dalam aktiviti spekulasi mata wang sehingga mengakibatkan kerugian besar sebanyak RM10.1 bilion pada 1992 dan RM5.7 bilion pada 1993. Gabenor Bank Negara, Jaffar Hussein kemudian meletakkan jawatan walaupun mendapat pembelaan Mahathir dan Anwar.

Mahathir kemudian menjustifikasikan pemecatan Anwar yang dikatakan sebagai pro-IMF dan Bank Dunia sehingga dikaitkan sebagai ajen kuasa asing. Walhal dalam dasar penswastaan yang bermula pada pertengahan 1984, Mahathir sendiri menurut kempen penswastaan antarabangsa yang diterajui Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia serta dimulakan lebih awal oleh Margaret Thatcher di Britain pada 1979 dan Ronald Reagen di Amerika Syarikat pada 1980.

Sebelum itu, sosok Mahathir disorot dengan penuh akademia oleh R S Milne dan Diane K Mauzy, “Malaysian Politics Under Mahathir” (1999); John Hilley, “Malaysia, Mahathirism, Hegemony and The New Oppostion” (2001); In Hwong Hwang, “Personalized Politics”; dan Khoo Boo Teik, “Paradoxes of Mahathirism”. Ini tidak termasuk penulisan buku gosip politik seperti tulisan prolifik Syed Hussein Al-Attas.

Berbeza dengan buku ‘gosip’ Syed Hussein, buku Wain mempunyai nilai akademik apabila diwasitkan oleh dua penilai, nota kaki mencecah 1,326, mempunyai indeks, diterbitkan oleh penerbit yang berwibawa dan terdapat tiga temuramah dengan Mahathir sendiri! Malangnya, Mahathir juga tidak menjawab dakwaan buku ini dalam biografinya, “Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad” yang diterbitkan tiga tahun kemudian.

Tulisan Mahathir dalam bab “Kejatuhan Mata Wang” hanya mengakui secara umum, “Seperti mana orang lain, kita juga membuat spekulasi tetapi tidak memanipulasi.” Peliknya enam tahun sebelum itu, Mahathir sendiri membersihkan nama Soros menjadikan fakta dalam buku tersebut tidak relevan.

“Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997,” jelas Mahathir pada pertemuan dramatik di Kuala Lumpur pada 2006 dengan ‘Lelaki Yang Memufliskan Bank England’ pada tragedi 16 September 1992.

Jawapan Soros yang menyifatkan Mahathir sebagai ancaman kepada negaranya sendiri adalah lebih konsisten, “Dia memilih menyalahkan saya daripada mengakui kesilapannya itu yang menyebabkan krisis kewangan berkenaan.”

Jawapan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Menteri Luar semasa melawat Paris pada 1997 masih boleh digunakan untuk menggambarkan komentar Mahathir terhadap Najib.

“Apa yang dikatakan oleh perdana menteri ada kebenarannya tetapi beliau bercakap sebagai seorang ahli politik bukan pakar ekonomi,” kata Abdullah menggambarkan bahawa Mahathir sebenarnya bercakap sebagai seorang ahli politik dan bukan pakar kewangan atau pelaburan.

Dengan rekod urus tadbir dan pengurusan ekonomi negara yang tidak telus selama lebih dua dekad, bagaimana boleh Mahathir menyoal Najib sedang Mahathir sendiri tidak menjawab persoalan-persoalan penting sepanjang pemerintahnya?

Dalam keterujaan rakyat menantikan perbicaraan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk mendapatkan semula aset 1MDB bernilai RM7.3 bilion iaitu sebahagian daripada dakwaan penyelewengan RM19.3 bilion dan peranan 'Malaysia Official 1', ironisnya Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh BNM yang menyebabkan kerugian RM15.8 bilion, 25 tahun yang lalu hanya akan tinggal di atas kertas putih dan wang tersebut tidak akan kembali semula.

Jika DoJ boleh menyiasat dakwaan Sarawak Report dan editornya Clare Rewcastle-Brown, mengapa tidak siasatan serius juga dibuat terhadap dakwaan buku Malaysian Maverick dan penulisnya Barry Wain?

#MelayuMudahLupa #TunM #DrM #Mahathir #Mahathirisme

Projek Perumahan Baru Taman Seri Serdang 3

Projek Perumahan Baru

PROMOSI SEBELUM RAYA AIDILFITRI !!!

Taman Seri Serdang 3

Jenis rumah: Rumah Semi-D Satu Setengah Tingkat

Lokasi:
Jalan Masjid, Kg Tok Muda, Kapar, Klang

> Luas tanah : 45 x 66.5
> Luas rumah : 1860 kp
> Bilik tidur : 4
> Bilik mandi : 2

~ Freehold, Non Bumi

~ DISKAUN 10%
~ FREE Legal fee (SPA)
~ FREE Loan agreement
~ FREE Stamp duty/ MOT

>> FREE 1 unit aircond 1.5 HP
>> FREE 5 kipas siling
>> FREE 10 lampu siling
** Promosi terhad

>>> Dijangka siap pertengahan 2019

Harga dari RM 448,200.00. (Selepas diskaun)

Harga dari RM 448,200.00

Harga dari RM 448,200.00

** Booking hanya RM 2000 sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan:
016-210 4919   ZIMIR
016-210 4919   ZIMIR
016-210 4919   ZIMIR
PEA 1104

Terima kasih





MODEL "JAMBAN" JUGAK PILIHAN SYED SADDIQ





Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman lebih memilih Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berbanding Pengerusi partinya sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan dike­tuai DAP.

Beliau berkata, pelantikan Dr. Mahathir untuk memegang jawatan itu sekali lagi boleh dibuat jika hanya benar-benar perlu dan harus ada garis panduan.


“Jika ia benar-benar perlu (pelantikan semula Dr. Mahathir), maka ya. Tetapi perlu ada garis panduan yang ditetapkan, seperti hanya untuk setahun bagi membantu pembaharuan negara,” katanya seperti dipetik menerusi portal berita, malaysianreview.com, hari ini.
Pakatan Harapan diketuai DAP dilanda krisis keyakinan yang kronik apabila kepemimpinan DAP dan PKR menolak cadangan untuk menjadikan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan dating.



Bekas Perdana Menteri itu dalam satu sesi soal jawab yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook miliknya baru-baru ini mengakui mungkin terpaksa mempertimbangkan menjadi Perdana Menteri semula sekiranya itu yang dimahukan oleh kepe­mimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.


Syed Saddiq berkata, Menteri Besar Selangor itu paling layak menerajui jawatan berkenaan berdasarkan rekod beliau mentadbir Kerajaan Negeri Selangor selain mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang tidak dimiliki kebanyakan pemimpin lain.
“(Kalau calon) daripada PPBM sama ada Dr. Mahathir atau Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi jika tidak daripada PPBM, ia adalah Timbalan Presiden PKR itu.
“Dia (Mohamed Azmin) naik dengan usaha sendiri, tanpa hubungan yang kuat, apa yang penting adalah bahawa dia mempunyai rekod di Selangor dan dia masih muda,” katanya.


Tuesday, July 4, 2017

PENIPUAN PEMILIHAN CEC ADALAH BERPUNCA DARI SALAH UMNO ?




Penasihat DAP, Lim Kit Siang perlu bertanggungjawab berhubung masalah yang dihadapi parti tersebut de­ngan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan berhenti mencipta kebencian serta menyalahkan orang lain terutamanya UMNO.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sa­riffuddin Tengku Ahmad berkata, perlu diingati yang memfailkan laporan kepada ROS berhubung penyelewengan dan layanan tidak adil dalam pemilihan parti tersebut ialah ahli DAP sendiri.

Jelas beliau, jika mereka tidak dilayan sedemikian rupa sudah pasti laporan berkenaan akan ditarik semula.


“Hakikat yang perlu diterima adalah Kit Siang secara tidak langsung telah mengesahkan pemilihan parti pada 2012 tidak adil sebelum pemilihan semula dijalankan pada 2013. Beliau juga telah menyebabkan 753 perwakilan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pemilihan parti iaitu satu kesalahan serius dalam hak demokrasi mereka.

“Beliau jugalah yang telah menganiaya 865 cawangan DAP, jadi, kenapa sekarang be­liau menyalahkan UMNO dan ROS berusaha untuk memanipulasi pemilihan parti DAP yang nyata memihak kepada keluarganya?” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Mengulas lanjut, Tengku Sariffuddin berkata, DAP perlu menyedari bahawa ROS tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu berikutan aduan yang difailkan oleh ahlinya bahawa kepemimpinan DAP mengadakan pemilihan secara tidak adil dan tidak demokratik.



Ujarnya, memandangkan perkara tersebut masih belum diselesaikan, masa depan anak Kit Siang iaitu Penang Offial 1 (Lim Guan Eng) juga masih diragui.



Jelas beliau lagi, hal ini kerana selain daripada dakwaan rasuah yang didepaninya, pemilihan CEC yang melantik beliau sebagai Setiausaha Agong adalah tidak sah, selain penggunaan logo roket untuk DAP turut menjadi tanda tanya.


“Ini adalah masalah serius bagi DAP, namun semuanya ini direka sendiri oleh diktator setengah abad mereka.


“Beliau mendakwa percaya kepada demokrasi tetapi apabila diberikan kuasa seorang diktator, tidak mampu mengelak daripada mempamerkan sikap sebenarnya. Inilah masa depan rakyat jika pembangkang yang diketuai oleh DAP memiliki kuasa di Malaysia,” katanya.


SETIAKAWAN MCA - BERI SOKONGAN PENUH KEPADA MP SABAK BERNAM DATUK MOHD FASIAH





Sikap setiakawan sejati yang ditunjukkan oleh MCA Bahagian Sabak Bernam wajar dipuji dan menjadi contoh solidariti Barisan Nasional. Sokongan terbuka dan kerja keras MCA Sabak Bernam untuk menarik kaum cina di kawasan tersebut kembali menyokong Barisan Nasional menunjukkan betapa semangat perpaduan dan setiakawan yang dipupuk selama ini memberi kesan yang baik kepada rakyat.

Justeru itu,MCA Bahagian Sabak Bernam tanpa berbelah bagi melahirkan sokongan terbukanya kepada Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh agar terus kekal menjadi calon bagi mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Sokongan tersebut dibuat berdasarkan gerak kerja Ahli Parlimen itu yang berkerja keras memberi komitmentnya kepada pengundi-pengundi sejak memenangi kerusi tersebut pada 2013. Melihat kepada senario keadaan sekarang, ramai penduduk terutama kaum Cina sangat selesa dan gembira dengan ahli parlimen tersebut. Oleh itu tidak dapat disangkal lagi bahawa penduduk Sabak Bernam sememangnya mahu wakil Barisan Nasional Datuk Mohd Fasiah sebagai wakil rakyat mereka disini dan MCA Sabak Bernam menyokong penuh kepimpinan beliau.
 

MCA bahagian membuat cadangan agar Mohd. Fasiah terus kekal sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRU-14. Apa yang di usul oleh MCA bahagian nampaknya disokong sebulat suara oleh semua 29 cawangan MCA Sabak Bernam dalam msyuarat tersebut.




Ini kerana MCA melihat Mohd. Fasiah mempunyai prestasi yang amat baik dan melihat sendiri betapa beliau berkerja keras dan paling penting rakyat termasuk pengundi Cina amat menyenangi beliau. Ia merupakan satu bonus untuk rakyat  di Sabak Bernam ini.

Pada Mohd Fasiah, beliau sangat berterima kasih kepada MCA bahagian yang memberikan sokongan padu kepadanya untuk dicalonkan pada PRU-14. Namun beliau menegaskan segala keputusan perlulah diserahkanlah kepada pucuk pimpinan tertinggi BN terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar untuk membuat keputusan.

"Yang paling penting sebenarnya kita hendak melihat BN menang. Terpulanglah kepada pucuk pimpinan menentukan siapakah yang layak dan seharusnya untuk menjadi calon BN," katanya. -

Monday, July 3, 2017

PAS TENTANG AGENDA DAP JEMPUT KUASA ASING




Sesiapa sahaja digesa jangan bersikap terdesak dengan mengundang kuasa-kuasa asing untuk membantu menyelesaikan isu dalaman negara, lebih-lebih lagi pihak asing yang diundang itu amat dikenali atau sinonim dengan panggilan ‘polis dunia’.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, perkara itu telah diingatkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi surat terbuka kepada parti-parti politik Malaysia pada akhir Ramadan lalu yang menolak campur tangan asing dalam urusan negara, kerana terdapat bukti jatuhnya peradaban Islam akibat campur tangan tersebut.

Katanya, berdasarkan peringatan tegas oleh Abdul Hadi itu, rak­yat janganlah sewenang-wenang­nya mengundang atau membuka jalan kepada pihak asing khasnya Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan dalam hal ehwal negara.


“Soal mereka nak siasat apa yang berlaku berkaitan dengan hal ehwal negara mereka, biarkan mereka. Tidak perlu pihak negara kita sendiri yang terhegeh-hegeh membuka jalan masuk kepada AS ke­rana negara itu juga bukan pihak yang boleh dipercayai dengan la­gak mereka sebagai polis dunia,” katanya dalam ke­nyataan yang dimuat naik di laman web parti itu hari ini.

Beberapa mufti negeri juga bersependapat dengan Abdul Hadi Awang untuk menolak campur tangan pihak asing bagi menyelesaikan isu-isu dalaman negara dan menyatakan perkara itu ditegah dalam Islam.


Dalam surat terbukanya, Presi­den Pas itu menyelar kesanggupan beberapa pihak mendapatkan bantuan asing demi memenuhi agenda masing-masing.


Beliau juga mengingatkan umat Islam perlu memahami situasi hubungan antarabangsa terkini untuk memahami sikap pihak asing yang suka campur tangan dalam urusan negara lain dan paling dominan menyebarkan Islamofobia.



PKR TOLAK MAHATHIR SEBAGAI PENGERUSI , AZMIN TERIMA ?





Berbeza dengan pendirian beberapa kepemimpinan PKR yang lantang menolak cadangan melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula memilih untuk berdolak dalih mengenai hal tersebut.

Mohamed Azmin berkata, pandangan semua pihak mengenai siapa yang layak untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan akan diambil perhatian oleh kepemimpinan gabungan tersebut sebelum keputusan mengenainya dibuat.

“Kita raikan semua panda­ngan, yang penting apakah struktur kepemimpinan Pakatan Harapan ini akan menggamit perhatian rakyat.


“Bukan mengenai siapa yang menduduki kerusi berkenaan (Pengerusi Pakatan Harapan),” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Selangor di Padang Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul membantah cadangan melantik Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan kerana dibimbangi bekas Perdana Menteri itu akan me­nguasai gabungan berkenaan.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ib­rahim pula mencadangkan agar sesiapa yang dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan bertindak selaku penyelaras tanpa peranan eksekutif.
Menurut Moha­med Azmin, Pakatan Harapan akan meng­umumkan struktur kepemimpinan baharu gabungan tersebut dalam tempoh terdekat.


“Perbincangan sedang berjalan dan perkara ini boleh di­selesaikan sebelum pilihan raya umum berlangsung,” katanya.


“Kita akan libatkan semua pihak dengan menilai kekuatan masing-masing dan tidak menafikan peranan mana-mana individu.


“Pengumuman ini agak lewat kerana ia merupakan strategi Pakatan Harapan,” katanya.