Susulan dari aduan terdapat kerosakan mesin tiket layan diri (TVM) di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh sebelum Prasaran Malaysia Berhad (Prasarana) menyarankan agar pengguna mendapatkan kad My Rapid KL.
Ini bagi memudahkan pengguna untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa berurusan pembelian tiket di mesin TVM. Justeru itu Rapid KL menasihatkan penumpang menggunakan kad MyRapid KL baru yang dikeluarkan oleh Prasarana.
TVM tidak mengalami apa-apa masalah, semuanya dalam berkeadaan baik. Insiden tergendala itu hanyalah sementara sahaja, ekoran daripada jumlah penumpang yang mendadak tinggi di stesen tersebut sehinggakan token yang ada kehabisan. Jadi kejadian tergendala itu hanyalah untuk menambah token semula.
Anda juga boleh menggunakan kad tounch and go yang ada atau kad pengenalan yang ada touch and go.
Penulis sejak awal pembukaan MRT fasa satu lagi sudah biasa menggunakan kad pengenalan untuk bayar tambang. Mudah, cepat dan efisyen.
Sesuatu yang tidak dijangkakan peningkatan mendadak pada permulaan pembukaan MRT SBK ini. Pada hari pertama sahaja telah mencecah 100 ribu orang. Dan peningkatan ini berterusan, dihabarkan pengguna MRT SBK ini telah mencecah kepada 140 ribu orang pengguna.
Jelas sekali MRT amat bermanfaat kepada rakyat terutama di Lembah Klang. Pembukaan Fasa Kedua MRT (SBK) telah dan bakal mengubah corak hidup bagi kira-kira 1.2 juta penduduk yang tinggal berhampiran dengan stesen MRT dan sekitar Lembah Klang. Ini belum sampai sebulan.
Ada rakan-rakan penulis yang menggunakan jalan raya menyatakan ada sedikit perubahan di laluan mereka. Jalan raya lebih lancar dari biasa.MRT ini selain menjimatkan masa dan kos, Dianggarkan seramai 400,000 penumpang akan menggunakan Laluan SBK sepanjang 51 kilometer itu setiap hari.
No comments:
Post a Comment